Wednesday, December 17, 2008

welcome note to the visitors...

aku selalu perhatikan yang blog aku ni ada pelawat dari Yamaguchi, Jepun. hello.., siapa anda ya?
adakah anda penulis Lapar Des? kalau benar, tak apalah, sebab kita memang dah saling berkenalan, kan? tapi kalau bukan, hehe.., bersuaralah.., sebab saya suka berkawan. saya baik tau, tak percaya tanya adik yang perasan german tu. **saya tengah sengih ni, jadi percayalah..**

kemudian, aku perasan yang mszeti pun kerap jugak singgah di sini. hai mszeti, saya dah jenguk blog anda.., nanti saya singgah lagi ya.

ini bukan entry perasan konon blog ni ramai pelawat. aku tak kisah ada pelawat ke tak ada, walaupun sebenarnya aku agak teringin juga nak ada komen daripada sesiapa, tipulah kalau aku kata aku tak kisah. kalau aku tak kisah langsung, aku tak akan letak widget feedjit tu.

jadi, kepada sesiapa yang dah pernah ternampak dan terbaca blog yang sangat tak COOL ini.. heh, janganlah segan silu bertegur sapa, ya. saya suka berkawan. sebab kalau ramai kawan ni, banyak idea yang kita boleh kongsikan.

pelawat dari seremban tu, siapa agaknya? sebab kalau yang dari melaka tu, heh.., aku kenal sangat siapa. adakah anda yang berada di seremban tu kenalan yang di melaka? hai.., selamat berkenalan.

owh ya, nak update sikit cerita petang semalam. punyalah teruja dengan kata kata sakti tu, sampai aku sanggup singgah sekejap kat cyber cafe, nak tengok ada respond atau tak. sekali dia memilih untuk berdiam diri pulak. tak apalah en. sakti oiii.., anda berhak.. eh.., sakti ke nama dia? heh..

sebenarnya, selain daripada nak tengok respond dia, aku pun berniat nak meninggalkan note kat blog dia tu, tapi lepas fikir fikir.., tak jadilah pula. sebab risau nampak too eager. memang sebelum ni kami quite close, tapi dah 6 bulan aku senyap sunyi.., mungkin nampak janggal kalau nak buat macam biasa balik. mana tahu kalau dalam fikiran dia ada banyak persoalan yang bermain.

haih.., macam macam.

7 comments:

Anonymous said...

seremban tu org melaka (aka german) punya gak
dia ikut masa, kekadang jd seremban, kekadang jd melaka, kekadang jd alor gajah. klu antara tiga tu, betullah itu sume berpaksi di BERLINmelaka
hehehe...
aritu pun lazu buat benda ni
tapi kejab je
sbb LJ tak boleh hias tepi2 dia
jd, bukak entry baru & chak... kebanyakan pengunjung lazu dr US. huhuhu... mungkin sebab JDMA (janice dickinson modeling agency)
huhuhu... berbunga hati waktu tu
hahaha... jauh sekali blog aku merantau
hehehe...

Lady Caca said...

ymgc tu .Esah la. Hehe.

Just call me ANNE said...

huhu.., thanks kerana bersuara..
esah.., memang dah agak.., tapi saja je.. ekekeke..
lazu ke yang datang dari merata tempat tu? apsal la feedjit tu tak boleh nak settle dengan satu tempat je? abih seremban, melaka semua dia masuk.. huhu..

toche toche uols..

Just call me ANNE said...

lupa pulak esah.., kenapa tak boleh tinggalkan komen? ada orang tak sepetutnya ke tinggalkan komen kat blog esah?

tak best la.., dapat baca aje.., kadang teringin gak nak tinggalkan juga note..

The Hopeless Homemaker said...

Hi. Tak sangka letak nama saya dlm blog. hehehhe.

Terima kasih jugak sebab sudi menjenguk blog.

Just call me ANNE said...

ahh.. ni yang buat saya kesukaan ni..
lain kali nak tegur selalulah..
hello zeti..
sure.., nanti saya selalu pergi dan tinggalkan my footprint kat sana..
heheh..

thanks semua yang bersuara.
uols memang COOL.

**kenyit**

Lady Caca said...

Esa taknak kasi orang komen sebab nak mengelak kan Esa masuk blog sendiri sejuta kali sehari sebab nak tengok ada komen ke tak. Hehe.

Tapi ok jugak kalu bukak komen.