pada malam christmas eve kelmarin, anak anak buah aku menonton siri audition raja lawak 3. dorang memang suka sangat dengan raja lawak ni, lebih lebih lagi dengan nabil, juara raja lawak musim ke-2 lepas.
aku yang kebosanan tak ada benda nak buat, join sekali tengok cerita yang entah apa apa tu. serius, memang entah apa apa. lelaki lelaki yang datang audition tu semuanya hanya membodohkan diri sendiri. aku tengok tak ada apa yang lawaknya pada jenaka kosong dorang semua tu.
selain daripada yang memalukan diri sendiri, ada juga sesetengahnya boleh berlawak, tapi lawak mereka sangat memualkan. idea tak ada, selain daripada idea recycle zaman tuk kaduk dulu, dan juga copycat nabil. tolonglah.., ingat lawak hanya dengan mencarut dan menjadi kanak kanak saja ke?
paling aku tak tahan, mamat yang buka cerita burung murai dan siput babi tu. duh! idea kampung betul. dia menjadikan tiket berlawak untuk mempopularkan carut "siput babi". mujur masa dia mencarut tu, astro potong "beep", kalau tidak.., satu malaysia dengar apa yang dia sebut agaknya.
aku tak kisah kalau lawak double meaning, sebab ianya tak direct melucah, hanya mereka yang cepat menangkap saja yang tahu apa maksud lawak tersebut, cuma mungkin bagi budak budak, mereka tentu tak akan faham.
satu yang aku agak kurang faham, kenapa untuk menjejak pelawak yang berbakat dan untuk mejadi pelapis pada pelawak yang sedia ada, kena wujudkan sebuah realiti tv untuk itu? ini semua idea kapitalis yang hanya mahu mengikis duit masyarakat, sedangkan bakat sebenar dan terpendam, tak perlu dicari, ianya akan muncul sendiri suatu hari nanti.
Lihat saja Sabri Yunus, Imuda, Khatijah Tan, Zami Ismail, mereka bukan lahir dari realiti tv, tapi lawak mereka memang hebat.
Budak budak melayu yang datang audition tu semuanya nakkan glamour cara mudah. semuanya hanya memburukkan lagi nama masyarakat melayu yang dah memang sedia busuk ni. segala yang buruk dan busuk, hanya terpalit pada nama "melayu".
melayu juga yang paling suka berhibur. Lihat contoh Akademi Fantasia. Lihat Mawi. aku tak tahu apa istimewanya Mawi, sampai semua orang gah sangat dengan dia.
Allahyarham Tan Sri P Ramlee juga seorang pelawak. lihat lawaknya bagaimana, kena sebiji2 dengan kita yang hidup pada zaman sekarang, walhal beliau hidup pada zaman yang sangat berbeza dari kita.
ini menunjukkan lawak Allahyarham adalah lawak yang berisi, dan berilmu. bukan lawak murahan dan picisan yang hanya membuat orang nak termuntah.
Astro, tolonglah, lepas ni tak payahlah ada sambungan Raja Lawak lagi. dah muaklah dengan badut2 kampung tu semua.
No comments:
Post a Comment