Sepanjang dua minggu lepas, keadaan hidup aku agak tak terurus disebabkan oleh sesuatu yang terjadi. Aku kehilangan kerja secara mengejut disebabkan oleh sesuatu yang aku lakukan, sesuatu yang boleh dielakkan tapi diri sendiri yang tak pernah mahu berubah.
Tapi, syukur Alhamdulillah, pintu rezeki tu sentiasa terbuka kepada sesiapa yang berusaha. Walaupun aku agak tertekan dan kusut fikiran memikirkan perkara yang terjadi, mujur semangat aku masih bersisa untuk terus bersabar dan berusaha mencari pekerjaan lain yang bersesuaian dengan kelulusan aku yang tak seberapa ni. Aku tak memilih pekerjaan, asalkan setiap hujung bulan aku ada income dan dapat meneruskan kehidupan.
Disebabkan oleh hal ni, hubungan aku dengan abang jadi berantakan sedikit, dan biasalah, bila sesebuah hubungan tu dilanda badai, dah tentu masing masing akan memendam rasa tak puas hati antara satu sama lain. Aku tak puas hati dengan abang, abangpun tak puas hati dengan aku. Aku sebenarnya memang dah berputus asa dengan apa yang berlaku. Aku salahkan abang, walaupun abang kata ianya berpunca dari sikap aku yang tak pernah berubah!
Memang tegang jugaklah urat saraf kepala dan tubuh badan aku, sampaikan aku rasa sakit sakit kesemuanya. Aku memang ada masalah tekanan yang agak melampau juga, sebab tu aku tahu simptom2 tekanan perasaan ni.
Tapi hari ni, Alhamdulillah, berkat usaha dan niat yang baik, aku berjaya dapat kerja baru. Baru semalam aku pergi interview, itupun aku curi masa bekerja aku, hari ni dah dapat reply dari mereka untuk mula bekerja pada hari Jumaat ni. Sekurang kurangnya, bebanan perasaan yang aku tanggung berkurangan sikit.
Selepas ni, cabaran besar yang harus aku hadapi ialah untuk memastikan yang aku akan ubah sikap aku ni. Sikap degil dan keras kepala, dan hanya tahu menyusahkan orang lain saja. Terutama sekali orang orang yang terhampir dengan aku.
2 comments:
kak anne,
sorry to hear that akak kehilangan kerja. and alhamdulillah dan tahniah krn berjaya dpt kerja baru within short period of time. hopefully, everything will will run smoothly for u ye kak!
cheer up kak anne :-)
thanks sha.., akak pun tak sangka segalanya jadi macam mengejut aje. tapi akak dah boleh rasa lega lepas ni sebab tak payah tunggu lama nak dapat kerja baru.
yalah kan, zaman gawat macam ni, bukan senang nak dapat kerja, tapi Alhamdulillah, rezeki akak ada.
Post a Comment