Adakah engkau seorang brand conscious?
Kalau ya, usah baca blog ini. Blog ini adalah kepunyaan seorang wanita yang tak berapa brand conscious walaupun dia suka bergaya dan sukakan fashion.
Kalau engkau adalah orangnya yang saban hari mencanangkan "aku beli beg LV ori dekat butik bla and bla.." then maaflah, I'm not your friend. Aku ni miskin hina aje. Tak mampu nak beli ORIGINAL, tapi kalau imitation, ya.., aku mampu.
Prinsip aku mudah. Latar belakang aku bukan dulang emas. Arwah ayah dulu berhempas pulas memberi kami makan sesuap nasi, dan tradisi berhempas pulas tu berterusan sehingga kini, di mana aku pula menggalas tugas berhempas pulas menyara hidup sendiri. Kalau dulang aku adalah dulang emas, aku yakin hidung aku tinggi juga. Aku manusia lemah, masakan tak tinggi hidung aku kalau aku mampu menggalas designer bag berharga ratusan ribu ringgit.
Aku juga seorang yang practical. Aku tahu aku tak mampu, walaupun aku cuba sedaya upaya untuk memampukan diri, tapi tetap tak mampu juga, lalu jalan penyelesaiannya hanyalah, let's robbed the imitation bag! It's affordable plus the quality also almost the same, walaupun sudah tentu harga "bongkak"nya tak sama dengan yang ORIGINAL.
Yup.., aku terbakar hati dengan golongan ini. So? Aku suka beli barang imitation, then what? Aku minta duit kau kah? Kau kena bayar ke harga yang aku beli tu? Jatuh kah harga diri aku kalau aku mengakui "alah, ni bukan beg ori, ni yang kelas AA aje, bolehlah daripada tiada"
It's all up to the person. Aku jenis tak kisah. Asalkan kena dengan taste aku dan aku bijak menggayakannya, then why not? Kalau nak tunggu duit menggunung baru nak carry beg original jenama Jimmy Choo, then aku rasa sampai kucing bertanduk pun **aku rasa kucing dah pun bertanduk** memang aku tak merasa.
Aku pun jenis sedar diri juga. Aku bukannya comel sangat macam Siti NurHaliza sampai nak berangan mengorat Datuk tua tak sedar diri semata mata kerana mahu memenuhi keinginan to carry designer bag original.
Kalau perempuan lain tak mahu mengaku beli barang imitation, aku dengan jujurnya mengakui, aku suka barangan imitation. Aku mampu hanya barangan tiruan. Kalau second hand pun aku rasa aku mampu, considered the price below RM500. Tapi kalau second hand, harga masih sekitar RM500 keatas, then aku angkat tangan tinggi tinggi dan berundur setapak ke belakang.
Perlahan aku pusing dan larriiiikkkkkk......
Aku hanyalah seorang perempuan simple, suka melawa tapi tak keterlaluan sangat, suka bergaya tapi masih melihat kemampuan diri. Aku tak harap ada lelaki menabur duit pada aku. Aku dah terlalu lama berdiri atas kaki sendiri, membuatkan lelaki yang menayang duit depan mata aku, aku dah tak hairan.
Cuma yang membuatkan aku hairan, bila ada perempuan yang suka memandang rendah pada perempuan yang lain. Itu.., aku cukup hairan.
No comments:
Post a Comment