Tuesday, November 25, 2008

hidup tak selalunya tenang, ada masanya bergelombang juga, walaupun hanya gelombang kecil..

haih.., panjangnya tajuk.

aku rasa tajuk saja dah merangkumi keseluruhan entry **gelak**

aku pernah tulis kat blog forum, mengatakan yang aku macam tak ada masalah nak difikirkan kebelakangan ni, tapi hari ni, aku nak perbetulkan sikit. Mungkin waktu tu memang tak ada masalah sangat, lagipun sebagai manusia kerdil yang tak tahu akan masa depan bagaimana, walaupun masa depan tu hanya beberapa hari selepas aku taip entry tu, membuatkan aku yakin yang life aku akan baik baik saja.

tapi hari ni..., gelombang kecil melanda. kecil aje.., tak perlu nak sakitkan kepala fikir. tapi cukuplah untuk membuat aku sedar.., kalau rasa macam tak ada masalah pun, tak usahlah fikirkan ianya akan berkekalan.

dugaan datang bila bila masa saja, kan? ya.., aku insaf..

lain kali jangan pandai pandai bergayut di telefon. jangan online internet 8 jam sehari kat ofis. kalau boss ada, tak ada kerja pun buat macam ada kerja.

lumrah bekerja dengan orang, macam nilah. aku dibayar gaji untuk buat kerja, bukan melayari internet dan bergayut di telefon.

sigh.., bilalah aku akan dapat kemerdekaan? penat dah ni..

Monday, November 24, 2008

jalan menuju perubahan

aku rajin juga membaca majalah Anis sekali sekala. selalu layan entertainment aje, tak elok juga. walaupun bukan aku yang beli saban bulan, hanya menumpang majalah yang kakak ipar beli untuk tatapan anak anak dia, tapi bila diorang dah habis baca, aku pinjam sekejap.

dalam keluaran terbarunya, ada banyak cerita tentang ibadah haji. teringat pulak kat abang yang dah pun selamat menjejakkan kaki ke Tanah Suci. walaupun terkilan sikit sebab tak hadir masa kenduri doa selamat hari tu, tapi aku tetap jugalah mendoakan dorang selamat sampai dan selamat kembali. Yalah, ada orang kata pergi haji ni macam perjalanan terakhir juga, kalau dah sampai ajal, meninggal kat sana, tak ke menyesal sebab tak sempat bermaaf-maafan?

tapi aku doakan abang dan kakak ipar selamat, dorang muda lagi, baru awal 40-an, harap umur mereka dipanjangkan Allah, amin.

bila baca cerita pasal ibadah haji ni, tiba tiba macam hadir rasa ingin untuk ke sana. untuk berdiri di depan kaabah yang megah tu, untuk bersolat dalam masjidilharam. bila baca para jemaah yang menangis bila nampak kaabah, aku pun rasa macam sayu juga. itu baru baca, belum pergi sendiri dan tengok sendiri.

bila tengok balik keadaan diri aku yang tak sempurna ni, memang rasa gerun sangat. entah macamana keadaan aku bila dah sampai ke "sana" nanti.

dosa kiri kanan. berat pulak tu. walaupun dalam hati berkeinginan mahu berubah, dan dah aku usahakan pun sikit demi sedikit, tapi masih rasa macam tak cukup.

cuma, sekarang ni memang terasa ada sedikit perubahan kecil pada diri aku. dalam tempoh 5 tahun ni, tak pernah aku rasa tenang macam yang aku rasa sekarang ni. bukan tak ada masalah, alah, small small petty things tu memang lah ada, tapi tak macam life aku yang dulu, sentiasa tak tenang, sentiasa jiwa kacau aje saban waktu.

sekarang ni, aku cuba untuk mendekatkan diri dengan solat. masih tak cukup, tapi aku usahakan juga. aku rasa setiap dari kita memang kena paksa diri, memang kena ada hubungan dengan Tuhan, kalau tak memang hanyut. wallahualam.

mungkin dalam keadaan aku sekarang ni, biarlah aku berangan2 aje dulu nak ke mekah tu. mungkin kalau ada rezeki, dan memang dijemput Allah, insya-Allah sampailah aku nanti.

aku hanya mahu menyaksikan kaabah tersergam indah didepan mata aku.

Saturday, November 22, 2008

gilmore girls


aku suka sangat dengan Gilmore Girls. since the beginning TV3 tayang cerita ni, kalau tak silap sekitar awal 2002 or something (aku dah tak ingat), memang setiap minggu, pada hari yang sama (pun aku dah lupa hari apa, tapi kalau tak silap weekend, ahad maybe), aku akan duduk tercongok depan tv, tunggu cerita ni disiarkan, at 10 pm sharp.

masa tu peti tv kat rumah masih available for me to watch anything i like, tak macam sekarang **sedih**

oke, back to Gilmore Girls. sebenarnya aku suka sangat dengan idea hubungan mom and daughter ala Gilmore Girls ni. macam kawan kawan aje, boleh share secrets, share muzik kegemaran, share your life upside down, drool over any random guys yang kita jumpa on the street.., ahhh.., best kan? stuff yang kita buat hanya dengan kawan kawan, tapi kita buat dengan MAK kita.

yeah, in my dream. My mom tak macam tu. susah nak describe my mom. boleh kata she's a mysterious woman. hubungan aku dengan mak? nak kata rapat, tak.., nak kata renggang pun tak.., cuma mungkin kurang kemesraan. inilah hakikatnya, anak perempuan yang tak rapat langsung dengan mak.

mungkin sebab tu, aku selalu berangan nak ada anak sendiri, kalau boleh sepasang. anak lelaki dan anak perempuan, yang mana bila dorang dah dewasa, aku nak treat them as a friend. aku taknak kontrol anak aku keterlaluan sangat, nanti once dorang dapat freedom, dorang tak tahu nak handle, tu yang jadi mat rempit, bohsia bagai tu.

mak dan arwah ayah dulu, mereka tak terlalu mengongkong aku. aku agak bebas keluar dengan kawan kawan, tapi tak sampai aku tak balik rumah. paling jahat yang aku pernah buat pun, tipu mak konon ikut rombongan sekolah pergi Melaka, padahal rombongan sekolah tak ada pun, cuma kami berdua, iaitu aku dan kawan perempuan, nama dia Aizam, kami balik kampung Aizam di Melaka. Kalau aku beritahu nak ikut kawan balik kampung, mungkin mak tak akan bagi, jadi aku reka cerita konon ada rombongan sekolah.

Jahat aku kan? **gelak**

tapi biasalah. anak mana yang tak pernah menipu parents dorang. cuma aku rasa bersalah juga, sebab buat mak risau. seminggu aku kat kampung Aizam, seminggu tulah mak melilau cari aku kesana ke mari. Haih.., anak apalah aku ni.., buat mak risau **sedih**

aku perhatikan anak buah aku yang baru habis PMR tu, dia macam terkongkong. Mak dan ayah dia tak bagi kebebasan untuk keluar rumah berjumpa dengan kawan kawan. hanya duduk dalam rumah, bermain dengan adik adik dia, kalau tak pun layan Astro.

Aku faham mungkin parents dia risau kalau kalau anak buah aku tu terjebak dalam hal hal yang tak berfaedah, tahu sajalah remaja zaman sekarang ni. Tapi, takkan keluar tengok wayang pun tak boleh?

benda benda remeh macam hang out with friends ke, layan movie ke, aku rasa parents kenalah benarkan. bahan bacaan pun janganlah kontrol sangat. Ini komik tak boleh, majalah hiburan lagilah. anak buah sampai kena menyusup masuk bilik aku kalau dia nak baca komik ke, majalah hiburan ke (mujur aku dah grew tired of entertainment magazine, aku hanya membaca woman magazine aje sekarang).

bila mak abah dia balik rumah, terus dia campak masuk balik dalam bilik aku, dan berlakon macam she dont know anything. Boleh ke macam tu? nak ke anak remaja berpura pura baik depan parents? sure tak nak kan, jadi janganlah terlalu kontrol. bagi kebebasan sikit. jangan bagi banyak sangat, tapi at least sikit. biar mereka rasa seronoknya menjadi remaja.

itulah.., bilalah aku nak ada anak sendiri? kalau aku ada anak, sure dia akan rasa bangga sebab memiliki mak yang cool macam aku. **gelak**

Thursday, November 20, 2008

funny thing called.., errrr..

tak faham, kan? pagi tadi beria aku menangis. petang ni pulak, haih..
baca ni:
syg buat apa tu? sudah2lah tu, bukan abg nak marah tp syg mesti kena tegur. kalau tak tegur kadang syg tak sedar ape yg syg buat. abg harap lepas ni jgnla jadi macam ni
sms ni masuk selepas hampir 6 jam aku mendiamkan diri. tak call dan tak sms langsung. merajuk konon, lagi pun nak cuba mogok sebab selalu sangat perasaan aku terusik. jadi konon macam nak bawa diri la.. **gelak**

aku reply, tapi tone sms aku agak mendatar. masuk sms ke-3, aku kalah. haih.. perempuan.. perempuan.., macam nilah kan? **blush**

tapi cerita ni tak habis lagi, dia akan berulang ulang sampai bila pun aku tak tahu.

for the time being, just terima saja whatever yang mendatang.

everybody hurts

aku dah lama tak menangis sampai meleleh airmata. kalau setakat sebak kemudian hilang, itu selalu. sebak pun bersebab. bukan saja saja nak sebak.

pagi tadi aku menangis, sampai rosak make up. menangis sebab dah tak mampu nak simpan lagi. dah bernanah dan membusung, kena letupkan jugak. lepas menangis, aku rasa lega dan dah boleh berfikir secara rasional.
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

aku terkesan dengan ayat "biar satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah" **sebak**

tapi aku menangis bukan sebab cerita di atas, aku menangis sebab lain.
sebab aku dah tak tahan dengan semua i'm-hurt-you-should-take-care-of-my-feeling game.

we both hurt. deep. painful. and all because of me. **sebak lagi**

aku memang rasa we can't survive this ujian. dia sakit hati, aku sakit hati, tapi masih nak bersama. aku rasa macam masa depan aku bukan dengan dia.

aku nak lepaskan dia bukan sebab aku pentingkan diri sendiri. aku fikir itu untuk kebaikan bersama. mungkin dia boleh ketemu bahagia dengan orang lain. i'm not the same old J...., itu yang dia kata dulu.

dia pun kata "tapi semua tu dah tak ada", pagi tadi. dah tak sama.., dia kata lagi..

bila dengar dia cakap macam tu, tahu apa rasa aku? pedih.., sangat pedih, dan terasa betapa aku bersalah, berdosa.., rasa macam kalau aku ada power aku nak erase all the stupid mistakes yang pernah aku buat dengan budak budak bodoh bangang biul tak guna semua tu...

if only i got the power...

but i dont have them...

i'm a useless person. tak mampu untuk mengubat kekecewaan dia. hanya mampu diam.., dan menahan tangis. aku teruk, kan?

aku tak fikir hubungan ini akan survive.

bila, dan bagaimana ia mati, aku tak tahu.

Wednesday, November 19, 2008

kecil hati..

aku kecil hati dengan abang aku. dengan adik aku jugak. sampai hati diorang sisihkan aku. hanya kerana i'm a so-called bad sister, diorang buat aku macam wujud tak wujud aje.

One of my brother dah nak berangkat mengerjakan haji dalam minggu ni, and then semalam dia ada buat kenduri doa selamat sebelum berangkat, yang sedihnya, tak ada siapa pun yang jemput aku, atau at least inform yang semalam ada kenduri.

kesian kan? adik sendiri ni, kalau adik ipar, tu lain cerita lah.

It's okay, aku tahu selama ni aku banyak buat benda tak betul, mungkin sebab tu diorang macam dah menyampah dengan aku. Tak apalah, asalkan aku tahu sekarang ni, aku dah cuba berubah dan back on track again.

Aku doakan abang dan kakak ipar selamat pergi dan selamat kembali.

Bukan salah dia, mungkin sebab dia fikirkan abang yang seorang lagi tu boleh tolong sampaikan.
ah.., biarlah.., kenduri tu pun dah berlalu. Bukan rezeki aku agaknya, nak buat macamana.

+ + + + + +

Lately, aku banyak spend masa kat forum, sampai tak ingat nak update entry. haih.., dah melekat kat sana pulak dah! **gelak**

Monday, November 17, 2008

i'm bad..

tak sedar pulak yang blog ni dah lama tak di update.

tak sibuk mana pun cuma mungkin tak ada cerita. lagipun terasa macam, entah.., it's okay, forget it.

rasa malu juga bila berkisah tentang hal peribadi ni. oke.., mungkin a bit touched by Sha's comment on previous entry.

Nak cerita kan kesemuanya ke? bak kata orang dulu dulu, buka pekung didada sendiri, supaya orang faham the whole story?

tak.., bukan terasa hati, cuma terfikir.., kalau ceritakan semua, will the perception akan berubah atau remain the same?

memang semua orang ada buat kesilapan, kan? cuma samada kesilapan tu besar ataupun kecil, serius ataupun tak. tapi kalau dah besar tu, tentulah serius, kan?

tapi kesilapan yang aku buat ni, memang kesannya nampak lebih pada dia. the damaged has been done and he's the one who effected the most.. **err, betul ke aku tulis ni?**

one thing for sure, i'm the bad person here, dan dia adalah lelaki yang paling baik pernah aku jumpa. entahlah.., mungkin aku perlu melihat kedalam diri aku semula, cari kat mana salah dan silap aku, keburukan aku, dan kemudian belajar menjadi seseorang yang lebih peka dan tahu untuk menjaga perasaan orang lain.

sigh..**sedih**

Wednesday, November 12, 2008

guilty as charged..

malam semalam, aku berterus terang dengan dia. aku luahkan semuanya. mungkin tak semua, tapi mana mana yang penting, aku luahkan.

aku kesiankan dia. kesian sebab dia terpaksa bersusah payah untuk menjaga aku, mengawal setiap pergerakkan aku, dan di atas kesemuanya, aku tahu dia tak gembira. Apa yang penting bagi aku adalah kegembiraan dia. Aku mahu dia lupakan peristiwa sedih dulu. aku dah lupakan kesemuanya. aku dah mengakui akan kesilapan aku. dan aku dah sedaya upaya menjaga diri dan menjaga perhubungan kami, biar tak ada sesiapa pun yang mengganggu lagi.

aku tahu, di pihak dia memang susah. aku boleh lupa tapi dia tak. aku yang buat salah tapi kesannya lebih pada dia. kesian dia.., kenapa aku jahat sangat?

malam tadi, masa aku beritahu dia aku nak putuskan hubungan, dia rileks je. macam tak ada apa apa, tapi sempat dia bertanya, aku okey ke kalau tak berkawan dengan dia lagi? aku boleh ke jalani hidup bersendirian tanpa berteman lelaki? aku nak kata boleh, tapi kadang kadang rasa macam tak boleh.

aku sayang kat dia. sayang sangat. tapi aku kesian dengan derita yang ditanggungnya. aku membebankan dan aku melukakan hati dia. kalau aku dilukai sebegitu rupa pun, tak mungkin aku mampu bertahan. tapi sebab dia lelaki, jadi dia nampak tabah dan kuat.

memang dia baik sangat. aku minta putuskan hubungan pun, mungkin sebab aku lebih pentingkan diri aku. memang aku pentingkan diri sendiri. tak sanggup untuk berubah. memang jodoh dan kematian semuanya Allah yang tentukan, tapi kalau tak ada masalah, kenapa nak menjauhkan diri?

Dia kata dia masih boleh dan berusaha untuk melupakan semua kisah sedih dulu, jadi aku pun kena lah sama sama berusaha untuk berubah dan buktikan pada dia juga.

Monday, November 10, 2008

tak ada avatar

aku nak buang gambar America Ferrera tu. Mungkin ada yang tersalah anggap memikirkan itu gambar sebenar aku. Aku tak secantik America Ferrera, cuma size badan mungkin ada persamaan.. **gelak**

tapi pelik juga, takkan artis terkenal antarabangsa pun tak kenal? hmm.., mungkin bukan jenis yang suka tengok tv kot?

Lagipun buah hati dah agak kurang senang. Tak mahu orang dapat mengagak identiti sebenar. yelah.., sebagai pesalah yang dah pernah menyalah gunakan internet, aku terpaksa akur.

buat masa sekarang, tak terfikir lagi nak ganti avatar apa, dan siapa. mungkin tak payah letak avatar, kot? biar sajalah kosong.., senang, mungkin tak akan ada komen yang tak diingini lagi lepas ni..

Saturday, November 8, 2008

Terima Kasih Cinta



lagu ini aku tujukan khas buat dia...

hanya ucapan terima kasih saja yang mampu aku ucapkan...

atas segala yang pernah dia lakukan untuk aku selama ini....

**sedih**

sebagai peringatan

saya menulis blog ini bukan untuk mencari pasangan atau apa.., saya berharap agar ada yang faham. ini adalah platform saya meluahkan perasaan dan segala tekanan, bukan bila saja memberitahu nak tengok wayang tapi tak ada siapa pun nak teman, bermakna saya sudi menerima pelawaan sesiapa saja.

harap maklum.

sekian.

+ + + + +

Dan lagi, biar saya berterus terang. bila tengok nama pun dah lain macam, memang saya tak akan reply atau apa apa pun. life saya dah cukup complicated, jadi saya tak mahu tambah serabut lagi. Maaf.

bukan sombong, bukan bajet cun, bukan apa apa. sekadar memberitahu yang niat dalam hati saya adalah semata mata blog saja. bukan mencari teman. kalau saya nak teman macam tu, saya tak akan delete facebook saya dan juga myspace saya.

dan saya harap, tindakan saya ini benar.

Semoga Allah melindungi saya. Amin.

Friday, November 7, 2008

quantum of solace II

Dah tengok? Saya belum. Tapi bukan nak cerita pasal Daniel Craig yang kacak dan sexy tu **tak tahu kenapa dalam filem Bond yang terbaru ni, saya tiba tiba jatuh suka dengan renungan mata dia yang.., ahh.. sukar untuk diterangkan** Tongue

Bukan juga tentang Olga Kurylenko yang secara kebetulan juga memiliki renungan sepasang mata bundar yang bisa mencairkan jiwa dan raga. **bukan saya, tapi lelaki lah**

Saya nak bercerita tentang boss saya. Eh, tak.., dia tak sekacak Daniel Craig, lah.., dia buruk.. Cheesy Grin **sorry boss!**

Entah kenapa semalam secara tiba tiba dia bertanya "Anne, do you know what is the meaning of SOLACE?"

Waktu boss bertanya tu, saya sedang mengadap komputer, konon buat buat sibuk, padahal sedang galak melayan gossip Norman Hakim-Abby-Memey. Bila get caught off guard tiba tiba macam tu, saya pun jadi blur. Tergagap juga lah nak menjawab.

"err, i'm not sure la", dengan muka kelat kelat masam.

Boss ulang tanya lagi, dan kali ni saya jawab "is it something to do with COMFORT?"

Tapi jawapan yang boss saya bagi agak berlainan, dan saya pun dah lupa apa jawapan dia.

Lepas tu ingatkan dah tentu tak akan ditanya yang bukan bukan lagi, rupanya ada jugak, kali ni boss tanyakan maksud QUANTUM pula. Kali ni memang saya blur. Biasa dengar perkataan quantum, macam Quantum Leap ke, Quantum produk yang selalu keluar kat tv tu, tapi maknanya tak pernah pulak saya selidik.. Cheesy Grin

Sekali lagi jawapannya "i'm not sure la boss, i have to check dictionary first"

Wah! Terus berubah wajah boss saya. Nampak macam reaksi "apsal staff aku ni bodoh sangat? Quantum pun tak tahu ke? macamana aku boleh ambik dia bekerja kat sini ni?"

Saya pun tak tahu nak buat macamana, terus konon menyibukkan diri dengan mencapai file, malas nak layan boss saya yang kadang kadang memang suka bertanyakan soalan cepumas.., pernah sekali dulu dia bertanya soalan tentang golf. Haih, mana lah saya tahu pasal golf.

Selepas tu, dia terus sibuk dengan agenda meetingnya. Fuh! Selamat.

Malam tadi, sambil berehat dan mendengar radio, tiba tiba teringat akan cerita siang tadi. cari cari dictionary dalam beg, hah! tu dia dictionary HarpersCollins saya.

Selak page Q dan S, dan kat bawah ni adalah maknanya:

SOLACE {SOL-ISS} - comfort in distress

QUANTUM - desired or required amount, esp. a very small one

yeay! jawapan saya hampir tepat, memang solace is comfort. Cheesy Grin

oh, saya teringat, boss ada beritahu yang quantum tu something like a portion. jadi sekarang saya dah tahu apa maksud "QUANTUM OF SOLACE"

jom teman saya tengok. **kenyit mata**

* * * *

copy paste blog di forum.

quantum of solace



aku suka DANIEL CRAIG.., bukan sebab dia kacak sangat atau apa, tapi sebab dia ada aura tersendiri dan aku suka men in suits..

nampak sexy.

eh, aku pun suka dengan the new mr. president of the united state.., sebab dia pun suka pakai suits..

nampak ada gaya dan tersendiri. karismatik. bijak. gaya. mutu. keunggulan. **gelak**

teringin jugak nak menonton aksi daniel craig. tapi sigh..., siapa la yang nak bawak ni...
tak tercapai la hajatku yang satu ini...

maxis friend finder punya pasal..

Memang abang pandang serong, tak percaya kat sayang, benda yang sayang buat tu teruk sangat, sayang dah bukan macam J..... yang abang kenal dulu.

* * * * * *

Perit yang aku rasa.., mungkin sebenarnya perit lagi dia yang menanggung. Mungkin aku hanya mahu menjaga perasaan sendiri.., mungkin aku tak pernah nak faham perasaan dia. aku insaf..

memang semua ni salah aku. beratus kali atau beribu kali aku cakap salah aku pun, memang tak akan dapat memulihkan hubungan kami. jalan ceritanya dah berubah sekarang..., maafkan sayang, abang.. **sebak**

* * * * * *

semalam sekali lagi aku hampir hilang sabar. Hanya kerana dia lebih percayakan maxis friend finder yang mengatakan aku berada di Taman Sea, Petaling Jaya, padahal aku sedang dalam bas on the way ke Damansara Utama. Memang sepanjang LDP tu, akan melalui Taman Sea, SS2, Kelana Jaya, tapi tak bermakna aku singgah kat mana mana dan buat perkara yang entah apa apa.

kami berbalas sms dan aku malas nak menafikan apa apa, sebab kalau menafikan pun tetap akan disalah anggap, jadi aku benarkan saja setiap tuduhan dia. Sehingga ke satu tahap, dia mengugut, "lantak sayang la, jangan call @ sms abang lagi, abang serius ni".

Adakah aku memujuk? tak.., tak pujuk langsung, aku hanya balas "suka hati.." dan ada lagilah yang tak boleh aku kongsikan di sini. kemudian aku suruh dia check balik friend finder dan tengok kat mana aku berada.., tahu lah pulak nak cool down, kalau tak tu asyik nak benarkan cakap dia aje.

memang aku sedih dengan semua ni. aku dah buat yang terbaik, tak ada lagi dah tengok wayang sorang sorang ke, tak ada dah window shopping sorang sorang, life aku very dull, pegi kerja dan balik kerja aje. Itu pun susah dia nak percaya.

tapi nak buat macamana, kan? pasrah sajalah.

it's too complicated..

Thursday, November 6, 2008

somewhere over the rainbow..

pagi tadi aku nampak pelangi. tiba tiba saja bila nampak pelangi yang indah di pagi hari tu, lahir sekelumit perasaan gembira dalam hati.

semalaman hujan di sekitar PJ. patutlah enak saja tidur aku semalam. tapi mujur tak terlajak. kalau terlajak, harus aku akan marah marah dan merungut sepanjang perjalanan sehinggalah punggung aku ni akhirnya terhempas kat atas kerusi pejabat.

sehari dua ni memang tak ada idea nak menaip. asal taip aje, lepas tu biarkan saja. kering agaknya ilham.

cuma semalam, tak tahu kenapa aku terasa sayu, dan terganggu.

mungkin aku yang tersalah cakap. mungkin aku yang gelabah semacam sampai info yang aku berikan bercanggah. aku perasan dia macam nak tanya balik, tapi kemudian dia kata "tak apalah".

sukar rupanya untuk aku kembalikan kepercayaan dia terhadap aku. dan aku makin tertekan.., walaupun cuba untuk merasa tenang, dan aman.., tapi bila memikirkan hal aku dengan dia, it's not always happy in our small paradise. **tak tahulah paradise atau hell**

kadang nak saja aku marahkan maxis, atau celcom.., kerana selalu mendatangkan masalah pada aku. atau mungkin handphone buruk aku tu memang dah patut aku campakkan saja ke dalam longkang.

aku sendiri tak tahu apa masalahnya call selalu saja tak masuk. bila aku on off handphone, baru lah berpusu pusu sms masuk. bila tengok sms, ada 4 missed call dari dia. ada 2 sms dari dia. ini yang aku nak cuba explain kat dia, tapi dia tak percaya.

dia menuduh aku ada bermain sms dengan orang lain.

adoiiiii..., aku dah penat melayan curiga dia..., penat dah, sampai tak larat nak sediakan jawapan.

kadang sampai aku terfikir, "elok aku tak buat, kau tuduh aku buat, nanti aku buat betul betul, baru padan muka aku"

**kenapa padan muka aku? sebab mengiyakan tuduhan dia, baik jangan, tahan dan sabar saja**

kadang aku sedih dengan semua ni. aku tak ada tempat mengadu. jadi kadang2 tu, habis solat, aku bercakap dalam hati "Ya Allah, aku tak tahu apa lagi yang patut aku lakukan, aku tak tahu nak buat macamana supaya dia percaya kat aku semula, aku dah buntu, Ya Allah.."

Pada aku, biar Tuhan saja yang tahu kebenaran aku, biarlah kalau dia dah tak percaya.

Lagipun semua ni berpunca dari aku. jadi aku kena bertahan dan sabar mengharunginya.

malas dah nak menangis dan merintih. hati aku dah terlalu beku untuk menangis dan merintih.

sebab tu bila nampak pelangi pagi tadi, aku rasa happy. hidup ini umpama pelangi. berbagai warna.., dan sekejap muncul, sekejap hilang....

dan aku tak ada pelangi pun.. **sedih**

Tuesday, November 4, 2008

lamunan terhenti

ada ketikanya.., ilham seakan terhenti..
fikiran seakan beku..
apa yang aku nak tuliskan/taipkan hari ni?
jari jemari dah gatal gatal mahu menaip..

tak apa, taipkan apa saja yang terlintas dalam fikiran.., tentang apa saja..

sekarang terasa mahu ke tandas.., tapi tahan..

sekarang sudah tengahari, sepatutnya waktu makan..
tapi tahan tak mahu keluar..

punggung berat sangat mahu bangkit dari kerusi..,

sudah pukul 1.42 pm, zohor pun belum.

tahan diri dari buang air, tahan diri dari makan, malas mahu bertemu Yang Esa..

haih.., lalu apa yang aku mahu buat sekarang?

aku hanya mahu ilham datang mencurah curah, basahilah otak aku yang beku ini..

entah.. mungkin selepas bertemu yang Esa, ilham akan hadir?

err.., aku runsing sebenarnya...

Monday, November 3, 2008

marah!!

tolonglah sabarkan aku..

rasa macam nak baling aje telefon kat kepala bos aku yang bodoh bangang tu..
dia senang lah, just bagi je instruction kemudian nak everything go smooth follow what he want.., aku yang kat tengah tengah ni tersepit antara nak get the things done and deal with unresponsive people out there yang macam bangang jugak.

tak tahu kenapa seminggu dua ni berangin ribut taufan aje. Rasa nak tsunami pun ada ni.

Cool down.., cool down..

kalau boleh nak sepak kepala orang, boleh?

Saturday, November 1, 2008

true love and happily ever after, adakah sekadar mitos?

aku sedang cuba meletakkan diri aku dalam situasi Abby Abadi sekarang ni. Ya, Abby Abadi pelakon drama tempatan yang popular tu, yang sedang melalui kemelut rumahtangga bersegi segi tu, yang sedang hangat diperkatakan tu..

note: aku bukan peminat fanatik dunia seni tempatan, aku lebih suka memerhati, dan kadang mengutuk, dan cuba memahami, walaupun dunia artis ni penuh dengan kepalsuan.

my sympathy goes to Abby. Dan, as an outsider.., yang tak tahu apa apa, hanya sekadar memandang penuh belas, dan hanya mendapat maklumat melalui akhbar yang kebenarannya diragui, aku hanya mampu berkata, bersabarlah menempuh dugaan ini.

Aku meletakkan diri aku sebagai perempuan, yang bersuamikan lelaki seperti Norman Hakim yang pandai berdolak dalik, dan sedang berdepan pula dengan gadis cilik yang sangat licik dalam schemenya untuk meruntuhkan rumahtangga orang ini. **mungkin pelakon yang bernama memey ini ada alasan tersendiri mengapa dia berteman rapat dengan suami orang, dan apa pun alasan dia, aku tetap merasakan, apa rasionalnya berteman rapat dengan suami orang?**

inilah puncanya yang membuatkan sebahagian dari perempuan sekarang seakan takut @ fobia @ was was untuk mendirikan rumahtangga. takut jika terkena dengan lelaki yang salah, atau takut jika bahagia hanya ketika awal perkahwinan tapi bila dipertengahan jalan, bosan mula meracuni jiwa dan fikiran. takut jika bila segalanya sudah hampir sempurna, datang insan ketiga yang tak diundang merosakkan kebahagiaan yang dibina.

dan segala 1001 kemungkinan sekali. sigh.. bunyi macam susah aje menjadi perempuan ni..

yang macam best dan having all the fun in the world is LELAKI.., be it a single or married guy, they tend to have their cake and eat it too, as the old saying goes..

it's the same with Norman Hakim case, he wanted the cake and eat it too, meaning he want Abby to stay as his legal wife but at the same time he also wish to keep Memey as his pastime.. **i hope this is just my tuduhan tak berasas saja..**

Menjadi perempuan pada penghujung zaman ini, memang kita perlu memasang perisai yang kukuh serta semangat juang yang kental, supaya bila kita berdepan dengan dugaan dan cabaran sebegini **rumahtangga kacau bilau, diceraikan, suami bermain kayu tiga**, kita dapat melaluinya tanpa perlu mengharapkan belas simpati dari orang lain.

haih.., gila feminist aku ni.. ekekekek..

aku memang benci bila melihat wanita diperolokkan dan lelaki lepas begitu saja. dunia ini bukan taman permainan lelaki, dan bukan juga medan perempuan menabur racun dalam kehidupan orang lain.

do you believe in TRUE LOVE? aku yakin cinta sejati memang wujud, cuma aku belum berjumpa dengan buktinya dalam zaman yang semakin menuju hari akhirnya ini.., bagi aku, takkan "happily ever after" hanya dongengan semata? takkan hanya cinderella, snow white, dan kesemua watak dalam fairy tales aje menemui "happily ever after?"

orang kebanyakan seperti aku ni, tak layakkah untuk merasa "happily ever after?"

atau aku harus masuk dalam dunia fairy tales, baru aku akan merasai semua itu? haiihhhh...