Friday, November 7, 2008

quantum of solace II

Dah tengok? Saya belum. Tapi bukan nak cerita pasal Daniel Craig yang kacak dan sexy tu **tak tahu kenapa dalam filem Bond yang terbaru ni, saya tiba tiba jatuh suka dengan renungan mata dia yang.., ahh.. sukar untuk diterangkan** Tongue

Bukan juga tentang Olga Kurylenko yang secara kebetulan juga memiliki renungan sepasang mata bundar yang bisa mencairkan jiwa dan raga. **bukan saya, tapi lelaki lah**

Saya nak bercerita tentang boss saya. Eh, tak.., dia tak sekacak Daniel Craig, lah.., dia buruk.. Cheesy Grin **sorry boss!**

Entah kenapa semalam secara tiba tiba dia bertanya "Anne, do you know what is the meaning of SOLACE?"

Waktu boss bertanya tu, saya sedang mengadap komputer, konon buat buat sibuk, padahal sedang galak melayan gossip Norman Hakim-Abby-Memey. Bila get caught off guard tiba tiba macam tu, saya pun jadi blur. Tergagap juga lah nak menjawab.

"err, i'm not sure la", dengan muka kelat kelat masam.

Boss ulang tanya lagi, dan kali ni saya jawab "is it something to do with COMFORT?"

Tapi jawapan yang boss saya bagi agak berlainan, dan saya pun dah lupa apa jawapan dia.

Lepas tu ingatkan dah tentu tak akan ditanya yang bukan bukan lagi, rupanya ada jugak, kali ni boss tanyakan maksud QUANTUM pula. Kali ni memang saya blur. Biasa dengar perkataan quantum, macam Quantum Leap ke, Quantum produk yang selalu keluar kat tv tu, tapi maknanya tak pernah pulak saya selidik.. Cheesy Grin

Sekali lagi jawapannya "i'm not sure la boss, i have to check dictionary first"

Wah! Terus berubah wajah boss saya. Nampak macam reaksi "apsal staff aku ni bodoh sangat? Quantum pun tak tahu ke? macamana aku boleh ambik dia bekerja kat sini ni?"

Saya pun tak tahu nak buat macamana, terus konon menyibukkan diri dengan mencapai file, malas nak layan boss saya yang kadang kadang memang suka bertanyakan soalan cepumas.., pernah sekali dulu dia bertanya soalan tentang golf. Haih, mana lah saya tahu pasal golf.

Selepas tu, dia terus sibuk dengan agenda meetingnya. Fuh! Selamat.

Malam tadi, sambil berehat dan mendengar radio, tiba tiba teringat akan cerita siang tadi. cari cari dictionary dalam beg, hah! tu dia dictionary HarpersCollins saya.

Selak page Q dan S, dan kat bawah ni adalah maknanya:

SOLACE {SOL-ISS} - comfort in distress

QUANTUM - desired or required amount, esp. a very small one

yeay! jawapan saya hampir tepat, memang solace is comfort. Cheesy Grin

oh, saya teringat, boss ada beritahu yang quantum tu something like a portion. jadi sekarang saya dah tahu apa maksud "QUANTUM OF SOLACE"

jom teman saya tengok. **kenyit mata**

* * * *

copy paste blog di forum.

5 comments:

RAY massage 2u said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sarahH said...

kak anne,

I read ur previous2 post psl ur sweetheart n ur handphone prob tu.. sorry la, tak berani nak offer you any solution, takut tersalah ckp pulak!

but one thing for sure, jgn la sedih2! dlm relationship mesti ada dugaan kan? hopefully dpt settle elok2 ye.

kak, sy kagum betul akak tulis bw dictionary dlm bag! u know what, even Tun Dr Mahathir pun menulis with the dictionary kat sebelah dia. so, i don't think ur boss patut pikir u're stupid ke apa bila u tak dpt jwb soalan dia. hehehe... dah kalu dia terer, buat pe tnya org kn??

have a nice weekend!

p/s: sy selalu je tgk wyg sorang2

Just call me ANNE said...

maaf ray, komen anda terpaksa saya delete. blog saya ini dibaca dan dipantau oleh teman lelaki saya, jadi saya tak mahu dia tersalah anggap dengan entry yang saya taip ini.

maaf.

Just call me ANNE said...

sha..,

it's oke.., memang macam tulah kami ni.., dah tua tua pun masih nak bergaduh.. **gelak**

yang pasal dictionary tu, memang dah lama akak buat macam tu, bawak je ke mana mana dalam beg, senang.., kalau rasa macam ada perkataan yang tak faham, bukak aje dictionary.

tapi sekarang, kalau kat office, tak payah bukak dictionary pun tak apa. dictionary.com kan ada?

**gelak**

PakciQue said...

Babak awal lumba kereta di dalam terowong adalah menarik dan sangat cantik. Kalau berdasarkan temubual Daniel Craig di sebuah rancangan, beliau kata 6 buah Aston Martin telah diranapkan. Memanglah, habis semua kereta kau cabut pintu bahagian pemandu. Dan teknologi dan kelengkapan semasa membuat pengambaran tersebut, memang sangat tinggi. [Berdasarkan tontonan di belakang tabir].

Bacaan Lanjut DI SINI