Monday, July 28, 2008

i'm bored...

Kerja a bit boring. Just doing calls and update in the iproperty website. Sometimes rasa macam nak cari saja kerja lain tapi memikirkan yang sekarang ni bukan senang nak cari kerja lain, terpaksa bertahan saja. Kadar inflasi pun naik mendadak melebihi daripada rekod yang terdahulu, which aku pun dah lupa berapa percentage dia. Maybe around 7 something. Kalau aku berhenti kerja yang ini, tak ada jaminan aku akan dapat kerja lain. Arghhh.., terpaksa tahan walaupun boring yang amat sangat.

Aku ni memang seorang perempuan yang lain dari yang lain. Entah kenapa aku memang suka buat hal sendiri. Mungkin aku memang jenis yang take time untuk mesra dengan semua orang. Mungkin disebabkan itu aku merasa bosan di pejabat sebab tak ada kawan untuk bercerita. Maybe sebab tu aku lebih senang berkawan dengan kenalan yang aku kenal dalam dunia cyber. Sigh.. aku rindukan Lazuardi, aku rindukan Arjunasakti, aku rindukan facebook aku, my mafia wars, Esah, forum sembang malaysia, Reeyna.., tak mengapalah.., semua tu berlaku disebabkan kesilapan aku sendiri. Ah.., lupakan sajalah.

Memang terasa macam tak ada life sekarang ni, itupun kalau definisi life itu adalah selalu aktif di internet.. huhu.., memang pathetic, kan? Sad_pinky the Pathetic woman! (terpaksa menggunakan nama samaran.., atas sebab keselamatan)

+ + + + + + +

Life not so good lately. Selalu rasa tertekan dan terkongkong. Tak tahu apa yang aku ingini. Impian memang mahu berkahwin, tapi terkadang berfikir juga, betulkah pilihan yang aku buat ni?

No comments: