This morning i had a conversation with my bf. He said something about me like to gossip about people and actors only. I told him "abang tak kenal sayang lagi?"
Aku rasa aku adalah perempuan yang paling kurang bergossip tentang orang lain. Aku juga perempuan yang paling kurang membaca majalah hiburan murahan ala Mangga, Hai or URTV, or Media Hiburan. Semua tu dah aku tinggalkan about more than 5 years ago.
Aku lebih dikenali sebagai perempuan yang pendiam dan tak banyak cakap, dalam keluarga pun macam tu. Orang lain bawak mulut bercerita tentang aku, tapi aku tak pernah pun bawak mulut bercerita tentang diorang. Paling kuatpun kalau aku dah tak tahan, aku mengadu saja pada dia.
Aku rasa aku lebih banyak bercakap dengan dia.., berbanding dengan kawan kawan ataupun keluarga sendiri. Aku pun tertanya-tanya juga, ada kawan ke aku ni? huhu.., maybe ada tapi aku saja yang suka menjauhkan diri daripada mereka.
Kalau aku berjumpa dengan Afi dan Noraini pun, mereka yang banyak bercerita. Kebiasaannya cerita tentang perkara ataupun orang yang aku tak berapa kenal, disebabkan tu aku lebih banyak mendengar daripada bercakap. Diorang berdua pun kalau dah bercakap memang tak ingat orang keliling, that's why aku malas nak menyampuk cerita diorang..
Paling banyak aku bercerita pun dengan Sabariah, teman sepejabat semasa di syarikat insurans dulu. Dia suka bercerita tentang jiran-jiran dia, tentang keluarga dia, tentang kisah mak dia sakit dan bagaimana dia menjaga maknya sehinggalah arwah meninggal dunia. Kadang dia bercerita tentang anak anak dan suaminya. Seperti biasalah, aku hanya mendengar, paling tidak pun menyampuk apa yang patut.
Selalunya apa yang aku dengar terhenti di situ. Aku tak ada pulak menjaja sekitar kampung akan cerita yang aku tahu. Selalu juga Sabariah memberitahu aku begini "kau jangan cerita kat orang lain pulak". Heh, aku tersengih saja.., Sab.., Sab.., kau ingat aku nak bercerita kat siapa? Paling tidak pun aku akan bercerita kat pakwe aku aje.., tapi aku rasa tak pernah sekalipun aku cerita apa apa kat dia. Kau jangan risaulah.., gossip kau selamat dengan aku..
Sama juga sewaktu aku bekerja di Kelana Jaya dulu. Aku rapat dengan seorang guru muzik dan seorang staff di sana, dan masing masing pun kadang kadang ada juga bercerita kisah sensasi tentang orang lain pada aku, tapi kisah yang aku dengar memang akan berhenti di situ, kalau ada yang tersebar pun, ianya bukan dari aku. Aku berani jamin kerana aku memang bukan jenis yang suka jaja kisah orang.
Paling aku suka pun, komplain pasal dia kat kawan kawan.., hehe, dia cukup benci perangai aku yang satu ni, suka sangat mengadu kat kawan kawan pasal dia.., tapi itu dululah, sekarang dah tak ada.., sekarang apa pun yang dia buat, aku tahan je dan simpan dalam hati..
Cuma yang aku agak tak puas hati, ada ke patut dia kata aku pilih bulu? Heh, aku tak pernah memilih siapa pun nak dijadikan kawan, tukang cuci indon pun aku boleh kawan kalau mulut dan perangai dia baik. Tapi kalau dah jenis mulut tak makan saman dan berlagak tak tentu hala, dah tentulah aku pun tak berkenan.
Sewaktu di Kelana Jaya dulu aku ada beberapa kawan rapat yang terdiri dari kaum cina dan india, yang memang sama sama suka berborak tentang apa saja dan kalau ada perayaan tertentu, memang aku akan pergi kerumah mereka untuk meraikan bersama. Jadi tak semestinya aku memilih kawan.., aku okay dengan sesiapa asalkan dia tak berlagak..
aku memang menyampah dengan orang yang berlagak dan mulut macam .., perghh.., tak boleh blah...
owh ya, lagi satu jenis orang yang aku agak tak berkenan, someone yang terlalu happening dan bingit. Kalau dia datang aje mulalah kecoh satu dunia.., seolah macam dunia ni akan tertumpu pada dia seorang saja, sampaikan orang yang tak dikenali pun akan menoleh sama. Aku mengenali ramai orang yang sebegini, tapi biasanya aku just senyum and then blah.., hehe.., aku kurang berkenan dengan orang macam ni.
Mungkin disebabkan sifat aku yang agak pendiam ni membuatkan aku agak kurang popular dikalangan teman teman sepejabat. I dont mind being not so popular.., bukan sifat aku pun untuk berada in front of the limelight.
Aku selesa berada di belakang pentas saja. Disitulah tempat aku memerhatikan segala yang berlaku dipentas dunia ni..**walaupun sometimes aku adalah pelakonnya yang akan keluar ke pentas**
No comments:
Post a Comment