aku rajin juga membaca majalah Anis sekali sekala. selalu layan entertainment aje, tak elok juga. walaupun bukan aku yang beli saban bulan, hanya menumpang majalah yang kakak ipar beli untuk tatapan anak anak dia, tapi bila diorang dah habis baca, aku pinjam sekejap.
dalam keluaran terbarunya, ada banyak cerita tentang ibadah haji. teringat pulak kat abang yang dah pun selamat menjejakkan kaki ke Tanah Suci. walaupun terkilan sikit sebab tak hadir masa kenduri doa selamat hari tu, tapi aku tetap jugalah mendoakan dorang selamat sampai dan selamat kembali. Yalah, ada orang kata pergi haji ni macam perjalanan terakhir juga, kalau dah sampai ajal, meninggal kat sana, tak ke menyesal sebab tak sempat bermaaf-maafan?
tapi aku doakan abang dan kakak ipar selamat, dorang muda lagi, baru awal 40-an, harap umur mereka dipanjangkan Allah, amin.
bila baca cerita pasal ibadah haji ni, tiba tiba macam hadir rasa ingin untuk ke sana. untuk berdiri di depan kaabah yang megah tu, untuk bersolat dalam masjidilharam. bila baca para jemaah yang menangis bila nampak kaabah, aku pun rasa macam sayu juga. itu baru baca, belum pergi sendiri dan tengok sendiri.
bila tengok balik keadaan diri aku yang tak sempurna ni, memang rasa gerun sangat. entah macamana keadaan aku bila dah sampai ke "sana" nanti.
dosa kiri kanan. berat pulak tu. walaupun dalam hati berkeinginan mahu berubah, dan dah aku usahakan pun sikit demi sedikit, tapi masih rasa macam tak cukup.
cuma, sekarang ni memang terasa ada sedikit perubahan kecil pada diri aku. dalam tempoh 5 tahun ni, tak pernah aku rasa tenang macam yang aku rasa sekarang ni. bukan tak ada masalah, alah, small small petty things tu memang lah ada, tapi tak macam life aku yang dulu, sentiasa tak tenang, sentiasa jiwa kacau aje saban waktu.
sekarang ni, aku cuba untuk mendekatkan diri dengan solat. masih tak cukup, tapi aku usahakan juga. aku rasa setiap dari kita memang kena paksa diri, memang kena ada hubungan dengan Tuhan, kalau tak memang hanyut. wallahualam.
mungkin dalam keadaan aku sekarang ni, biarlah aku berangan2 aje dulu nak ke mekah tu. mungkin kalau ada rezeki, dan memang dijemput Allah, insya-Allah sampailah aku nanti.
aku hanya mahu menyaksikan kaabah tersergam indah didepan mata aku.
No comments:
Post a Comment