Saturday, December 20, 2008

berhenti sejenak dan fikir..

aku tak tahu nak mula dari mana. tapi aku tetap rasa macam nak berkongsi cerita.

aku ada seorang anak buah yang kurang upaya. gelaran umum untuk mereka ini adalah OKU. tapi anak buah aku ini, namanya indah. maksud aku, namanya memang Indah. Siti Shahindah. Indah bukan cacat anggota badan. dia cuma kekurangan dari segi pendengaran dan percakapan. anggota tubuhnya lengkap dan parasnya sempurna.

dia baru berusia 10 tahun. seorang yang cemerlang di sekolah dan dalam kelas. kat rumah tu ada banyak plak dan medal, hasil dari dia seorang saja. ternyata dia suka dengan ilmu. pelajaran dia pun cemerlang walaupun dia hanya belajar dalam kelas peralihan untuk pelajar bisu dan pekak.

aku tak mahu anggap dia pekak dan bisu sebab dia cerdik. dia seorang yang hyperaktif. dia pernah hampir hilang dekat One Utama sebab kami semua leka dan dia asyik dengan benda yang menarik minatnya. mujur hilang tak lama, kami cari dia mengikut jejak kami sebelum itu dan akhirnya jumpa juga dengan Indah yang sedang duduk tepi lift, tanpa tangisan. ya. dia tak menangis, bila nampak kami, dia masih boleh senyum2 lagi, walaupun nampak juga riak bimbang diwajahnya.

kenapa tiba tiba aku nak bercerita tentang Indah? kerana aku simpati dengan dia. simpati kerana dia menjadi mangsa buli adik beradik dia. hanya kerana dia tak mampu bercakap, hanya kerana dia seorang yang hyperaktif. Indah memang jenis tak tahu duduk diam. melainkan kalau dia sedang khusyuk menonton tv. waktu itu baru dia akan leka dengan tv.

aku faham perangai budak budak. kadang mereka ni memang sengaja cari pasal nak bergaduh. tapi entah kenapa aku tak boleh tengok indah menangis, walaupun memang ternyata itu salah dia.

macam semalam, dia terpecahkan cawan hiasan maknya. memang salah dia sebab dalam gelap, dia nak simpan raket badminaton atas almari, tapi entah macamana terkena cawan tu lalu pecah berderai. kakak sulungnya ni, yang berusia 15 tahun, hilang sabar agaknya lalu bangkit dan menumbuk perut indah. aku terkejut. kuat tangisan indah selepas kena penumbuk sulung kakaknya tu, sambil dia tunduk menahan sakit. aku tak tahu sakitnya macamana, kuat atau tidak tumbukan kakaknya tu, tapi aku pasti.., indah memang kesakitan.

aku kesian kan dia. aku pergi pujuk, dengan ayunan tangan sebab aku tak pandai bahasa isyarat. aku letak jari kat mulut, cakap "syyyy, dah jangan nangis, salah indah, kenapa pergi panjat dalam gelap"

tapi dia tetap menangis. aku masuk bilik, teringat ada roti hi-5 perisa ikan bilis yang baru aku makan separuh, aku hulurkan pada indah, tapi dia geleng, tanda tak mahu.

aku geram dengan kakak sulung indah tu. memang geram tapi aku tak dapat nak marah, sebab memang dari dulu dia tak pandai hormatkan aku dan aku tak pernah tinggikan suara kat dia. anak orang, kan. kalau anak sendiri memang aku tangankan, dah.

kadang, aku selalu terfikir, apa nasib indah di masa hadapan. memang dia cerdik, mungkin dia boleh berjaya kalau ada bimbingan, tapi aku pasti, kesan daripada buli adik beradik ni, mesti dia akan ingat sampai dewasa kelak.

mungkin dia akan mengalami perasaan rendah diri sebab dia ada kekurangan tak boleh bercakap. sebenarnya indah ada suara, cuma tak mampu untuk bertutur macam orang biasa. kalau dengar jeritannya, memang nyaring.

dia boleh menuturkan perkataan "mak", "air", "lampu" dan perkataan lain yang pendek pendek. selebihnya, dia akan berbahasa isyarat.

aku faham dia sunyi, tak ada orang untuk bercerita. aku faham kenapa OKU yang pekak dan bisu ni selesa dengan orang2 seperti mereka juga sebab manusia normal memang tak akan faham apa yang mereka mahukan.

mungkin aku patut belajar bahasa isyarat. supaya aku boleh "berbual" dengan indah.

kita ni, kadang selalu fikir, sebab tak kena kat kita, tak perlulah ambil tahu. sekarang aku nak buang pemikiran macam tu. OKU manusia juga. mereka perlukan teman.

dan aku mahu menjadi teman buat indah. anak buah kesayangan aku.

4 comments:

Anonymous said...

indah tgk tv mcmne?

Just call me ANNE said...

eh, tengok tv mcm biasalah. kenapa? dia bukan tak faham, kadang boleh nampak dia gelak sorang2 tau..

Anonymous said...

takdelah
kata ada masalah pendengaran, tu yg lazu pelik sikit
makcik lazu pun sama (dia pekak bile kena tampar dgn atok lazu kecik2 dulu -mak lazu cakaplah). klu org tgk tv, dia buat bodoh
nampak dia mcm buhsannya tak dapat dengar

Just call me ANNE said...

ini yg akak tak dapat nak jelaskan. indah dia memang nampak macam pekak dan bisu, tapi dia boleh dengar kalau bunyi kuat, ada suara untuk bercakap. apa yng akak tahu abang akak cakap, indah ada masalah kerongkong.., kena buat operation kalau nak betulkan. masalah kerongkong yang macamana, jangan tanya akak.., akak tak tahu..
hehe