dua hari ni rasa macam nak makan orang aje. tak pun nak maki orang.
nasib aku ni bukan jenis macam tu. nasib aku ni jenis pendam dan layan emosi seorang diri. jenis orang yang memendam rasa dan sekali dia meletup, rasanya mahu bergegar dunia. banyak benda yang bermain dalam kepala otak aku ni. tentang kerja terutamanya.
rasa macam nak berhenti kerja dan cari kerja baru. dah rasa bosan dan tertekan asyik kena marah aje, padahal benda kecil aje, tapi kalau dah jenis orang yang suka nak pinpoint salah orang, mana nak nampak kalau sendiri ada buat salah. lepas tu tahu nak menjerit jerit kat semua orang.
kadang aku menyampah dengan perempuan bujang yang berumur 30-an ni, baran dorang semacam. **heh, kata orang, diri sendiri tu pun sama**
oke, memanglah, tapi baran aku pun, aku tak menjerit2 kat semua orang. paling tidak pun aku menghempas atau membaling apa saja yang aku nampak, yang ada kat depan mata aku, sebagai tanda protes. menjerit2? heh.., apa kelas.., malulah menjerit2 ni. tak ada moral.
layan bjork lagi best. "Oh! So Quiet"
+ + + + + + +
Nak buat entry serius pun dah tak ada mood.
1 comment:
lazu ada benda :
Hidup dalam dunia ini untuk bersyukur:
bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan kamu
bersyukur kepada orang menipu kamu kerana dia yang meningkatkan pengetahuan kamu
bersyukur kepada orang yang tidak endahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari
bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan abiliti kamu
bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kesabaran kamu
bersyukur dengan segala ujian dariNYA kerana semuanya meningkatkan iman kamu.
hehehe... selamat maju jaya
Post a Comment