aku demam panas sepanjang 4 hari lepas. Suhu badan sekejap panas sekejap sejuk. Bila berpeluh habis basah lenjun cadar tilam.., tapi bila sejuk terasa tak cukup selimut. Mujur hari ni dah makin pulih. Tapi tekak pulak terasa pahit. Sungguh tak sedap untuk menelan sebarang makanan pun. Terpaksa tolak dengan air. Itupun terasa seperti mahu keluar semula.
Jadi selama 4 hari juga aku terpaksa menggantikan puasa aku nanti. Sigh.., tak larat bila demam panas macam ni.
+ + + + + +
Yeay, lagi seminggu saja nak raya!
Tapi aku tak terlalu excitedkan hari raya tu, tapi lebih excited pada minggu kedua raya sebab abang akan turun ke KL untuk beraya bersama dengan aku. Owh.., yang pasal putus tu.., err.., tak jadi.., hampir hampir.., tapi aku sanggup ketepikan ego, ketepikan apa apa sajalah, asalkan tidak putus. Tak sanggup aku...
No comments:
Post a Comment