dalam pada taknak balik kampung untuk menyambut hari raya haji, disebabkan kena paksa, aku balik juga pada hari ahad.
aku keluar rumah pun dah lewat, dalam pukul satu baru nak gerak naik bas kat PJ. sampai ke KL dalam pukul 2. 30, mujur bas seremban banyak, jadi tak ada masalah.
akhirnya, dalam pukul 6 lebih, aku dah sampai kat kampung.
haih, dalam kena paksa tu sampai juga ke kampung, ingatkan tak sampai.
memikirkan entah bila aku akan berkesempatan untuk berjumpa dengan abang yang tinggal kat sabah tu, jadi aku paksa juga hati yang berat ni untuk balik. lagipun dah lama tak berjumpa dengan Hazwan Hafiz, Hanis Syahira dan juga Shahbudin Amzar. Dorang bertiga tu anak anak buah aku. dah makin dewasa dah dorang bertiga ni. si Hanis tu dah makin comel pulak aku tengok, yelah sejak dah berusia 14 tahun ni, kan?
haih.., anak anak buah semua dah besar besar. aku ni saja yang belum ada apa apa lagi.
padahal dorang dulu semuanya kecil aje, kalau tiba giliran dorang balik ke semenanjung ni.
mak pun dah mula bersuara. aku naik rimas. kalau sampai mak dah berkata "mak nak bawak kau berubat", aku rasa mak memang serius mahu menikahkan aku dengan siapa siapa saja yang available.
nak bawa aku berubat? bagi aku gelak kejap.., aku sakit apa? sakit jiwa? sakit hati? atau sakit puan? aku cuma belum bersuami saja, tapi adakah belum bersuami tu pun satu penyakit sampai kena bawa aku pergi berubat?
pelik kan, isihati orang orang tua yang bergelar mak ayah ni. selagi anak mereka tak berkahwin selagi tu fikiran mereka akan runsing dan memikirkan apa saja cara yang terbaik untuk nikahkan anak mereka secepat mungkin.
bukan aku tak memahami akan hasrat hati mak, tapi apa daya aku? oke, aku memang dah ada kawan, tapi nak buat macamana kalau kawan aku tu ada masalah sikit?
entahlah. malas nak fikir. kalau fikirkan pun buat pening kepala aku saja.
kemudian, abang pula pergi buka cerita lama. cerita belasan tahun dulu. memanglah sebelum ni ada orang kampung yang berkaitan dengan arwah ayah pernah bertanya tentang aku, tapi mak tak berkenan dengan orang tu, dan aku pun memang tak ambil serius pun. masa tu aku baru je berusia 19 tahun, jadi bila mak menolak, aku tak risau apa apa pun.
cuma tak sedapnya, abang cakap "tulah, kalau mak tak tolak orang tu dulu, dah senang hidup anne ni sekarang, rumah ada, tanah ada, tak payah risau fikir nak kawinkan dia"
dan aku pun, haih.., apahal pulak ni?
bukankah jodoh semuanya ditentukan oleh Allah? maknanya memang bukan jodoh akulah tu.
nak buat macamana kalau perempuan lain yang dapat kesenangan yang mak tolak dulu tu?
not my fault, kan?
aku memang tak pernah ambil serius perkara nak menikahkan aku ni. masa kes yang dulu tu, memang mak ada beritahu, dan respon aku pun, just gelak gelak aje. eh, tak mungkin arwah ayah serius nak kawin aku masa tu? itu yang aku fikirkan.
kemudian bila mak beritahu yang mak pun tak berkenan, fuh aku pun rasa lega lah jugak. kalau tak aku memang tak berani nak melawan ataupun mengikut. silap haribulan kalau aku ikut, mungkin aku akan menyiksa diri sendiri saja.
ah.., sudahlah, itu kisah belasan tahun dulu. dah memang kisah hidup aku macam ni, jadinya.., jangan merungut.
ada jodoh nanti, kawinlah aku. malas nak risau sangat.
umur aku pun belum lanjut sangat. hujung tahun ni genaplah 3++
ah. malas nak fikir.