Wednesday, November 12, 2008

guilty as charged..

malam semalam, aku berterus terang dengan dia. aku luahkan semuanya. mungkin tak semua, tapi mana mana yang penting, aku luahkan.

aku kesiankan dia. kesian sebab dia terpaksa bersusah payah untuk menjaga aku, mengawal setiap pergerakkan aku, dan di atas kesemuanya, aku tahu dia tak gembira. Apa yang penting bagi aku adalah kegembiraan dia. Aku mahu dia lupakan peristiwa sedih dulu. aku dah lupakan kesemuanya. aku dah mengakui akan kesilapan aku. dan aku dah sedaya upaya menjaga diri dan menjaga perhubungan kami, biar tak ada sesiapa pun yang mengganggu lagi.

aku tahu, di pihak dia memang susah. aku boleh lupa tapi dia tak. aku yang buat salah tapi kesannya lebih pada dia. kesian dia.., kenapa aku jahat sangat?

malam tadi, masa aku beritahu dia aku nak putuskan hubungan, dia rileks je. macam tak ada apa apa, tapi sempat dia bertanya, aku okey ke kalau tak berkawan dengan dia lagi? aku boleh ke jalani hidup bersendirian tanpa berteman lelaki? aku nak kata boleh, tapi kadang kadang rasa macam tak boleh.

aku sayang kat dia. sayang sangat. tapi aku kesian dengan derita yang ditanggungnya. aku membebankan dan aku melukakan hati dia. kalau aku dilukai sebegitu rupa pun, tak mungkin aku mampu bertahan. tapi sebab dia lelaki, jadi dia nampak tabah dan kuat.

memang dia baik sangat. aku minta putuskan hubungan pun, mungkin sebab aku lebih pentingkan diri aku. memang aku pentingkan diri sendiri. tak sanggup untuk berubah. memang jodoh dan kematian semuanya Allah yang tentukan, tapi kalau tak ada masalah, kenapa nak menjauhkan diri?

Dia kata dia masih boleh dan berusaha untuk melupakan semua kisah sedih dulu, jadi aku pun kena lah sama sama berusaha untuk berubah dan buktikan pada dia juga.

1 comment:

sarahH said...

kak anne,

this entry sounds weird to me... maybe because u didn't disclose the whole story... but nevermind, it's your choice... tak semua benda perlu diluah dalam blog kan?

sy nk bg words of encouragement pun, i don't understand the real issue. tapi apa yg boleh sy katakan, if he loves you and you loves him, pls don't give up on the relationship (like what u said to me, remember??)

people makes mistake kak. and they learn from it. sy tak tau la apa mistake yg akak dah 'ter'buat, but if he kindly forgived you and accept you for who you are, he is the right guy for you kak!

maybe now it's the time for you to forgive yourself and make promise to yourself not to repeat that mistake again. pls don't be too hard on yourself and on him too.

hope to see you smiling again... :-)