aku memang tak tahan gatal tangan mahu menaip blog. Biarlah blog ini tak ada pembaca, tak mengapa, asalkan aku berasa lega dapat menaip setiap hari. Berlatar belakangkan lagu Jason Mraz "I'm yours", jari jemari aku menari - nari rancak menzahirkan kata kata di skrin komputer. Aku memang penggemar tegar blog. Ini pun entah blog aku yang ke berapa buah agaknya. Ada sebab mengapa aku asyik membuka dan menutup blog. Tapi biarlah, itu semua kisah silam yang mahu aku lupakan. Ianya kisah yang paling pahit dalam sejarah hidup aku. Tetapi disebabkan gaya hidup masa kini yang memang berkait rapat dengan dunia cyber, membuatkan aku tak mampu berjauhan lama dengan internet. Tanpa internet, rasa macam tak lengkap saja hidup aku ini.
Suatu waktu dulu, aku memiliki account Myspace, Livejournal, facebook dan aktif berforum, tetapi sekarang semua tu dah tinggal kenangan. Hancur lebur disebabkan kealpaan aku sendiri. Aku yang terlalu ghairah mengejar keseronokan dunia cyber membuatkan sekarang aku tiada apa apa. But it;s okay, now aku cuma ada blogspot ini saja. Cukuplah sebagai penawar kegatalan jari jemari aku mahu menari nari rancak atas keyboard ini.
Aku rasa cukuplah entry ini sebagai pengenalan. Aku hanya mahu sebuah tempat untuk aku meluahkan perasaan. Mungkin sinilah tempatnya. Harapnya tidak akan hilang lagi selepas ini.
No comments:
Post a Comment