Tuesday, December 9, 2008

alah emak NAK kawinkan aku..

dalam pada taknak balik kampung untuk menyambut hari raya haji, disebabkan kena paksa, aku balik juga pada hari ahad.

aku keluar rumah pun dah lewat, dalam pukul satu baru nak gerak naik bas kat PJ. sampai ke KL dalam pukul 2. 30, mujur bas seremban banyak, jadi tak ada masalah.

akhirnya, dalam pukul 6 lebih, aku dah sampai kat kampung.

haih, dalam kena paksa tu sampai juga ke kampung, ingatkan tak sampai.

memikirkan entah bila aku akan berkesempatan untuk berjumpa dengan abang yang tinggal kat sabah tu, jadi aku paksa juga hati yang berat ni untuk balik. lagipun dah lama tak berjumpa dengan Hazwan Hafiz, Hanis Syahira dan juga Shahbudin Amzar. Dorang bertiga tu anak anak buah aku. dah makin dewasa dah dorang bertiga ni. si Hanis tu dah makin comel pulak aku tengok, yelah sejak dah berusia 14 tahun ni, kan?

haih.., anak anak buah semua dah besar besar. aku ni saja yang belum ada apa apa lagi.

padahal dorang dulu semuanya kecil aje, kalau tiba giliran dorang balik ke semenanjung ni.

mak pun dah mula bersuara. aku naik rimas. kalau sampai mak dah berkata "mak nak bawak kau berubat", aku rasa mak memang serius mahu menikahkan aku dengan siapa siapa saja yang available.

nak bawa aku berubat? bagi aku gelak kejap.., aku sakit apa? sakit jiwa? sakit hati? atau sakit puan? aku cuma belum bersuami saja, tapi adakah belum bersuami tu pun satu penyakit sampai kena bawa aku pergi berubat?

pelik kan, isihati orang orang tua yang bergelar mak ayah ni. selagi anak mereka tak berkahwin selagi tu fikiran mereka akan runsing dan memikirkan apa saja cara yang terbaik untuk nikahkan anak mereka secepat mungkin.

bukan aku tak memahami akan hasrat hati mak, tapi apa daya aku? oke, aku memang dah ada kawan, tapi nak buat macamana kalau kawan aku tu ada masalah sikit?

entahlah. malas nak fikir. kalau fikirkan pun buat pening kepala aku saja.

kemudian, abang pula pergi buka cerita lama. cerita belasan tahun dulu. memanglah sebelum ni ada orang kampung yang berkaitan dengan arwah ayah pernah bertanya tentang aku, tapi mak tak berkenan dengan orang tu, dan aku pun memang tak ambil serius pun. masa tu aku baru je berusia 19 tahun, jadi bila mak menolak, aku tak risau apa apa pun.

cuma tak sedapnya, abang cakap "tulah, kalau mak tak tolak orang tu dulu, dah senang hidup anne ni sekarang, rumah ada, tanah ada, tak payah risau fikir nak kawinkan dia"

dan aku pun, haih.., apahal pulak ni?

bukankah jodoh semuanya ditentukan oleh Allah? maknanya memang bukan jodoh akulah tu.
nak buat macamana kalau perempuan lain yang dapat kesenangan yang mak tolak dulu tu?
not my fault, kan?

aku memang tak pernah ambil serius perkara nak menikahkan aku ni. masa kes yang dulu tu, memang mak ada beritahu, dan respon aku pun, just gelak gelak aje. eh, tak mungkin arwah ayah serius nak kawin aku masa tu? itu yang aku fikirkan.

kemudian bila mak beritahu yang mak pun tak berkenan, fuh aku pun rasa lega lah jugak. kalau tak aku memang tak berani nak melawan ataupun mengikut. silap haribulan kalau aku ikut, mungkin aku akan menyiksa diri sendiri saja.

ah.., sudahlah, itu kisah belasan tahun dulu. dah memang kisah hidup aku macam ni, jadinya.., jangan merungut.

ada jodoh nanti, kawinlah aku. malas nak risau sangat.

umur aku pun belum lanjut sangat. hujung tahun ni genaplah 3++

ah. malas nak fikir.

8 comments:

Anonymous said...

omak mana tak risau anak dia tak kawin2 lagi
nak2 yg bongsu tu tinggal tak kawen2
pompuan lak tu
klu laki, boleh gak masuk je minang
ni pompuan, kena tunggu gak.
pintu dh bukak luas pun tak nampak cik matnya lagi
hehehe... =P
mak akak tak penah jumpa cik mat lagi ke?

Just call me ANNE said...

belum penah jumpa lagi, tu yg mak akak pun dah start membebel..
kata ada kawan tapi muka tak penah nampak pun..

akak tak penah la janji nak bawak balik, tapi adalah bgtau mak yg kawan memang ada..

tak sangka rupanya mak akak dok tunggu tunggu..

kadang kesian gak kat orang tua tu..

haih.., nak buat camana ni?

Anonymous said...

klu tanya cikgu lazu, dia akan jwb gini, "ko pergi cari air longkang 7 masjid pastu ko mandi, gerenti sume yg ko hajat akan termakbul." hehehe... tu dia sebut bile dia ngandung dulu... ayat sebelum dia, "kalau korang tak mo jumpa aku lepas aku ngandung..."
hehehe... sialkan mulut. tak makan hati. sume suka dia. mulut je jahat tapi hati baik. suka buat lawak. bile cakap gitu sume ketawa.

eh, termelalut lak *rindu sekolah*.
jd, cubalah kaut 7 baldi air longkang dr 7 masjid berbeza
hehehe...
nanti kita tgk jd tak... =P

Just call me ANNE said...

banyaklah lazu punya air longkang 7 masjid..

tak ingin akak buat.., baik mandi bunga aje..

apa punya petualah lazu bagi ni...

ekekekek..

Anonymous said...

sbb orang tak penah cuba
cuba buat sekali sekala
hehehe...
lazu baca ni tadi http://crucialsijelly.blogspot.com/2008/12/single-is-option.html
"kami sebenarnya lari dari orang yang mendekati kami tapi kami kejar orang yang tidak mahu commit dengan kami"
perkara biasakan? hehehe... mungkin sebab tu ular setakat pandang & tak membelit.

Just call me ANNE said...

akak mana ada lari dari sapa sapa..
pandai aje lazu ni..

lari dari en. mat?

wakakaka.., kelakar..

atau lazu maksudkan akak ni takut dengan komitment?

haih.., macam serius aje bunyinya.

oke.., tak apa.

best blog tu anyway.

hehe..

Anonymous said...

oh tu blog kawan kakak lazu
huhuhu... yg takut tak laku
kwn2 lain dh kawin, tunang, bercinta tp dia tetap keseorangan
hehehe...
lazu bukak sana n tgk tajuk dia, lazu ketawa dulu sblm baca isinya
kita terlalu berpikiran optimistik.
single is an option, my life is better withour man (dan sebaliknya) dan sedar atau tidak, kita sebahagian drp blue hippo.
itu cuma statement menutup sesuatu yang kita tiada. menutup kelemahan kita : mencari teman hidup.
mungkin akak tak sedar, orang yang akak kata lakukan gangguan seksual itu sebenarnya berminat dengan akak tapi akak pikir lain.
mungkin dia setakat tenung, akak dh kata dia bt gangguan seksual, mungkin di fikiran dia, Comel dia ni makan eskrim. tak hiraukan orang lain. bagus. suka pompuan yang mcam ni. tak hipokrit.
tp akak selalu pikir, mesti tengah membayangkan XXX lah ni
nampak tak, kekadang akak lari org yg mahu mendekati akak (yang mungkin tidak).

Just call me ANNE said...

haih.., lazu ni sinis la..

tapi tak apa..

akak tak kisah.., sbb lazu tak pakai kasut akak dan juga kasut kawan kakak lazu tu.

lagipun mungkin akak dengan dia berbeza. dia muda lagi.., alah apa nak risau.

akak oke aje tak kawin..
cuma tulah, bila mak akak bising2.., akak pun jadi kalut sama..

itu aje..
hish.. lazu ni, suka mensensasikan topik.., ekekekek

aikk.., yg pasal gangguan seksual tu, ada ka patut lazu cakap macam tu?

hello? orang tu bangsa kaf lam ya nga, oke?
takkan dia nak .., owh puhleeseee...

ekekekek