Tuesday, July 29, 2008
The Dark Knight and watching movies alone..
Dah lama aku tak menonton wayang. Kali terakhir adalah sewaktu aku menonton "What Happen In Vegas". Pecah perut aku gelak seorang diri. Aku teringin nak menonton "The Dark Knight". Yeah, maybe because of the hype. Maybe because it's the last film yang Heath Ledger berlakon. Teruja juga aku bila membaca komen dari press. Macam best saja filem ni.
Tapi aku tak tahu samada aku akan mendapat kebenaran untuk menonton seorang diri atau tidak. Memang pelik, pergi menonton seorang diri pun tidak dibenarkan, lainlah kalau aku sembunyi2 keluar dengan lelaki lain. Tapi tak mengapalah, itu cerita lain.
Terkadang memang aku enjoy menonton seorang diri. Aku bebas untuk menunjukkan reaksi. Nak ketawa terbahak bahak pun boleh, tanpa perlu nak cover konon akulah perempuan melayu terakhir. Atau kalau aku nak menjerit dan menutup mata pun boleh, (teringat semasa aku menonton Cloverfield seorang diri a few months ago, semasa adegan raksasa tu melompat dan menyerang helikopter yang terbang, konon diorang ingat raksasa tu dah mati) memang aku menjerit kuat juga masa tu. Mujur tak ada sesiapa disebelah, kalau tidak dah tentu aku pegang tangan dia.
Banyak juga filem yang aku terlepas selepas What Happen In Vegas. Tak mengapalah, di masa masa mendatang, aku akan luangkan juga masa untuk menonton, seorang diri. Ianya dah semacam menjadi kegemaran. Apa orang kata, "me time".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment