Thursday, September 18, 2008

aku jeles dengan perempuan yang dah berkahwin..

dunia cyber ni kecil. Aku sangkakan ianya luas. Ulang alik aku berjumpa dengan orang itu juga. Atau mungkin aku yang mencari mereka? Heh..

Jenguk ke blog puisitepijalan tadi, dan klik klik ke komen yang dihantar, klik punya klik terjumpa link ke blog seorang daripada forumer amnet yang boleh kata aku kenal jugak lah.., nickname nya ialah flarengirl.., pergh.., kecilnya dunia.., but nevermind.., kami bukan kenal rapat pun, cuma yelah.., bila dah terjumpa blog seseorang yang dikenali terasa macam.., sigh.. rindunya aku nak masuk Amnet semula.

Lupakan Amnet, akupun tak kemaruk nak masuk ke forum yang disiplinnya mengalahkan sekolah agama, aku dah lupakan dunia forum, biarlah aku selesa dengan blog picisan aku ni saja. Aku nak berkisah tentang entry blog puisitepijalan tadi.

Aku bukan nak curi idea dia, cuma aku ni pemalu nak tinggalkan komen, entah kenapa nak malu pun aku agak kurang faham, bukannya dia nak baham aku kalau komen aku merapu sekalipun..

Dia berkisah tentang wang dan menjadi surirumah. Heh.., surirumah? My dream job.., kalau dulu my dream job konon nak jadi itu, nak jadi ini.., but at this age.., semua cita cita tu dah tak bermakna kerana aku cuma mahu menjadi yang satu ini saja, iaitu surirumah tangga.

Aku dah penat bekerja dengan orang selama berbelas tahun, tak ada pencapaian apa apa pun, aku tetap kuli juga. Jadi, daripada aku menjadi kuli orang seumur hidup aku, ada baiknya aku menjadi surirumah dan melayan kerenah sang suami daripada melayan kerenah boss yang menyakitkan hati.

Boss hanya memberikan aku gaji setiap hujung bulan, dan bila dapat gaji tu hati tetap tak senang, tapi kalau suami bagi cuma rm50 sebulan pun, dah cukup menyenangkan hati dan rasa bahagia selalu. Heh..., betul ke? cukup ke rm50 sebulan? tipulah..

Maybe aku ni terlalu idealistik.., mana ada cukup dengan rm50 sebulan, ingat dengan cinta boleh kenyang ke? Cuma mujur aku ni bukan jenis meminta minta, paling tinggi aku minta pun, "abang, nak makan KFC?"

Aku cuma mahu makan saja, aku tak minta "abang belikan kasut, abang belikan baju, abang belikan beg". Eh, lupa, aku ada meminta dia belikan aku kerongsang, 2 untuk RM3 kat Sinma.., itu saja.

Semua benda tu kalau aku nak, aku beli dengan duit sendiri. Tapi, kalau dah tak bekerja, mana nak korek duit? Dahlah aku ni boleh tahan boros.., hmmm.., biar aku fikirkan jawapannya dulu, ya.., esok aku jawab. Owh, aku dah dapat jawapannya, aku buat kerja dari rumah, walaupun hanya menjadi surirumah, aku tetap akan bekerja. Bekerja dari rumah, aku boleh menjaga anak anak orang, aku boleh berniaga kuih muih **mak dia seorang tukang masak yang handal, aku boleh belajar dengan mak dia.. hehe (sengih.., muka tak malu, nak belajar dengan mak orang)**

Apa apa pun, aku cuma mahu menjadi suri rumah. Aku tak mahu menjadi seseorang yang berjawatan besar tapi bila pulang ke rumah, segalanya kosong, sunyi sepi saja. Aku mahu biarlah kehidupan aku sederhana, tapi bila pulang ke rumah, ada seseorang untuk aku berbual dan bermanja. Ah.., jeles baca blog puisitepijalan dan blog sueannajoe yang mana kedua duanya baru saja melangsungkan perkahwinan.

Aku bila lagi?

No comments: