Aku tak pernah mengikuti siri drama tv Sindarela. Tapi entah kenapa dua minggu ni aku seperti berminat pulak nak tengok kesudahannya. Episod minggu lepas dan juga semalam. Aku menyampah dengan watak Hussein yang ego, lembik dan lambat bertindak. Watak tu seolah menggambarkan seseorang yang aku kenal.
Zoela dah hampir hampir menjadi milik orang pun dia masih berat mulut nak meluahkan perasaan. Memang aku tak tahu kisah daripada mula, apa yang aku tahu sebelum Zoela, Hussein terlebih dulu bercinta dengan Ayu, tetapi kemudian Ayu berlaku curang, (ah! bencinya aku dengan perkataan curang ni!). Semuanya gara gara sikap ego dan lembik si Hussein tu. Tak tahu nak ambil hati perempuan, membiarkan saja perempuan tu terkapai kapai dan tertanya tanya, apa kesudahan hubungan ni?
Bila perempuan berlaku curang, pandailah pulak nak menuduh si perempuan macam macam. Padahal lelaki tak tahu kecurangan tu terkadang berpunca dari sikap mereka yang acuh tak acuh.
Bila dah berlaku sesuatu yang buruk, barulah mereka terhegeh hegeh nak bertindak, barulah mereka nak meluahkan apa yang mereka rasa sebelum ni. Sayangnya semua tu dah terlambat. Siapa yang rugi? mereka dan keluarga mereka juga yang rugi.. huhu..
+ + + + + + +
Aku curi curi hapdate blog ni kat office. Nanti lunch time aku sambung lagi.
Wednesday, July 30, 2008
Tuesday, July 29, 2008
Gol & Gincu and the ever beautiful Fazura..
Gol & Gincu? haha.., sure ada yang pelik. Apa yang best sangat dengan Gol & Gincu tu? Aku pun tak tahu. Tapi Astro dah berpuluh kali mengulang tayang dan aku tetap tak pernah jemu menontonnya. Tak tahulah kerana apa. Adakah kerana Fazura yang semakin di pandang semakin cantik ataupun kerana jalan ceritanya yang mengisahkan tentang kekuatan dan semangat mahu berubah?
Mungkin kedua duanya. Aku sukakan fazura dalam filem tu dan juga jalan ceritanya. Simple yet i can relate to the story. Ianya seolah perkara yang memang semua orang akan laluinya. Putus cinta, hilang kawan, mahu mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik, sigh.., semuanya macam kisah aku saja.. huhu..
Lebih lebih lagi hidup dalam zaman serba mencabar ni. Terlalu banyak persaingan. Terlalu ramai yang ingin berada di depan. Tak kiralah dalam apa jua bidang. Semuanya mahukan yang terbaik. Habis yang si lembab ni, mana nak diletakkan? Ketinggalan lah nampak gayanya.
+ + + + + + +
Eh, aku memang suka melihat wajah Fazura. Cantik. Tak macam wajah Fasha Sandha. Entah, tapi aku tak meminati kedua duanya pun. Aku sekadar mengkagumi kecantikan Fazura, itu saja. Kalau pelakon, yang paling aku minat, sudah semestinya Cameron Diaz. Forever aku akan mengkagumi kecantikan dan attitude dia. She's my role model.. huhu..

The Dark Knight and watching movies alone..
Dah lama aku tak menonton wayang. Kali terakhir adalah sewaktu aku menonton "What Happen In Vegas". Pecah perut aku gelak seorang diri. Aku teringin nak menonton "The Dark Knight". Yeah, maybe because of the hype. Maybe because it's the last film yang Heath Ledger berlakon. Teruja juga aku bila membaca komen dari press. Macam best saja filem ni.
Tapi aku tak tahu samada aku akan mendapat kebenaran untuk menonton seorang diri atau tidak. Memang pelik, pergi menonton seorang diri pun tidak dibenarkan, lainlah kalau aku sembunyi2 keluar dengan lelaki lain. Tapi tak mengapalah, itu cerita lain.
Terkadang memang aku enjoy menonton seorang diri. Aku bebas untuk menunjukkan reaksi. Nak ketawa terbahak bahak pun boleh, tanpa perlu nak cover konon akulah perempuan melayu terakhir. Atau kalau aku nak menjerit dan menutup mata pun boleh, (teringat semasa aku menonton Cloverfield seorang diri a few months ago, semasa adegan raksasa tu melompat dan menyerang helikopter yang terbang, konon diorang ingat raksasa tu dah mati) memang aku menjerit kuat juga masa tu. Mujur tak ada sesiapa disebelah, kalau tidak dah tentu aku pegang tangan dia.
Banyak juga filem yang aku terlepas selepas What Happen In Vegas. Tak mengapalah, di masa masa mendatang, aku akan luangkan juga masa untuk menonton, seorang diri. Ianya dah semacam menjadi kegemaran. Apa orang kata, "me time".
berkejar kejar kerana takut dimarahi..
Aku terpaksa menghentikan entry aku semalam kerana tiba tiba saja ada gangguan dan aku terpaksa bergegas pergi. Terkejar kejar aku semalam, seolah dikejar hantu. Begitulah rutin kehidupan aku sekarang. Terkongkong dan terbatas, tidak sebebas dulu. Surf internet pun sudah tidak dibenarkan, sigh.. kesian aku..
Jadi, lupakanlah cerita tentang anak buah aku dan band kegilaannya tu. Tak penting pun. Kalau penting, mungkin esok lusa aku akan menyambungnya semula.
+ + + + +
Bengang aku, gara gara mahu menukar email address, username aku terus tak active di forum gantian Amnet, grrr..., bengang gila. Aku ingatkan boleh saja saja untuk menukar email address, sekali rupanya terus inactive. Jadi sekarang, even forum gantian Amnet pun aku dah tak boleh nak masuk. Memang boleh register saja nama lain, tapi aku ni bukan jenis suka menggunakan nama nama samaran ni, aku lebih menyenangi nama sebenar, tapi tak apalah, mungkin nak suruh aku berehat dari dunia forum agaknya.
+ + + + +
Owh, aku sedang melayan Estranged sekarang. Entah apsal aku boleh pulak nak melayan lagu band ni. Bukannya minat sangat pun, kalau Butterfinger "1000 tahun" tu okaylah jugak.
+ + + + +
Semakin lama semakin boring life aku. Memang ada planning untuk settle down dengan someone, tapi semuanya bergantung pada jodohNya. Tapi harap harapnya adalah jodoh kami.

Monday, July 28, 2008
Music that heals my soul..
Aku menggemari Duffy sekarang ni. Jason Mraz juga, oh, lupa pulak pada Dido. Amy Winehouse juga. Semua penyanyi yang membawakan muzik yang mendamaikan jiwa. A bit jazzy, bluesy and poppish, yang tak begitu mendayu dayu sehingga membuatkan aku mahu termuntah.
Mungkin era rock dah lama aku tinggalkan. Walaupun sometimes datang juga mood angst aku. Itu pun bila aku tertekan dengan life. Bila aku berada dalam mood anger, aku suka layan Nirvana, owh, i;m very the old skool.., tak main la nu skool.. huhu..
Sekarang ni, aku banyak memilih lagu yang mempunyai lirik bermakna dan memberikan inspirasi. Aku dah muak dengan lagu yang mendayu dayu dengan lirik yang sangat memualkan. Owh, please.., aku dah bosan dengan lagu jiwang jiwang. Perghh.., so not me.
Dido, aku sangat mengkagumi lirik tulisan dia. Puitis dan begitu hampir dengan apa yang aku rasa. Mungkin kerana aku merasakan hidup aku ni macam hampeh.., wakakakaka.., **sigh.. aku rindukan seorang teman yang suka ketawa semacam itu**
Hey, jangan tak tahu, anak buah aku yang seorang tu, dah meningkat remaja, dan sangat menggilai band band indie yang sedang hangat sekarang ni. Antaranya band Hujan, Meet Uncle Hussain, Estranged, Bittersweet, dan entah apa apa lagi tu. Paling best, dia pun ikut sama menggemari The Jonas Brother. bersambung

Sebelum esok..
Sometimes, aku memang terkejut dengan apa yang berlaku. Banyak yang aku belajar daripadanya. Aku makin mengenali diri. Rupanya banyak keburukan diri aku yang mana selama ini aku sangkakan aku adalah seorang perempuan yang baik. Sigh.., aku selalu tersalah anggap tentang diri sendiri. Tapi tak mengapalah, biar segala keburukan tu aku simpan sendiri. Ianya tak patut aku ceritakan di sini, sebab keburukan bukan untuk dibangga bangga kan. Selagi boleh sorok, maka aku akan sorok.
+ + + + + +
Hishh.., tadi rasa macam banyak sangat nak tulis, tapi sekarang dah tak ada idea pulak. Bencinya. Tak apalah, aku update esok pulak. Jadi, untuk hari ni, selamat malam dan semoga aman sejahtera hendaknya hidup aku untuk esok hari..

i'm bored...
Kerja a bit boring. Just doing calls and update in the iproperty website. Sometimes rasa macam nak cari saja kerja lain tapi memikirkan yang sekarang ni bukan senang nak cari kerja lain, terpaksa bertahan saja. Kadar inflasi pun naik mendadak melebihi daripada rekod yang terdahulu, which aku pun dah lupa berapa percentage dia. Maybe around 7 something. Kalau aku berhenti kerja yang ini, tak ada jaminan aku akan dapat kerja lain. Arghhh.., terpaksa tahan walaupun boring yang amat sangat.
Aku ni memang seorang perempuan yang lain dari yang lain. Entah kenapa aku memang suka buat hal sendiri. Mungkin aku memang jenis yang take time untuk mesra dengan semua orang. Mungkin disebabkan itu aku merasa bosan di pejabat sebab tak ada kawan untuk bercerita. Maybe sebab tu aku lebih senang berkawan dengan kenalan yang aku kenal dalam dunia cyber. Sigh.. aku rindukan Lazuardi, aku rindukan Arjunasakti, aku rindukan facebook aku, my mafia wars, Esah, forum sembang malaysia, Reeyna.., tak mengapalah.., semua tu berlaku disebabkan kesilapan aku sendiri. Ah.., lupakan sajalah.
Memang terasa macam tak ada life sekarang ni, itupun kalau definisi life itu adalah selalu aktif di internet.. huhu.., memang pathetic, kan? Sad_pinky the Pathetic woman! (terpaksa menggunakan nama samaran.., atas sebab keselamatan)
+ + + + + + +
Life not so good lately. Selalu rasa tertekan dan terkongkong. Tak tahu apa yang aku ingini. Impian memang mahu berkahwin, tapi terkadang berfikir juga, betulkah pilihan yang aku buat ni?

rumah baru untuk hidup baru..
aku memang tak tahan gatal tangan mahu menaip blog. Biarlah blog ini tak ada pembaca, tak mengapa, asalkan aku berasa lega dapat menaip setiap hari. Berlatar belakangkan lagu Jason Mraz "I'm yours", jari jemari aku menari - nari rancak menzahirkan kata kata di skrin komputer. Aku memang penggemar tegar blog. Ini pun entah blog aku yang ke berapa buah agaknya. Ada sebab mengapa aku asyik membuka dan menutup blog. Tapi biarlah, itu semua kisah silam yang mahu aku lupakan. Ianya kisah yang paling pahit dalam sejarah hidup aku. Tetapi disebabkan gaya hidup masa kini yang memang berkait rapat dengan dunia cyber, membuatkan aku tak mampu berjauhan lama dengan internet. Tanpa internet, rasa macam tak lengkap saja hidup aku ini.
Suatu waktu dulu, aku memiliki account Myspace, Livejournal, facebook dan aktif berforum, tetapi sekarang semua tu dah tinggal kenangan. Hancur lebur disebabkan kealpaan aku sendiri. Aku yang terlalu ghairah mengejar keseronokan dunia cyber membuatkan sekarang aku tiada apa apa. But it;s okay, now aku cuma ada blogspot ini saja. Cukuplah sebagai penawar kegatalan jari jemari aku mahu menari nari rancak atas keyboard ini.
Aku rasa cukuplah entry ini sebagai pengenalan. Aku hanya mahu sebuah tempat untuk aku meluahkan perasaan. Mungkin sinilah tempatnya. Harapnya tidak akan hilang lagi selepas ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)