Friday, August 29, 2008
long weekend and happy Puasa month!
Diam tak diam, dah setahun rupanya Ramadan yang lalu meninggalkan kita semua.., and every year feels like the fasting month makin lama makin cepat datangnya. Baru je terasa macam semalam mendengar lagu raya melalui corong radio, hari ni dah berkumandang semula? Memang pantas benar masa berlalu..
If let say last year aku berpuasa dengan berbuka makanan mamak setiap hari, dan juga menjamah roti arab yang dibeli kat restoran sebelah, this year nampaknya aku akan berbuka puasa dalam bas sajalah, sebab dah nama pun naik bas sampai 3 kali kan.., takkan sempat nak sampai rumah before the berbuka puasa time.
But it's okay, dalam usia yang begini, aku dah tak hairankan juadah berbuka puasa yang melambak tu.., cukup ada makanan untuk di isi masuk kedalam perut, dah lebih dari mencukupi. Paling tidak pun, aku hanya akan mencari tauhu sumbat.., makanan kegemaran sepanjang bulan puasa yang harus dijamah, walaupun hanya sekali.
Aku tak hairankan ayam percik, atau ikan bakar cecah air asam, atau air kathira yang memang lazat tu.., oh.., aku hanya mahukan satu lagi makanan kegemaran.., roti arab... dah lama tak makan roti arab.. **kecur liur**
Jadi, sepanjang 3 hari bercuti ni.., selain menyiapkan diri untuk berpuasa, juga untuk melepaskan rindu dendam pada seseorang.. hehe.., rindu dendam gitu.., apa yang dirindu dan apa yang didendamkan sangat tu.., rindu nak bertekak sebenarnya..**gelak**
Wednesday, August 27, 2008
why i hate...
yang seorang tu suka membebel.., ini tak betul, tu tak betul, sana bocor, sini bocor, sana tak elok, sini tak elok, situ berlubang.., and for your information.., dia is a "SHE".., that's why fussy nak mamp.o.s!
the other one is her husband.., pun macam tu jugak.., everything he want is perfection! Ini tak ada, kau panggil orang to fixed it, that one tak cukup, call hq to bring some more.., itu tak siap, call hq why tak siap lagi? grrrrr...,. aku benci dengan boss yang macam ni..
the other bos is quite okay but he seldom in the office. Yang itu pun cerewet about his feng shui ship la.., pintu toilet tak tutup lah.., the newspaper berselerak atas meja lah.., hishh.., macam macam..
bila aku akan dapat boss yang baik? well.., in my dream maybe...
Sweet victory for DSAI..
about 10 years ago, somewhere in 1998, aku bekerja dengan sebuah small company run by a malay boss at Menara Cold Storage, Seksyen 14, PJ (or is it Menara Jaya? aku pun dah lupa nama bangunan tu, tapi bersebelahan dengan Jaya Shopping COmplex, Seksyen 14)
One fine day, so happen boss tak masuk office, aku tinggal sendirian. Jadi aku pun as usual melakukan aktiviti meyelongkar bilik boss just to kill time. Selain mengemas bilik dia, mana tahu kalau ada apa apa gossip panas tentang boss yang boleh aku tahu.. for the record, he's a duda with a young daughter.., (masa tu lah, sekarang maybe dia dah re-married)
So, dalam aku melakukan kerja kerja penyelongkaran yang paling tidak berhemah itu.., suddenly aku terjumpa a stack of document tersorok dalam laci meja. Salinan fotostat, tebal jugak, i think adalah dalam lebih kurang 20 lebih mukasurat. The curiosity cat in me tertanya tanya, apa bendanya ni, so aku pun bawak keluar dan baca.
Jeng jeng jeng.., nak tahu apa kandungannya? All the stories about kes Datuk Sri Anwar yang meletup letup soon after aku terjumpa that paper. You should see my face masa baca all that thing.., berkerut seribu dan penuh dengan rasa tak percaya.., penuh dengan ayat "eh, takkan lah, biar betul.., ishhh, tak percayalah.., apa yang dorang benci sangat dengan Anwar ni.." all those kind of reaction..
Ketika itu jugak aku tersedar yang aku lebih berpihak pada Datuk Sri Anwar, tapi at that time belum keluar lagi berita tergempar tu. Habis saja baca kesemuanya, aku simpan semula dalam laci boss dan keluar dari bilik dia. Balik rumah dan hari hari selepasnya, aku terlupakan salinan yang aku baca tu.
Hinggalah that day, hari yang mana satu Malaysia terkejut dengan kes pemecatan Datuk Sri Anwar dan a string of event following after that, baru aku teringatkan apa yang aku baca dalam bilik boss aku earlier. Exactly like what i read.., semuanya terbongkar one by one, tapi yang peliknya, rasa tak percaya yang Datuk Sri Anwar melakukan semua tu makin menebal pulak.
And starting that day.., seorang rakyat picisan seperti aku ni, yang memang tak ada suara kat mana mana pun, dengan keyakinan yang tak berbelah bagi, menyokong dari belakang setiap tindakan Datuk Anwar untuk membersihkan nama beliau. Disebabkan sokongan yang tak berbelah bagi inilah, aku turun membuang undi buat kali pertama pada tahun 2004.
Kalau bukan disebabkan kes "hari ini dalam sejarah" tu, tak ada maknanya aku nak pergi mengundi. Pilihanraya tahun 1999 aku tak sempat mengundi kerana lambat mendaftar, jadi terpaksa menunggu sehingga 2004 untuk aku buang undi yang sangat berharga itu.
Dan akhirnya, selepas 10 tahun, semalam sekali lagi Datuk Sri mengukir sejarah, he's making a come back! Aku rasa siapa siapa yang pernah mengutuk, mencaci, menghina dia sebelum ni, mempermainkan reputasi dia sebagai seorang pemimpin, now you can eat back your words!
Ini baru permulaan. Memang aku percaya, sesiapa yang tertindas, kebenaran akan tiba juga. Mungkin inilah kebenarannya.., atau mungkin ada macam macam konspirasi itu, ini, but.., i just dont care.., aku tetap berkongsi kegembiraan ini. Selamat kembali Datuk Sri Anwar!
My harapan for him is, play it safe this time around.., jangan gelojoh.. when the time is right.., baru bertindak.., suruh pak lah lelah tu bersara aje.. huhu.., and najib? well.., aku tak suka dia.., pun sama jugaklah.., suruh dia bersara aje..
p/s: aku ni tak takut ke tulis macam ni? alah.. blog picisan je..
Monday, August 25, 2008
i hate my B.O.S.S.E.S
masing masing ada perangai tersendiri yang nak menunjukkan kuasa..
aku jugak yang tersepit kat tengah tengah..
benci!!!!
hujan dan api yang membara
Aku mahu marah pada bas metro yang tiba tiba lewat pada ketika aku inginkan dia.., Aku mahu marah pada bas rapid yang datang bertali arus sedangkan aku tak inginkan kehadiran dia.., bukan sekali tapi 2-3 kali..,
aku mahu marah pada diri sendiri, kenapa selepas aku turun dari bas kelana jaya tadi dengan selambanya aku buang tiket bas ulang alik yang membolehkan aku menaiki bas rapid tanpa membayar apa apa..., dan kemudian bila tersedar, aku mahu berpatah dan kutip semula, tetapi there's this someone in my head telling me, "no needlah, bas metro banyak.., sure sempat sebelum hujan turun.."
Berdiri antara celahan pepohon di tepi jalan berdekatan dengan Ikano, hujan kian galak membasahi tudung dan kemudian semakin melembapkan rambut aku. Ishh.., mana bas metro ni? Dari 5 minit berlarutan ke 15 minit dan akhirnya.., di situ aku, sedang melawan api kemarahan yang sedang membara dalam hujan.., bercakap cakap dengan diri sendiri.., menyumpah seranah segalanya.., tapi tak tahu apa dan siapa dan kenapa..
Aku samakan hujan yang membasahi seperti hidup yang sukar untuk ditelah. Aku merancang yang bas metro akan tiba dalam kadar tak sampai setengah jam, but i'm wrong.., aku sangkakan hujan tak akan turun lebat, pun aku salah juga..
aku tak mampu control everything.., certain things aku tak dapat agak.., it's just like that saturday afternoon.., hujan, poor coverage, bas lambat, tapi aku tetap juga dicurigai.., ditanya itu ini..,
ada masanya aku lelah.., aku mahu hidup yang mudah.., aku mahu matahari bersinar sepanjang hari.., aku mahu segalanya seperti yang aku mahukan, yang aku rancangkan.., but life is not like that.
Sudahnya aku dapat bas metro yang aku inginkan dan dalam bas, api yang aku cuba kawal akhirnya meledakkan letupan.., rupanya hujan tak menjanjikan kedinginan...
Saturday, August 23, 2008
me and fashion
Dalam pada searching and surfing the net to find the suitable clothes, bags, shoes and theme for my set.., i've found so many interesting stuff.., and being not so fashionable myself.., walaupun sometimes i'm into fashion jugak, but because.., yeah .. you know, the designer brand.., quite pricey.., so.., better dont go to that topic.., huhu..
See below, it's a Dior bag.., and tell you.., i really.., really .. like it.., but before i go all excited about it, just take a wild guess on the price..., well.., maybe in my dream i will carry this bag.., or maybe if i puasa for the whole year and save all my monthly salary, then only i can afford this bag..
Here's another one.., perghh.., so in love with red.., just imagine if i'm wearing a jeans and a white tee, carrying this bag on my elbow.., or shoulder.., memang stylo habis. And guess what, so happen this bag made an appearance dalam the Star newspaper, and i get to know the price.., phewww..., RM7,040 babe.., biar betul.., i have to save for about 8 months salary baru aku boleh dapatkan this bag..., and no thanks.., biar aku carry bag yang berharga below RM100 pun enough la.., huhu.. **kesiannya**
It's just so lucky that i'm not a wannabe fashionista.., i'm wearing what i feel comfortable and not so kampung sangat lah.., and not so into designer brand..., tak mampu.., unless kalau mampu.., memang lama dah aku catch the bag yang kat sebelah ni...
and oh please.., izinkan aku mencarut sekejap.., shit! i love this Gucci bag.., the color, the shape.., perfect.., suits me well.., oh goodness.., kenapa lah mahal sangat harga this bag? Huhu.., sound like i'm really a poor lady, right? It's okay.., i would rather confess that i'm poor than berlagak macam mampu but actually tak makan sebulan...,
i'm not like some girls who would go extra miles just to get one designer brand. It's either kumpul duit sendiri, atau merayu pada boyfriend suruh belikan, or buat kerja part time, or worse.., cari some old and ugly Datuk, become his mistress and you will get whatever you want...
Me? I prefer to save my money (kalau aku benar benar mahukan this bag) because ianya lebih memberikan satisfaction and appreciation.., you work hard for it.., and once you got it.., it's like a mission accomplished!
Bagus.., polyvore punya pasal, now aku dah start writing about fashion and stuff.., and on second thought, i think maybe aku settle with local brand sajalah.., Vincci ada, Padini ada, G2000 ada..., and some of their product selalunya akan copy from the international brand latest style.
So, maybe dapat jugak aku carry bag Dior di atas tapi dengan label tempatan. Ok jugak kan?
Friday, August 22, 2008
why you break my heart?
aku : Aku tahu.., dan aku akan kutipnya kembali dan cantumkan semula walaupun akan melalui kepayahan..
dia : Walaupun kau mengutipnya dan cantumkan, ianya tak akan kembali menjadi seperti yang dulu.., parutnya akan kelihatan dan sukar untuk hilang..
aku : maafkan aku kerana menghancurkan hati kau, ianya bukan niat aku.., semua ni di luar kawalan diriku dan semuanya adalah ketentuan-Nya
dia: Kenapa tidak kau jaga hati aku ini seperti mana kau menjaganya suatu ketika dulu? Kenapa mesti kau hancurkan ia? Apa salah dan dosa aku pada kau?
+ + + + + +
Tiada jawapan dari dia..., hanya kesunyian yang bertebaran ke seluruh maya..
Lelaki.., once he get hurt.., you life will get upside down.., trust me...
Pak Lah, Avril and Inul all combine together..
Owh, i have to mention here, i read the story about Pak Lah's on smackdown blog first. Kemudian baru baca melalui akhbar. Tentang pembatalan konsert Avril pula melalui blog klubkidd. Yeah, aku ni lembab dalam bab bab macam ni, that's why bila rajin menjengah blog orang, barulah aku tahu apa yang berlaku disekeliling aku ni.
About that Avril's concert, bukanlah aku ni one of her fan, tak pernah become one pun, just saja je terasa macam nak komen about it. Memang Malaysian terkenal dengan sikap double standard mereka, i think.., sebab memang kalau ikut logik, there's nothing wrong with Avril Lavigne. Dia menunjukkan contoh yang agak baik jugaklah, sebab berkahwin dalam usia yang muda dan tak terpregnant luar nikah ala Ashlee Simpson.., and then she dont do drug..., sexy? hello? what is the definition of sexy? Artis melayu kita tak sexy ke? Nak aku berikan contoh? Tak payahlah.., dah terang lagi bersuluh!
Sometimes, aku rasa pihak berwajib ni suka ambil serius benda yang remeh, tapi bila bab yang betul betul serius, dia buat sambil lewa aje. Konsert Inul mereka batalkan aku setuju, sebab kita dah terlalu memanjakan sangat artis Indon, so no big deal.., lagipun there's nothing special about Inul other than her goyang gerudi.., and orang Indon pun kalau nak sangat tengok konsert Inul, pergilah balik Indon sana, buat apa sibuk suruh bawak dia ke sini. Dangdut tiada tempat kat sini.., to me dangdut dah mati since the disappearance of Amelina a few years back. Tak payah lah ada pihak cuba nak hidupkan balik muzik kelas bawahan tu. Membuang masa dan tenaga because dangdut hanya digemari oleh golongan tua dan lelaki gatal miang saja.
We want more of local talent please! Enough of that Datuk.., i'm tired of her already.., give me Yunazarai on mainstream please...., kalau tak pernah dengar this name, go find her on youtube. To me, she's really something, except that she's wearing a tudung. That's why tak ada orang nak expose her talent. Check her channel here
I know there's a lot of talented people out there, tapi tak ada siapa nak ambil peduli maybe because they lack of something..., macam rupa tak cantik ke, or maybe the genre yang mereka bawa kononnya tak suits with what malaysian want to hear ke.., but i think pendengar sekarang dah tak kisah dengan whatever genre pun, unless kalau diorang tu kampung sangatlah.., yang tak pernah dengar apa itu INTERNET?!! hello.., wujud lagi ke kampung yang macam tu? Aku rasa mana mana kampung kat Malaysia ni mesti ada at least sebuah cyber cafe yang paling cikai pun.
Dont underestimate we malaysian listeners lah! Enough of shits yang we all hear everyday. Indon band? puhleeezzzzz..., dah muak dah. That Datuk? Better retired ajelah..., dah nak buat world domination la pulak dengan bringing all the siblings into the showbiz.., boringggg!!!!
Nak tahu what i want? Aku nak someone like Duffy and Amy Winehouse versi Malaysia. I want Coldplay versi malaysia.., not wannabe tapi talent like them. Oh ya, i like that new song by M. Nasir duet with Malique, Mentera Beradu. Tengok here
Macam tulah baru sebuah lagu yang berkualiti dan unik. Bila dah lama tak mendengar masterpiece terbaru dari M. Nasir, sekali dia keluar.., hasilnya.., pergh.., superb.
Thursday, August 21, 2008
when mistakes is done..
Boring jugak when you got nothing to do. No music, no song , no radio and you are just sitting there, alone. Duduk mengadap komputer pun tak elok untuk mata, tapi itu saja satu satunya entertainment yang aku ada. Habis blog orang aku baca. Selain blog, aku menggunakan kreativiti untuk membuat design. Arghh.., memang bosan! Aku rasa pekerjaan aku adalah yang paling MEMBOSANKAN dalam dunia ni!
Tapi tak mahu complain lebih lebih, this is my rice bowl, walaupun sekarang ni, my rice bowl bukan kira half empty, but totally emptied.., huhu.. if you know what i mean..
Jadi, bayangkan betapa well.., how to put it, bosan maybe? I have to choose my word precisely kalau tidak akan disalah anggap nanti. When i write BOSAN, itu tidak termasuk bosan dengan dia.., but bosan with so many things in life.., the ups and downs, the liku liku tajam and the selekoh bahaya yang selalu aku temui sepanjang kehidupan aku ni..
I've done so many mistakes.., ya.., aku mengaku. Banyak sangat. Tak terkira dan kalau ikut sesetengah orang, tiada kemaafan for the mistakes i have done.., pergi sajalah engkau, aku tak mahu dah..., asyik menimbulkan masalah saja.., agaknya hidup aku ni memang untuk menimbulkan masalah saja, kot? Sigh.., i dont know.., bukannya aku faham pun apa yang tersurat dan yang tersirat. No.., not to say aku tak faham.., maybe kefahaman tu datang lewat, when things getting worse, baru aku nampak the real picture.., so masa tu everything is too late already..
Maybe i have to carry the burden for the rest of my life. The mistakes will not disappear just like that.., it will takes time.., and dalam pada mengambil masa tu, aku terpaksa telan apa saja yang orang kata tentang aku.., especially from him. Walaupun kata kata dia tu bak belati tajam yang membelah dada, tapi aku kena dengar dan terima saja.., kerana sekarang adalah masa untuk aku mendengar dan berdiam diri saja walaupun luka dalam hati kian bernanah.
Aku pun faham banyak hati yang terluka dengan kesilapan yang aku lakukan.., tapi aku hanya manusia biasa.., kalau aku mampu ubah kesilapan tu, memang aku akan ubah, aku mahu ubah..., tapi tak boleh.., ianya dah terjadi.., dah berlaku.., dan dah berlalu...
Dan sekarang, adalah masa untuk aku menerima pembalasannya....
Pernah merasa bosan yang amat sangat? Bosan dengan segalanya dalam dunia ni dan terasa seperti mahu screaming out loud and say "WHATEVER!"
Well.., maybe it's just me and my bad temper. Maybe it's just my raging hormone.., maybe it's just me being too sensitive...., or maybe it's just me yang tak pandai untuk menjadi seorang WANITA.
Then, teach me how to become a woman, A REAL WOMAN! Dont just sit there and complaining like a big, bad guy with a bad mouth!
Kadangkala, aku terasa penat dengan semua ni. Penat mendengar, penat mengeluh, penat memberikan penjelasan, penat berjanji, penat segalanya. Tapi aku tak berani bersuara hanya kerana aku tak mahu kata kata aku nanti akan dilemparkan kembali ke muka aku. It's always like that, whatever i said, it will come back to me. So, rather than hearing what i said being thrown back at me and i'm getting hurt after that, now all i want to do is keep silent.
Do you think it's easy to be in a relationship? Ada turun dan naiknya, kalau semalam aku berkaraoke kat telefon, esok aku bertengkar pulak, lusa aku bermanja manja semula, tulatnya pula main hempas-hempas telefon, penat tau tak. Sigh...
+ + + + + +
My escapade? Mujur ada polyvore. I'm getting familiar with polyvore already. Aku curahkan my feelings kat sana. Through art. Tak cantik tak apa, aku saja yang suka dengan my own creativity.
macam set yang ini, this is my own:
maybe esok lusa aku akan jemu dengan polyvore, but while i'm at it, aku akan enjoy dulu. I'm a child.., tak pernah membesar..., jadi.., polyvore is my taman permainan...
Wednesday, August 20, 2008
Namamu terukir dihati ku - Uji Rashid
Oh namamu terukir di hatiku
Subur mekar di kalbu setiap waktu
Senyuman mu meresap ke jiwaku
Menjalin kasih mesra penawar duka
Bila daku ditinggal kesepian
Ku seru namamu kasih dalam impian
Ku terasa kini kau datang menjelma
Membawa daku bersama ke alam indah
Pujaan ku wajahmu nan beseri
Berikanlah sinaran cahya hidupku
Oh namamu terukir di hatiku
Kekal dalam kenangan sanjungan jiwa
Bila daku ditinggal kesepian
Ku seru namamu kasih dalam impian
Ku terasa kini kau datang menjelma
Membawa daku bersama ke alam indah
Pujaan ku wajahmu nan beseri
Berikanlah sinaran cahya hidupku
Oh namamu terukir di hatiku
Kekal dalam kenangan sanjungan jiwa
Sanjungan jiwa
Sanjungan jiwa
Sanjungan jiwa
+ + + + + + + + +
Dah lama tak dengar lagu yang mendayu dayu macam ni. Kebiasaannya aku memang kurang menggemari lagu melayu yang meleleh leleh, tapi entah kenapa malam tadi lagu ini yang terlintas dalam fikiran, lantas aku pun berkaraoke lagu ini di corong handphone. Heh, karaoke kat corong handphone? Kenapa, tak boleh ke?
Tuesday, August 19, 2008
bas oh bas...
Dua hari ni aku merasa sedikit lega sebab berjaya sampai ke pejabat awal. Jadi aku berpeluang berjalan lenggang kangkung disebabkan banyak masa berbaki sebelum pukul 9. Sebelum ni, aku berjalan tak cukup kaki sebab nak mengejar waktu, tapi sia sia jugak sebab sampai tetap lewat.
I'm a bit frustrated with our transport system. Tak pernah on time. If let say Monday the bus akan sampai dalam pukul 7.05 am, on Tuesday dia akan sampai dalam pukul 7.15 am. By Wednesday, bus tak akan muncul muncul. Tunggulah sampai setengah jam. Terfikir jugak alangkah bestnya kalau ada kereta sendiri, tak payah aku merungut rungut kalau bas tak datang langsung.
Itu baru bas, belum aku bercerita tentang gelagat penumpang lagi. I'm a person who like to observe people and then complaining about them to myself. Ada saja gelagat mereka yang aku rasakan a bit disturbing dan menyusahkan orang lain. Dah tahu ramai yang berkejar dengan masa nak pergi kerja, apalah salahnya berikan kerjasama, bas tu dahlah besar dan panjang, ini tidak, naik saja terus berdiri kat depan pintu, macam dah tak ada orang lain di belakang nak naik. Hello? Engkau seorang saja ke nak naik bas?
Itu satu hal, yang dah masuk ke dalam perut bas ni pulak, bila dah berdiri kat sebelah tiang bas tu, haa.., kat situ sajalah dia akan berdiri, tak bergerak gerak sebab takut nanti tak ada tiang nak pegang once the bus berjalan. Semuanya jenis yang mementingkan diri sendiri. Asal aku lepas, orang lain aku peduli apa, itulah attitude orang orang yang naik bas sebenarnya. Saja je dia butakan mata buat buat tak nampak yang ada lagi 20 orang penumpang kat bawah tu nak naik bas tak lepas sebab dia stuck kat tengah tengah bas, padahal kalau ikutkan masih banyak ruang kat belakang bas. Memang sakit jiwa dengan perangai manusia macam ni. That's why sometimes aku bertindak kasar, main langgar aje sebab nak boloskan diri pergi ke ruang belakang yang masih kosong. Lantaklah nak menjeling ke apa, dah kau yang tak ada akal, fikir lah orang lain sama.
Aku rasa, baik dari zaman bas mini sampailah ke zaman bas panjang sekarang ni, tak ada improvement langsung baik dari segi jadual perjalanan dan juga attitude penumpang. Sama saja walaupun bas mini dah lupus sejak lebih dari 10 tahun lepas. Entah bila nak wujudkan sistem pengangkutan yang lebih sistematik agaknya. Bila lambat sampai ke office, kena marah dengan boss, tapi bila dah keluar awal, bas pulak buat hal, nak salahkan siapa lagi? Adoiii..., agaknya nak kena ada driver kot?
Monday, August 18, 2008
lazy weekend
That square idiot box bukan hakmilik aku, so walaupun favorite aku adalah kesemua siri CSI, terpaksa aku lupakan dan join anak anak buah menonton "Hikayat Putera Shazlan" ataupun "Geng Bas Sekolah". Pathetic!
Tak tahu bila nak memulakan operasi "Mari belajar Memasak". Hajat memang menggunung tinggi nak menajamkan skill masak memasak ni, tapi belum berkesempatan bila. Cemburu juga bila mendengar cerita ada perempuan memberikan kek yang dibakar sendiri kepada abang. Mana boleh jadi macam ni. Abang pun kena juga rasa masakan dari air tangan aku sendiri.
Aku pakar memasak makanan yang dipanggil "entah apa apa", dan ianya hanya untuk santapan perut sendiri. Kalau untuk santapan semua orang, lebih lebih lagi untuk bakal suami dan mak mertua, markahnya adalah "0". Fail with flying colours.., huhu..
Tapi jangan tak tahu, once upon a time ago aku pernah mencuba memasak mengikut resepi Chef Wan dan hasilnya, perghh!! Mendapat pujian ikhlas dari arwah ayah walaupun dia tak faham, apa macaroni tu, dan kenapa nampak macam bentuk siput aje? Itulah pertama dan terakhir aku memasak macaroni goreng untuk santapan berbuka puasa kat kampung.
Just imagine, pekan Gemencheh tu dahlah cuma ada satu saja supermarket, dan bahan bahan yang chef wan gunakan dalam resepinya tu dahlah cuma boleh didapati dibandar bandar besar, tapi berbekalkan semangat mahu mencuba dan membuktikan pada mak dan arwah ayah yang anak dara dia ni boleh memasak, aku paksakan juga abang bawak motor keliling pekan mencari bahan yang diingini. **peringatan: abang yang aku maksudkan di sini adalah abang kandung.., bukan abang ehem ehem, sebab masa ni kami lost contact buat seketika, sekitar penghujung tahun 90-an**
Sunday, selain eager to watch perlawanan akhir perseorangan badminton olimpik antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan, yang mana memang aku dah agak it's going to be silver medal for us, sempat juga menonton siri jepun "Operation Love" atau dalam bahasa jepunnya "Proposal Daisakusen". Abang yang suruh aku tengok drama jepun ni. Minggu lepas tak dapat tengok sebab kakak ipar dengan anak anaknya tidur bergelimpangan depan tv. Kesian orang menumpang macam aku ni, banyak cerita tv yang menarik terlepas begitu saja.
Kalau disuruh membuat pilihan antara drama jepun, korea, indon, latin dan drama melayu, memang aku pilih drama Jepun. Drama korea tak minat sangat sebab too slow, drama latin pulak too hot and sexy and drag sampai 100 tahun pun tak habis, drama indon? haha, tahap drama melayu aje, apa kelessss..., kalau setakat pelakon cantik dan hensem, cantik dan hensem lagi pelakon latin.., drama melayu? well.., let me think, bila kali terakhir aku tengok drama melayu ya.., hmmm.., rasanya macam 20 tahun lepas aje.. huhu..
Bak kata editor kanan Harian Metro jugaklah, dia pun mana nak tengok drama melayu ni, sebab dalam drama melayu, watak perempuan melayu dah jadi semacam, garang dengan suami, curang dengan suami, kurang ajar dan macam macam watak negative. Susah nak cari drama melayu yang menggambarkan watak perempuan melayu ni lemah lembut, bersopan santun, berbudi bahasa.., kalau ada pun watak minah kampung. Agaknya memang begitulah realiti perempuan melayu sekarang, kot? Nak cakap lebih lebih pun, takut terkena batang hidung sendiri, jadi bak kata Nabil "Lu pikirlah sendiri!"
Friday, August 15, 2008
i love america ferrera
semua collage yang aku paste kat sini is my own design, memang tak creative sangat, sebab belum master lagi, bagi la masa sikit. Ni pun tengah sakan mem-polish my idea nak buat next collage. Habis masa kat polyvore saja. Aku memang macam ni, bila terjumpa something yang baru dan so happen aku minat pulak, aku akan concentrate sampai aku tak nampak benda lain dah.
Psstt.., my cik abang like the style i choose for him. Yipeee.., boleh lah simpan duit untuk shopping something similar like that.
Thursday, August 14, 2008
what i want my bf to wear
abang, okay tak style yang sayang pilih ni? **minta maaf ya kalau ada yang nak termuntah tu, sebenarnya ini blog sharing is caring pasangan berchenta ni.., huhu**
style ni susah payah sayang carik tau! Abang tau kan sayang minat kat Jim Sturgess ni, so, how about it? Dapat approval tak dari abang? Kasut tu sayang tak tahu nak choose mana satu, so sayang letak aje sekali dua, haaa.., sayang tahu, abang mesti suka leather strap tu kan?
Kalau abang pakai macam ni kan, and then pergi pulak tengok wayang kat tempat crowded, ataupun just jalan jalan je dengan sayang, for sure sayang kena kepit abang kuat kuat, kalau tak.., dah tentu mata mata feline gatal miang kat luar sana tu menjeling kat abang macam nak terkam aje. **Jangan marah, abang aku ni memang kacak orangnya, memang menjadi pojaan hati anak dara rindu yang perasan.., huhu, not me okay, aku maksudkan orang lain**
Kalau abang dress up macam ni kan, Jim Sturgess pun angkat tangan surrender.. huhu..
P/S : abaikan saja entry merapu yang penuh dengan rasa perasan ni.., saja tengah tak ada kerja, jadi kepala otak berangan aje depan pc ni
earth, fire, wind and water...
aku pms. pasal tu semalam aku meletup. habis aku hamburkan lahar gunung berapi yang meluap luap. You should see me yesterday. Aku campak kunci office atas meja, aku hentak bag atas meja, seluruh tubuh menggeletar, dan akhirnya, aku shout at his ear. Very the drama queen!
We fight. Sebelum tu menggunakan sms. Banyak bahasa yang mengguris hati terkeluar. Panas hati aku sama dengan panasnya handphone yang aku gunakan. Aku boleh nampak asap berkepul kepul keluar dari handphone dan juga kepala aku. Terbakar. **hehe, imaginasi aku saja, mana ada asap berkepul kepul keluar dari kepala, gila apa?**
Tak cukup sms, dalam telefon pula. Dua tiga kali putuskan line pun, masih tak berpuas hati. Macam ni ke gayanya orang bercinta? Sampai satu masa, kesabaran aku lebur, aku jeritkan ayat ni " awak, kita break-off sajalah"
aku tahu dia tersentak. Aku pun tak percaya boleh keluarkan kata kata sedemikian. Macam hilang segala kesabaran. Ikutkan sangat lahar gunung berapi yang sedang memercik panas macam tahi bintang di angkasa tu..
Bila dah marah, hilang segala kata kata manis, "abang - sayang" pun hilang. Sakit segalanya. Haiiii.., cinta punya pasal.
tapi tak lama. Hanya untuk berminit minit saja. Tak sampai jam jam berikutnya pun. Ikutkan hati sangat. Betul betul break off nanti, dua dua yang sama sama penasaran, haaa.., masa tu marilah kita sama sama menyanyikan lagu dangdut tu.., huhu...
+ + + + + +
Ingat senang ke mengharungi relationship antara dua jiwa yang berbeza ni? bak kata dia, aku ni FIRE.., nampak tak api kat kepala aku ni? Dia pulak, AIR.., huhu, betul ke air? ke angin? atau tanah? Tapi memang dia very cool.., tenang sentiasa.., cuma bila diasak oleh kepanasan aku ni saja, baru tanah dia merekah.. maknanya baru dia pun sama sama naik angin la tu..
Memang susah nak cari lelaki yang sabar dan tenang macam dia. Aku tak tahulah kalau ada kat luar sana tu, mungkin ada, tapi aku tak mahu dah cari. Penat. Lelah. Yang ada ni pun cukuplah. Aku saja yang suka create trouble dengan kepala angin aku ni. Yeah, Jack Nicholson, cepat datang rawat penyakit angker, eh silap.., anger aku ni.
Wednesday, August 13, 2008
i can't take it anymore
ya, pukul 6 lebih, tak balik lagi. pergi mana? Entah entah berscandal lagi? Entahlah. Tak buat, dituduh buat.
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
lonely
Polyvore.com nubies.., new born, budak baru belajar. Tak unik. Banyak lagi yang unik dan one of a kind. Cepat. Pergi ke polyvore.com
Buat apa saja kat sana. Your own style, your own graphic, macam aku, wannabe.. huhu..
Nampak macam best, memang best pun kalau into art and design. Definitely my cup of tea, err no.., coffee..
one of the artwork. Nice. Jealous giler. Bila aku nak master macam ni?
penat.
Penat. Terkejar kejar. Bangun awal pagi tapi sampai office tetap lambat. Aku dah mencuba sedaya mungkin untuk mencari solution to this silly problem, tapi still there's glitch here and there. Arghhh!! Sungguh stress rasanya.
Nak tukar kerja, terasa susah. Usia dah makin meningkat, masakan ada lagi peluang untuk direbut. Dah selesa di daerah yang dulu, dia campak pula aku ke lembah sunyi ni, adoiiii.., terseksa jiwa dan raga.
Paling tak tahan, bila yang melambatkan perjalanan hari aku adalah unsur unsur luaran, seperti driver bas yang pemalas, tak mahu jalan on time. Hari isnin dia jalan tepat pada masanya, hari selasa lewat 5 minit, hari rabu pula lewat 10 minit, bila sampai ke hari jumaat, dia jadi lewat setengah jam, siapa yang tak terbakar raga dan jiwa? **huhu, sengaja diterbalikkan, bukan salah orang yang membaca dan yang menaip ini**
Makin menghampiri hujung minggu, makin malas jadinya driver driver bas tu. Kalau yang melambatkan aku adalah unsur dalam diri aku sendiri, macam aku terlambat bangun ke, terlebih berangan ke, lama sangat mandi ke, tak mengapalah juga. Ini tidak, aku dah berjumpa dengan solution untuk menjimatkan waktu, tapi tetap juga sampai ke pejabat pukul 9.30 pagi?
Selain daripada aku memindahkan masa untuk menggosok pakaian daripada waktu pagi ke waktu malam, aku juga sudah kurangkan masa untuk menconteng wajah kurang indah aku ni..**tak mengapa, memang chenta hati pun kata tak cantik pun.. sedih!!** daripada setengah jam tinggal 15 ke 20 minit saja. Ada tu tak menconteng langsung, pergi saja ke pejabat dalam keadaan eye bag seberat entah berapa gram, bibir pulak pucat lesi seolah darah dihisap oleh langsuir malam sebelumnya, dan pakaian di gosok setakat dengan tangan saja, huhu.., hebatkan penjimatan masa aku?
Ingatkan wang saja yang perlu berjimat, masa pun perlu penjimatan juga.
Tuesday, August 12, 2008
weekend project..
Aku memang seorang keeper, suka menyimpan apa saja barang barang atau majalah, atau apa saja yang memiliki sentimental value dalam hidup. Tapi sekarang aku terfikir, untuk aku move on with my life, certain things harus di let go. Jangan simpan lagi, yang sudah tu sudah. Si chenta hati pun dah berulang kali beritahu, dia mahu seorang suri yang rajin dan tahu tanggungjawab. Wah! Dah nak berkahwin ke aku ni? Errr.., ada jodoh nanti, adalah.., tapi kalau tak ada pun, akan aku adakan juga!
Banyak juga majalah lama yang aku buang, antaranya majalah Galaxie yang dah aku baca sejak dari zaman sekolah lagi. Sekarang ni dah tua, tak payahlah nak berGalaxie lagi, buat malu je dengan anak anak buah. Dah 30-an pun masih baca Galaxie? Hello? Kalau standard form 5 atau college boleh lah.
Satu lagi habit aku, aku suka menyimpan booklet percuma yang disertakan sekali dengan majalah. Every year akan ada 2-3 kali majalah akan menghasilkan edisi booklet untuk new season. Paling banyak dah tentu booklet majalah EH! Aku pun dah tak ingat sejak dari tahun berapa aku mula mengumpul semua booklet tu, yang paling lama is dated back to 2003. Bukan booklet saja, apa saja brochure yang dihantar oleh syarikat kosmetik (aku ada melanggan dengan Loreal, tapi sekarang mungkin dah expired kot?) pun aku simpan juga. Entah untuk apa pun aku tak tahu, bukannya aku guna pun semua produk yang di iklankan dalam brochure tu, tapi mungkin sebab aku memang gemar dengan benda benda glossy ni, tahu sajalah kan brochure tentang alat make up ni macamana.
Yang last sekali aku suka kumpul is paper bag. Apa saja jenis paper bag, memang ada dalam koleksi aku, even plastik bag dari kedai buku tempat aku selalu beli majalah di stesen KL Sentral pun aku simpan, padahal plastik bag tu bukannya cantik sangat pun. Dulu, semasa aku bekerja dengan syarikat pelancongan, pernah juga aku menyertai Matta Fair dan juga Mas Travel Fair. Habis paper bag setiap syarikat pelancongan dan juga syarikat penerbangan yang turut serta dalam Fair tu aku collect. Siap buat muka tak malu minta kat staff yang menjaga booth kat situ. Kalau dah minat, kan sanggup buat apa saja.
Habis saja mengemas dalam pukul 9 lebih tu, barulah aku dapat berehat. Wah! Lega rasanya kepala otak melihat bilik yang serba tersusun dan juga kemas. Barulah terasa lapang dada dan lapang fikiran. Selepas ni, aku tak mahu lagi berserabut kepala otak dan juga berserabut bilik. Kalau tak mula dari sekarang, nanti dah berkahwin susah pulak, kalau bilik berserabut. **wink wink**
Asyik cakap pasal kahwin aje ni, ada apa apa ke? Hehe, nanti nak cerita tentang my dream wedding la pulak. Abang.., siap sedia.., kena baca tau!
Saturday, August 9, 2008
anger management
Semalam aku tengok cerita ni kat AXN. Tapi tengok tak habis. Jalan cerita pun tak berapa nak faham, yang pasti aku tak pernah berminat dengan Adam Sandler. Aku rasa cerita dia semuanya bodoh bodoh belaka. Atau mungkin aku yang tak faham akan lawak yang cuba disampaikan. Aku kadang kadang memang agak slow sikit.
Sometimes, aku rasa macam aku pun ada masalah cepat marah ni. Aku seorang yang pantang berlaku sedikit kesilapan atau kekurangan, darah tu akan cepat menyirap naik. Contohnya kalau aku tak tahu bagaimana nak melakukan sesuatu tugas tu, aku akan bertanya kat sesiapa yang arif, tapi kalau bila aku dah tanya, dia pun macam acuh tak acuh aje nak explain, memang siaplah, sampai bila bila pun aku tak akan tanya dia lagi. Dalam keadaan serba tak tahu tu, aku tetap buat jugak, tapi dengan rasa hati yang membengkak. Bila kena marah, aku akan luahkan balik kata tadi dah tanya tapi dia tak mahu explain.
Contoh lain pulak, kalau aku terpaksa mendengar ceramah daripada sesiapa pun. Baik abang sendiri, ataupun sesiapa sajalah. Muka tu dah mula masam mencuka dan kemudian menjawab pun macam malas aje, itu tandanya aku tengah menahan kemarahan. Marah kerana aku terpaksa bersoal jawab dengan mereka.
Kalau bas lambat pun, aku akan marah juga. Kalau terpaksa berebut bilik air dengan anak buah pun, aku akan marah juga. Tak ada benda yang tak membuatkan aku marah, semuanya nak marah saja.
Tapi sekarang, aku nak belajar mengawal rasa cepat marah aku ni. Bak kata Afi, dia perhatikan aku ni, kalau melakukan sesuatu kesalahan, bila ada orang menegur ataupun bertanya, aku akan membalas dengan kemarahan, seolah aku mahu melindungi diri aku daripada disalahkan. Mungkin benar apa yang Afi katakan tu, aku dah bersalah, tapi tak mahu mengaku kesalahan, sebaliknya memarahi pula orang yang bertanya. Huhu.., manusia macam ni pun ada jugak?
kesian chenta hati aku tu, dia terpaksa menangani masalah panas baran aku ni. Akupun tak patut juga, dia menegur cara baik tu, cubalah dengar. Ini tidak, aku balas balik dengan nada suara agak kasar. Macamana nak jadi perempuan melayu terakhir yang lemah lembut lagi bersopan santun ni?
Yang aku risaukan, bila aku dah tak tahan rasa amarah tu, timbul pula keinginan mahu melakukan keganasan. Contohnya, aku nak baling handphone ke dinding. Mujur tak pernah baling lagi, kalau tak.., sayang handphone murah aku tu.., kalau bukan handphone pun, apa apa sajalah yang boleh dibaling ke dinding.
Setakat ni aku belum pernah lagi membaling benda benda yang berharga, paling tidak pun aku baling pen, baling pemadam, tak pun baling majalah ataupun surat khabar saja. Haiii.., memang masalah betul seorang aku ni...
macamana nak control ni?
Friday, August 8, 2008
putu mayam favourite..
Kemudian, malam tu, sambil berbual dengan chenta hati, aku bercerita lah tentang putu mayam. Eh, dia cerita kat tempat dia di Perak sana tu, ada putu mayam warna hijau. Wah! Pelik aku. Rupanya yang berwarna hijau tu sebab digaulkan dengan air daun pandan sekali. Tentu rasanya sedap putu mayam pandan tu. Teringin juga nak merasa tapi dekat tempat aku ni tak tahu kat mana nak dapatkannya.
beginilah rupanya putu mayam pandan. Mungkin rasanya manis sedikit berbanding dengan putu mayam biasa.
Selepas ni pulak, aku akan bercerita tentang tose. Woohoo.., lagi satu makanan favourite aku. Patutlah aku ni gebu sangat, sebab suka makan makanan india.
Thursday, August 7, 2008
i wish i was a punk rocker - Sandi Thom
In seventy-seven and sixty-nine revolution was in the air
I was born too late into a world that doesn't care
Oh I wish I was a punk rocker with flowers in my hair
When the head of state didn't play guitar
Not everybody drove a car
When music really mattered and when radio was king
When accountants didn't have control
And the media couldn't buy your soul
And computers were still scary and we didn't know everything
Oh I wish I was a punk rocker with flowers in my hair
In seventy-seven and sixty-nine revolution was in the air
I was born too late into a world that doesn't care
Oh I wish I was a punk rocker with flowers in my hair
When pop stars still remained a myth
And ignorance could still be bliss
And when god saved the queen she turned a whiter shade of pale
My mom and dad were in their teens
And anarchy was still a dream
And the only way to stay in touch was a letter in the mail
Oh I wish I was a punk rocker with flowers in my hair
In seventy-seven and sixty-nine revolution was in the air
I was born too late into a world that doesn't care
Oh I wish I was a punk rocker with flowers in my hair
When record shops were still on top
And vinyl was all that they stocked
And the super info highway was still drifting out in space
Kids were wearing hand me downs And playing games meant kick arounds
And footballers still had long hair and dirt across their face
Oh I wish I was a punk rocker with flowers in my hair
In seventy-seven and sixty-nine revolution was in the air
I was born too late into a world that doesn't care
Oh I wish I was a punk rocker with flowers in my hair
I was born too late into a world that doesn't care
Oh I wish I was a punk rocker with flowers in my hair
+ + + + + + +
aku mengenali penyanyi ni terlambat, padahal lagu ni boleh katakan kerap juga aku dengar melalui radio. Bila aku search youtube nama "Sandie Thom", nampak pulak tajuk yang agak catchy ni, so aku pun click dan dengar macamana lagunya, lorh.., lagu ni ke? Huhu.., lagu kenal tapi penyanyi tak kenal.., macamana ni?
Nasi kerabu favorite..
lebih kurang yang disebelah ni lah, tapi nasi kerabu tempat aku ni tidak disertakan dengan keropok dan taugeh, aku pun kurang pasti akan nama sayur hijau yang digaul bersama kelapa goreng dan isi ikan yang dicincang halus tu. Cuma yang pasti, nasi kerabu aku tidak kering seperti disebelah ni. Kegemaran aku adalah gulai ayam dan aku basahkan nasi dengan kuahnya. Perghh.., memang so heavenly delicious. Makan setiap hari pun tak apa, sebab memang dah suka sangat.
Memang ada kawan yang pelik sebab aku makan nasi kerabu berkuah, padahal kalau ikutkan orang sebelah timur sana, nasi kerabu dimakan memang kering tanpa kuah. Tapi aku tak biasa makan nasi kering, dah nama pun orang asal selatan yang memang suka berkuah, bila makan nasi kering tanpa kuah, pergh.., rasa tekak semacam. Macam kesat dan kelat...
Boleh katakan sarapan pagi rutin aku adalah nasi kerabu dan sebungkus nescafe ice. Hmm.., patutlah chenta hati complain aku dah semakin menggebu sekarang, huhu..
i'm scared and sad...
+ + + + + + + +
I have a confession to make. Aku semakin takut menghadapi masa depan sendiri. Semakin aku fikirkan, semakin aku terasa ada rama rama berterbangan dalam perut aku ni. Aku menjadi tak yakin dengan kemampuan diri aku sendiri. Beberapa perkara yang terjadi pada aku dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ni seperti menghakis sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri aku. Sehinggakan nak memulakan kerja di tempat baru esok, aku menjadi tak berkeyakinan, adakah aku mampu handle kerja secara independant? Semua dilakukan sendiri? Property is new to me. Dengan sikap aku sendiri yang cepat baran, cepat rasa tertekan, cepat itu, cepat ini.., sigh.., i dont know. Sebab tu aku beritahu sebelum ni, aku tak mahu bekerja dah.., aku mahu duduk berehat dirumah. Aku dah penat mempelajari something new.., sampai aku dah tak mampu nak absorb kesemuanya lagi...
Mungkin dah sampai masanya untuk aku lakukan sesuatu mengikut minat dan keupayaan aku sendiri, dan bukan mengikut apa yang orang lain suruh. Aku seorang yang pelik. Aku tak tahu how to blend with people. I'm doing my own things. I'm so used to being alone all this while. Dengan dua orang staff perempuan kat ofis ni pun, aku tak bergaul sangat. Berkali diorang ajak lunch bersama, tapi aku tolak. Aku tak selesa menjadi patung mendengar cerita mereka berdua yang aku tak faham. Kalau aku nak menjadi patung, biar aku jadi patung seorang diri dan tak mendengar sesiapa berceloteh ditelinga aku seperti lebah menghurung madu. Yeah, aku selesa melakukan aktiviti berseorangan.
Having lunch alone, watching movies alone, shopping for my own stuff alone.., what else? Hey, i also sleep alone.. huhu.., jadi mungkin aku dah bersedia masuk kubur pun, alone kot? Hishhh.., selisih malaikat 44...
Tapi itu tak bermakna aku suka dengan this loneliness. Nope.., i dont like it. It's just aku sukar untuk blend with people, especially perempuan. Maybe itu kekurangan aku. Aku tak suka mendengar celoteh mereka tentang anak, tentang suami, tentang bf, tentang jiran sebelah, tentang kucing bf dia, tentang kereta bf dia nak keluar minggu depan, tentang mak mentua dia bagi dia kain mahal beli dari Bandung..., that is so boring.
Mungkin disebabkan tu, my chenta mengatakan aku ni banyak kekurangan. Aku tak macam perempuan lain. He have to teach me how to become a woman. Hahaha.., kelakar, kan? Aku? Seorang perempuan, kena di ajar oleh seorang lelaki untuk menjadi lebih PEREMPUAN?
Aku bukan tomboy, bukan juga lesbian, pengkid pun bukan. Cuma aku tak punya sifat riuh seorang perempuan melayu. Riuh dalam erti kata suka bercerita tentang apa saja. Sahabat perempuan aku pun 2-3 kerat saja, itupun yang aku dah kenal lama hampir puluhan tahun. Mungkin disebabkan aku masih belum lalui pengalaman tu, menyebabkan aku memilih untuk berdiam diri. Mungkinlah.., tapi bila aku akan melalui pengalaman sebegitu? Bila aku akan merasa megah diri sambil bercerita my hubby last night belikan i murtabak mahal kat so and so mamak restoran? Bila pula aku akan menggunakan ayat "mak mertua i nak datang hujung minggu ni, pasal tu i kena ambik cuti sebab nak masak special sikit untuk dia".
The answer is? I DONT KNOW....
Wednesday, August 6, 2008
Jojos Fashion Show games..
Rasa macam fashion designer pulak bila bermain dengan game ni. Secara kebetulan aku mengenali game ni kat ofis. Mungkin boss kat sini memang memberi kebebasan pada agent agent mereka untuk melepaskan lelah sambil bermain games. Jadi aku pun menyelit sekali lah.. huhu..,
Aku belum berkesempatan untuk bermain kesemuanya, sebab setiap level mewakili hampir kesemua kota fesyen seluruh dunia, bermula dari New York, kemudian ke kota London, dan banyak lagilah, aku tak ingat sangat. Disebabkan game sebegini berkait rapat dengan dunia kewanitaan, that's why i really like this game. Tak macam game perang perang, game fantasy yang lain lain tu, pening kepala aku nak mencubanya.
Tapi kalau game Mafia Wars yang ada dalam facebook tu, **ini kisah dulu, sewaktu aku masih memiliki akaun facebook, sekarang dah tak ada**, memang aku suka main, sebab simple and easy to move up to another level. Just kumpul duit, kumpul family members, then fight sikit sikit, masuk bath centre untuk menambah energy, ataupun admitted to the hospital untuk menaikkan health status, perghhh.., memang simple habis.., aku pun rasa enjoy dengan game sesimple tu..
At least, bila aku ada hobi baru bermain game macam ni, tak adalah aku rasa bosan sangat nanti di ofis baru.., dahlah aku seorang saja staff disana nanti. Hadoiiiii....
aku bertukar office lagi
Tapi, kalau tadi aku ikutkan kata hati yang sebenar benarnya, aku dah tak mahu bekerja lagi. Yang sebenarnya aku inginkan adalah duduk bermalasan dirumah sambil menunggu suami pulang makan tengahari. Yang sebenar aku inginkan adalah menguruskan anak anak dan suami yang seharian penat bekerja membanting tulang mencari rezeki.
Aku dah terlalu letih bekerja. Fikiran aku dah tak sepantas dulu menyerap ilmu baru. Dah berkarat. Tenaga aku dah tak segagah dulu yang boleh bergerak susup sasap seperti lipas untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Aku semakin lemah dan gemalai. Ya.., aku semakin pemalas.
Pemalas dalam erti kata bekerja untuk orang. Aku mahu bekerja untuk diri sendiri, tapi malangnya tak berkemampuan. Sigh.... poor thing. Yang paling aku malaskan adalah untuk bangun awal pagi dan bersiap. Kemudian bersesak sesak dalam bas. Turun bas, kemudian naik bas semula, turun lagi, dan naik lagi bas, barulah bila masa berlalu selama hampir 2 jam, baru nampak bangunan pejabat. Bunyi macam jauh sangat tempat kerja aku kan? Yeah, right.., 2 jam tu aku dah boleh sampai ke Seremban, tapi sebenarnya tempat kerja aku hanyalah di Kelana Jaya. Pathetic!
Boleh saja kalau aku menaiki teksi setiap hari, tapi ongkosnya manakan mencukupi dong! Tak makan aku kalau aku naik teksi setiap hari. Mahu atau tidak, gagahkan saja kaki ni menaiki bas. Untung nasib nanti, kurus sikit badan ni.. huhu..
Tak apalah, demi sesuap nasi.., lalui saja...
Tuesday, August 5, 2008
Happy Birthday, Syiqin...
Aku tak dapat membelikan dia apa apa, melainkan sekadar one bar of cadbury chocolate. She's crazy about chocolate, sama macam aku juga.., tak padan dengan badan kurus kerempeng dia tu. tak macam kakak dia, tak gemuk tapi rangka tubuhnya agak besar dan tinggi. Jangan tak tahu aku dah ada dua anak dara menggeletis yang sedang meningkat naik. Susah nak jaga diorang ni, masing masing punya perangai seolah macam dah tahu segalanya tentang hidup.
Tak makan nasihat dan suka melawan. Mujur aku seorang makcik yang baik. Minta apa pun aku okay aje belikan, walaupun sometimes financial aku pun perit juga.
Malam nanti sudah pasti ada celebration di rumah. Abang dan kakak ipar memang rajin menyambut birthday anak anak mereka. Yalah, bukan susah pun nak menganjurkan majlis hari jadi, bukan nak menjemput ramai orang pun, setakat dua tiga kerat adik beradik saja.
Oh ya, aku kena belajar memasak selepas ni. Mana aku nak mula ya? Masak lemak cili api atau gulai tempoyak? Hmmm.., wahai chenta hati, bagi la idea.. huhu
trust your templates.. huhu
+ + + + + +
A broken trust. Aku pelajarinya the hard way. Really really hard. Hanya dengan kesabaran saja aku boleh lalui semua ni. Tapi lupakan tentang tu.., aku tak akan bercerita mengenainya.
Sekali engkau robek kepercayaan sesiapapun, baik your family, your friends, your majikan, or even worse, your partner, your husband/wife, or your bf/gf, hidup engkau akan menjadi seperti sebuah kapal yang karam, berserabut, celaru, keliru, tak tahu kemana arah selepas tu, asalkan jangan karam sudah!
Mungkin sometimes we take things for granted. Mungkin terkadang kita terlupa untuk menjaga kepercayaan tu sebab kita rasakan, tidak akan ada apa apa yang berlaku. Semuanya akan baik baik saja. Tapi ternyata semua tu silap. Sesiapa pun tak suka dipermainkan rasa percaya tu. I put my trust on you, so please take care of it. Once it broke, sorry, i can't give to you anymore.
Dan nak dapatkan semula kepercayaan, i tell you, it's not easy. Susah, payah, perit, pedih.., dan seribu satu macam perasaan lagi. But you have to take it lah, dah engkau buat salah, then what do you expect?
Kesimpulannya, janganlah melakukan sesuatu perkara tu mengikut kata hati. Terkadang, kata hati tu boleh menyesatkan kita. Gunalah akal.
Okay, gotta go. Nak try lagi download a few templates untuk menghiasi blog aku ni. Selagi tak dapat, selagi tu rasa tak puas hati.
Sempurna - Andra & The Backbone
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujamu
Di setiap langkahku
Ku kan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu
*Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua,
hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku, lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu,
sempurna....
Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikan kata yang hapus semua sesalku
(*)
+ + + + + +
Aku suka sangat dengan lagu ni. Khas di tujukan buat seseorang.., tak sempurna rasanya tanpa dia.., **wink** dan dia sure tahu siapa dia.., tak boleh mention kat sini...
Aku nak post sekali dengan video clip youtube, tapi tak retilah pulak.., sigh.. banyak yang aku kena belajar pasal blogspot ni..
Caffeine addict and the Jolie-Pitt babies...
Hari aku bermula agak lewat sebab semalam dapat tidur hanya 2 jam saja. Kebelakangan ni my body system memang dah terbiasa dengan keadaan tak cukup tidur. Sebagai ubat melawan rasa sleepy waktu siang hari adalah dengan meminum sebungkus nescafe ice. Cukup untuk menyegarkan mata dan memberi tenaga sepanjang hari kat office yang sangat membosankan ni.
+ + + + +
Akhirnya, wajah baby termahal di dunia yang diberanakkan oleh Angelina Jolie terpampang dalam paper seluruh dunia hari ni. Tadi aku sempat menyelak helaian paper The Star di kedai mamak yang aku singgah sebab nak beli sebungkus nescafe ice. Tak berapa jelas sebab gambar tu pun hanya menunjukkan cover majalah Hello. Seminggu lagilah majalah Hello tu nak sampai ke Malaysia. Dan kalau sampai pun, dah pasti majalah tersebut akan dibalut dengan plastic. Menyampah betul.., rasa macam nak cabut dan buang saja plastic tu. Bagilah orang yang tak mampu beli majalah mahal macam aku ni baca free aje. Huhu..
+ + + + + +
Sekejap nanti aku nak menulis tentang a broken trust. Kepercayaan yang telah dikhianati. Ianya tak ada kena mengena dengan sesiapa, cuma aku rasa aku nak menulis tentang perkara tu.
i have to stop now. Gotta do important things first.
Monday, August 4, 2008
The Journey..
Puduraya memang sesak gila! Bookie tiket bas **err.. bookie ke? ah, lantak lah!** terpekik terlolong mencari penumpang, bingit telinga aku. Nak berdiskusi dengan dia melalui handphone pun tak senang, sebab asyik terdengar pekikan "JB sekarang, JB sekarang", "Ipoh, Ipoh, Ipoh pukul 2, pukul 2". Kemudian entah apa apa lagi. Aku rasa itulah cara paling bodoh nak cari penumpang, hello? kalau dah penumpang tahu kemana destinasi diorang, tak perlulah kau terjerit terlolong macam tu..., dengan sendirinya penumpang akan singgah ke kaunter kau.., ini bila kau memekak macam tu, penumpang pun dah tentu menjauhkan diri..
Okay, back to the main story. Sudahnya, aku membeli tiket ke Ipoh. Pukul 2.30 petang. Apa pun halangan yang mendatang, semangat tetap kuat mahu berjumpa dengan dia. Chenta beb, mestilah.. huhu.., itupun selepas puas berdiskusi di tengah alunan sumbang si pemekak pemekak tadi tu..., tapi itupun masih salah juga, sebab tersalah beli tiket dengan syarikat bas yang dimaklumkan oleh dia sebagai "lembap", sebab perkhidmatan syarikat bas tu tak memuaskan seperti syarikat bas yang satu lagi. Alah, tak apalah bang.., asalkan sampai kan? Hehe.., aku tak pentingkan mutu perkhidmatan mereka, yang aku pentingkan, aku mahu sampai ke Taiping secepat mungkin!
Sebelum bertolak, aku mengisi perut dulu. Hampir separuh hari aku tak menjamah apa apa. Mana tahan kalau tak makan, sebab kalau sampai ke Ipoh nanti, dah tentu perut aku akan dimasuki angin. Makan nasi ayam saja di medan selera Pudu. Yang aku peliknya, nak makan pun tak senang, pekerja kedai makan kat situ pun sama je macam bookie tiket, terpekik terlolong mempromote kedai mereka. Hello people? Orang nak makan kat mana mana pun, suka kamilah, kan? Sigh....
Puas mengenyangkan perut, dan selepas membeli majalah EH! dan Cleo sebagai peneman dalam bas, aku pun terus pergi ke platform no. 3 dan turun ke bawah. Bas dah sedia menunggu. Yeay! Ipoh.., here i come!
Lebih kurang pukul 2.30 lebih, bas perlahan lahan meninggalkan Puduraya.
+ + + + + +
Sampai Ipoh hampir pukul 6 petang. Aku hanya dapat melelapkan mata tak sampai sejam perjalanan kerana mungkin aku terlalu excited agaknya. Lagipun aku membaca. Halangan kedua pula datang. Dia meminta aku terus ke Taiping dan pergi mengambil bas di stesen bas yang satu lagi, di Medan Kidd. Bas terakhir ke Taiping is at 6.30, masa yang tinggal is about 20 minutes. Aku tanya driver teksi, boleh sampai sebelum pukul 6.30? Dia kata boleh. Aku on aje. Sekali rupanya perjalanan nak ke Medan Kidd tu banyak traffic light. Aku dah menyumpah dalam hati. Sempat ke tidak nak naik bas Taiping pukul 6.30 ni? Driver teksi india tu cuba cucuk aku, kalau tak sempat sampai, naik je teksi sampai ke Taiping, dengar kadar tambang RM100. Kau gila? RM100 tu.., kau ingat aku banyak duit ke Ane? Pandai aje nak kenakan orang. Aku cakap never mind, hantar je ke stesen bas, aku nak kejar jugak bas tu.
Mujur aku sempat kejar bas express tu. Tapi sekali lagi aku buat gelabah, bayar duit tambang dalam bas. Huhu.., padahal kena beli tiket kat kaunter. Perghh.., malu muka aku.., nampak macam tak pernah naik je bas tu. Tapi memang pun, itulah kali pertama aku naik bas express Ipoh - Taiping tu. Bila segalanya dah settle, dan dapat duduk dengan selesa, barulah aku dapat tarik nafas panjang. Lega.., dah tak ada halangan lagi. Yang tinggal hanyalah saat saat untuk berjumpa dengan dia. Semasa dalam bas, tak terasa pun gementar atau apa apa perasaan yang sewaktu dengannya. Tapi bila dah turun bas, dan nampak dia sedang menunggu kat tingkat atas stesen bas Kamunting tu, eh! apsal rasa semacam aje ni. Then, when he hug me, lagilah rasa.., awwww.. malunya.. huhu..
+ + + + +
Begitulah adanya. Nanti aku ceritakan lagi. Need to go and do something now.
Trip to Ipoh and Taiping and back to KL, within 2 days.., perghhh.., so tired!!
Masih ingat tentang betapa sukanya aku dengan pekan kecil Taiping? Selepas 3 tahun lebih, akhirnya pada hujung minggu lepas, aku redah apa saja kemungkinan untuk berjumpa dengan seseorang di sana. Tunggulah aku beritahu kisah tentang itu sekejap lagi.
Sekarang ni, baru aku nampak apa yang aku mahukan dalam hidup. Baru aku tahu apa yang lebih bermakna daripada segala kesilapan yang pernah aku lakukan dulu.
Oh ya, filem 21 juga bakal menjengah pawagam. Filem Dark Knight pun masih tak berkesempatan untuk aku tonton, but it's okay.., yang penting, 21 tidak harus dilepaskan. Hmm.., kalau dia sedang baca ni, jangan lupa datang tau! Bawak la tengok cerita ni...
huhu.., siapa pulak yang membaca blog aku ni? Adalah.., someone special... chenta hati ku iteewwwww... **peh! jiwang karat la pulak!**