Saturday, January 31, 2009

I'm a multi-dater.., NOT!

Hari ni tak ada topik khusus untuk aku sembangkan. Just nak meluahkan something yang terbuku dalam hati, tentang kehidupan semasa yang aku lalui. Nak melepaskan tension pasal kerja, pasal hubungan aku dengan abang, yelah.., tentang life.

Owh, lupa nak update. Semalam aku bershopping sakan di One Utama. Dah lama aku tak bershopping ni. Kebetulan pulak beban hutang aku dah berkurangan sikit pada awal tahun ni, jadi dapatlah aku menukar beg lama yang dah hancur tu kepada beg baru, walaupun tak berjenama tapi at least tukar juga beg. Selain tu, ada jugaklah aku bershopping benda lain yang merupakan keperluan harian.

Boleh lupa diri sekejap bila tengok perkataan "SALE" tergantung di sana sini. Kalau bukan disebabkan aku agak ketat juga perbelanjaan untuk bulan ni, mahu aku habiskan duit gaji dalam satu hari saja. Mana tak rambang mata tengok baju, tengok beg, tengok kasut, aksesori lagi, tengok perhiasan diri yang lainnya. Nasib aku tak masuk ke Guardian ataupun Watson, kalau tidak mahu aku borong barang make up kat situ.

Nasib baik dalam kepala aku ni ada reminder, "jangan tengok lama lama, jangan singgah lama lama, dah tak ada barang kau nak beli tu, keluar aje dari situ". Perempuan kan, kalau dah nama bershopping, boleh ke control nafsu nak itu dan nak ini?

Itupun, bila balik ke rumah, aku buat kira kira semula, wah! banyaknya aku habiskan duit. Lain kali aku nak apply credit card la, supaya aku boleh bershopping non stop. **Dan juga buat hutang aku bertimbun semula!**

One thing about shopping, dia boleh menghilangkan rasa stress. Selesai saja bershopping, dan sampai ke rumah dalam keadaan penat, segala rasa tension dan bengang yang aku alami sebelum pergi bershopping tu, secara otomatik hilang. Adakah ini bermakna nak kena bershopping selalu? **Sengih**

Memang sebelum aku ke One Utama, aku bertengkar dengan abang melalui telefon. Bertengkar disebabkan aku mengadu perihal tension dengan boss. Ianya macam kisah berangkai. Aku tension dengan boss, jadi aku mengadu pada abang, lepas mengadu abang marah aku balik. Makin berganda tension aku. Sudahnya aku meletup macam gunung berapi. Tension dengan boss satu hal, lepas tu tension pulak dengan abang? haih.., payah betullah ada bf ni..

Ada pun susah, tak ada LAAAAGGGIIIII susah!

Sabar ajelah Anne.., kau jugak yang kata hubungan antara lelaki dan perempuan ni TAK SUKAR, kan? Jadi, jangan nak membebel..

Oke.., i just shut my mouth now.

Move on to another topic.., pun masih tentang hubungan lelaki dan perempuan. Tadi aku baca dalam The Star tentang trend masyarakat sekarang, terutamanya the so-called modern woman, yang suka multi-date. These so-called modern woman dah tak main lah dengan one man show.., dorang nak threesome show.

Aku baca artikel tu rasa macam, entah.., perasaan bercampur baur. Tertanya tanya pun ya jugak. Kenapa sampai macam tu sekali perempuan sekarang tak percayakan CINTA SEJATI lagi.

Rasanya aku akan bercerita tentang topik tu kat entry lain lah. Kena gerak sekarang.

Thursday, January 29, 2009

kisah rumahlah tangga, ada ada saja..

Selamat kembali dari cuti yang panjang. Bagaimana dengan cuti? Owh, jangan tanya tentang bagaimana aku habiskan cuti yang panjang ni, sebab aku tak pergi kemana pun, hanya menghabiskan masa bersantai dan berlapang dada dirumah saja.

Dari aku bercerita tentang aktiviti yang tak berapa menarik tu, baik aku cerita tentang perkara lain. Cuma satu saja yang perlu aku beritahu, cuti ni memang menyegarkan aku. Segar dari semua aspek. Mental dan fizikal. Kiranya aku kini kembali bekerja dengan kesegaran yang baru. Cheh.., apa apa sajalah.

Aku nak bercerita tentang perhubungan lelaki dan perempuan. Suami dan isteri. Aku selalu ikuti benang perbincangan di forum tentang hubungan lelaki dan perempuan ni. Pelbagai feedback yang aku baca. Menarik.., dan tak kurang juga jelik. Sebab tu aku memang berpegang teguh pada prinsip "Jangan buka pekung didada sendiri". **Yang hari tu, yang aku terbuka sikit tu, maafkanlah aku ya.., aku dalam keadaan stress masa tu, pasal tu tersingkap sikit kain aku**

Ini pendapat aku saja, sebab manusia ni, rambut saja sama hitam **walaupun sekarang dah banyak yang berwarna**, tapi hati lain lain. Corak pemikiran pun lain juga. Jadi aku tak harap untuk ada orang yang bersetuju dengan aku. Pendapat aku mengatakan, hubungan antara lelaki dan perempuan ni taklah sesukar yang orang selalu fikirkan.

Tak SUKAR sebenarnya. Kalau kita masing masing saling sedar diri. Tapi itulah masalahnya, ramai yang tak sedar diri. **maaf**

Isteri tak sedar diri mereka siapa. Suami tak sedar diri mereka siapa. Itu sebabnya terjadi kes curang, kes main kayu tiga, kes main laki orang, kes main bini orang.

Hubungan aku dengan abang, sama juga. Ada masa aku lupa diri, itu yang aku jadi degil dan keras kepala. Tak mendengar kata, teguran dan nasihat. Sampai satu peringkat, aku memang nak saja ikut kata hati, "sayang mahu PUTUS!".

Kalau dah berkahwin, mungkin ayatnya berbunyi begini," sayang mahu CERAI!!!!".

nampak perbezaan tu? Bercinta tak apa, bila bila masa nak putus, putuslah, tak akan melibatkan orang lain, hanya dua manusia ni saja yang akan menerima kesannya.

Tapi, kalau dah berkahwin? Bayangkan betapa rumitnya proses nak bercerai tu. Habis hubungan 2 buah keluarga ikut sama putus. Bukankah berdosa memutuskan tali silaturahim ni? Sebab tulah.., aku kata, lelaki dan perempuan kena saling sedar diri. Kalau tak sedar diri, itu sebabnya bermacam penyakit timbul.

Si isteri janganlah ego sangat, nak menguasai suami berlebihan. Si suami janganlah gatal miang sangat, perasan diri tu masih laku lagi.

Perempuan bujang kat luar sana janganlah gedik sangat, jatuh cinta dengan suami orang. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi kan? Janganlah dibuat sampai pihak sebelah sana pun membalas tepukan anda tu, bahaya.

Tak kisahlah kalau lelaki makin berkurangan pun. Kalau nak juga bersuamikan suami orang, kenalah sedar diri dah ambil hak orang. Pandai pandailah mengamalkan prinsip "sharing is caring". Jangan sesekali anda nak bolot LAKI ORANG tu seorang saja.

Yang laki orang tu pulak, kalau dah beristeri dua atau tiga tu, pandai pandailah membahagikan masa. Jangan hanya tumpukan pada seorang saja. Mentang mentang yang baru tu muda lagi, bergetah lagi, terus lupa yang lama, ya?

Roda hidup ni sentiasa berputar, jadi baik lelaki atau perempuan, sentiasalah beringat. Hari ni kita rampas hak orang, esok orang rampas hak kita. Tapi kalau hari ni kita menyemai kasih sayang sama rata, InsyaAllah esok lusa budi kita akan dikenang orang. Tak rugi kalau menuai budi ni. Pahala pun dapat. Wallahualam.

Owh, aku rasa aku mesti juga mention tentang hal ni. Bagaimana kalau terjadi pada aku? Abang nak berkahwin dua? Jawapan aku, walaupun rasa susah, perit dan mungkin sukar untuk diterima, tapi aku akur. Untuk berkahwin sampai 4 adalah hak istimewa orang lelaki. Aku tak akan nafikan hak itu.

Dengan syarat, aku sentiasa mahu jadi yang pertama. Maksud aku, aku mahu jadi isteri sulung, bukan yang kedua atau yang ketiga. Mujur abang memang sah bujang trang tang tang. Jadi, dah pastilah aku yang sulung. **kenyit**

Thursday, January 22, 2009

No more Cleo, hello Women's Weekly..

aku sedang mengalami perubahan. Bukan perubahan fizikal, atau perubahan mental.

Aku sedang mengubah bahan bacaan bulanan aku. Aku dah berhenti membaca majalah Cleo, dan beralih ke majalah Women's Weekly. Aku perlu berhenti membaca majalah yang hanya sesuai untuk mereka yang dalam lingkungan 20an hingga awal 30an. Aku dah mid thirties, jadi kena sesuaikan bahan bacaan dengan umur yang kian meningkat.

Memang sebelum ni pun aku dah perasan akan kewujudan majalah Women's Weekly tu, tapi aku tak berminat nak membacanya sebab aku fikirkan "alah untuk perempuan yang dah berkahwin sesuailah kot? aku single lagi, baik baca Cleo ajelah".

Aku membaca Cleo dah lama, sejak dari tahun 1996 lagi. Dah berapa orang editor dia bertukar, tapi aku tetap setia membacanya setiap bulan tanpa gagal. Untuk berhenti membaca sesuatu yang dah begitu sebati dalam diri, agak sukar juga aku rasakan. Bayangkanlah, dari tahun 1996 aku tak pernah bercerai dengan Cleo, tiba tiba awal bulan ni aku tekad tak mahu baca, agak nanar jugak aku jadinya.

Tangan aku gatal aje nak beli, tapi akal aku kata "jangan, berhenti beli sebab dah tak relevan dengan usia aku".

Jadinya, bahan bacaan aku berkurangan bulan ni, yang tinggal hanyalah InTrend, EH! dan Cosmopolitan saja. Tak boleh jadi ni sebab tak ada majalah berbahasa inggeris, nanti aku jadi makin kurang fasih pulak. Mana cukup dengan membaca paper The Star saja.

Aku sebenarnya tak tahu nak memilih antara Marie Claire, Women's Weekly ataupun OK!. OK! mungkin terpaksa dilupakan sebab ianya merupakan majalah berunsurkan hiburan. Aku mahukan majalah yang berunsurkan kewanitaan dan memaparkan isu tentang wanita. Jadinya, aku belek belek Women's Weekly kat 7-11 tadi, aku kata "maybe majalah ni boleh la kot? macam best je, sebab ada resepi".

Itu pun antara sebab kenapa aku berpisah dengan Cleo. Aku mahu mula belajar memasak. Abang pun dah lama suruh aku belajar masak dan suruh aku baca majalah Mingguan Wanita, tapi aku agak kurang gemar dengan Mingguan Wanita. Tak tahu kenapa, bukan sinis dengan majalah berbahasa melayu ni, tapi aku memang dari dulu lagi tak berkenan. Aku kurang gemar membaca kisah cerai berai dan kisah penderitaan wanita.

Nak beli majalah Cosmopolitan versi antarabangsa, harganya agak mahal. Lain lah kalau beli yang backdated, tapi itupun tetap mahal harganya, dalam belas belas jugaklah. Sedangkan Glam yang berharga lingkungan RM10 tu pun aku tak mampu nak beli, inikan pulak Cosmopolitan edisi backdated yang harganya dalam RM13. Berangan sajalah aku nak melanggan Cosmopolitan.

Jadi, lepas ni, kalau ada sesiapa yang merasa masakan aku, janganlah segan segan ya. Mana tahu, lepas baca 2-3 keluaran Women's Weekly, aku terus jadi pandai memasak pulak.

Tuesday, January 20, 2009

Aku memang gagal kalau makan makanan ala Buffet..

Semalam, company tempat aku mencari rezeki ni mengadakan majlis makan malam tahunan. Tak adalah grand sangat, sebab company kecil aje, tapi at least, okelah. Dapat makan percuma, dan lagi pun aku jarang sangat keluar berlibur ni, jadi sekali sekala dapat menyertai keramaian, rasa seronok juga.

Majlis berlangsung kat Mont Kiara Solaris, tempat lepak terbaru yang aku rasa memang sungguh happening. Kami di jamu dengan japanese food buffet. Aku memang gagal kalau dipelawa makan ala buffet ni, sebab baru 2 round, perut dah penuh. Orang lain steady aje ambil makanan sampai 10 round.

Dan lagi, orang suruh cuba semua makanan yang tak pernah dimakan, tapi aku tak buat pun. Aku just ambil yang aku dah biasa sangat makan, macam udang, ayam, sotong dengan salad. Satu benda sushi pun aku tak sentuh. Memanglah nampak menyelerakan tapi selera aku tak terbuka dengan makanan mentah. Mungkin aku memang melayu tulen agaknya, takut nak mencuba makanan selain dari yang dah biasa ditelan.

Memang tak dinafikan, makanan yang dihidangkan memang sedap. Owh, kalau ada yang berminat, klik sini

Nama restoran tu ialah Tenji Japanese Buffet, dan harganya kira bolehlah, untuk eat as many as you can. Cuma jangan pelawa aku ya, sebab aku hanya akan merugikan duit saja, sebab perut kecil, walaupun badan besar.

Selain dari makan makan, kami juga mengadakan sesi bergambar. Owh, bercakap tentang gambar, maaflah ya, bukan aku tak mahu tepek kat sini, tapi memandangkan ada larangan keras, jadi kalau nak tengok gambar pun, kat link atas tu ada gambar makanan yang disajikan. Gambar aku? tak ada..

Lagi satu aku perlu beritahu, air kelapa di restoran tu memang sedap. Aku tak tahu apa nama kelapa tu, tapi buahnya kecil saja, dan airnya manis. Sedap.., rasa macam nak angkut satu bawak balik.

Bercakap tentang bawak balik, boss aku memang muka tak malu. Ada ke dia bungkus makanan bawak balik? Memang boss aku adalah tipikal Malaysian. Aku pun segan nak buat macam tu.

Majlis bersurai sekitar jam 10 malam. Bukan majlis habis awal, tapi kami, aku dan beberapa staff yang lain, memilih untuk pulang awal. Penat agaknya mereka selepas memenuhkam tangki dengan makanan.

Lepas ni, kalau ada yang bercita cita nak pelawa aku makan ala buffet, fikir 2-3 kali ya.

Monday, January 19, 2009

Aku nak Siti menang..., TIDAK!!!

ini cerita sedih. Aku hanya mampu mendengar lagu lagu mereka dicorong radio saja. Aku sangat kecewa, bila tak dapat melihat aksi Superman, aksi Pakcik Hussain, dan aksi Orang yang diasingkan, padahal aku sangat mahu saksikan mereka.

Owh, aku lupa. Siti tak ada, jadi mereka mahu BOIKOT! Boikot AJL sebab tak ada SITI. **huh.., pathetic**

Mujur ada Hotfm yang setia menemani aku. Atau mungkin mereka boikot sebab Mawi digantikan dengan Zahid? Sungguhlah cetek pemikiran tuan punya idiot box kat rumah aku tu. Mawi dan Siti, dua ikon artis melayu yang digambarkan sopan santun dan sebaik2 manusia. Haih.., kalau mereka berdua tak ada, maka memang jangan haraplah sebarang acara hiburan boleh disaksikan melalui idiot box kepunyaan mereka tu.

Tak apalah. Aku berpuas hati. Dapat dengar suara pun dah cukup. Cuma lebih dari cukup kalau dapat saksikan aksi mereka. Tak apalah. Benda dah habis pun.

Saturday, January 17, 2009

T-Shirt berbau CK Be..

saja gatal nak beritahu, hari ni aku pakai baju t-shirt abang yang aku minta sebelum dia balik hari tu. haih.., mengada-ngadanya aku, kan? sampai baju pun aku mintak, konon buat peneman kala berjauhan. **cheh! jiwang karat betul!**

layan kan saja, sambil mendengar lagu baru nyanyian Shontelle ni, tajuknya T-Shirt.

Friday, January 16, 2009

perempuan cantik cenderung untuk curang..

itu kata para penyelidik sebuah university di US. tapi nampaknya kawan kawan forum tak bersetuju. aku pun tak setuju sebenarnya, tapi saja je nak share dengan dorang.

tak kisahlah sama ada you cantik ke tak, kalau hati dah beralih arah, kecurangan tetap juga berlaku. cuma yang aku nak highlightkan, macamana benda remeh macam ni pun, ada jugak university nak lakukan kajian.

maksud aku, memang semua orang sedia maklum kan, kalau dah namanya perempuan cantik, dah tentulah akan sentiasa menjadi perhatian lelaki. sedangkan yang tak cantik macam aku ni pun, masih ada yang nak memberi salam, apatah lagi yang jauh lagi cantik dari aku. **tapi ni tak bermakna aku kata aku ni cantik**

something yang menarik perhatian aku dalam kajian yang dorang buat tu, perempuan cantik yang diorang maksudkan untuk cenderung menjadi curang ni datang dari kalangan mereka yang bertubuh menarik. Maknanya, perempuan yang lengkap pakejnya. muka dahlah cantik, body pulak sempurna.

bak kata kawan kawan forum, tak semestinya perempuan cantik saja, yang tak cantik pun ada juga yang berlaku curang. ini aku setuju sangat. dan ianya sangat menghairankan aku, kenapa perempuan yang agak kurang cantik pun, terdedah dengan kecenderungan untuk curang? adakah disebabkan jati diri mereka tak kuat? ataupun godaan si lelaki tu terlalu sukar untuk ditepis?

nak tahu para penyelidik tu suruh salahkan siapa? dorang suruh salahkan hormon dalam badan yang dipanggil hormon... **err.., aku dah lupa, nanti aku refer balik paper yang aku baca semalam**

macam macam orang barat ni, kan? suka menyelidik benda yang entah apa apa. macam yang pernah aku baca tak lama dulu, kewujudan cinta sejati pun dorang nak buktikan secara saintifik. tak payah buat kajian pun, aku dah lama percaya yang cinta sejati tu memang wujud.

Thursday, January 15, 2009

masih laris? i dont think so..

sekali lagi, aku punya masa senggang dan berlebihan, aku agak boring, jadi aku taip entry baru.

aku teringat kejadian pagi tadi, masa dalam bas rapidKL. sebelum aku ceritakan lebih lanjut, just nak mention kat sini yang akhirnya, pagi tadi aku berjaya bangun awal, dan jimatkan duit tanpa perlu tergesa gesa tahan teksi, yang mana kemudiannya duit aku akan terbang dalam RM5 hanya untuk bayar tambang saja. haih.., macam lah aku berduit sangat naik teksi setiap hari.

kalau aku naik bas, walaupun terpaksa bangun seawal 5.30am setiap hari, aku dapat jimat banyak dalam sehari. bayangkan tambang bas hanya RM4 sehari untuk pergi dan balik saja, sebab tiket RapidKL kan boleh digunakan sepanjang hari? cuma mungkin the only problem is, masa yang diambil terlalu lama, berbanding kalau ada kenderaan sendiri.

oke, back to the main story. jadi pagi tadi, aku dengan megahnya naik bas pada pukul 6.45 am. Separuh jalan, naiklah lagi beberapa orang penumpang. Kemudian, aku nampak this one guy, quite good looking juga lah, so aku just jeling sekilas, kemudian aku buat tak endah saja.

Biasanya orang lelaki ni, selagi boleh diorang akan duduk kat belakang, tak tahu apa yang best sangat duduk kat belakang tu. Tapi this guy, dia terus duduk kat seat yang berhadapan dengan aku. Tahukan, bas rapidKL macamana? ada seat yang duduk berhadapan sesama sendiri, dan ada juga seat yang biasa mengadap ke depan bas.

bukan lah nak beritahu konon mamat ni nak mengorat aku ke apa, tapi just nak share tabiat orang kalau naik bas macamana. atau lebih tepat lagi, tabiat akulah.. **hehe**

sebenarnya aku agak kurang senang kalau ada lelaki kacak duduk berdepan dengan aku. **sengih**. nak tahu sebab apa? sebab aku tak tahu nak pandang mana. kalau pandang depan, nanti karang nampak macam aku nak pandang dia, kalau pandang tepi, sakit leher la pulak sebab asyik teleng aje, akhirnya aku buat buat tidur.

selamat! walaupun agak kurang manis, yelah kan mana tahu kalau masa aku tidur tu, aku ternganga ke, bukan ke memalukan saja?

aku tak kisah kalau yang duduk mengadap aku tu lelaki Bangla ke, Indon ke, Myanmar ke, sebab aku tahu aku memang tak ambil tahu sangat pasal rupa dorang. Tapi kalau lelaki melayu ataupun cina yang good looking tu, memang serba salah dibuatnya. **ini bukan bermakna aku sukakan cina, oke, cuma kadang kalau lelaki tu hensem, tergugat juga aku**

But, wait! Jangan ingat aku Racist pulak. Okelah, baik aku rangkumkan semua lelaki yang kacak, tak kira apa pun bangsa mereka, oke gitu?

Moral of the story is, orang perempuan akan rasa serba salah kalau duduk mengadap dengan lelaki dalam bas. Itu saja. Not only me, but i think other girl pun sama juga. Rasa tak selesa, nak nak lagi kalau kena dengan jenis lelaki yang suka pandang orang. Rimas lah.

Dahlah tu, masa aku berjalan kaki ke ofis pagi tadi pun, ada pula suara nakal yang menegur "Assalamualaikum", kemudian dijawab oleh suara yang sama "Waalaikumsalam".

Hello? Motif?

Haih.., tak sangka aku masih laris rupanya. **itupun sebab tak ada perempuan lain yang berdekatan, kalau tak, aku pun dia tak pandang**

Haha.

what is inside a woman's bag?

banyak benda, dan rahsia. nak tahu apa dia? jom selongkar.

nak tahu apa yang ada dalam beg tangan aku yang besar gedabak tu? antara lain adalah sampah sarap. **hehe** memang dari dulu lagi, yang aku dah tak ingat sejak bila, aku memang gemarkan beg yang besar, yang boleh muat banyak benda, kecuali bantal dan tilam. Di kalangan kawan kawan pun, memang beg aku yang paling besar, sampaikan ada suatu ketika, aku bawa beg yang agak kecil sedikit dari kebiasaan, diorang tegur "eh, anne dah pandai bawak beg kecik sekarang?".

aku suka beg yang besar sebab nampak lain dari yang lain. bukan sebab aku terikut trend artis hollywood, tak. diorang yang ikut style aku.. **cheh!**

antara barang barang yang aku sumbatkan dalam beg, **yang baru aje aku check sebelum aku taip entry ni** adalah yang berikut ni:

1- dompet jenama "Milk Teddy" warna biru
2- buku bank (Maybank dan Arab Malaysian)
3- kamus kecil HarpersGem
4- tiket bas lama rapidKL dan Metro
5- buku 99 Nama Allah
6- mini Listerine
7- beg makeup
8-kunci rumah dan kunci office
9- handphone pouch
10- handphone
11-sewing kit yang dibeli kat Guardian **standby, mana tahu ada baju atau seluar terkoyak pulak!**
12- tisu
13- gula clorets

oke, done.

eh, aku ingatkan banyak sangatlah barang tadi, rupanya sikit aje? haih, aku dah kalah dengan Sunitha Janamohan lah macam ni **rujuk akhbar The Star hari ni, dalam sisipan StarTwo, kolum Woman, mukasurat T4**

Nak tahu jumlah keseluruhan yang dia bawak dalam beg besar dia tu? 25 item, oke. 25!!

Dari payung sampai ke organiser besar, semua ada dalam beg Sunitha. Respeklah kat dia. Beg dia tu boleh jadi poket ajaib Doraemon.

tapi, kalau ikutkan, ada juga pada hari hari tertentu, terdapat banyak buku atau majalah dalam beg aku ni. Dulu lagi best, aku simpan 2-3 buah buku nota, termasuk diary dalam beg aku ni. sekarang disebabkan aku dah tak menulis diary lagi, pasal tu beg dah agak ringan sikit.

esok lusa, kalau dah ada baby, agaknya aku perlukan beg yang lagi besar, sebab nak bawak pampers baby lagi, botol susu lagi. haih.., bilalah masa tu nak tiba ya?

abang pun kadang suka menumpang beg aku, tempat dia simpan jaketlah, gel rambutlah, sikatlah. see.., ada gunanya jugak beg besar ni, bukan setakat nak bergaya ala artis hollywood aje.

cuma, aku rasa beg aku yang sekarang ni, yang berwarna silver dan bukan dari jenama mahal, dah agak buruk. aku dah beritahu kat abang yang lepas ni aku nak tukar beg dan mengidam nak beli jenama Guess, tahu apa reaksi abang? Melenting dia.., sebab dia tahu jenama Guess tu mahal, dia kata mungkin diluar kemampuan aku.

alah, apa salahnya, kan? sekali sekala terbang RM500-600? bukan selalu.

Lagipun boleh pakai lama. Bolehlah, abang, eh? bolehlah..

Wednesday, January 14, 2009

if i were a boy..

tapi aku tahu ianya mustahil. aku tak akan boleh berubah menjadi lelaki walau sekuat mana pun keinginan aku untuk menjadi lelaki. aku tak mahu jadi pengkid sebab aku tak ada citarasa terhadap perempuan. walaupun tak dinafikan kadang kadang, perempuan yang hampir sempurna memang sangat menarik perhatian aku. sebagai contoh, scarlett johansson. dia adalah perempuan yang hampir sempurna, dari segi bentuk badan.

dan kalau tadi aku tetap seorang lelaki, bagaimana? tentu kisah hidup aku tak akan sama dengan apa yang aku lalui selama ini, kan? memang kadang kita tengok jadi lelaki ni macam best aje, hidup senang tanpa perlu memikirkan nak jaga tingkah laku ke, nak kena jaga pakaian ke, ataupun nak kena tahu memasak dan menjaga rumahtangga ke. eh, banyak lagilah kalau nak disenaraikan.

ada orang kata, susah nak faham lelaki. aku kata "ya ke?".

sebenarnya aku nak bercerita tentang my guy. **heh, nak cerita pasal bf dia rupanya, tapi intro sikit punyalah panjang dan berbelit**

my bf tu, aku faham dia dalam 40%. lagi 60% memang tak faham langsung. tapi masih boleh berkompromi. tak perlu aku jadi lelaki hanya untuk faham kerenah lelaki. sebab kalau seseorang tu berkawan dengan lelaki cukup lama, secara tak langsung dia boleh dan akan faham lelaki tu secara tak sedar.

aku mengambil masa 6 tahun untuk faham abang. itupun belum cukup 100%. baru 40%. lagi 60% mungkin kena berkahwin dulu dan tinggal serumah.

orang kata, lelaki suka pasang ramai awek, kan? aku kata "ya ke?".

ini pendapat aku tentang abang. dulu dia memang ada ramai kawan perempuan, yang mana pada anggapan aku yang sangat cemburu ni, adalah awek in waiting. mana tak cemburu, takut lah kan ada orang potong line, macam Memey potong line Abby, sampai bercerai berai.

tapi lately ni, bila aku duduk seorang diri dalam bilik, sambil ingat kembali peristiwa dulu-dulu antara kami, baru aku faham kenapa dulu abang menggunakan alasan "kitorang kawan sajalah!".
sebab hakikatnya, memang mereka tu hanya kawan. hubungan tak kemana pun. sekarang ni perempuan2 yang aku cemburukan tu, hilang entah kemana. yang tinggal hanyalah, eh aku seorang je?

cuba tanyakan apa yang aku tak pernah buat? hack email abang? check. call perempuan tu sambil tanya apa hubungan dorang? check. bergaduh 3 penjuru antara aku, abang dan perempuan tu? check. masuk ym guna id abang sebab nak tahu siapa yang suka melayan dia? check.

been there, done that.

oke, oke aku faham. mungkin ada yang sinis kata "yelah, belum lagi nak kena, esok lusa mana nak tahu, kan?"

untuk itu, jawapan aku, aku dah bersedia. aku berkawan dengan abang bukan sebulan dua, bukan setahun dua, 6 tahun berkawan, 12 tahun berkenalan. it's such a long journey, oke. tapi aku masih belum penat. walaupun this journey melalui gunung ganang dan menempuh onak duri serta ranjau, tak ketinggalan kawasan perang ala Israel dan Palestine, kami masih bersama. **chewah!**

kalau ada yang bertanya lagi, "kenapa tak kahwin, padahal kenal dah lama?". jawapan aku "jodoh ditangan Tuhan, bukan tangan aku, kalau ditangan aku, lama dah aku tarik tangan abang bawak pergi rumah Tok Kadi".

pernah dengar cerita hindi yang mana sinopsis dia lebih kurang macam ni, si lelaki ramai peminat, yang si perempuan pulak simpan aje perasaan dalam hati, tapi mereka berkawan rapat, akhirnya bila tragedi menimpa, baru si lelaki sedar yang dia sebenarnya kasih dan cintakan perempuan tu?

haih.., kenapalah cerita hidup aku macam filem hindi pulak ni?

Monday, January 12, 2009

i need to go to TOILET!

hari ni aku terlebih rajin nak menulis. eh, bukan menulis, tapi menaip.

kali ni aku nak bercerita tentang tandas. ya, TANDAS. nak aku letak imej tandas ke? err.., tak perlulah, kan? karang elok ada yang tengah makan, terus meloya dan kembang tekak.

kenapa pulak tiba tiba aku nak berceloteh pasal tandas ni? nak tahu sebabnya? sebab dalam seminggu dua ni aku banyak menghabiskan masa diluar, yang mana bila aku dalam keadaan memerlukan tandas, aku terpaksa masuk ke tandas awam, dan berdepan dengan tandas yang.., pheww.., tak payahlah aku ceritakan secara detail kat sini.

aku agak hairan juga, kat KL ni mana ada tandas percuma lagi, dah? kalau ada pun mungkin hanya di KLCC. kat Pasar Seni kena bayar 0.50 sen. kat LRT kena bayar 0.30 sen. owh, aku baru teringat, di One Utama dan The Curve, tandas boleh digunakan secara percuma.

Kecualikan tandas yang ada didalam mega shopping mall, sebab mungkin kebersihannya agak terjamin sikitlah, sikit aje sebab kalau during weekend dan musim sale, kotor jugak kadang kadang.

yang aku paling tak tahan kalau masuk tandas kat perhentian bas. dan hospital. urghhh.., aku rasa nak muntah hijau setiap aku terpaksa menggunakan tandas diperhentian bas dan hospital. it's soooooo DIRTY, oke. dengan mangkuk tandas yang ada kesan tapak kasut, tak flush, tisu merata rata, dan jangan suruh aku describe bau yang berterbangan. puhleeezzzeeeee.....

aku tahu, kalau nak komplen lebih lebih pun, kena tengok juga mentaliti masyarakat macamana. tak semua orang pentingkan dan faham konsep kebersihan. ada yang jenis dah terbiasa kalau gunakan tandas, tinggalkan macam tu saja sebab diorang dah terbiasa di didik macam tu kat rumah. sama ada maid tolong cucikan, ataupun mak sendiri yang tolong cucikan.

satu lagi contoh yang lain, kat pintu tandas dah dilekatkan dengan poster "jangan pijak mangkuk tandas", tapi ada juga yang cerdik, dia pergi pijak jugak. itu yang tinggal kesan tapak kasut kat mangkuk tandas tu. aku kadang bila nampak kesan tapak kasut, nak duduk pun berfikir 10 kali. bila dah tak tahan sangat, aku just gunakan lantai saja, kemudian jirus dengan air banyak banyak. terpaksa lah, kan?

lagi satu yang aku tak faham, kenapa tak semua shopping complex kat KL ni menyediakan paip air yang mudah untuk orang muslim guna? cuba tengok tandas kat KLCC. macamana aku nak cuci kalau paip tak ada? setakat nak harapkan air pancut yang keluar dari mangkuk tu? hello? tak sampai oke. kalau sampai pun setakat sipi sipi aje.

lepas tu terpaksa aku tadah dengan tangan pulak? bukan ke menyusahkan, tu? kadang memang aku tak selesa betul menggunakan tandas kat KLCC tu. bangunan sikit punya canggih, tapi bab tandas, gagal betul! apalah salahnya sediakan paip air dengan getah sekali? pengunjung KLCC tu bukan non muslim saja, tahu!

aku rasa soal tandas ni memang patut diberi keutamaan kat mana mana pun. baik kat shopping mall ke, perhentian bas ke, hospital ke, ataupun tandas awam kat mana mana sajalah. kalau kita pergi kat rumah sesiapa pun, memang tandas yang menjadi perhatian orang. kalau bersih, maka orang yang berkunjung dah tentu akan bercerita hal yang baik baik saja pasal tuan rumah, tapi kalau tandas kat rumah kotor, janganlah terasa hati kalau tetamu yang datang kata, nak pergi ke stesen minyak terdekat semata mata nak buang air kecil.

ini memang pernah terjadi. aku pergi kenduri kat rumah kawan, semua orang tak nak buang air kat rumah tu, masing masing sanggup tahan, bila balik aje dari kenduri, semua pakat pakat suruh berhenti kat stesen minyak. rupanya dah tak tahan nak buang air. bila tanya kenapa taknak buang kat rumah orang tu tadi, diorang kata tandas dia tak elok lah.

jadi, betul tak aku kata tandas ni PENTING?

sombre mood

masih dalam keinginan nak tukar template, tapi ada masalah dengan winzip pulak. ofis tempat aku kerja ni tak ada winzip, jadi aku download free trial, sekarang free trial dah expired, tak dapat nak guna for free lagi. kalau aku klik buy now, siapa nak bayar? sia sia kena marah dengan boss nanti.

ada sesiapa boleh tolong tunjuk ajar supaya saya boleh guna winzip dengan percuma? **sengih**

tapi, kalau dah susah sangat, aku akan gunakan saja template yang blogger sediakan, walaupun ianya agak, well, boringgg!!!

boleh katakan sepanjang 2 atau 3 minggu ni, front page setiap akhbar tempatan mesti ada imej yang sangat menyayat hati. imej anak anak kecil yang tak tahu apa apa, yang menangis meratapi pemergian kawan kawan, adik, abang, atau kakak. atau paling tidak pun, imej anak anak yang terselamat tapi ditubuh mereka penuh dengan darah yang mengalir.

disebelah pihak lagi, mereka mengajar anak anak mereka untuk bersuka ria dengan kematian rakan-rakan sebaya yang tak berdosa. lihat saja imej ini:







macam gampang, kan? maafkan aku dengan penggunaan bahasa paling jelik pernah aku sebut dalam blog ini.

untuk menyalahkan kanak kanak ni pun tak boleh juga sebenarnya. mungkin mereka tak mengerti apa apa, mungkin pada mereka ianya hanya untuk suka suka dan tak akan mendatangkan mudarat.

siapa yang patut disalahkan? orang dewasa yang dah pasak dalam fikiran mereka bahawa perang ini adalah untuk bangsa mereka. perang untuk merampas hak orang lain. perang yang tak berkesudahan untuk menegakkan bahawa merekalah bangsa yang terpilih atas bumi Allah ini.

mungkin perang ini hanya permulaan kepada the end. the end yang dijanjikan. wallahualam.

Sunday, January 11, 2009

sakit mental dan aku benci RUMAH SAKIT..

confirm, aku bencikan hospital. sangat bencikan hospital.

sebelum tu, terima kasih sya kerana sudi bagi feedback. sekurangnya akak tahu masih ada yang faham situasi akak.**smile**

back to the main topic.., aku sebenarnya berada di seremban sekarang. baru pulang dari hospital. memang hospital bukan tempat yang elok. ia membuat aku sakit. sakit mental dan fizikal. bertambah sakit mental sebab beban masih terpikul dibahu.

aku benci semuanya. situasi yang aku alami sekarang ni. ataupun mungkin semua ni perasaan aku saja. mungkin aku terlalu memikirkannya. mungkin aku patut relax dan hela nafas panjang panjang, dan lepaskan, dan biarkan fikiran aku kosong sekosongnya.

siapa yang tak simpati kalau melihat saudara sendiri berkeadaan sedemikian? tapi dalam simpati aku ni, ada sesuatu yang berat, sesuatu yang aku tak pasti apa bendanya, yang tersimpan dalam hati aku ni. aku tak mahu terlepas cakap dan mendoakan yang buruk buruk, jadi ada baiknya aku diamkan saja dan bercerita tentang hal lain.

oke.., maybe aku patut cerita tentang kenapa aku benci hospital. aku tak tahu kenapa tapi aku memang trauma dengan hospital. pengalaman bermalam kat hospital sebab menjaga arwah ayah dulu sentiasa menghantui aku. aku tak suka dengan suasana muram hospital. bukan suasana seram tapi muram.., MURAM dalam erti kata tak ada life langsung. takkan hanya kerana manusia yang menghuni hospital seolah menghampiri kematian, maka tak ada sedikit pun semangat ataupun kemahuan untuk hidup pada persekitarannya?

sampai saja ke laman hospital, aku terus rasa nak jatuh sakit. udaranya tak segar langsung. dahlah dengan petugas hospital yang tak mesra rakyat langsung! memang sah, aku benci HOSPITAL. tolong jangan suruh aku masuk hospital lagi. hospital adalah tempat terakhir dalam dunia ni aku nak ada didalamnya.

aku pun pernah berada dalam wad selama seminggu, disebabkan demam denggi. tapi waktu tu aku dimasukkan kat hospital university, PJ. suasananya berbeza sebab tak crowded macam hospital seremban tu. tapi apa apa hal pun aku tak mahu, ditegaskan TAK MAHU masuk atau pergi ke hospital lagi. cukuplah tu.

Friday, January 9, 2009

tentang ekor invisible yang melekat kat punggung aku dan aku rasa rimas, nak potong dan campakkan jauh jauh...

sambungan pada entry hukum karma tu.

sebenarnya, aku selalu bertelagah dengan diri sendiri, perlu atau tidak aku menceritakan sesuatu yang agak peribadi dalam blog ni. peribadi dalam ertikata seolah aku menyingkap kain aku sendiri, membuka pekung didada sendiri.

memang sejak awal aku menulis blog, konflik macam ni selalu wujud dalam diri. to tell or not to tell. kalau aku tulis, what will people say about me? adakah mereka akan mencemuh, atau bersimpati, atau akan mengutuk aku?

perkara yang nak aku ceritakan memang agak sensitif dan boleh menjatuhkan maruah diri aku. tentang peristiwa buruk yang pernah berlaku pada diri aku sewaktu kecil dulu. selalu kita dengar orang kata, peristiwa buruk yang berlaku waktu kecil akan meninggalkan kesan dan trauma sehingga seseorang itu dewasa, kan?

aku rasa ianya memang ternyata benar. pengalaman silam tu memang mengikut aku, macam ekor yang sangat panjang, aku cuba putuskan, tak putus putus juga. asal aku duduk diam dan berfikir tentang hidup dan masa depan, aku akan nampak ekor kat belakang aku. kadang aku rasa menyampah, kadang aku rasa sedih, benci, dendam.., dan 1001 perasaan lagi.

kalau boleh, bahagian dalam otak aku ni, yang menyimpan memori peristiwa buruk tu, nak aku korek dan campakkan jauh jauh, tak mahu pandang atau ingat lagi dah. aku nak biarkan bahagian tu kosong, tapi ianya possible ke?

aku andaikan anak anak palestine yang mana dalam ingatan mereka dah terpahat imej ngeri peperangan yang berlaku depan mata mereka. aku tak fikir ingatan dan imej ngeri tu akan hilang ditelan masa. makin mereka cuba lupakan, makin ianya jelas dalam ingatan.

bagi aku, ianya beban. sebab tu aku nak letak beban tu kebawah, dan tinggalkan saja. jadi, boleh tak aku dump that beban kat sini? niat aku hanya satu, lepaskan rasa tu, tulis kat sini, kalau rasa lega, teruskan hidup, dan jangan ingat lagi.

lebih dari 20 tahun aku bawa beban tu, dan ianya sangat menyusahkan aku. aku nak buang ia, campak jauh jauh, dan terima hakikat, memang itulah bahagian aku di dunia ni.

dahlah, cakap banyak pun tak guna. just nak tanya korang yang membaca ni, apa pandangan korang kalau aku kata aku mangsa rogol? atau mangsa sumbang mahram? atau mangsa salah laku seksual lelaki binatang yang dah berpuluh tahun menghantui hidup aku sehingga ke saat ini?

do you think i'm cheap?

akan bersambung kalau ada respons.

Thursday, January 8, 2009

Most Adorable tapi nak demam dah ni..

agak kurang sihat hari ni. badan rasa panas, kepala pulak macam pening pening sikit. mungkin ni berjangkit selesema abang lah ni, sebab sebelum dia balik ke Taiping semalam, abang batuk batuk dan bersin banyak kali. badan abang pun panas jugak, masa aku pegang tangan dan dahi dia.

haih.., malas betul lah nak layan demam selesema ni, sebab renyah sangat nak hembus hingus la, hidung merah la.., tapi kalau dah nak kena, apa nak buat, kan?

sebenarnya, untuk seminggu yang lepas ni, memang aku tak cukup tidur dan kurang rehat. masa aku banyak dihabiskan kat luar bersama dengan abang. yelah kan, bukan selalu jumpa, jadi bila sekali berpeluang jumpa tu rasa macam nak berkepit aje 24 jam. bila dah selalu berembun, kena hujan, lepas tu berpanas pulak, mana tak kena selesema?

cuaca pulak dahlah tak menentu kebelakangan ni. nasib baik sabtu dan ahad ni cuti, jadi bolehlah aku bayar balik hutang tidur yang tak cukup sepanjang seminggu lepas. eh, tapi aku dah janji dengan adik nak ke hospital seremban hari sabtu ni.., alahai.., tak dapatlah nak berehat.

silap haribulan, nak melawat orang sakit, diri sendiri yang sakit dulu.

nak tahu something? aku dicalonkan untuk merebut title "most adorable" kat sinun. haha.., bagi aku gelak sat. aku rasa terkejut jugak bila dapat tahu nick anna_doe dicalonkan untuk kategori "most adorable" tu. dahlah ejaan nick salah, ada ke anna? hello encik/puan boardowner, nick aku anne_doe lah..

dah orang calonkan, terima ajelah. menang kalah belakang kira sebab aku pun baru aje join forum tu. ada jugaklah 2-3 kerat yang sudi vote aku, itupun sebab selalu bertegur sapa, kalau tak, malu aje tak ada seorang pun yang vote.

sesekali, untuk berseronok apa salahnya, bila tercalon macam tu, mungkin orang akan sedar kewujudan aku selepas ni, mana tahu kan? cuma aku kena behave sajalah, jangan get too over excited pulak. kadang manusia ni dia cepat teruja dengan perhatian yang orang lain berikan pada dia.

keep it cool people, bak kat DonC. **hehe, terselit pulak nama penulis one of my favorite blog ni**

Tuesday, January 6, 2009

template baru, twilight dan azam yang datang selepas tahun baru habis..



nak tukar layout untuk bulan january pulak, tapi tak ada mood, dan tak jumpa lagi template yang menarik. dah jumpa satu hari tu, template Twilight, background hitam, tapi dah cuba banyak kali copy paste, tapi tak menjadi jugak, semangat pun jadi lebur.

tengoklah sehari dua lagi, kalau ada mood. mungkin nak tukar ke dark color pula. template twilight tu oke, cuma ada masalah sikit dengan whatever code yang blogger tak boleh nak trace, kot? entah.., aku tak berapa nak faham pasal tu.

cakap pasal twilight, ini dah kena demam Edward Cullen yang hensem tu la. last week, masa malam new year, sebelum countdown, sempat lagi tengok wayang. nasib baik tercapai juga hajat nak tengok Edward Cullen kat skrin besar. lepas ni nak cari novel dia pulak lah.

owh, bercakap pasal novel, tahun ni nak sambung balik hobi membaca novel. start dengan novel karya judith mcNaught yang bertajuk "whitney, my love". aku nak sewa sebanyak mungkin romantic novel kat kedai india tu. biar sebulan sebuah novel ke, ataupun dua buah, bergantung pada kelapangan masa.

kena brush up balik bahasa inggeris aku ni. dah lama tak menulis dan bercakap dalam bahasa inggeris. bukan tak pandai tapi sebab dah lama tak gunakan, aku jadi lupa pulak. kalau boleh novel twilight tu pun aku nak beli ketiga tiganya sekali. tapi semua bergantung pada keadaan. memang sekarang ni semangat berkobar kobar nak buat itu ini, tapi nanti sekerat jalan, tak ada apa apa pun.

hari tu aku kata aku tak ada azam tahun baru, kan? tiba tiba 2-3 hari ni, muncul pulak keinginan nak berazam. mungkin selepas aku melihat keadaan abang sulung aku tu, itu yang membuatkan aku berazam, selain dari nak menyambung hobi suka membaca, aku juga kena mula perhatikan apa yang aku makan.

aku tak mahu end up terlantar atas katil hospital tanpa sesiapa pun yang peduli. lagipun abang dah tegur, aku berisi sangat. aku bukan nak kurus sangat pun, just sihat dan tak ada penyakit, itu yang penting sebenarnya.

aku kena kurangkan fast food, nescafe ais pun kena kurangkan, lebihkan senaman, dan aku nak mula makan vitamin. **haha.., banyaknya azam.., apa kena dengan aku ni?**

entahlah.., aku cuma takut terlantar kat hospital.., itu aje. lagipun family aku ada sejarah kencing manis, arwah ayah meninggal disebabkan kencing manis, ni abang pulak. jadi aku kena berhati hati.

pencegahan lebih baik dari mengubati, kan? jadi sementara ada peluang ni, jagalah kesihatan diri tu. jangan esok dah disahkan ada diabetes, baru terhegeh-hegeh nak kawal itu ini. hargailah kesihatan anda.**uiceh.., aku nak nasihatkan korang pulak!**

hukum karma..

aku keletihan 2-3 hari ni. tak cukup rehat dan mungkin juga tak cukup tidur.

kalau dah sesekali bertemu, memang 24 jam asyik nak berkepit saja. macam belangkas. dan hari ini, mungkin hari terakhir kami bertemu sebelum abang berangkat pulang ke utara. selepas tu, masa aku akan lapang 24 jam tanpa sebarang aktiviti.

juga mungkin akan kembali lonely. tak apalah.., bukan jauh sangat utara tu pun. ada umur panjang dan rezeki lebih, jumpa lagi hujung bulan nanti.

cuma, dalam rasa seronok dapat berjumpa dengan abang, terselit pula kisah sedih abang kandung sendiri. aku tak tahu macamana nak luahkan, sebab ianya melibatkan keluarga. cuma aku memang agak sedih dengan keadaan dia dan keadaan keluarga. kalau aku buka cerita, ianya ibarat membuka pekung didada, tapi kalau aku pendam, ianya makin membusung dan menyesakkan jiwa. entahlah..

abang sulung aku ni dimasukkan ke hospital seremban sebab penyakit kencing manis yang memang agak kritikal. entahlah.., aku tak mahu ceritalah, sebab ianya terlalu komplikated, cukup aku katakan nasibnya terbiar.., that's all. tak dipedulikan oleh sesiapa.

aku kasihankan mak. mak lain, sebab itu anak dia, anak yang dikandungnya selama 9 bulan, walau buruk atau keji mana pun anak itu, mak akan tetap sayang dan menjaganya sehingga ke hujung nyawa. tapi adik beradik lain. sekali kau buat taik, jangan harap kami akan pandang kau lagi.

dan ianya memang terbukti depan mata aku. aku yang tak punya apa apa kesenangan ni, diarahkan pulak oleh abang abang untuk menguruskan abang yang masuk hospital tu. ahh.., sudahlah.., ini masalah keluarga.., tak mahu kongsilah.., biarkan aje. tak guna aku merungut di sini kerana akhirnya, aku juga yang akan membusukkan nama keluarga sendiri.

walaupun sebenarnya, aku juga mempunyai isu sendiri, yang agak personal, dengan abang yang terlantar di wad tu. tapi aku lupakan isu tersebut, hanya kerana memikirkan, dia abang aku. walaupun aku memang marah, berdendam dan benci dengan abang sulung aku ni, tapi bila tengok dia terlantar atas katil hospital, hati aku terusik juga.

aku hanya mampu kata, mungkin itulah balasan terhadap apa yang pernah dia lakukan pada aku dulu. waktu aku kecil kecil dulu, tak mengerti apa apa pun lagi tentang hidup.

apa saja yang terlintas dalam fikiran kalian yang membaca entry ini, memang itulah dia. aku tak mahu tulis disini. aku mahu lupakan.., dan maafkan abang aku ini. kerana dia sudahpun mendapat balasanNya. Wallahualam.

Saturday, January 3, 2009

gajah sama gajah bergaduh...

anak anak kecil yang mati bergelimpangan. sedangkan apa dosa mereka pada orang yang mengarahkan supaya bom tersebut digugurkan.

mengapa manusia terlalu kejam? terlalu hitamkah hati mereka tanpa belas kasihan walau sekelumit?

selamatlah kalian wahai anak anak palestin.., moga syurgalah tempat kalian kelak..

dunia makin tua dan tenat..

Catatan pertama buat tahun 2009.

dah 3 hari berlalu. tapi aku tak merasa apa pun, hanya sekadar peralihan angka 8 ke 9, itu saja. aku tak tahu sejak bila gelora nak menyambut tahun baru ni menghilang dari dalam diri. umur pun dah tambah dari 5 nak ke 6. lagi 4 tahun masuk 0 semula. haih..

yang aku teruja kan hanyalah sebab dapat berjumpa dengan abang. itu saja. owh ya, dan juga sebab dapat tengok bunga api. ada anak kecil dalam diri aku ni yang suka dengan bunga api meletup letup diudara. kalau boleh rasa macam nak melompat lompat dan cuba gapai bunga bunga api tu.

aku dah kurang berminat melepak di tempat awam yang ramai orang. aku sukakan suasana tenang dalam rumah, sambil menghirup nescafe dan menonton cerita kegemaran. tapi abang, dia masih sukakan berada di luar, bersesak dengan ribuan orang, mencuci mata barangkali.

kalau keluar menonton wayang masih lagi okey with me, cuma nak melepak tanpa arah sampai lewat malam, i dont have the energy anymore. leave all that to the youngsters.

untuk sambutan tahun baru tu, tak apalah, sebab it's just once a year, lagipun so happen it's the same day with my birthday, jadi okeylah.

aku sebenarnya merasa agak terganggu dengan sambutan tahun baru ni. macam macam keburukan daripada kebaikan yang berlaku. mungkin ada baiknya aku share apa yang aku nampak pada malam tersebut.

budak budak punk mabuk dan berjalan terhoyong hayang. anak anak dara berpakaian seksi. dengan suasana bingit yang tak terkawal, masing masing nak tunjuk kegembiraan masing masing dengan saling bersorak, kemudian disambut pulak kumpulan lain.

kemudian dengan pelancong asingnya lagi, dengan pendatang asingnya lagi, dengan 1001 macam gelagat yang mana memang aku tengok, aku rasa pening dan loya. orang lain bersorak, aku duduk tersandar kat pagar sementara tu, cuba menenangkan kepala yang pening.

aku tak tahulah, banyak yang aku nak komplen ni, jadi aku rasa, tahun 2010 nanti baik aku tak payah sambutlah. baik aku duduk rumah saja.

kita ada kesedaran tapi kalau orang lain buat tak tahu saja, apa gunanya, kan? baik shut up my mouth and let go aje.

setiap tahun, tajuk utama akhbar tetap yang itu, itu juga. tak ada perubahan. lumba haram, sex party, free sex, drug.., it's nothing new.

dahlah.., bukan tugas aku untuk memikirkannya.