Aku menggemari Duffy sekarang ni. Jason Mraz juga, oh, lupa pulak pada Dido. Amy Winehouse juga. Semua penyanyi yang membawakan muzik yang mendamaikan jiwa. A bit jazzy, bluesy and poppish, yang tak begitu mendayu dayu sehingga membuatkan aku mahu termuntah.
Mungkin era rock dah lama aku tinggalkan. Walaupun sometimes datang juga mood angst aku. Itu pun bila aku tertekan dengan life. Bila aku berada dalam mood anger, aku suka layan Nirvana, owh, i;m very the old skool.., tak main la nu skool.. huhu..
Sekarang ni, aku banyak memilih lagu yang mempunyai lirik bermakna dan memberikan inspirasi. Aku dah muak dengan lagu yang mendayu dayu dengan lirik yang sangat memualkan. Owh, please.., aku dah bosan dengan lagu jiwang jiwang. Perghh.., so not me.
Dido, aku sangat mengkagumi lirik tulisan dia. Puitis dan begitu hampir dengan apa yang aku rasa. Mungkin kerana aku merasakan hidup aku ni macam hampeh.., wakakakaka.., **sigh.. aku rindukan seorang teman yang suka ketawa semacam itu**
Hey, jangan tak tahu, anak buah aku yang seorang tu, dah meningkat remaja, dan sangat menggilai band band indie yang sedang hangat sekarang ni. Antaranya band Hujan, Meet Uncle Hussain, Estranged, Bittersweet, dan entah apa apa lagi tu. Paling best, dia pun ikut sama menggemari The Jonas Brother. bersambung
No comments:
Post a Comment