aku perhatikan sekarang ni, setiap dari kita mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri dalam satu satu isu yang timbul.
ramai yang dah berani menyuarakan pendapat masing masing dan berdiri teguh dengan pendapat yang diluahkan tu. aku perhatikan aliran ni dalam beberapa blog yang aku rajin singgah dan baca, tapi komen tak pernah.., sebab pada aku, tak perlu komen kat blog mereka, kalau rasa nak ulas, ulas saja kat blog sendiri, tapi yang penting jangan ulas secara spesifik, ulas secara umum, jadi senang, tak akan ada konflik yang timbul selepas tu.
this is one thing bagusnya generasi sekarang. mereka ada medium untuk bersuara dan meluahkan pendapat. kalau tak puas hati, just laungkan saja kat blog masing masing, ataupun kalau nak mengkritik sesiapa pun, tak kira lah PM ke, artis ke, family sendiri ke, bf sendiri ke, kawan kawan sendiri ke, ataupun paling pathetic kat life sendiri ke **macam yang aku sedang buat ni**, just create a blog and say anything you want.
heh, kalau nak tulis secret tentang ada orang kononnya menaruh minat kat kau pun, boleh jugak, macam yang aku lakukan kat entry sebelum ni. sekurangnya, bila aku buat macam tu, bebanan perasaan aku tak teruk sangat, walaupun sebenarnya tak ada benda yang serius pun berlaku, tapi kalau dah namanya.., err.. , namanya apa? aku tak tahu.., i can't find the exact word here..
i mean, dah namanya blog tu tempat meluahkan perasaan, jadi aku luahkanlah.., err.. begitu? maybe.., ah.. whateverlah..
aku memang suka lari dari point2 penting yang nak aku sampaikan.
bagusnya bila membaca pendapat mereka ni, aku rasa macam eh, this is something new. sesuatu yang tak pernah aku terfikirkan sebelum ni. maksud aku, bila membaca banyak idea dari corak pemikiran yang berbeza, ianya macam.., err.. apa ya.., haih.., aku fail betul kalau menulis benda serius macam ni..
ianya macam membuka minda aku.., ya.. itu yang sebetulnya. membaca pendapat yang pelbagai boleh membuka minda seseorang tu, biar tak terkongkong hanya pada satu idea saja, tapi banyak idea lain yang mana kalau bagus, guna, tapi kalau tak bagus, abaikan.
yup.., that is my exact point yang nak aku tulis tadi.
pasal tu kalau aku membaca blog orang, aku baca dengan perasaan dan fikiran yang kosong, biar tak terpengaruh dengan idea sendiri sebab aku faham, rambut sama hitam tapi hati lain lain.
atas sebab tu aku jarang nak komen, selain daripada aku pemalu nak komen. **gelakkan diri sendiri**
satu benda aku belajar dari blog ni, ianya membuatkan aku nak belajar tentang banyak benda. ya.., banyak benda. kalau nak kelihatan pandai, kau kena tahu banyak perkara, kan?
ya.., itu satu yang aku pelajari dengan blog. selain daripada mengenali karakter manusia lain yang pelbagai, dengan corak pemikiran yang unik. err.., rasanya aku ni unik ke?
oke.., tak apa, tak perlu jawab.
No comments:
Post a Comment