Dah 2-3 hari aku nak bercerita tentang nasi kerabu kegemaran tapi asyik tergendala saja. Aku nak lekatkan sekali imej tapi masalahnya, aku terpaksa melalui jalan jauh untuk melaksanakan impian tersebut. Maknanya, pertama sekali aku harus emailkan gambar yang aku ambil, tapi ini pun ada masalah kerana email dah tak boleh guna, aku terpaksa pula create email baru, dan akupun tak pasti bila nak create email baru tersebut, kerana aku kena apply kelulusan dulu dari lembaga penapis a.k.a chenta aku tu .., bila dah dapat approval nanti, barulah aku boleh sent mms ke email, kemudian download, safe dalam pc, kemudian copy ke blog. Perghh.., banyak kerja kan? Lupakan sajalah. Takkan tak pernah tengok kot rupa nasi kerabu macamana?
lebih kurang yang disebelah ni lah, tapi nasi kerabu tempat aku ni tidak disertakan dengan keropok dan taugeh, aku pun kurang pasti akan nama sayur hijau yang digaul bersama kelapa goreng dan isi ikan yang dicincang halus tu. Cuma yang pasti, nasi kerabu aku tidak kering seperti disebelah ni. Kegemaran aku adalah gulai ayam dan aku basahkan nasi dengan kuahnya. Perghh.., memang so heavenly delicious. Makan setiap hari pun tak apa, sebab memang dah suka sangat.
Memang ada kawan yang pelik sebab aku makan nasi kerabu berkuah, padahal kalau ikutkan orang sebelah timur sana, nasi kerabu dimakan memang kering tanpa kuah. Tapi aku tak biasa makan nasi kering, dah nama pun orang asal selatan yang memang suka berkuah, bila makan nasi kering tanpa kuah, pergh.., rasa tekak semacam. Macam kesat dan kelat...
Boleh katakan sarapan pagi rutin aku adalah nasi kerabu dan sebungkus nescafe ice. Hmm.., patutlah chenta hati complain aku dah semakin menggebu sekarang, huhu..
3 comments:
Nais kerabu yg kat mana ni???
nasi kerabu kat my place here, in kota damansara.., memang best.., maybe the budu.., nak try ke?
Kota Damansara? ah jauhnya..;-)
Nak try!
Post a Comment