Saturday, November 22, 2008
gilmore girls
aku suka sangat dengan Gilmore Girls. since the beginning TV3 tayang cerita ni, kalau tak silap sekitar awal 2002 or something (aku dah tak ingat), memang setiap minggu, pada hari yang sama (pun aku dah lupa hari apa, tapi kalau tak silap weekend, ahad maybe), aku akan duduk tercongok depan tv, tunggu cerita ni disiarkan, at 10 pm sharp.
masa tu peti tv kat rumah masih available for me to watch anything i like, tak macam sekarang **sedih**
oke, back to Gilmore Girls. sebenarnya aku suka sangat dengan idea hubungan mom and daughter ala Gilmore Girls ni. macam kawan kawan aje, boleh share secrets, share muzik kegemaran, share your life upside down, drool over any random guys yang kita jumpa on the street.., ahhh.., best kan? stuff yang kita buat hanya dengan kawan kawan, tapi kita buat dengan MAK kita.
yeah, in my dream. My mom tak macam tu. susah nak describe my mom. boleh kata she's a mysterious woman. hubungan aku dengan mak? nak kata rapat, tak.., nak kata renggang pun tak.., cuma mungkin kurang kemesraan. inilah hakikatnya, anak perempuan yang tak rapat langsung dengan mak.
mungkin sebab tu, aku selalu berangan nak ada anak sendiri, kalau boleh sepasang. anak lelaki dan anak perempuan, yang mana bila dorang dah dewasa, aku nak treat them as a friend. aku taknak kontrol anak aku keterlaluan sangat, nanti once dorang dapat freedom, dorang tak tahu nak handle, tu yang jadi mat rempit, bohsia bagai tu.
mak dan arwah ayah dulu, mereka tak terlalu mengongkong aku. aku agak bebas keluar dengan kawan kawan, tapi tak sampai aku tak balik rumah. paling jahat yang aku pernah buat pun, tipu mak konon ikut rombongan sekolah pergi Melaka, padahal rombongan sekolah tak ada pun, cuma kami berdua, iaitu aku dan kawan perempuan, nama dia Aizam, kami balik kampung Aizam di Melaka. Kalau aku beritahu nak ikut kawan balik kampung, mungkin mak tak akan bagi, jadi aku reka cerita konon ada rombongan sekolah.
Jahat aku kan? **gelak**
tapi biasalah. anak mana yang tak pernah menipu parents dorang. cuma aku rasa bersalah juga, sebab buat mak risau. seminggu aku kat kampung Aizam, seminggu tulah mak melilau cari aku kesana ke mari. Haih.., anak apalah aku ni.., buat mak risau **sedih**
aku perhatikan anak buah aku yang baru habis PMR tu, dia macam terkongkong. Mak dan ayah dia tak bagi kebebasan untuk keluar rumah berjumpa dengan kawan kawan. hanya duduk dalam rumah, bermain dengan adik adik dia, kalau tak pun layan Astro.
Aku faham mungkin parents dia risau kalau kalau anak buah aku tu terjebak dalam hal hal yang tak berfaedah, tahu sajalah remaja zaman sekarang ni. Tapi, takkan keluar tengok wayang pun tak boleh?
benda benda remeh macam hang out with friends ke, layan movie ke, aku rasa parents kenalah benarkan. bahan bacaan pun janganlah kontrol sangat. Ini komik tak boleh, majalah hiburan lagilah. anak buah sampai kena menyusup masuk bilik aku kalau dia nak baca komik ke, majalah hiburan ke (mujur aku dah grew tired of entertainment magazine, aku hanya membaca woman magazine aje sekarang).
bila mak abah dia balik rumah, terus dia campak masuk balik dalam bilik aku, dan berlakon macam she dont know anything. Boleh ke macam tu? nak ke anak remaja berpura pura baik depan parents? sure tak nak kan, jadi janganlah terlalu kontrol. bagi kebebasan sikit. jangan bagi banyak sangat, tapi at least sikit. biar mereka rasa seronoknya menjadi remaja.
itulah.., bilalah aku nak ada anak sendiri? kalau aku ada anak, sure dia akan rasa bangga sebab memiliki mak yang cool macam aku. **gelak**
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment