Friday, November 7, 2008

maxis friend finder punya pasal..

Memang abang pandang serong, tak percaya kat sayang, benda yang sayang buat tu teruk sangat, sayang dah bukan macam J..... yang abang kenal dulu.

* * * * * *

Perit yang aku rasa.., mungkin sebenarnya perit lagi dia yang menanggung. Mungkin aku hanya mahu menjaga perasaan sendiri.., mungkin aku tak pernah nak faham perasaan dia. aku insaf..

memang semua ni salah aku. beratus kali atau beribu kali aku cakap salah aku pun, memang tak akan dapat memulihkan hubungan kami. jalan ceritanya dah berubah sekarang..., maafkan sayang, abang.. **sebak**

* * * * * *

semalam sekali lagi aku hampir hilang sabar. Hanya kerana dia lebih percayakan maxis friend finder yang mengatakan aku berada di Taman Sea, Petaling Jaya, padahal aku sedang dalam bas on the way ke Damansara Utama. Memang sepanjang LDP tu, akan melalui Taman Sea, SS2, Kelana Jaya, tapi tak bermakna aku singgah kat mana mana dan buat perkara yang entah apa apa.

kami berbalas sms dan aku malas nak menafikan apa apa, sebab kalau menafikan pun tetap akan disalah anggap, jadi aku benarkan saja setiap tuduhan dia. Sehingga ke satu tahap, dia mengugut, "lantak sayang la, jangan call @ sms abang lagi, abang serius ni".

Adakah aku memujuk? tak.., tak pujuk langsung, aku hanya balas "suka hati.." dan ada lagilah yang tak boleh aku kongsikan di sini. kemudian aku suruh dia check balik friend finder dan tengok kat mana aku berada.., tahu lah pulak nak cool down, kalau tak tu asyik nak benarkan cakap dia aje.

memang aku sedih dengan semua ni. aku dah buat yang terbaik, tak ada lagi dah tengok wayang sorang sorang ke, tak ada dah window shopping sorang sorang, life aku very dull, pegi kerja dan balik kerja aje. Itu pun susah dia nak percaya.

tapi nak buat macamana, kan? pasrah sajalah.

it's too complicated..

5 comments:

Anonymous said...

friend finder tak betul
kekadang mcm sial je guna
aritu penah cuba kot
duk kat segamat tp cakap kat gementah
jauh tu (takdelah jauh mana pun) ... huhuhu...

Just call me ANNE said...

rasanya friend finder tu dia ambil yg terdekat je, yg ada dalam sistem dia..

pasal tu info dia tak lengkap, menyusahkan orang aje..

reza myT said...

kalau nak hide hantar
taip

hide off ke 22001

then org tu takkan dapat ffinder u

atau

kalau nak hold dulu sampai kat rumah

taip

ok pending ke 22001

Anonymous said...

Kesian.. but can't put the blame on friend finder alone.. you must have done something terrible before.. that is why ko tidak lagi di percayai..

Fatimah Ali said...

susah kan ada friend finder ni? huhu