aku terlepas apa yang orang sedang kecohkan seharian ini. benar benar terlepas dan masih tak dapat gambaran yang sebenar.
tapi bila membaca beberapa ulasan blog mengenainya, aku rasa aku faham serba sedikit. inilah susahnya bila tak ada internet dirumah. hari ni pun kebetulan aku keluar, jadi aku singgah sebentar di cyber cafe, selepas meminta kebenaran. kalau tak dibenarkan, aku pun mungkin tak akan tahu akan cerita yang sedang bertebaran sekitar dunia maya ini.
yang aku faham sebuah blog telah diwujudkan atas nama seorang perempuan melayu, yang mana kandungannya jatuh dalam kategori sensitif bagi umat islam. tadi, waktu singgah di blog lazu, aku cuba klik link yang disertakannya, tapi nampaknya aku terlewat. blog tersebut sudah dipadamkan.
kalau tidak mungkin aku dapat membaca apa yang telah penulis blog tersebut tulis dalam blog kontroversi tu.
dalam banyak banyak perkara dalam dunia ni, kenapalah penulis tersebut memilih untuk menulis perkara yang menaikkan darah orang lain, terutama sekali orang Islam dan bangsa melayu?
bagi aku, ada 3 perkara yang akan menaikkan darah semua orang, yang pertama kalau ada orang mengutuk agama mereka, kedua kalau ada orang mengutuk bangsa mereka, dan ketiga kalau bercerita tentang politik.
kebencian dan kasih sayang hanya dipisahkan oleh satu garis halus, sebaiknya kita jagalah ia..., jangan suka mengguris hati dan perasaan orang lain, dan jangan curah minyak dalam bara, kelak ianya akan menjulang tinggi dan membakar setiap apa yang ada disekelilingnya.
aku berdoa moga negara kita ni kekal dalam keamanan, setiap perbezaan kita cuba selesaikan, dan jangan sekali kali mencetuskan rasa kurang senang dalam hati sesiapapun, walau apa pun bangsa kita, dan agama yang kita anut.
masing masing cuba lihat kedalam diri sendiri, kalau rasa belum sempurna, baik elakkan bercerita tentang agama. kalau hanya untuk peringatan diri sendiri, mungkin tak ada masalah, tapi kalau dah sampai ke tahap mempengaruhi orang lain, itu salah.
Mudah mudahan, selepas ni tak akan ada lagi manusia yang tak bertanggungjawab yang akan mengganggu ketenangan yang kita kecapi selama ni. kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan,
jangan baling batu, sembunyi tangan.
No comments:
Post a Comment