Thursday, November 20, 2008

everybody hurts

aku dah lama tak menangis sampai meleleh airmata. kalau setakat sebak kemudian hilang, itu selalu. sebak pun bersebab. bukan saja saja nak sebak.

pagi tadi aku menangis, sampai rosak make up. menangis sebab dah tak mampu nak simpan lagi. dah bernanah dan membusung, kena letupkan jugak. lepas menangis, aku rasa lega dan dah boleh berfikir secara rasional.
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

aku terkesan dengan ayat "biar satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah" **sebak**

tapi aku menangis bukan sebab cerita di atas, aku menangis sebab lain.
sebab aku dah tak tahan dengan semua i'm-hurt-you-should-take-care-of-my-feeling game.

we both hurt. deep. painful. and all because of me. **sebak lagi**

aku memang rasa we can't survive this ujian. dia sakit hati, aku sakit hati, tapi masih nak bersama. aku rasa macam masa depan aku bukan dengan dia.

aku nak lepaskan dia bukan sebab aku pentingkan diri sendiri. aku fikir itu untuk kebaikan bersama. mungkin dia boleh ketemu bahagia dengan orang lain. i'm not the same old J...., itu yang dia kata dulu.

dia pun kata "tapi semua tu dah tak ada", pagi tadi. dah tak sama.., dia kata lagi..

bila dengar dia cakap macam tu, tahu apa rasa aku? pedih.., sangat pedih, dan terasa betapa aku bersalah, berdosa.., rasa macam kalau aku ada power aku nak erase all the stupid mistakes yang pernah aku buat dengan budak budak bodoh bangang biul tak guna semua tu...

if only i got the power...

but i dont have them...

i'm a useless person. tak mampu untuk mengubat kekecewaan dia. hanya mampu diam.., dan menahan tangis. aku teruk, kan?

aku tak fikir hubungan ini akan survive.

bila, dan bagaimana ia mati, aku tak tahu.

No comments: