Monday, September 15, 2008

i'm waiting with bated breath..

Aku tak pandai bercakap tentang politik. Tak berminat pun, tapi bila membaca beberapa blog yang secara kebetulan terjumpa semasa sedang merayau rayau kat cyberworld pagi tadi, membuatkan aku terfikir sejenak tentang kekalutan yang melanda politik negara beberapa bulan kebelakangan ni.

Bermula dengan kes liwat, kemudian Datin Sri Wan Azizah meletakkan jawatan, kemudian pilihanraya Permatang Pauh, dengan kes Datuk Ahmad Ismail yang seolah menjadikan keadaan agak tegang sedikit dengan kenyataan dia yang agak kontroversi tu, dengan entah apa apa lagi yang akan berlaku selepas ni, dan yang paling aku nak tunggu is 16 sept nanti, meaning esok.., apakah yang akan berlaku esok?

Apakah yang sedang berlaku sekarang? Bila membaca kesemua blog tersebut membuatkan aku berfikir sejenak, dan bertanya kembali pada diri sendiri, adakah betul sokongan yang aku berikan selama ini terhadap Datuk Sri Anwar Ibrahim?

Seperti yang aku tulis awal awal tadi, aku tak pandai tentang politik, jadi mungkin sokongan yang aku tunjukkan nampak seperti membabi buta **oppsss**, ataupun mungkin lebih kepada simpati semata mata, ataupun dengan ayat yang lebih tepat, NAIVE..

Aku memang rakyat yang naif.., tak mengerti apa apa pun muslihat yang tersurat dan yang tersirat, yang aku nampak hanyalah dipermukaan saja, aku tak mahu berenang terlalu dalam kerana takut aku akan berjumpa dengan jerung didalamnya nanti. Aku takut jerung.., jadi ada baiknya aku bermain main dengan air di permukaannya saja.

Sekarang ni pemikiran dan sokongan aku sedikit goyah. Mahu terus berada dibelakang atau pun berundur sedikit dan perhatikan saja apa yang akan berlaku selepas ini. Memang benar apa yang bloggers lain katakan, makin penat dan makin menyampah untuk mengikuti apa yang berlaku sekarang ni...

Ada baiknya aku steer away from all this.., maybe i should shut my mouth.., but.., what's wrong if i want to say something? Aku pun buang undi jugak. I'm not smart but at least i have my own opinion.

How i wish all this drama ended as soon as possible. Tak ada siapa pun get the benefit from all this chaos. Semua akan suffer if something happen to our beloved country.

Maybe in the future, i should think first before aku membuang undi secara membabi buta **oppsss.., again those word ba** pop up in my blog.., many apologize**

No comments: