Gol & Gincu? haha.., sure ada yang pelik. Apa yang best sangat dengan Gol & Gincu tu? Aku pun tak tahu. Tapi Astro dah berpuluh kali mengulang tayang dan aku tetap tak pernah jemu menontonnya. Tak tahulah kerana apa. Adakah kerana Fazura yang semakin di pandang semakin cantik ataupun kerana jalan ceritanya yang mengisahkan tentang kekuatan dan semangat mahu berubah?
Mungkin kedua duanya. Aku sukakan fazura dalam filem tu dan juga jalan ceritanya. Simple yet i can relate to the story. Ianya seolah perkara yang memang semua orang akan laluinya. Putus cinta, hilang kawan, mahu mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik, sigh.., semuanya macam kisah aku saja.. huhu..
Lebih lebih lagi hidup dalam zaman serba mencabar ni. Terlalu banyak persaingan. Terlalu ramai yang ingin berada di depan. Tak kiralah dalam apa jua bidang. Semuanya mahukan yang terbaik. Habis yang si lembab ni, mana nak diletakkan? Ketinggalan lah nampak gayanya.
+ + + + + + +
Eh, aku memang suka melihat wajah Fazura. Cantik. Tak macam wajah Fasha Sandha. Entah, tapi aku tak meminati kedua duanya pun. Aku sekadar mengkagumi kecantikan Fazura, itu saja. Kalau pelakon, yang paling aku minat, sudah semestinya Cameron Diaz. Forever aku akan mengkagumi kecantikan dan attitude dia. She's my role model.. huhu..
No comments:
Post a Comment