Wednesday, December 10, 2008

i'm not a leader nor a follower

aku hanya menjadi diri aku.

diri aku yang paranoid dan selalu take things seriously.

separuh orang suka menjadi pengikut. mereka ikut apa saja yang mereka nampak, dan dengar, dan tengok, dan baca..

aku juga bukan leader, yang mencetuskan sesuatu, yang memberikan inspirasi, yang membawa perubahan kepada sesuatu trend semasa.

aku suka gelarkan diri aku pemerhati. aku suka duduk kat tepi, dan observe.

kemudian aku akan simpan setiap apa yang aku nampak, yang aku kutip dan mana mana yang buruk, aku campak balik. aku hanya simpan yang baik dan bagus bagus saja.

kadang menjadi pemerhati ni, memang ada keinginan untuk bersuara, tapi memikirkan none of the leader or the follower yang akan mendengar buah fikiran aku nanti, jadi ada baiknya aku diam.

mungkin akan ada yang kata, rugi saja menjadi pemerhati ni, sebab tak akan ada siapa yang will take notice of you, kemudian maybe ada yang akan kata, pemerhati selalunya akan ketinggalan.

ketinggalan pun tak mengapa, asalkan tahu semua perkembangan terkini.

sebab tu aku tak ramai kawan. salah satu sebabnya, aku ni seorang yang pendiam, dan suka buat hal sendiri. orang yang suka mengikut dan menjadi pemimpin ni, mereka tak gemar dengan orang yang pendiam dan pasif seperti aku.

sebabnya, aku tak menyumbang apa apa untuk kepentingan mereka.

dalam dunia yang mana mat salleh gelarkan "it's a dog eat dog world" ini, tak ada siapa yang mahukan seorang kawan yang pasif dan tak ada kepentingan. kalau ada kepentingan, then i'm one of your friend.

friend with benefit.

am i one of your friend with benefit?

2 comments:

Anonymous said...

akak terlalu memikirkan apa orang akan cakap pasal aku.
akak rasa bile akak cakap sesuatu orang akan ketawakan akak.
akak rasa sume akan pandang rendah pada akak...
sebenarnya akak hilang sesuatu :kepercayaan kpd org lain
akak mcm dlm sekumpulan anjing liar tp akak cuma sekor mondok yang hanya menjengahkan kepala sekali sekali dr lubang yang digali sendiri
betul tak?
hehehe... =P

Just call me ANNE said...

well, sort of..
it safe in here, apa..
lubang yang digali sendiri.

haih.., lazu sentiasa ada benda yg buat akak tersentak.

tapi bagus jugak.

haih..