aku akan kurangkan sifat mengada-ngada aku ini.
aku akan kurangkan kebergantungan aku pada orang.
aku kena berdikari.
kalau dia sibuk, biarlah.., usah aku hujani dia dengan seratus satu soalan kebudak-budakkan..
aku bukan 16 atau 17 tahun lagi..
aku sudah menghampiri 35 tahun..
kalau dia tak sms untuk satu hari pun..
biarlah.., aku kena tahu dan perlu tahu..
apa yang patut aku lakukan..
untuk mengisi masa senggang itu..
usah terlalu mengharap untuk dia sentiasa ada..
mungkin ada masanya dia tiada..
bersedia untuk menghadapi saat dia tiada..
supaya aku tidak tersesat lagi..
aku harus, mesti, wajib..
berfikir dan bertindak seperti wanita 35 tahun yang lain..
ucapkan selamat tinggal..
pada kisah sedih dulu dulu..
langit tak semestinya mendung sepanjang hari..
tiba musimnya.. mentari akan bersinar cemerlang..
aku bukan lagi aku yang dulu,
yang termenung di tepi anjung rumah..
dan membuang pandangan kosong...
saat keranda arwah ayah di usung pergi ke kuburan..
aku mahu hentikan tangisan dalam hati ini..
kerana sudah sampai masanya
untuk hilai tawa yang hilang dulu
kembali semula..
membingitkan seluruh alam maya ini..
No comments:
Post a Comment