Tuesday, September 9, 2008

meet the latest boy band - JONAS BROTHER!

Aku memiliki keinginan untuk menulis tentang Jonas Brother. Meluap luap keinginan tersebut. Tak peduli kalau di chop sebagai tak sedar diri.. haha..

Nick, Kevin dan Joe Jonas.., mereka bertiga sekarang adalah fenomena di kalangan budak budak remaja perempuan tak kira dimana pun, baik di US, ataupun dirumah aku yang hanya seluas lebih kurang 800 kaki persegi tu. Dan bila menonton Disney Channel yang menayangkan visual budak perempuan menangis, terpekik terlolong hanya kerana dapat melihat bayang mereka disebalik cermin bas.., aku tersengih seorang diri. I'm so been there done that la babe!

I mean, tak adalah sampai terpekik terlolong okay, tapi menangis tu.., err.., boleh kata selalu la, lebih lebih lagi bila tengok gambar mamat kat bawah ni;


























Ada sesiapa ingat lagi dengan this handsome face? Ya.., tak salah lagi, he's Jordan Knight from NKOTB. Kalau yang dah berumur pertengahan dan lewat 30-an tu, tentu ingat dengan boy band ni. Mereka merupakan boy band yang sangat famous sekitar late 80's sehingga awal 90's. Boleh dikatakan mana mana budak perempuan yang sebaya dengan aku sekitar tahun 88-91 memang histeria habislah kalau mendengar lagu mereka berkumandang di radio. Sehinggakan aku sendiri pernah berusaha mahu ke Singapura seorang diri hanya kerana begitu teringin mahu berjumpa in person dengan Jordan Knight! Bayangkan gila bayang ke tak tu.., mujur tersangkut kat Jabatan Imigresen, sebab suddenly bila dah sampai ke sana, perasaan takut dan gerun tu muncul pulak tanpa diundang, yelah sebab sebelum tu mana nak fikir takut ke apa ke, yang difikir excited nak tengok NKOTB perform live depan mata.

Sudahnya, tak jadi aku nak buat pasport dan melepaslah satu satunya peluang menonton konsert mereka. Tak silap aku sekitar tahun 1991. Just imagine baru berusia 19 tahun dah ada cita cita nak ke Singapura menonton konsert seorang diri. Mujur tak kesampaian, sebab kalau tidak dah tentu aku akan berani pergi ke tempat yang lebih jauh lagi, sebab memikirkan Singapura pun lepas, apatah lagi tempat lain, betul tak? Entah entah ke Thailand dan Indonesia pun sanggup.. huhu..

Pada aku, Jonas Brother hanyalah melangsungkan saja tradisi yang dah lama bertapak dalam industri hiburan dunia. Setiap zaman akan ada boy band mereka sendiri yang mencetuskan fenomena luar biasa. Kalau zaman 60-an dulu, semua makcik makcik yang sekarang ni dah berusia 60 tahun keatas tergila gilakan The Beatles, tahun 70-an aku agak kurang pasti, tahun 80-an pula muncul NKOTB, 90-an jangan dilupakan dengan kemunculan Backstreet Boys dan N'Sync, itu belum lagi dengan boyband dari Ireland dan UK iaitu Boyzone, Westlife dan Take That.

Bila muncul tahun 2000, senyap sunyi pula band band budak lelaki ni.., sehinggalah out of nowhere suddenly nama Jonas Brother meletup letup macam bertih goreng. So, aku rasa memang tak hairan kalau sekarang nama Jonas Brother hangat diperkatakan sebab generasi 2000 ni belum rasa lagi kehebatan penangan boy band.




macam anak buah aku yang berusia 15 tahun tu. Punyalah excited nak menonton cerita "Camp Rock" yang dilakonkan oleh Joe Jonas dengan Demi Lovato tu. Sampai sanggup skip sembahyang terawih atas alasan yang aku dengar sendiri dari mulut dia " takut mengantuk esok dalam kelas, penat"

Padahal rupanya dia nak mengadap muka this 3 cute boys.. Atikah.., Atikah.., macam lah makcik kamu ni tak pernah lalui semua tu...

No comments: