Saturday, December 20, 2008

distant dreamer

ingat lagi entry tentang generasi sekarang yang mempunyai corak pemikiran tersendiri?

ini sambungannya, sekaligus merangkap reply to this

sesiapa pun boleh bagi pendapat dan tak semestinya pendapat tersebut akan dipersetujui oleh khalayak. ini yang dikatakan pro dan kontra. kita tak boleh nak paksa orang untuk bersetuju dengan pendapat yang kita utarakan.

masalahnya dengan orang kita adalah perasaan terlalu sensitif. sensitif dengan teguran dan bantahan orang. kalau tak mahu mendengar bantahan dan teguran orang, pada aku, baca betul betul, ini pada aku oke, baik tak payah tulis blog.

aku perhatikan memang ramai blogger yang sensitif. mereka tulis entry kemudian ada pembaca yang membangkang dan tak setuju, dan blogger ni melenting. sebelum aku teruskan, aku pun nak beritahu juga yang aku ni pun sensitif. mungkin belum kena pada aku jadi aku tak tahu bagaimana rasanya dihanjingkan, jadi bolehlah aku melalak kat sini.., tapi itu yang silapnya. i beg to differ on this.

aku dah ada tindakan yang bakal aku ambil, iaitu dengan berdiam diri. berdiam diri bukan bermakna kita pengecut. anjing yang menyalak bukit, bukit tak runtuh pun, lama lama anjing tu yang akan diam sendiri. faham?

kenapa aku tulis semua ni? sebab aku rasa mahu tulis. kenapa? tak boleh? bagi aku satu alasan kenapa tak boleh?

kalau ada orang nak mancarut ke, nak mencapub ke **tolonglah lazu, perkataan ni berasal dari mana ni?** dalam blog masing masing, itu hak mereka kerana blog tersebut dia yang susah payah create dan dia juga bersusah payah menaipnya.

haih.., aku rasa aku dah lari topik. penat berfikir. benda macam ni pun boleh jadi bahan fikir aku. kenapalah?

aku rasa inilah puncanya kenapa kita asyik berbalah. sebab tak dapat terima teguran orang lain. tengok, bush yang kena baling kasut pun oke aje, tak melenting nak marah tak tentu pasal.., aku beri contoh bush bukan sebab aku sokong dia, aku cuma refer pada sikap tenang dia, masa kena baling kasut tu.

aku suka kalau ada orang tinggalkan komen yang berbau kutukan ke, hinaan ke, cacian ke, aku boleh tulis begini "oke, noted. akan diperbaiki pada masa akan datang"

kan senang? kenapa perlu melawan balik dengan kritikan juga?

layan Duffy pulak hari ni, tajuk dia "Instant Dreamer"

maaf, embedded code tak boleh paste pulak. cari ajelah sendiri lagu ni. best.

http://www.youtube.com/watch?v=f3OCfsSoFao

1 comment:

Anonymous said...

hahaha... mencapub tu glamorlah
dulu ingatkan mencapap tapi rupanya capub.singkatan untuk mencari publisitu ada gak tambah memncapubmur utk murah
hehehe...