Kadang kadang aku tak faham dengan corak hubungan kami. Sentiasa ada graf turun naik dan sentiasa bergelora. Tak tahu bila masanya hubungan tu akan berlangsung dengan harmoni dan aman damai.
Aku tahu aku tak sempurna. Aku tahu aku pernah melakukan kesalahan. Mungkin aku tak layak mendapat peluang kedua. Aku pun sebenarnya, dah penat untuk sentiasa menjaga hati masing masing. Penat sentiasa berusaha untuk memuaskan hati dia dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Aku sebenarnya seorang perempuan yang berjiwa bebas. Free spirited. Tapi tak bermakna aku akan melanggar setiap batasan agama dan moral masyarakat setempat. Berjiwa bebas maksudnya aku suka melakukan perkara yang aku minat, suka mencari ketenangan dengan cara dan gaya aku sendiri, punya pemikiran dan pendapat sendiri.
Tapi dengan dia, aku tak boleh melakukan semua tu. Aku terkongkong. Aku tak dibenarkan untuk menjalani kehidupan ini, mengikut cara yang aku suka. Hanya kerana aku pernah melakukan kesalahan, dan sekarang aku harus bayar harga kesalahan itu. Aku hidup untuk siapa, aku pun tak tahu. Mungkin kalau mengikut pemikiran dia, aku harus hidup mengikut aturan yang dia dah susun untuk aku setiap hari.
Pergi kerja, balik kerja, dan tiada kenalan, tiada internet, tiada blog, tiada Facebook ataupun Myspace. Baik.., aku turutkan semuanya. Aku hidup mengikut acuan dia. Dan jiwa aku memberontak. Hasilnya.., muncul blog ini. Muncul semula forum. Kenapa? Bukan sebab aku nak berlaku curang semula, tapi sebab hanya itu saja hubungan aku dengan dunia luar.
Teman? Sahabat? Dah lama aku tinggalkan disebabkan mereka tak bersetuju dengan pilihan aku ini. Jadi, tinggallah aku bersendirian dengan dia, dan terpaksa tahan segalanya.
Okay, dia memang baik, dia menjaga aku sebaik mungkin. Dia sentiasa ada setiap kali aku dilanda musibah. He's a good guy. Cuma aku saja yang dah bukan aku yang dulu lagi. Aku letih dengan sandiwara ini.
Mungkin jodoh kami memang tiada. Yang ada sekarang ni pun, aku tak tahu nak panggil apa. Terhutang budi?
Faham bagaimana rasanya bila jiwa tu rasa kosong? mati? kaku? tiada rasa?
Bila tengok wayang pun satu kesalahan, aku dah tahu apa lagi yang boleh aku lakukan untuk mengisi masa lapang sendiri.
Entah. Aku dah tahu mana yang benar dan mana yang salah.
Hubungan ini memang meletihkan aku.
1 comment:
kalau mcm ni punya terseksa, slow talk balik ar dgn dia. What for nak teruskan if xhappy kan? Bosan siot! Kalau gua, dah lama blah.
Belum kawen dah wat camni. Tak best giler. pepehal pun, diskas n buat solat istikhoroh sentiasa. Sbb pepehal pun jodoh DIa yg tentukan.
Dah jgn sedey2!
Post a Comment