haih.., nak menaip satu entry pun rasa macam susah sangat. ada beberapa perkara yang bersarang dalam fikiran aku sekarang. dan ianya sangat mengganggu, sebab aku memang jenis yang suka berfikir benda benda remeh temeh yang tak ada kena mengena dengan aku.
pertama, tentang kes perempuan suka mendesak lelaki. hmm.., bagaimana nak aku huraikan kes ni? sebab kes ni tak berlaku pada diri aku, tapi berlaku di sinun, di tempat yang mana ada dua watak yang nampak hebat ini, bertelagah secara bijak dan berhemah, yang mana akhirnya membuatkan rahsia yang mahu mereka simpan selama ini, terbongkar dengan sendirinya.
aku memang sukakan gossip dan memang suka sangat menjaga tepi kain orang. yeah, try me.. tapi aku jenis suka gossip dan simpan sendiri saja, unless kalau ada kaitan dengan orang orang kat sinun, maka aku ulas di sini. haih.., sampai bila aku suka menjaga tepi kain orang ni? buruk betul perangai aku yang satu ni.
aku membaca sehingga habis akan kes tersebut, dan aku juga ada mencari bukti lain dalam blog masing masing, dan kesimpulan yang aku dapat, perempuan tu memang sangat komplikated dan suka menonjolkan diri dia yang konon bijak dan orderly. orderlylah sangat!
yang si lelakinya pula, aku rasa ada banyak karakter dalam satu nick, sebab ada masa aku benci dengan kata-kata yang dilemparkannya, tapi bila dia berubah watak, kata katanya boleh membuatkan perempuan jatuh suka. aku pasti ramai perempuan di sinun yang cair dan jatuh cinta dengan karakternya yang pelbagai tu, tapi bagi aku yang bertindak sebagai pemerhati dan tukang jaga tepi kain orang ni, hmm.. aku rasa dia tak ada beza dengan watak lelaki lain yang ada kat sinun.
aku akui, selama aku aktif di sinun sebelum ini dan sekarang, watak perempuan itu memang aku kagum dan sedikit cemburu, tapi bila selesai membaca kes yang aku sebutkan diatas, aku rasa, haih.. she's just human. tak ada beza. emosi sama, pemikiran sama, cepat melatah jugak. walaupun bijaksana mengalahkan orang lain.
cemburu dan busuk hati aku, ni kan? okelah.., aku mengaku. tapi sekarang tidak lagi. aku dah luahkan di sini, dan aku tak akan ikuti apa apa lagi berkaitan mereka. malas dah. kalau nak cari nama, macam tulah. appear to be a smart people, tapi sebenarnya.., sama je macam orang lain.
and then, watak lelaki yang aku mention kat atas ni, dia meninggalkan komen kat blog aku di sinun. aku pun agak terganggu dengan komen pendeknya tu. aku rasa macam curiga aje. tapi buat masa sekarang, aku just buat tak tahu dan berlagak macam tak ada apa apa. aku benci tau kalau ketenangan aku di ganggu gugat, tak suka. aku suka duduk diam diam aje tanpa gangguan, tapi bila ada gangguan macam ni, aku rasa tak tenang.
kemudian, aku pun sebenarnya berkecil hati dengan satu karakter ni. tapi tak mengapalah, biarkan ianya menjadi rahsia dulu. kat sana tak perlulah untuk ambil serius dengan sesiapa pun. ianya hanya sebuah pentas sandiwara saja, tapi kalau nak melepaskan lelah dan untuk gembirakan hati, masuk aje tanpa sebarang expectation.
oke.., i'm done.
No comments:
Post a Comment