Aku terpaksa menghentikan entry aku semalam kerana tiba tiba saja ada gangguan dan aku terpaksa bergegas pergi. Terkejar kejar aku semalam, seolah dikejar hantu. Begitulah rutin kehidupan aku sekarang. Terkongkong dan terbatas, tidak sebebas dulu. Surf internet pun sudah tidak dibenarkan, sigh.. kesian aku..
Jadi, lupakanlah cerita tentang anak buah aku dan band kegilaannya tu. Tak penting pun. Kalau penting, mungkin esok lusa aku akan menyambungnya semula.
+ + + + +
Bengang aku, gara gara mahu menukar email address, username aku terus tak active di forum gantian Amnet, grrr..., bengang gila. Aku ingatkan boleh saja saja untuk menukar email address, sekali rupanya terus inactive. Jadi sekarang, even forum gantian Amnet pun aku dah tak boleh nak masuk. Memang boleh register saja nama lain, tapi aku ni bukan jenis suka menggunakan nama nama samaran ni, aku lebih menyenangi nama sebenar, tapi tak apalah, mungkin nak suruh aku berehat dari dunia forum agaknya.
+ + + + +
Owh, aku sedang melayan Estranged sekarang. Entah apsal aku boleh pulak nak melayan lagu band ni. Bukannya minat sangat pun, kalau Butterfinger "1000 tahun" tu okaylah jugak.
+ + + + +
Semakin lama semakin boring life aku. Memang ada planning untuk settle down dengan someone, tapi semuanya bergantung pada jodohNya. Tapi harap harapnya adalah jodoh kami.
No comments:
Post a Comment