Either apa yang engkau lakukan itu, adalah benar atau tidak.
Tak mengapa sekarang kau lakukan begini kepada kami, lebih lebih pada aku yang kau labelkan sebagai "teruk" hanya kerana aku berbahasa kasar pada engkau.
Engkau mahu rasakan kesakitannya, maka aku biarkan kau terjun dengan labu labu anganan tak sudah engkau itu.
Bila sampai masanya nanti, usah kau kibarkan bendera putih itu, kerana walau setinggi mana kau kibarkan, aku tak akan peduli sudah.
Untuk apa aku peduli kalau kata kataku kau campak ke longkang?
Untuk apa aku peduli kalau kau tega mengatakan aku mahu bermusuh?
Sedang aku hanya mahu menyedarkan engkau?
Maka aku tinggalkan engkau dengan mimpi mimpi engkau itu.
Aku akan terus bertahan walaupun aku tahu aku akan rasa mual, geli dan nak termuntah membacanya.
Aku berharap hati aku ini sekebal tembaga.
No comments:
Post a Comment