pagi tadi aku nampak pelangi. tiba tiba saja bila nampak pelangi yang indah di pagi hari tu, lahir sekelumit perasaan gembira dalam hati.
semalaman hujan di sekitar PJ. patutlah enak saja tidur aku semalam. tapi mujur tak terlajak. kalau terlajak, harus aku akan marah marah dan merungut sepanjang perjalanan sehinggalah punggung aku ni akhirnya terhempas kat atas kerusi pejabat.
sehari dua ni memang tak ada idea nak menaip. asal taip aje, lepas tu biarkan saja. kering agaknya ilham.
cuma semalam, tak tahu kenapa aku terasa sayu, dan terganggu.
mungkin aku yang tersalah cakap. mungkin aku yang gelabah semacam sampai info yang aku berikan bercanggah. aku perasan dia macam nak tanya balik, tapi kemudian dia kata "tak apalah".
sukar rupanya untuk aku kembalikan kepercayaan dia terhadap aku. dan aku makin tertekan.., walaupun cuba untuk merasa tenang, dan aman.., tapi bila memikirkan hal aku dengan dia, it's not always happy in our small paradise. **tak tahulah paradise atau hell**
kadang nak saja aku marahkan maxis, atau celcom.., kerana selalu mendatangkan masalah pada aku. atau mungkin handphone buruk aku tu memang dah patut aku campakkan saja ke dalam longkang.
aku sendiri tak tahu apa masalahnya call selalu saja tak masuk. bila aku on off handphone, baru lah berpusu pusu sms masuk. bila tengok sms, ada 4 missed call dari dia. ada 2 sms dari dia. ini yang aku nak cuba explain kat dia, tapi dia tak percaya.
dia menuduh aku ada bermain sms dengan orang lain.
adoiiiii..., aku dah penat melayan curiga dia..., penat dah, sampai tak larat nak sediakan jawapan.
kadang sampai aku terfikir, "elok aku tak buat, kau tuduh aku buat, nanti aku buat betul betul, baru padan muka aku"
**kenapa padan muka aku? sebab mengiyakan tuduhan dia, baik jangan, tahan dan sabar saja**
kadang aku sedih dengan semua ni. aku tak ada tempat mengadu. jadi kadang2 tu, habis solat, aku bercakap dalam hati "Ya Allah, aku tak tahu apa lagi yang patut aku lakukan, aku tak tahu nak buat macamana supaya dia percaya kat aku semula, aku dah buntu, Ya Allah.."
Pada aku, biar Tuhan saja yang tahu kebenaran aku, biarlah kalau dia dah tak percaya.
Lagipun semua ni berpunca dari aku. jadi aku kena bertahan dan sabar mengharunginya.
malas dah nak menangis dan merintih. hati aku dah terlalu beku untuk menangis dan merintih.
sebab tu bila nampak pelangi pagi tadi, aku rasa happy. hidup ini umpama pelangi. berbagai warna.., dan sekejap muncul, sekejap hilang....
dan aku tak ada pelangi pun.. **sedih**
No comments:
Post a Comment