Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya semua..

Hari ni kesunyian dah mula meresapi dimana mana. Anak rantau dah mula bergerak memenuhi kampung halaman masing masing. Hanya beberapa kerat yang berdedikasi seperti aku ni saja yang masih setia menunggu sehingga ke hari terakhir untuk pulang ke kampung.

Esok aku akan berangkat pulang dengan menaiki komuter. Kampung halaman aku dekat saja, hanya 2 jam setengah perjalanan menaiki bas. Itupun kalau aku naik bas express, tapi kalau menaiki bas lompat, mahu dekat 4 jam jugak. Aku terpaksa keluar awal pagi esok, sebab aku tak ada tiket bas express. Cadangannya aku naik komuter sampai Seremban, kemudian dari Seremban naik pula bas ke Tampin, kemudian dari Tampin naik bas ke kampung aku. Perghh.., 3 kali tukar bas, masak aku...

Tapi aku dah biasa. Saban tahun aku tak pernah membeli tiket bas express sebab aku fikirkan "alah, kampung aku dekat aje, bukannya jauh sangat sampai ke JB sana ke, tak pun Penang sana ke, ataupun Taiping ke.., huhu"

Memang a bit leceh tapi aku suka. Suka sebab ala ala adventure gitu, rasa macam pengembara pulak, dengan beg sandangnya, dengan majalah dan papernya.., cuma yang tak best tak ada mp3 player, so a bit sunyi sikit. **Tak mampu nak beli mp3 player, tulah pasal**

Cuma yang tak bestnya, kalau dalam komuter tu semua muka melayu tak apalah juga, terasalah jugak mood nak beraya, tapi ini semua muka pendatang, perghh.., rasa macam aku pulak nak balik beraya ke Indon, takpun Bangladesh.., kalau ada muka melayu terselit pun adalah seorang dua, itupun budak budak yang balik kampung last minute macam aku. Yang lain lain semua sama ada balik naik kereta sendiri ataupun dah bersenang lenang kat kampung...

Paling tak tahan, bila sampai Tampin pun masih tak nampak muka melayu, semuanya muka hitam berkarat milik mat bangla, takpun muka bengis milik mat indon, tak selera aku. Mana pegi muka muka sweet mamat melayu semua? **bukanlah aku hadap sangat dengan mamat melayu pun, cuma aku nak ambik mood raya aje.., kalau nampak muka melayu baru lah ada semangat sikit, dan tak semestinya mamat aje, kalau nampak makcik/pakcik/abang/kakak melayu pun dah cukup untuk menaikkan semangat raya aku**

Teringat aku zaman balik kampung era 90-an dulu. Masa tu memang best sebab kaum pendatang ni boleh dikatakan berapa kerat sangat, tak macam sekarang. Kalau naik bas SKS dari KL ke Seremban tu memang penuh dengan oghang kampung den ajo.., takdo muko lain, punyolah seghonok..., raso macam nak ajak yo dorang tu sumo nyanyi lagu balik kampung reramai.., huhu..

Masa tu memang bestlah, nak balik kampung pun bersemangat sebab mak dengan arwah ayah dah bersedia menunggu kami balik. Mana yang balik naik bas, naik baslah, mana yang balik berkereta, mana yang balik naik motor.., memang best..., sekarang dah tak ada semua tu.., sekarang nak balik raya pun rasa.., alahaiiiiii...

heh, aku rasa sepanjang minggu ni semua blog mesti bercerita pasal raya aje, tak pun mungkin ada yang tak akan hapdate sampailah minggu depan. Aku pun rasa ini adalah entry yang terakhir sebelum aku berangkat esok. Kat kampung takde internet, cyber cafe pun tak ada, dan lagi aku dah tak dibenarkan melepak kat cyber cafe, larangan yang aku bawa kemana mana, dan lagi akupun dah tak berminat nak melepak kat cyber cafe yang busuk dan kotor dan dipenuhi dengan budak budak lelaki berperangai tak senonoh!

+ + + + + +

Oh ya, gaji dah clear.., esok boleh shopping sikit.. yeay!

Friday, September 26, 2008

forum

Aku rasa setiap orang ada pendapat masing masing yang tersendiri dalam sesuatu perkara. Tak kiralah pendapat tu betul atau tidak sebab sebenarnya dalam memberi pendapat ni, tak ada yang benar atau salah, semuanya bergantung pada kefahaman orang yang membaca pendapat tersebut.

Semasa aku sedang excited berforum suatu ketika dulu, banyak juga topik yang sangat menarik hati yang mahu aku komen dan beri pendapat, tapi selalu tak menjadi disebabkan terbawa bawa sikap sebenar aku dalam dunia realiti, iaitu pemalu. Sikap pemalu aku tu menyebabkan aku tak popular dalam forum, whereas orang lain dengan selamba dayak saja memberikan pendapat yang sama ada terlebih "bijak" ataupun merapu ikut sedap mulut sendiri **ataupun ikut sedap jari yang menaip**

Aku tak banyak join forum pun, so far yang pernah aku join hanya dua, yang satu itupun forum serpihan daripada forum pertama yang aku join mula mula dulu. Masa mula mula join tu, aku memang dah dapat rasa yang "aku tak boleh masuk" dengan mereka.., i mean forumers yang dah sedia ada dalam tu.., ini sebab some of them yang aku perhatikan either notorious ataupun berlagak "tak mainlah dengan nubies macam kau ni"

That's why aku merangkak nak naik tangga demi tangga, sebab rasa inferiority complex yang sangat menebal. Nak post satu komen yang aku rasa bernas pun terpaksa berfikir 10 kali sebab 1- tak mahu dikatakan "bodoh" sebab komen tak berapa menarik
2- tak berani sebab ada ke yang akan quote aku nanti?
3- nanti dikata tunjuk pandai pulak
4- orang tak layan..

eh.., banyak lagilah sebab musababnya.., one more thing aku rasa sebab some of the forumers dalam tu project an image of someone with higher education level, membuatkan aku yang cuma spm holder ni rasa "hmmm, aku tak layak".. hahaha sadis..

Nak tahu thread/board mana yang aku suka sangat lepak sambil memerhatikan gelagat forumer lain berperang jari sesama sendiri? Board Politik. Suka betul aku baca pendapat yang dorang berikan. Ada yang best, ada yang taip ikut sedap jari je, ada yang emosional bila parti yang disokongnya kena hentam, ada yang mulut celupar konon tahu semua rahsia kerajaan.., ada yang konon macam penganalisa politik.., haiii.., 1001 macam orang lagilah ada kat board politik tu..

Satu lagi board yang boleh tahan panas is board gossip artis. Err.., maafkanlah aku sebab aku bukan jenis yang suka nak ambil pot sangat dengan gossip artis ni, tapi suka baca just nak tahu siapa forumer yang suka sangat claimed he/she knows that artist, this artist.., hebat tu.., aku seorang artis pun aku tak kenal.., kalau tengok show artist tu boleh kira aku kenal rapat dengan dia tak? wakakaka..., kalau dikira boleh saja, maknanya aku kenal rapat la dengan Datuk Siti Nurhaliza sebab more than 10 years ago aku pernah tengoh dinner show dia.., masa tu kat syarikat kewangan tempat aku kerja yang sekarang ni dah gulung tikar tu.

Aku dengar cerita untuk show malam tu saja pun management bayar dia for RM10k.., just imagine itu harga dia more than 10 years ago, sekarang berapa RMk agaknya. atau ke dah tak laku? huhu.. no komen.., aku tak pernah minat dia pun..

Kalau ikutkan banyak benda aku boleh bercerita pasal forum ni, walaupun pembabitan aku tak lama tapi cukuplah untuk aku kenal realiti dunia forum ni macamana. Mungkin aku cuma join satu dua saja, mungkin ada yang sama, dan mungkin ada yang tak sama. Semuanya terpulang pada citarasa masing masing.

Satu sajalah yang aku tak suka pasal forum ni, aku struggle nak cari kawan dan bina nama. Betul.., payah betul nak bina nama kalau sifat semulajadi kau malu malu kucing dan cakap bertapis., nak nak pulak avatar kau tak cun, jangan harap ada orang nak tegur kau, walaupun in real life kau sebenarnya cun.., wakakaka.., **almaklum, taknak exposekan diri**

Tapi aku tak cun pun in real life.., aku gemuk, pakai kacamata tebal 5 inci, pendek, pipi penuh jerawat batu, rambut separa botak.., dressing aku baik sikit dari Betty Suarez a.k.a Ugly Betty.

Dalam forum, aku rasa kau boleh cipta watak sesiapa yang kau nak, tapi aku tak. Dalam forum aku jadi diri aku sendiri, pasal tu aku tak pernah jadi megastar dalam mana mana forum. Asyik stuck kat level newbie aje.., takpun beginner.., tak pun bintang baru.., itu saja level paling tinggi yang pernah aku capai.

Yang bestnya, dalam pada aku tak terkenal pun, aku pernah ada pengalaman di ban dari memasuki forum. Dahsyat tak aku? Semata mata kerana aku bergosip melalui private message dan mengutuk one of the moderator or admin.., atau dalam kes aku ni, aku mengata the VVIP dalam forum tersebut.., that VVIP tu pulak ada access to all the forumer punya pm box, so dia dapat tahulah aku dok sedap mulut mengata dia.., wahh.. masa tu aku rasa best giler dapat jadi rebel sekejap.

Terus kena ban dan nick aku tak boleh diregister semula. Best kan? Tapi peduli apa aku, satu nick kena ban, buatlah nick baru. Kalau kenanga kampung kena ban, guna nick melati bandar pulak. Cuma yang tak bestnya bila dengan isp aku sekali kena ban, haa.., tu susah sikit.., guna nick baru pun tak guna bila diorang dah cam isp kau.., memang sedih wooo...

heh.., aku tulis panjang lebar ni macam lah aku terer sangat pasal forum. Lantak doranglah..

**aku masuk balik forum lama tu..., kali ni dengan nick paling poyo pernah aku register**

Thursday, September 25, 2008

duit raya limaploh hengget you all!

heh! aku dapat duit raya RM50 boss aku bagi. Gila apa dah tua tua macam ni dapat duit raya lagi? Tapi syukur Alhamdulillah.., tengah sengkek giler ni.., ada gak duit untuk dilaburkan kat bazar ramadan buat beli roti john 10 keping.., huhu..

kan betul aku tulis tadi, gaji aku cuma akan clear hari selasa.., gila apa nak shopping hari selasa? aku tengah sibuk tidur kat kampung masa tu **huhu.., bukannya sibuk tolong mak**

tak apalah.., aku kena keraskan hati.., tak apa tak ada baju raya, pakai ajelah baju kerja yang berlambak lambak tu.., **walaupun dalam hati teringin juga nak sehelai baju baru, walaupun hanya sekadar baju kurung Tesco yang berharga RM80 lebih tu..., sigh.. kesian**

Memang HQ tak prihatin betul.., bank in la cheque hari ni, boleh la clear hari isnin, ini kalau bank in esok, memang clear hari selasa la nampaknya..,

tak apa.. **pujuk hati lagi** lepas raya boleh shopping dengan abang..., lagipun nanti banyak sikit duit nak jumpa abang nanti..., tak adalah aku harapkan duit dia saja belanja makan, tambang semua...

cakap pasal abang, nanti aku sambung cerita aku dengan dia.., hari ni tak sempat, sebab dok fikir pasal raya je, padahal sikit punya canang konon tak hairan nak beraya.., wakakaka.. **hai.., nampak sangat plastiknya aku**

ayat takleh blah!

Aku memang suka baca blog. Kalau ada blog yang menarik dah tentu aku akan kerap berkunjung kesana untuk membaca entry terkini. Lately memang banyak juga blog menarik yang aku temui, terutama yang aku temui di blog mereka yang terkenal. Malas ah aku nak mention kat sini, nama nama blog tu, karang buat publisiti percuma aje.. huhu..**lagipun dorang tak baca blog picisan aku ni, so buat apa susah payah taip pasal blog dorang?**

Cuma yang aku tak berapa berkenan ialah dengan sesetengah gaya penulisan blog yang aku terjumpa dan baca secara tak sengaja tu. Bahasa yang mereka gunakan aku tak tahu nak panggil bahasa apa, kalau bahasa malaysia takkan sampai aku baca pun tak faham? contohnya begini:

"aku bgng ari ni ngan abg aku, die trk rmbut aku smpai ptus.., aku jert lah kuat kuat.."

kalau korang baca korang faham tak? aku tak.., tapi sebab yang kat atas tu aku yang taip, so aku fahamlah apa yang aku taip tu.

contoh lain:

"kwn aku si mai tu syk kat mmt seblah, dier kt mmt tu ensm.., aku kt tklah, buruk dowh!"

dan aku macam "hello? korang belajar Bahasa Malaysia ke tidak?" takkan semua ayat kau nak short form kan. Aku benci membaca blog orang pemalas macam ni. Orang nak berblog dia pun nak jugak tapi penulisan hancur. Walaupun dalam blog ni kau bebas nak taip ikut style apa pun, tapi kalau nak menarik orang datang baca, tolonglah kemas sikit.

Gunakanlah ayat yang boleh difahami, jangan guna ayat yang generasi korang aje yang boleh faham, generasi lama macam aku ni langsung tak faham.**oppss, bukan generasi lama, tapi otai.., hehehe**

Aku memang agak particular tentang bahasa. Sms pun aku agak kurang menggunakan short form, pasal tu aku lembab sikit reply sms, semuanya aku taip satu persatu, contoh:

"eh, aku tunggu korang kat OU, pukul berapa korang smpai?"

kalau orang lain, aku langsung tak faham bahasa sms dorang.., lebih lebih lagi anak buah aku yang berumur 15 tahun tu. Jenuh aku nak faham apa yang dia cuba sampaikan. Banyak sangat singkatan.

sdey aku dow!**haha, aku pun tersangkut ayat dow ni, takleh blah! wakakakak**

nostalgik dan melankolik raya

Semua orang makin sibuk dengan persiapan hari raya masing masing. Aku saja yang cool tanpa sebarang persediaan. Gaji pun tak dapat lagi. Aku pun dah tak heran sangat sebab memang aku dapat agak yang gaji cuma akan dapat last minit, sehari atau dua hari sebelum raya, jadi aku kesuntukan masa untuk bershopping ataupun menyediakan sedikit persiapan raya.

Adik pulak dah mempelawa aku pulang ke kampung bersama dengan keluarganya. Bermakna makin suntuk masa aku. Adik mahu pulang pada malam isnin, meaning selepas habis kerja pada hari tersebut aku akan terus pulang ke kampung. Nampaknya aku bershopping selepas raya, selepas semua stock baju raya yang cantik cantik habis disapu orang. Nasib badan... **tapi tak apa, kadang best jugak shopping lepas habis musim raya ni**


Teringat aku masa zaman tengah kaya giler suatu masa dulu **kaya giler? giler ke tak kaya tu? huhu** Lagi seminggu nak raya duit dah berkepuk masuk dalam akaun bank. Lagi sehari nak raya aku dah terduduk sambil tepuk dahi sebab duit dah habis.. wakakakaka.. **kisah benar ni**

mana tak habis, beli kuih tunjuk untuk mak saja sampai 10 balang, beli baju untuk diri sendiri lagi, dengan kasut bagai, make up tak usah ceritalah.., mana tak habis duit bonus + duit gaji sebulan? Sampai tak ingat yang selepas raya ada lagi 20 hari sebelum gaji seterusnya.

Tapi itu dulu, zaman aku kaya giler dengan kerja yang bergaji ribuan RM. Sekarang ni aku gaji ciput je. Cukup makan, tak cukup pakai.., nak beraya sakan macam dulu lagilah dah tak mampu.., tapi aku dah tak kisah. Sampai satu tahap, bershopping raya dah tak menjadi keutamaan lagi, yang penting is just dapat beraya dengan family kat kampung walaupun poket kosong.

Lagipun dah merasa dah menempah baju kurung sampai 2-3 pasang yang berharga ratusan ringgit ni.., sekarang ni pakai ajelah baju yang lama tu.., lantaklah dah keluar bulu ke, dah ketat kat pinggang ke, apa ke.., aku raya simple saja, pakai t-shirt dan kain batik. Raya pada aku adalah TIDURRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

**nak lawan sedih sebenarnya.. ekekeke.., tak rock la layan sedih time time macam ni..**

Aku suka jugak beraya sebenarnya. Tak adalah aku BENCI sangat dengan raya ni. Yang aku tak berapa suka tu mungkin disebabkan perasaan melankolik yang hadir setiap kali menjelang raya. Nak pulak aku ni anak yatim yang dah tak berbapa.., lagilah sedih.. **tahan sebak.., tahan**

Perasaan sebak sayu pilu tu pulak pandai aje dia tunggu musim raya, kalau tak ada musim raya dia pun tak ingat satu apa pun kisah pasal arwah ayah ke, kisah pasal dulu aku hidup senang ke, kisah dulu aku happy dengan kengkawan ke.., tak ada.., langsung tak teringat. Tapi dekat dekat nak raya ni, semuanya datang berpusu pusu, tu yang buat aku rasa melankolik sikit.. **sikit je, tak banyak**

Lebih lebih lagi kalau terdengar lagu raya kat bawah ni..., sedar sedar dah meleleh aje air hingus.., eh silap.., airmata..**yup, aku alah mendengar lagu "miskin hina" ni, tak tahu kenapa, lagu lain aku boleh dengar, tapi lagu ni jangan.., hati sekeras batu pun boleh mencair macam lilin**




Satu lagi lagu raya yang aku suka dengar adalah lagu ini:



tajuknya "Suara Takbir" dendangan Tan Sri P Ramlee. Kalau dengar aje lagu ni sure terbayangkan suasana kampung waktu pagi raya dengan takbir sedang berkumandang.., perghh.., sayu je suasana pagi raya tu.., dengan sinar matahari yang suam suam kuku baru nak muncul di ufuk timur sana. **memang nostalgik**

ah.., malas aku nak melayan nostalgia.., berambus kau!

Tuesday, September 23, 2008

dengar ini cerita..

Untuk beberapa hari ni aku tak ada idea nak bercerita tentang apa. Disebabkan terlalu banyak membaca blog orang membuatkan aku terus tak ada idea. Ini kerana ada sesetengah daripada idea aku tu, boleh dikatakan ada persamaan dengan blog orang lain, dan aku terus lupakan hajat nak menulis tentang perkara yang sama. Aku agak kurang senang meniru idea orang walaupun sebenarnya idea tersebut terlintas di fikiran sebelum aku membaca blog mereka.

Aku mahukan idea yang segar dan lain dari yang lain.

Jadi, aku mahu bercerita tentang...., ROIM LORIAHK... (pandai pandailah twist and turn untuk dapatkan nama sebenar.. hehe..)

Pertama kali aku nampak dia adalah kira kira 11 tahun lepas, sekitar bulan May 1997. Waktu tu aku bekerja dengan sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh kerabat Perak dan Pahang **sekarang syarikat kewangan tersebut dah gulung tikar** Dia datang ke pejabat cawangan tempat aku bekerja tu kerana menghadiri seminar. Masa tu, yang membuatkan aku tertarik dengan dia selain dari rupa dia yang agak menarik **ikhlas ni bang, bukan bodek.. hehe**, adalah motor Suzuki TXR yang dia bawak **aku kurang pasti motor model apa, tapi kaler hijau.., pergh.., lagi menambahkan daya penarik dia..**

Aku dah lupa masa bila aku boleh terperasankan dia, tapi sejak dari saat tu aku memang dah rasa macam minat la pulak.., sampai ke tahap aku boleh gatal mulut bertanya pada kawan satu pejabat pasal dia. Aku tanyakan nama dia, branch mana, bila dia start kerja.., dan kawan tu pulak dengan rela hati memberitahu aku semua details yang aku minta.

Tak tahu pulak aku yang later on, kawan satu pejabat aku ni pergi bawak mulut dia **padahal dia lelaki, mana ada mulut nak bawak.. hehehe** beritahu kat dia ada awek kirim salam.. ** eee.. pepandai je kawan aku tu kata aku kirim salam, padahal aku tak ada langsung kata kirim salam kat mamat tu**. Yang peliknya tu, boleh pulak dia meneka dengan tepat awek mana yang kononnya berkirim salam tu.. pergh.., agaknya dia pun dok mengusha aku kot? **hehe.., ingat ayat ni? siapa usha siapa?**

Aku bengang jugak dengan kawan sepejabat aku tu, nama je lelaki tapi mulut macam perempuan, tapi kalau bukan disebabkan mulut tempayan kawan aku tu, tak mungkin aku dapat berkenalan dengan dia. **Thanks Rosli...**

Nak kata terus berkenalan pun tak jugak, lebih kepada main jeling jeling, pandang pandang aje dulu. Aku mana berani nak pergi tegur orang dulu, memang bukan sifat aku yang dah terkenal pemalu ni **cheh! pemalu konon!**

Peluang berkenalan yang sebenar cuma datang pada satu tengahari Sabtu yang bertuah. Aku belum nak balik lagi selepas habis kerja, and then ada satu phone call masuk, bertanyakan Mat, aku jawab dengan suara lemah gemalai lagi mendayu "Mat dah balik", kemudian suara garau kat hujung sana bertanya lagi, "siapa ni?" Tiba tiba aje aku rasa macam "apsal aku rasa macam kenal je suara ni? tapi ah.. tak mungkinlah"

Then, dengan suara mendayu lagi aku jawab sambil menyebut nama aku.., suara kat sebelah sana pun macam terkejut bila dengar nama aku.., then konon malu malu segan segan aku tanyalah pulak "ni sapa ni?"

Apa yang terjadi selepas tu, adalah sejarah... **the rest is history**

Sejarah yang boleh aku katakan terlalu panjang, terlalu lama, seolah tiada kesudahan, hilang bertahun kemudian berjumpa semula, dengan 1001 cerita yang kalau dibukukan memang boleh masuk "Best Seller list" **hahaha, yolah tu!**

Kami bermula sebagai kawan berborak melalui telefon, **dalam telefon boleh borak sakan, tapi jumpa hanya sekali aje dalam tempoh 97-2003 tu? kesian**

to be continued...

Monday, September 22, 2008

demam.... RAYA!

aku demam panas sepanjang 4 hari lepas. Suhu badan sekejap panas sekejap sejuk. Bila berpeluh habis basah lenjun cadar tilam.., tapi bila sejuk terasa tak cukup selimut. Mujur hari ni dah makin pulih. Tapi tekak pulak terasa pahit. Sungguh tak sedap untuk menelan sebarang makanan pun. Terpaksa tolak dengan air. Itupun terasa seperti mahu keluar semula.

Jadi selama 4 hari juga aku terpaksa menggantikan puasa aku nanti. Sigh.., tak larat bila demam panas macam ni.

+ + + + + +

Yeay, lagi seminggu saja nak raya!

Tapi aku tak terlalu excitedkan hari raya tu, tapi lebih excited pada minggu kedua raya sebab abang akan turun ke KL untuk beraya bersama dengan aku. Owh.., yang pasal putus tu.., err.., tak jadi.., hampir hampir.., tapi aku sanggup ketepikan ego, ketepikan apa apa sajalah, asalkan tidak putus. Tak sanggup aku...

Friday, September 19, 2008

putus..

tak ada entry hari ni, tak sihat.., hidung gatal.., mata berair.., aku demam.

aku baru je putus cinta.., hehe.., percaya ke?

cinta putus? putus cinta?

kelakar..

**dah.., jangan layan sangat.., kepala terasa ringan saja, pasal tu main taip apa saja yang terlintas**

Bila seseorang dah hilang dari hidup kamu, barulah kamu terhegeh hegeh mahu menghargai dia..
too late.., it's too late..

Thursday, September 18, 2008

bossy.., macam bagus aje..

I hate perempuan yang kononnya dia handle everything dalam company kecik ni, and trying very hard to show her power. And she's on H&R Executive, or maybe sikit masa lagi naik ke manager. Heh.., manager ke? Lantaklah manager pun, she still a kuli like me.

Kerja despatch pun dia nak control. Just send ajelah the cheque over to our office. Bukan susah pun, takkan nak suruh aku yang tak ada transport ni pergi collect kot? Berkira sangat. Sampai my boss husband and wife memekak kat telinga aku, buat apa sumbat all the complaint kat telinga aku ni, complaint la kat dia, aku dah buat kerja aku.

Aku dahlah penat ni, mengantuk tak tidur dari semalam. Karang aku jadi hijau baru padan dengan muka korang semua.

aku jeles dengan perempuan yang dah berkahwin..

dunia cyber ni kecil. Aku sangkakan ianya luas. Ulang alik aku berjumpa dengan orang itu juga. Atau mungkin aku yang mencari mereka? Heh..

Jenguk ke blog puisitepijalan tadi, dan klik klik ke komen yang dihantar, klik punya klik terjumpa link ke blog seorang daripada forumer amnet yang boleh kata aku kenal jugak lah.., nickname nya ialah flarengirl.., pergh.., kecilnya dunia.., but nevermind.., kami bukan kenal rapat pun, cuma yelah.., bila dah terjumpa blog seseorang yang dikenali terasa macam.., sigh.. rindunya aku nak masuk Amnet semula.

Lupakan Amnet, akupun tak kemaruk nak masuk ke forum yang disiplinnya mengalahkan sekolah agama, aku dah lupakan dunia forum, biarlah aku selesa dengan blog picisan aku ni saja. Aku nak berkisah tentang entry blog puisitepijalan tadi.

Aku bukan nak curi idea dia, cuma aku ni pemalu nak tinggalkan komen, entah kenapa nak malu pun aku agak kurang faham, bukannya dia nak baham aku kalau komen aku merapu sekalipun..

Dia berkisah tentang wang dan menjadi surirumah. Heh.., surirumah? My dream job.., kalau dulu my dream job konon nak jadi itu, nak jadi ini.., but at this age.., semua cita cita tu dah tak bermakna kerana aku cuma mahu menjadi yang satu ini saja, iaitu surirumah tangga.

Aku dah penat bekerja dengan orang selama berbelas tahun, tak ada pencapaian apa apa pun, aku tetap kuli juga. Jadi, daripada aku menjadi kuli orang seumur hidup aku, ada baiknya aku menjadi surirumah dan melayan kerenah sang suami daripada melayan kerenah boss yang menyakitkan hati.

Boss hanya memberikan aku gaji setiap hujung bulan, dan bila dapat gaji tu hati tetap tak senang, tapi kalau suami bagi cuma rm50 sebulan pun, dah cukup menyenangkan hati dan rasa bahagia selalu. Heh..., betul ke? cukup ke rm50 sebulan? tipulah..

Maybe aku ni terlalu idealistik.., mana ada cukup dengan rm50 sebulan, ingat dengan cinta boleh kenyang ke? Cuma mujur aku ni bukan jenis meminta minta, paling tinggi aku minta pun, "abang, nak makan KFC?"

Aku cuma mahu makan saja, aku tak minta "abang belikan kasut, abang belikan baju, abang belikan beg". Eh, lupa, aku ada meminta dia belikan aku kerongsang, 2 untuk RM3 kat Sinma.., itu saja.

Semua benda tu kalau aku nak, aku beli dengan duit sendiri. Tapi, kalau dah tak bekerja, mana nak korek duit? Dahlah aku ni boleh tahan boros.., hmmm.., biar aku fikirkan jawapannya dulu, ya.., esok aku jawab. Owh, aku dah dapat jawapannya, aku buat kerja dari rumah, walaupun hanya menjadi surirumah, aku tetap akan bekerja. Bekerja dari rumah, aku boleh menjaga anak anak orang, aku boleh berniaga kuih muih **mak dia seorang tukang masak yang handal, aku boleh belajar dengan mak dia.. hehe (sengih.., muka tak malu, nak belajar dengan mak orang)**

Apa apa pun, aku cuma mahu menjadi suri rumah. Aku tak mahu menjadi seseorang yang berjawatan besar tapi bila pulang ke rumah, segalanya kosong, sunyi sepi saja. Aku mahu biarlah kehidupan aku sederhana, tapi bila pulang ke rumah, ada seseorang untuk aku berbual dan bermanja. Ah.., jeles baca blog puisitepijalan dan blog sueannajoe yang mana kedua duanya baru saja melangsungkan perkahwinan.

Aku bila lagi?

insomnia? tak dapat tidur?

Semalaman aku tak dapat tidur. Insomnia. Mata mengantuk tapi fikiran bekerja. Dah membilang biri biri sehingga yang ke-100 pun masih belum mahu lelap. Dah berzikir sehingga yang ke-1000 pun masih juga mata ni cerlang. sigh.., kenapa ni?

Dia tak call. Sejak dari terjaga pukul 1.30 pagi, sehinggalah ke pukul 4 pagi, aku give up. Aku berbisik sendiri dalam hati "that's it, i'm not going to sleep, i'll wait till 5 am and having my sahur"

Kalau tak silap hampir 10 sms aku hantar masuk ke inbox dia, satu pun tak berbalas. Mungkin dah terlena keletihan, memang 2-3 hari ni dia agak sibuk, tapi aku hanyalah seorang perempuan yang mengada-ngada, tak boleh tidur kalau tak mendengar suara dia dalam sehari.

Puas berkalih ke kiri dan kanan, aku duduk tegak sambil memandang dinding yang kelam, mata dah rabun, ditambah dengan kegelapan malam, yang aku nampak seolah lembaga yang menakutkan, tapi aku tegak juga duduk. Mata berkelip kelip.., aku merayu.., tolonglah mata, tidurlah.., lelaplah..

Malam sebelumnya aku terlelap selepas airmata berjuraian.., dia kepenatan dan hanya mampu berbual dengan aku selama sejam saja, berbanding sebelum ni 2-3 jam pun dia sanggup menemani aku. Heh.., aku makin mengada-ngada.., tulah.., siapa suruh dia manjakan aku?

paranoid.., terlalu sensitif, perasa.., cengeng.., aku rasa sesuai sangat dengan aku. Tidur sajalah kalau dah tak ada call masuk, ini tidak, mahu ditunggu juga. Sudahnya sampai tak tidur sehinggalah ke saat entry ini ditaip.

Itulah, lain kali jangan jadikan berbual hingga lewat malam tu satu rutin, sebab bila sekali tiada, akan terasa kehilangannya.., sementelah mata aku ni dah di set untuk terjaga dengan sendirinya tepat jam 1 pagi.

+ + + + + + +

selepas sahur, masuk sms dia, owh.., hati yang berang mahu saja mendiamkan diri, tapi jiwa yang rapuh terus saja mengalirkan rasa dan menggerakkan jemari membalas dengan nada sayu..., sigh.., perempuan.., mudah saja mengalah..

Tuesday, September 16, 2008

hari selasa yang sangat EMO!

aku akan kurangkan sifat mengada-ngada aku ini.
aku akan kurangkan kebergantungan aku pada orang.
aku kena berdikari.
kalau dia sibuk, biarlah.., usah aku hujani dia dengan seratus satu soalan kebudak-budakkan..
aku bukan 16 atau 17 tahun lagi..
aku sudah menghampiri 35 tahun..

kalau dia tak sms untuk satu hari pun..
biarlah.., aku kena tahu dan perlu tahu..
apa yang patut aku lakukan..
untuk mengisi masa senggang itu..

usah terlalu mengharap untuk dia sentiasa ada..
mungkin ada masanya dia tiada..
bersedia untuk menghadapi saat dia tiada..
supaya aku tidak tersesat lagi..

aku harus, mesti, wajib..
berfikir dan bertindak seperti wanita 35 tahun yang lain..
ucapkan selamat tinggal..
pada kisah sedih dulu dulu..
langit tak semestinya mendung sepanjang hari..
tiba musimnya.. mentari akan bersinar cemerlang..

aku bukan lagi aku yang dulu,
yang termenung di tepi anjung rumah..
dan membuang pandangan kosong...
saat keranda arwah ayah di usung pergi ke kuburan..

aku mahu hentikan tangisan dalam hati ini..
kerana sudah sampai masanya
untuk hilai tawa yang hilang dulu
kembali semula..
membingitkan seluruh alam maya ini..

aku sedih hari ni, see airmata dah meleleh kat pipi..

http://puisitepijalan.blogspot.com/

Aku terjumpa blog yang menarik ni sewaktu menziarahi blog sueannajoe. Yeah, macam biasa aku suka berjalan jalan di dunia tanpa sempadan ini untuk membaca kisah hidup manusia lain, mana tahu mungkin ada yang menarik dan mungkin ada yang boleh aku jadikan tempat persinggahan tetap aku, sementara melayan sunyi tak ada kerja kat office ni.

Ianya sebuah blog yang menarik, dan boleh aku katakan, tulus. Membaca karya dia, membuatkan dada aku sebak dan memberat, mata seolah digenangi air, dan membuatkan aku teringatkan arwah ayah.

Baru saja semalam aku membuka jiwa aku yang sebenar pada dia.., dengan bercerita sedikit tentang keluarga aku, hari ni aku berjumpa pula blog yang sebegini tulus kisahnya? Aku tak tahu nak terangkan bagaimana, kalau berminat just click saja address kat atas tu.

+ + + + + + +

Aku tahu, takkan selamanya aku akan berada dalam kesedihan, mungkin sampai masanya aku akan merasa gembira juga. Hishh.., apsal pulak muka aku tercebik cebik ni? huhu.., mata pulak kabur.., kolam nak pecah ke?

Cuma satu perkara yang aku faham, dengan perginya ayah dari dunia ni, ikut bersamanya ke liang lahat adalah kenangan manis dan pahit keluarga kami. Aku tidak lagi aku yang dulu.., kerana aku nampak mak tidak mampu menyatukan kami anak anaknya, hanya arwah ayah saja yang mampu membuat kami adik beradik teruja untuk pulang ke kampung.

Bukan salah mak, bukan salah siapa siapa.., cuma mungkin sedikit kesilapan teknikal di mana mana.., mak masih mak aku, yang melahirkan aku, dan membesarkan aku, yang memberi aku kehidupan, yang mengajar tentang pahit getir hidup di dunia ni.

Cuma mungkin kami adik beradik tidak di ikat dengan jalinan kekeluargaan yang kukuh.., selepas pemergian ayah. Mungkin benar bila nakhoda kapal tiada, anak anak kapal pun bergelandangan mencari arah sendiri.., dan itulah yang berlaku pada kami adik beradik. Aku tak salahkan abang abang, mereka dah berusaha yang terbaik untuk menjadikan kami satu keluarga semula.., cuma mungkin kerana mereka ada komitment terhadap keluarga masing masing, yang menjadikan aku, satu satunya adik mereka yang masih tinggal, kelihatan seperti layang layang terputus tali.

Eh..., ini cerita pekung di dada, kenapa mesti aku hebahkan? Buat malu diri sendiri saja..

+ + + + + + +

Terima kasih pada dia yang mendengar dan memberikan aku idea. Raya nanti, selepas aku pulang ke KL, aku akan ziarah rumah abang dan adik aku. Tak kisahlah mulut kakak ipar celupar macam apa ke, aku bukan nak berjumpa dia, aku cuma mahu berjumpa dengan abang aku.., abang kandung aku..., pengganti pada arwah ayah yang sepatutnya menjaga aku.., bukannya dia.., yang tak kaitan langsung dengan aku...

aku bukan tanggungjawab dia, tapi aku adalah tanggungjawab abang abang aku.

Ayah..., walaupun kadang terasa sebak bila teringatkan ayah, aku hanya mampu menghadiahkan Alfatihah dan rasa rindu seorang anak pada ayah...
mungkin pemergian ayah terlalu cepat...

Amin....

Monday, September 15, 2008

gossip girl..

This morning i had a conversation with my bf. He said something about me like to gossip about people and actors only. I told him "abang tak kenal sayang lagi?"

Aku rasa aku adalah perempuan yang paling kurang bergossip tentang orang lain. Aku juga perempuan yang paling kurang membaca majalah hiburan murahan ala Mangga, Hai or URTV, or Media Hiburan. Semua tu dah aku tinggalkan about more than 5 years ago.

Aku lebih dikenali sebagai perempuan yang pendiam dan tak banyak cakap, dalam keluarga pun macam tu. Orang lain bawak mulut bercerita tentang aku, tapi aku tak pernah pun bawak mulut bercerita tentang diorang. Paling kuatpun kalau aku dah tak tahan, aku mengadu saja pada dia.

Aku rasa aku lebih banyak bercakap dengan dia.., berbanding dengan kawan kawan ataupun keluarga sendiri. Aku pun tertanya-tanya juga, ada kawan ke aku ni? huhu.., maybe ada tapi aku saja yang suka menjauhkan diri daripada mereka.

Kalau aku berjumpa dengan Afi dan Noraini pun, mereka yang banyak bercerita. Kebiasaannya cerita tentang perkara ataupun orang yang aku tak berapa kenal, disebabkan tu aku lebih banyak mendengar daripada bercakap. Diorang berdua pun kalau dah bercakap memang tak ingat orang keliling, that's why aku malas nak menyampuk cerita diorang..

Paling banyak aku bercerita pun dengan Sabariah, teman sepejabat semasa di syarikat insurans dulu. Dia suka bercerita tentang jiran-jiran dia, tentang keluarga dia, tentang kisah mak dia sakit dan bagaimana dia menjaga maknya sehinggalah arwah meninggal dunia. Kadang dia bercerita tentang anak anak dan suaminya. Seperti biasalah, aku hanya mendengar, paling tidak pun menyampuk apa yang patut.

Selalunya apa yang aku dengar terhenti di situ. Aku tak ada pulak menjaja sekitar kampung akan cerita yang aku tahu. Selalu juga Sabariah memberitahu aku begini "kau jangan cerita kat orang lain pulak". Heh, aku tersengih saja.., Sab.., Sab.., kau ingat aku nak bercerita kat siapa? Paling tidak pun aku akan bercerita kat pakwe aku aje.., tapi aku rasa tak pernah sekalipun aku cerita apa apa kat dia. Kau jangan risaulah.., gossip kau selamat dengan aku..

Sama juga sewaktu aku bekerja di Kelana Jaya dulu. Aku rapat dengan seorang guru muzik dan seorang staff di sana, dan masing masing pun kadang kadang ada juga bercerita kisah sensasi tentang orang lain pada aku, tapi kisah yang aku dengar memang akan berhenti di situ, kalau ada yang tersebar pun, ianya bukan dari aku. Aku berani jamin kerana aku memang bukan jenis yang suka jaja kisah orang.

Paling aku suka pun, komplain pasal dia kat kawan kawan.., hehe, dia cukup benci perangai aku yang satu ni, suka sangat mengadu kat kawan kawan pasal dia.., tapi itu dululah, sekarang dah tak ada.., sekarang apa pun yang dia buat, aku tahan je dan simpan dalam hati..

Cuma yang aku agak tak puas hati, ada ke patut dia kata aku pilih bulu? Heh, aku tak pernah memilih siapa pun nak dijadikan kawan, tukang cuci indon pun aku boleh kawan kalau mulut dan perangai dia baik. Tapi kalau dah jenis mulut tak makan saman dan berlagak tak tentu hala, dah tentulah aku pun tak berkenan.

Sewaktu di Kelana Jaya dulu aku ada beberapa kawan rapat yang terdiri dari kaum cina dan india, yang memang sama sama suka berborak tentang apa saja dan kalau ada perayaan tertentu, memang aku akan pergi kerumah mereka untuk meraikan bersama. Jadi tak semestinya aku memilih kawan.., aku okay dengan sesiapa asalkan dia tak berlagak..

aku memang menyampah dengan orang yang berlagak dan mulut macam .., perghh.., tak boleh blah...

owh ya, lagi satu jenis orang yang aku agak tak berkenan, someone yang terlalu happening dan bingit. Kalau dia datang aje mulalah kecoh satu dunia.., seolah macam dunia ni akan tertumpu pada dia seorang saja, sampaikan orang yang tak dikenali pun akan menoleh sama. Aku mengenali ramai orang yang sebegini, tapi biasanya aku just senyum and then blah.., hehe.., aku kurang berkenan dengan orang macam ni.

Mungkin disebabkan sifat aku yang agak pendiam ni membuatkan aku agak kurang popular dikalangan teman teman sepejabat. I dont mind being not so popular.., bukan sifat aku pun untuk berada in front of the limelight.

Aku selesa berada di belakang pentas saja. Disitulah tempat aku memerhatikan segala yang berlaku dipentas dunia ni..**walaupun sometimes aku adalah pelakonnya yang akan keluar ke pentas**

i'm waiting with bated breath..

Aku tak pandai bercakap tentang politik. Tak berminat pun, tapi bila membaca beberapa blog yang secara kebetulan terjumpa semasa sedang merayau rayau kat cyberworld pagi tadi, membuatkan aku terfikir sejenak tentang kekalutan yang melanda politik negara beberapa bulan kebelakangan ni.

Bermula dengan kes liwat, kemudian Datin Sri Wan Azizah meletakkan jawatan, kemudian pilihanraya Permatang Pauh, dengan kes Datuk Ahmad Ismail yang seolah menjadikan keadaan agak tegang sedikit dengan kenyataan dia yang agak kontroversi tu, dengan entah apa apa lagi yang akan berlaku selepas ni, dan yang paling aku nak tunggu is 16 sept nanti, meaning esok.., apakah yang akan berlaku esok?

Apakah yang sedang berlaku sekarang? Bila membaca kesemua blog tersebut membuatkan aku berfikir sejenak, dan bertanya kembali pada diri sendiri, adakah betul sokongan yang aku berikan selama ini terhadap Datuk Sri Anwar Ibrahim?

Seperti yang aku tulis awal awal tadi, aku tak pandai tentang politik, jadi mungkin sokongan yang aku tunjukkan nampak seperti membabi buta **oppsss**, ataupun mungkin lebih kepada simpati semata mata, ataupun dengan ayat yang lebih tepat, NAIVE..

Aku memang rakyat yang naif.., tak mengerti apa apa pun muslihat yang tersurat dan yang tersirat, yang aku nampak hanyalah dipermukaan saja, aku tak mahu berenang terlalu dalam kerana takut aku akan berjumpa dengan jerung didalamnya nanti. Aku takut jerung.., jadi ada baiknya aku bermain main dengan air di permukaannya saja.

Sekarang ni pemikiran dan sokongan aku sedikit goyah. Mahu terus berada dibelakang atau pun berundur sedikit dan perhatikan saja apa yang akan berlaku selepas ini. Memang benar apa yang bloggers lain katakan, makin penat dan makin menyampah untuk mengikuti apa yang berlaku sekarang ni...

Ada baiknya aku steer away from all this.., maybe i should shut my mouth.., but.., what's wrong if i want to say something? Aku pun buang undi jugak. I'm not smart but at least i have my own opinion.

How i wish all this drama ended as soon as possible. Tak ada siapa pun get the benefit from all this chaos. Semua akan suffer if something happen to our beloved country.

Maybe in the future, i should think first before aku membuang undi secara membabi buta **oppsss.., again those word ba** pop up in my blog.., many apologize**

mamma mia!


Aku teringin nak tengok cerita ni. Hari tu masa menonton Wall-E, dan juga sebelum sebelum tu, semasa sedang menunggu tayangan filem, dah kerap aku tengok promo cerita ni, dengan lagu lagu ABBA yang nostalgik tu, kemudian dengan scenery kepulauan Greek yang eksotik.., kemudian dengan sinopsis yang quite ok.., membuatkan aku agak excited nak tengok.

Rather than menonton High School Musical 3 yang agak kebudak-budakkan, baik tengok Mamma Mia!, sama saja pun genre kedua filem ini, iaitu musical.

Nampaknya makin hampir ke penghujung tahun, sunyi pulak panggung wayang, tak ada filem box office macam kebiasaan, owh lupa, James Bond dah nak keluar, Quantum of Solace? err.., lupa pulak apa tajuk dia.

Mungkin dalam dua tiga minggu ni kita semua tak ada mood nak tengok wayang, sebab masing masing dah start mood nak beraya. Tinggal 2 minggu saja lagi sebelum kita semua menyambut Syawal.

Sigh.., syawal.., macam tak ada yang menarik saja. To me, it's just another long and boring holiday spent at hometown.., nothing new.., tak excited.., mungkin tak akan memakai baju raya pun, maybe baju raya aku is just a plain white tee and a kain batik.., hahaha.., that is my uniform every pagi hari raya.., pathetic right?

Dont bother to ask me why. It's just me and my.., well.., i dont know.., anyway.., looking forward for it.., for the boredom and loneliness... huhu..

Friday, September 12, 2008

i should be more organized

I was late again this morning.

That damn motorola handphone of mine are really useless. I did on the alarm last night, but it didnt ring in the morning.

Kebiasaan, bunyi yang perlahan pun boleh membangunkan aku, tapi pagi tadi, langsung tak terjaga. Aku tak bersahur kerana sedang berhoneymoon.., yeay.., seronok boleh makan.. huhu..

Bila terdengar sms dari dia, dengan rasa kantuk yang bersaki baki, aku tengok jam, what??? pukul 6.45 am? Eh, dah lambat ni.., bergegas aku bangun terus keluar bilik tidur dan masuk pulak ke bilik air. mandi pun ala ala P. Ramlee aje.., huhu.. **banyak la mandi ala P. Ramlee.., ingat aku selesa?**

One thing about me that i dont quite like is "aku cepat gelabah".

Bila aku dah start gelabah, aku akan mula berfikir yang bukan bukan. Semuanya aku akan fikirkan dan sehingga ke satu tahap aku akan mula bercakap "salah aku ke sampai aku terlambat pergi kerja? Sebab aku tak organized my life betul betul ke sampai jadi macam ni? am i an unorganized person? "

Padahal, semua tu not my fault, it's that DAMN motorola handphone yang tak berbunyi pagi tadi...

sigh.., benda kecik pun boleh buat aku paranoid kan?

+ + + + + + +

I think I AM unorganized.., tak teratur.., tunggang langgang.., main redah aje..,

orang lain boleh aje susun life diorang one by one.., tapi aku tak.., i do things at one shot and when things get upside down.., aku mula gelabah. yeah.., that's me..

Aku perlu berubah untuk jadi lebih teratur dan tersusun. I'm getting older.., i should have been more organized at this age.., apa yang perlu dilakukan dan bila, kenapa..., di mana, bagaimana.., semuanya..

sigh.., susahnya nak berubah!

it's a boring day..

2 hari aku bersendirian kat office. Boss aku entah lesap ke mana tak masuk masuk. Mungkin sibuk mencari client dan membawa masuk sales. Dah naik penat aku mengadap polyvore selama 2 hari ni. Main game solitaire pun dah sampai nak termuntah. Haiii.., bosan sungguh..

+ + + + + +

Last night i'm having trouble going to sleep again. I was tossing and turning around like there is something under my bed that keep biting my body. I was feeling disturbed again by our fight before that. Disturbed and hurt. Try to forget and shut my eyes but the heavy feelings inside didnt allow me to sleep.

Forced myself to cry but there's no tears. I'm dying and i can't go on like this. I have to let go my ego and selfishness if i truly love him and wanted him to stay in my life. Tried to calm down and think of something good about him. So many good things about him that i cannot ignore just like that. After a while, i try to call him again, no answer. I send him sms.., accusing him of trying to ignore me and made me unable to sleep. He reply not long after that.., and everything back to normal again...

+ + + + + +

ah.., bosan duduk seorang diri.., bila nak pukul 5 ni?

Wednesday, September 10, 2008

so in love with you..


married life is wonderful..

Aku terbaca somewhere in other blog yang mengatakan apabila lelaki dan perempuan muslim mahu mendirikan rumahtangga, setan setan akan lari bertempiaran kerana ketakutan. Ini kerana perkahwinan tu kan selalu diumpamakan sebagai mendirikan masjid, dan masjid itu bukankah rumah ALLAH? Jadi pasal tu lah setan setan tu bertempiaran lari.

Akupun terfikir juga, mungkin ada kebenarannya kerana cuba lihat pasangan yang belum berkahwin, kenapa selalu sangat terjebak dalam kancah zina dan maksiat? Itu sebab pasangan tersebut dikelilingi oleh setan iblis yang selalu menghasut mereka supaya melakukan zina.

Subhannallah.., minta dijauhkan lah aku daripada setan setan yang mahu mengkhayalkan aku..
Sebab tu perkahwinan diwajibkan. Supaya selain daripada terhindar daripada godaan iblis dan setan, kita juga akan ada seseorang sebagai teman berbual, bercerita, paling tidak pun bergaduh. Aku paling suka bab bergaduh.., sebab bila bergaduh barulah perangai sebenar pasangan akan terserlah.., sama ada dia panas baran ke, penyabar ke atau pun jenis buat tak tahu saja.

Aku pun sebenarnya mahu dan teringin dan bercita cita mahu mendirikan rumahtangga, supaya setan setan yang selalu menghasut aku sebelum ni bertempiaran lari dan tak akan mengganggu aku lagi.., tapi malangnya banyak pula halangan.., sama ada halangan yang datang dari diri sendiri ataupun faktor luaran yang memang tak mampu untuk aku kawal.

Risau juga nanti bila selalu berdua duaan dengan dia, lain pulak jadinya.., daripada membiarkan setan bertepuk sorak bila menyaksikan dua makhluk melakukan zina, baik kahwin saja dan duduk dalam sebuah ikatan perkahwinan yang dah tentu selamat.., sebab rumahtangga kan ibarat mini masjid? Lebih baik duduk dalam masjid sebab akan selalu mendapat rahmat ALLAH dan dilindungNya selalu.

+ + + + + + +

Tahu siapa yang aku selalu jadikan contoh seorang isteri yang baik? Dia tak lain dan tak bukan Aishah R.A, iaitu isteri bongsu Nabi S.A.W. She's young, sweet, playful and soft yet she's patuh dan taat pada suruhan ALLAH dan juga Nabi.

Aku pernah menghasilkan puisi beberapa tahun lepas, yang aku berikan pada dia.., tapi malas lah nak share kat sini sebab puisi tu terlalu panjang, lagipun ianya agak private, so tak dapatlah nak aku kongsikan disini. Aku ada menyebut dalam puisi tu yang aku mahu menjadi seperti Aishah R.A.., yang periang, taat dan Nabi pun sayangkan dia diantara isteri isteri yang lain.

Banyak sebenarnya contoh yang Nabi dah tunjukkan bagaimana kalau berkahwin dengan anak dara yang muda daripada lelaki tersebut ataupun kalau berkahwin dengan janda bagaimana keadaannya, begitu juga kalau berkahwin dengan yang umurnya sebaya.

jangan lah lelaki hanya nak ikut yang contoh berkahwin dengan yang muda belia saja..

Tuesday, September 9, 2008

Until you...

Boring. Duduk sorang sorang. Tak ada kawan. sms pun tak masuk. Tidur agaknya. ataupun sibuk.

since last sunday i've always thinking about him, walaupun malam semalam he made me sleep feeling sad and frustrated. Not as always, he made me sleep smiling and dream of heaven..

Ah.., tak pandai berbahasa omputih, nak jugak tulis. Tak bestlah.., walaupun kadang rasanya bahasa omputih tu sound romantic.

Aku tahu dia rajin baca blog aku ni, bukan sebab blog aku ni best sangat tapi sebab dia adalah Lembaga Penapis aku.., hahaha.., jangan tak tahu.., blog ni ada LPF...**gurau je**

Since last sunday juga aku tersedar tentang satu perkara.., dan bila aku luahkan perkara tu pada dia, perasaan yang tiba selepas tu terasa nyaman saja.., dan secara automatik.., sesuatu yang hampir hilang dulu muncul semula..., jangan tak percaya.., aku jatuh cinta lagi untuk kali yang ke sejuta kali dengan orang yang sama..., **blush**

Memang aku ada beritahu dia tentang my confusion.., keliru tentang itu ini.., tapi once aku dah luahkan pada dia.., kekeliruan tu pun hilang.., entah pergi mana.., yang ada dalam fikiran, i want my old feeling back.., i want to be a good woman.., dan tak kiralah dia nak torture aku dengan rasa tak percaya dia sampai bila bila pun, aku akan tetap.., be a good woman.., aku nak buang TEMPER aku ni jauh jauh..

Aku tahu the feeling is still there.., tak pernah hilang pun. cuma mungkin tergelincir seketika.., tapi sempat dia tarik semula.., kalau dia biarkan mungkin perasaan tu akan hilang selama lamanya..

**lagu background "You and Me - Lifehouse".., antara one of our favorite song**


Aku tahu dia sebenarnya seorang lelaki yang baik dan tetap pendirian serta kuat jati diri.., tak seperti lelaki lain yang hanya tahu mengambil kesempatan dan merosakkan anak dara orang. It's very rare to find a guy like him dikalangan lelaki melayu zaman sekarang ni.

Oh.., sebelum aku habiskan blog ni, last sunday juga aku melayan novel romance karya Judith McNaught yang dah berpuluh kali aku ulang baca.., bertajuk "Until You".., eh.., kebetulan pula.. hehe..

i'm hurt

Aku agak terganggu sedikit semalam. Terganggu dengan kisah kisah lampau dia. Sebenarnya bukan sengaja pun, ianya memang tindak balas semulajadi seorang perempuan, hati rasa sakit tapi keinginan untuk tahu membuak buak. Sudahnya tidur ajelah dalam keadaan tak puas hati.

Aku agak sedih juga bila mendengar dia memberi penerangan tentang perempuan perempuan yang hadir dalam hidup dia sebelum ni secara terperinci. Terfikir juga, kalau dia menerangkan tentang keadaan fizikal aku, apa perkataan yang akan digunakan agaknya ya?

Hmm, mungkin perkataan yang berikut kot? Agak berisi, sedikit temper, muka bulat tak adalah lawa sangat... sigh..., **hakikatnya memang aku macam tu pun..**

Tapi perempuan lain, tinggi, kulit putih, body cantik.., pakaian sexy.., hati perempuan mana lah yang tak tercalar? Bukankah perkataan perkataan tersebut boleh membuatkan aku merasa low self esteem?

Aku rasa macam, mungkin i'm not up to their standard.., bukanlah aku nak dipuji puja selalu.., memang aku tak cantik jelita pun.., semua yang aku ada dah kurang kesempurnaannya atas faktor usia yang semakin meningkat, tapi yelah kan.., dah namanya pun perempuan.., mulut kata tak apa, dalam hati rasa disiat siat...

Terkadang aku rasa takut juga.., mana tahu di masa akan datang masih ada lagi perempuan yang akan throw themselves at him.., sepertimana sebelum ni.., dan aku rasa dalam banyak banyak yang menghumban diri mereka pada dia tu, hanya aku saja yang segan segan, malu malu dan takut takut, kononnya tak sepadan.

Tapi memangpun aku sedar diri sebelum ni, kalau tidak mana mungkin aku biarkan saja perasaan yang tersimpan dari awal tanpa pengetahuan dia. Aku sekadar mampu melihat dan mendengar tapi tak mampu menggapai. Walaupun itu semua kisah 10 tahun silam, aku tetap juga berasa agak kurang berkeyakinan.., mana tahu mungkin datang seseorang yang lain bawa dia pergi dari aku...

Memang sometimes aku rasa keliru dengan apa yang berlaku.., dengan apa yang dah aku lakukan sebelum ini, tapi bila aku fikirkan dalam dalam, aku tahu sebenarnya memang dia tak pernah pun pergi jauh dari kehidupan aku. Cuba buang pun dia datang balik..., cuba kikiskan pun makin buat aku rasa sengsara aje...,

Last Sunday, sambil aku duduk dalam bilik melayan perasaan, aku bertanya pada diri sendiri. Betul ke aku sayang dia.., dan nak tahu apa jawapannya? Aku sendiri tak tahu kenapa ada dua suara yang menjawab soalan tersebut, entah dan ya...

aku tanya lagi buat kali kedua, masih sama entah dan ya..

kali ketiga aku tanya, jawapannya.., YA...

meet the latest boy band - JONAS BROTHER!

Aku memiliki keinginan untuk menulis tentang Jonas Brother. Meluap luap keinginan tersebut. Tak peduli kalau di chop sebagai tak sedar diri.. haha..

Nick, Kevin dan Joe Jonas.., mereka bertiga sekarang adalah fenomena di kalangan budak budak remaja perempuan tak kira dimana pun, baik di US, ataupun dirumah aku yang hanya seluas lebih kurang 800 kaki persegi tu. Dan bila menonton Disney Channel yang menayangkan visual budak perempuan menangis, terpekik terlolong hanya kerana dapat melihat bayang mereka disebalik cermin bas.., aku tersengih seorang diri. I'm so been there done that la babe!

I mean, tak adalah sampai terpekik terlolong okay, tapi menangis tu.., err.., boleh kata selalu la, lebih lebih lagi bila tengok gambar mamat kat bawah ni;


























Ada sesiapa ingat lagi dengan this handsome face? Ya.., tak salah lagi, he's Jordan Knight from NKOTB. Kalau yang dah berumur pertengahan dan lewat 30-an tu, tentu ingat dengan boy band ni. Mereka merupakan boy band yang sangat famous sekitar late 80's sehingga awal 90's. Boleh dikatakan mana mana budak perempuan yang sebaya dengan aku sekitar tahun 88-91 memang histeria habislah kalau mendengar lagu mereka berkumandang di radio. Sehinggakan aku sendiri pernah berusaha mahu ke Singapura seorang diri hanya kerana begitu teringin mahu berjumpa in person dengan Jordan Knight! Bayangkan gila bayang ke tak tu.., mujur tersangkut kat Jabatan Imigresen, sebab suddenly bila dah sampai ke sana, perasaan takut dan gerun tu muncul pulak tanpa diundang, yelah sebab sebelum tu mana nak fikir takut ke apa ke, yang difikir excited nak tengok NKOTB perform live depan mata.

Sudahnya, tak jadi aku nak buat pasport dan melepaslah satu satunya peluang menonton konsert mereka. Tak silap aku sekitar tahun 1991. Just imagine baru berusia 19 tahun dah ada cita cita nak ke Singapura menonton konsert seorang diri. Mujur tak kesampaian, sebab kalau tidak dah tentu aku akan berani pergi ke tempat yang lebih jauh lagi, sebab memikirkan Singapura pun lepas, apatah lagi tempat lain, betul tak? Entah entah ke Thailand dan Indonesia pun sanggup.. huhu..

Pada aku, Jonas Brother hanyalah melangsungkan saja tradisi yang dah lama bertapak dalam industri hiburan dunia. Setiap zaman akan ada boy band mereka sendiri yang mencetuskan fenomena luar biasa. Kalau zaman 60-an dulu, semua makcik makcik yang sekarang ni dah berusia 60 tahun keatas tergila gilakan The Beatles, tahun 70-an aku agak kurang pasti, tahun 80-an pula muncul NKOTB, 90-an jangan dilupakan dengan kemunculan Backstreet Boys dan N'Sync, itu belum lagi dengan boyband dari Ireland dan UK iaitu Boyzone, Westlife dan Take That.

Bila muncul tahun 2000, senyap sunyi pula band band budak lelaki ni.., sehinggalah out of nowhere suddenly nama Jonas Brother meletup letup macam bertih goreng. So, aku rasa memang tak hairan kalau sekarang nama Jonas Brother hangat diperkatakan sebab generasi 2000 ni belum rasa lagi kehebatan penangan boy band.




macam anak buah aku yang berusia 15 tahun tu. Punyalah excited nak menonton cerita "Camp Rock" yang dilakonkan oleh Joe Jonas dengan Demi Lovato tu. Sampai sanggup skip sembahyang terawih atas alasan yang aku dengar sendiri dari mulut dia " takut mengantuk esok dalam kelas, penat"

Padahal rupanya dia nak mengadap muka this 3 cute boys.. Atikah.., Atikah.., macam lah makcik kamu ni tak pernah lalui semua tu...

Monday, September 8, 2008

conversation with Boss

Teringat aku about a month ago, my boss call me for some personal matter discussion. After quite sometimes into the discussion, suddenly he asked me about golf. Terkejut juga aku dibuatnya. Other than that, he's asking me about the square feet measurement. I dont mind about the square feet measurement, but GOLF? Being in property line, sudah tentu aku kena familiar with the sq. ft, but i think golf got nothing to do with houses, only the surrounding, and so far, i have never come across any client asking for the measurement of the golf field.

How do i know anything about golf? Other than Tiger Wood and that Fijian guy yang namanya ala ala indian tu, and Annika Sorenstam, selebihnya aku tak tahu. My boss asking me if i know what is hole in 1. What? Dengar pernahlah tapi maksudnya mana aku nak tahu. And then he asked me about caps. If let say the player ada 10 caps apa maksudnya. Mana lagi bagus permainannya antara yang hanya ada 5 caps dan 10 caps?

Memang tergaru sekejap kepala, sebab aku memang tak tahu. Tergagap juga aku nak menjawab. And moral of the story? Actually he's asking me about general knowledge other than apa yang aku dah sedia tahu. He's looking at me one kind je bila aku nampak macam blur.

Rasa macam, am i so stupid tak tahu what is HOLE IN 1? Is that a general knowledge? Kalau aku peminat golf, maybe lah jugak, masalahnya aku tak minat GOLF langsung. Yang dia ajak aku berbual pasal golf apa hal?

Caps lagilah aku tak ada idea. But my boss telling me something like kalau lagi banyak caps meaning player tu ada banyak terlepas lubang, something like that lah, kalau less caps meaning dia memang a pro golfer.

After i came out from his room, fikiran aku macam berserabut sekejap. Is it true aku tak tahu about so many things?

Okay, jom check one by one:

Pak Lah is our PM, Anwar menang Permatang Pauh, RPK is Raja Petra Kamarudin (the last one i'm not quite sure), Manchaster City dah ada pemilik baru, which is that Abu Dhabi millionaire, Lee Chong Wei menang perak di Beijing, Micheal Phelps menang 11 emas.., Lewis Hemilton is Ferrari driver, apa lagi? 1 KM sama dengan err..., err.., err.., sorry i'm bad in math.. hehehe

I think i dont need to know everything.., enough with some basic information and in the know of what is happening around me. I know that US will get a new president coming November, no more BUSH, it's either Barack Obama or John McCain, and i know that John McCain trying to win vote by putting his vice president a woman, that Sarah Palin. See.., i know so many things.. hahaha. My boss got a totally wrong impression about me.

Saturday, September 6, 2008

bazar ramadan, i'm coming!

I think the rain is following me everywhere i go.., as today i'm working half day, so it's raining on midday..., and yesterday, right after i stepped out from the office, the water start to tap on my face.., sigh.., why la hujan?

It's raining cat and dog out there.., and i could listen the drop like the sound of waterfall.., and now it's only 12.15.., hopefully by the time 1pm, the rain will stop so that i can go home without getting wet.

Yeay, today i can eat whatever i want, hmm.., still dont get any idea though, on what i want to have for buka puasa later in the evening. I shall browse slowly all the stall at the bazar ramadan and see what will catch my eyes and my taste bud.

+ + + + +

tak sangka rupanya dia terasa hati dengan apa yang aku tulis semalam. Mungkin there's certain things i've left out. Or maybe it's just that my words are not so crystal clear. I dont know, aku hanya menulis apa yang aku rasa. Entahlah..

+ + + + +

Baru aku terfikir, hari raya is just another 3 more weeks. Semalam baru nak apply cuti, and it seems like my boss is reluctant to let me go for a week. Alah, baru a week, bukannya sebulan.., nanti diorang masa CNY pun sama jugak, dah i'm the only one malay here, apa salahnya sacrifice sikit? Benci betul..

Hopefully aku dapatlah bercuti sepanjang minggu raya nanti..

Friday, September 5, 2008

late again..

These two days asyik lambat aje. Bangun dah cukup awal untuk bersahur, tapi bas pulak buat hal. Semalam terlepas bas sebab bas yang sepatutnya aku naik pada pukul 7 pagi, tiba hampir 10 minit lebih awal, aku yang masih berlenggang kangkung berjalan menuju ke perhentian bas, terpaksa berputih meilhat bas tersebut berlalu pergi.

hari ni pulak, bas memang datang tepat pada masanya, tapi jalan pulak jammed teruk, padahal hari masih awal pagi lagi.., jadi terlepas lah bas yang satu lagi sepatutnya aku ambil di Bandar Utama.

Office aku ni sebenarnya boleh dikatakan agak dekat juga dengan rumah, cuma yang menjadi masalah adalah kerana ketiadaan direct transport untuk ke sini. Terpaksa aku menaiki sehingga 3 bas untuk masuk ke kawasan ni. Kalau ada kenderaan sendiri, aku rasa dalam 20 minit boleh sampai, provided there's no jammed on the way coming. If there's a jammed, maybe around 10 minutes at the terowong Tropicana there, kat sana memang padat sikit.

So just imagine how near it is. Nak beli transport sendiri, hmm.., belum mampu lagi.. **kesian**

I need a break...


I need to find myself. Too many things in life makes me confuse. Sometimes i feel like i have lost myself.., i dont know what i want and maybe even worse.., siapa diri aku?

Aku juga kadang kadang terlalu blur.., tak fokus terhadap sesuatu perkara dan kadang kadang, perkara penting aku anggap tak penting. I just simply dont know what is important in life. Aku terlalu banyak menghabiskan masa bersendirian dan membiarkan orang lain mengambil kesempatan di atas kelemahan aku ini.., bila aku memerlukan seseorang untuk share things.., aku tak ada siapa.., sehinggakan aku sendiri tak tahu, adakah semua ini benar?

Aku tak tahu.., sungguh tak tahu adakah aku dah terlalu terbiasa memendam perasaan sendiri, sehingga tak tahu langsung nak meluahkannya, ataupun memang semua ini normal?

I need a friend.., seorang kawan yang boleh aku kongsikan semua yang aku rasa ini. Tapi aku tak ada seorang pun kawan yang boleh aku sandarkan kepala aku ni dibahu mereka, dan meluahkan kesemuanya.., tak ada..

Memang aku punya teman lelaki, tapi ada certain things aku tak dapat share dengan dia.., lelaki lain caranya, manakala perempuan pula lain cara mereka dalam menghadapi permasalahan. Disebabkan kesilapan terbesar yang pernah berlaku pada aku sebelum ini, hubungan kami agak tegang dan penuh dengan tekanan, lebih lebih lagi dipihak aku.

I know it's my fault.., memang tak ada alasan paling konkrit dalam dunia ini yang boleh membenarkan perbuatan aku tu.., dan aku juga cuba memakai kasut dia.., untuk memahami segala pengkhianatan yang aku lakukan.., tapi mungkin pemikiran aku berbeza., aku melihat benda tu dengan pandangan yang berbeza.., aku tutup buku dan move on.., tapi dia tak..., the book still wide open and he keep reading it to my ears every now and then..

It kills me slowly.., mungkin sekarang aku bertahan.., tapi tak tahu sampai bila. Aku cuba untuk berubah.., aku tinggalkan segalanya.., tapi the memory keep coming back not because i'm the one who remember them, but it's him keep telling me this and that and keep asking question.., sigh.., penatnya..

Benar, curang dan khianat adalah antara perbuatan yang mampu merosakkan sesebuah perhubungan.., tetapi kadang kadang, ianya berlaku mungkin tanpa disedari, ataupun mungkin tak disengajakan, there's so many reason behind all that...

dan yang paling aku tak tahan, kenapa kalau dah putus harapan, aku tak kembali pada ALLAH? Aku memang truly, deeply.., dont know how to answer that. I'm just a human.., i'm not an angel.., not even ahli sufi, atau alim ulama, ustazah pun jauh sekali..., sedangkan yang kuat imannya pun boleh tergelincir juga, inikan aku? Subhanallah.., Ya Allah ampunkanlah segala dosa dosa aku sebelum dan selepas ini..., aminnn...

Mungkin aku hanya tersedar selepas musibah turun menimpa diri aku, tapi sebelum tu aku tak beringat tentang musibah.., yang aku ingat hanyalah aku sedang kecewa, aku kesunyian, aku hampa, jadi aku buat apa saja arahan hati dan perasaan aku.., tanpa berfikir panjang..

Tapi sekarang, dengan segala impak negatif yang aku terima, dan segala tekanan yang aku rasa kini, menjadikan aku lebih berfikir selepas ni sebelum melakukan apa apa. Walaupun terasa ingin memberontak, dengan diri sendiri dan juga dia.., tapi aku terpaksa tahan, kerana sampai bila aku mahu memberontak?

Aku bukan seperti perempuan lain.., aku seorang yang blur, lack of focus, need people to tell me what to do next, i only listen to myself, stubborn, temper.., sighh.., banyaknya sifat buruk aku...

A simple act like telling him that i'm already home pun, masa mula mula dulu aku terasa, is it necessary? I'm so used to NOT being taken care of by other people.., be it my family or friends.., so when he's taking care of me now.., aku rasa macam.., how weird.., perasaan tu terlalu asing.., pergi mana mana have to tell him.., dah sampai rumah ke belum pun kena report juga.

Nope.., that's so NOT me before.., aku pergi kemana mana saja tak ada siapa yang bertanya, dah sampai ke belum, pukul berapa sampai.., if you got no transport i'll go and fetch you, you just wait for me there.., TAK ADA.., nobody ever treat me like that. All i do on my own...

Bas lambat kau tunggu la sampai hitam berkarat kulit kau, kau balik malam carilah jalan sendiri how to get back home.., kalau ada yang sudi nak menjemput pun, siaplah dengan rungutan yang berpanjangan dia.., ataupun muka 14 dia tu.. **i'm telling about my brother and sister here**

That is why sedaya upaya aku, selagi berkemampuan.., aku usahakan segalanya sendiri. Balik sendiri, makan sendiri, sakit jaga sendiri, yelah kan, mati pun sendiri jugak nanti..

Aku bertukar ganti kerja juga hasil usaha berdikari sendiri.., susah macamana pun aku usahakan juga demi sebuah survival kehidupan seorang AKU ni.. **nak tulis nama sebenar, tapi dah dilarang, jadi terpaksa put AKU saja..**

Yup.., banyak dah jatuh bangun kehidupan aku lalui.., ada disebabkan sikap aku sendiri, ada juga disebabkan orang lain.., mungkin kerana aku terlalu banyak komplain tentang orang lain, atau mungkin aku tak boleh bergaul dengan orang.., sigh.., banyaknya mungkin..

Maybe i'm a BAD person..., i dont know..

Thursday, September 4, 2008

hujan lagi

It's raining heavily outside there, and i'm going to be late again for the buka puasa. Today is the 3rd day aku berbuka puasa dalam bas.., have to drop by at 7-E afterwards to buy milo and some roti..

By the time orang lain sedang enak berbuka, aku hanya minum setin milo dan memakan roti gardenia.., huhu.. sadis..

**this entry was typed during my phone call with abang, nobody in the office so i got so bored with nothing to do..**

my fave. kuih..






On the 1st day of puasa itself, i've already get myself the most wanted food during bulan puasa, which is the tauhu sumbat, yeay!

Tapi memang mahal sungguh kuih muih di bazar ramadan sekarang ni, just imagine the tauhu sumbat is rm2 for 5 pieces.., and then i bought popia basah for RM2.5o, also 5 pieces. Mahal sungguh, zaman 3 seringgit dah berlalu.., memang tak ada dah kuih muih yang dijual 3 seringgit sekarang ni.

Mujur juga tauhu sumbat dengan popia basah tu quite delicious, kalau tidak membazir saja beli. Tauhu sumbat yang aku beli tu kuahnya lain daripada yang lain, kalau yang biasa it's something like sos cili, tapi makcik yang jual ni kuahnya ala ala kuah kacang.., boleh tahan juga..

This weekend, i want to find tauhu bakar pulak.., which is also one of my favorite.., masih teringat lagi pada tauhu bakar yang aku beli tahun lepas.., kuahnya tu yang buat aku tak boleh lupa.., hehe.., sedap hingga menjilat jari..

Wall-E dan Merdeka di KLCC


Last weekend, aku menonton Wall-E bersama dengan abang di KLCC. Hajat hati nak menonton Mama Mia tapi belum open lagi. Memandangkan tak ada cerita lain, terpaksalah settle dengan Wall-E saja, lagipun aku rasa cerita tu pun boleh tahan juga.

Memang a bit touching jugak, being the one and only robot on earth yang dah jadi tempat pembuangan sampah, hanya bertemankan seekor lipas.., mulanya aku ingatkan apa bendanya yang tersusun tinggi menjulang rupanya ianya adalah timbunan sampah. Aku lebih sukakan part Wall-E dan EVE semasa di bumi sebab terasa lebih feel antara mereka, tapi bila Wall-E dan EVE dan sampai kat kapal besar tu, langsung dah tak best, sebab dah macam cerita Disney yang lain lain, ada kawan kawan yang menolong, ada musuh dalam selimut.., very typical Disney..

Cuma yang tak bestnya, walaupun aku ditemani oleh abang, tapi dia kurang berminat dengan cerita macam ni.., yelah sebab tak ada aksi, tak ada tembak menembak, tak ada perang perang.., biasalah lelaki kan, mana suka sangat dengan cerita slow ataupun kartun.. hehe .. **jangan marah bang..**

Kalau aku ajak dia tengok Mama Mia yang bergenre muzikal tu, tak tahulah dia boleh layan ke tidak.., tak pun tengok High School Musical 3? hahaha.., lagi lah dia taknak kot?

Aku tak kisah mana mana genre pun, asalkan jangan seram, itu saja yang aku tak berani tengok walaupun berteman.

Selain dari menonton wayang, kami pun tunggu juga detik 12 malam 31 August, ingatkan KLCC akan mengadakan pertunjukan bunga api, rupanya tak ada.., cheh! hampa betul.., semua pengunjung dah bersiap sedia dengan camera masing masing, sekali yang ditunggu tak muncul muncul, melainkan nun sayup sayup nampak letupan bunga api dari Dataran Merdeka saja.

Tak prihatin betul pengurusan KLCC ni.., dah tahu ramai pengunjung, buatlah something, ini tak, setakat konsert saja. Itupun nun jauh kat hujung dunia.., tak ingin aku masuk sampai ke dalam taman tu, dah tentu susah nak keluar nanti, terpaksa berasak asak dengan ribuan pengunjung, kalau rakyat Malaysia saja tak apalah juga, ini sekali dengan PATI yang sama menyibuk.., bukannya nak sama sama meraikan, tapi nak buat kecoh saja.

Itupun masih ada juga kekecohan, ingatkan PATI, sekali budak budak bawah umur rakyat tempatan. Hishhh.. buat malu saja. Aku pun termalu juga sebab bias terhadap PATI.. huhu..

Itu belum aku bercerita tentang tanduk setan, tentang pakaian budak budak sekarang yang sexynya mengalahkan Lindsay Lohan dan Paris Hilton.., tentang perangai budak sekolah yang bikin kecoh.., tentang harga makanan kat KLCC yang mahal gila.., heh.., jangan tak tahu, dalam ribuan pengunjung yang seronok nak berhibur tu, terselit juga budak budak pergerakan dakwah yang tak tahu dari mana, datang mengedarkan risalah tentang bahaya zina dan dosa besar lain...

Mungkin bagus juga diedarkan risalah seumpama tu.., usaha juga tu namanya untuk menyedarkan orang ramai.., cuma sampai atau tidak mesej yang ingin disampaikan, Wallahualam Bissawab..

Yang tak bestnya, tak dapat nak bersahur dan berbuka puasa dengan abang sebab hari isnin dia terpaksa balik ke Taiping. Teringin juga berbuka puasa sama sama.., macam dulu dulu. Kalau bukan di restoran mamak berhampiran Central Market tu, kami akan bungkus makanan dan makan kat tepi tasik KLCC.. hehe romantik, kan? Tapi tak tahu lah bila boleh buat macam tu lagi..

Wednesday, September 3, 2008

bulan Ramadan dan kenangan..

Bulan Ramadan kadang kadang akan menimbulkan rasa yang sukar untuk dimengerti. Ianya seakan mengundang kita untuk mengenang kembali masa lampau yang telah berlalu jauh. A few years ago, boleh dikatakan saban tahun setiap kali menjelang Ramadan, aku akan berbuka bersama dengan teman teman rapat. Kalau bukan berbuka di rumah salah seorang dari mereka, (biasanya kalau berbuka puasa kat rumah pun, dah tentu rumah Afi yang menjadi sasaran, ini disebabkan memang sejak dari zaman sekolah lagi rumah dia sentiasa menjadi port kami untuk berjumpa), kami akan berbuka di luar.

Ianya seakan satu kemestian, lebih lebih lagi waktu itu Afi belum lagi mendirikan rumahtangga, jadi memang rajin juga dia menjamu kami kawan kawannya ni. Afi memang pandai memasak, you should try her nasi ayam, let say dia nak buka perniagaan makanan, memang aku akan syorkan pada dia buatlah nasi ayam sekali, sebab memang superb!

Kalau aku berbuka puasa kat rumah Afi, selalunya aku akan end up memakai kain batik.. hehehe, ini disebabkan makcik @ mak Afi, dia tak akan membenarkan aku makan hanya sekali suap.., dia akan memaksa aku makan kesemuanya.., perghh.., penat nak habiskan semua makanan.., sudahnya perut aku membuncit.., itu belum lagi dengan makanan yang dibungkus untuk dibawa pulang.., pendek kata memang boleh meletup perut aku kalau berbuka puasa kat rumah Afi..

Cuma beberapa tahun kebelakangan ni, dah jarang dapat berbuka puasa bersama mereka berdua. Afi makin sibuk dengan keluarga dan anak kecilnya, manakala Noraini lebih selesa berbuka dengan keluarga. Aku juga yang berbuka puasa dijalanan, sebab tak sempat sampai rumah sebelum waktu berbuka.

Sejak arwah ayah dah tak ada, keinginan untuk berbuka puasa kat kampung makin lama makin terhakis.., walaupun mak masih ada.., tapi suasananya tak sama seperti semasa arwah ayah masih ada. Sigh.... **sebak**

Tuesday, September 2, 2008

i'm tired and no mood

After a long weekend, now back to work. So tired.., lepas bersahur terus bersiap nak pergi kerja pulak.

Hari kedua berpuasa ni masih terasa lagi letihnya, maybe after a week baru terasa ok. Last weekend pun quite tired jugak, because i'm spending my cuti with him. Kenyang perut asyik makan dan makan dan makan saja, tak silap lebih kurang 5 kali kami makan selama 2 hari tu. Hadoiii.., macamana berat badan tak naik? Dia memang sengaja tu nak bagi badan aku gemuk, kot? hehe.., but i dont mind, as long as i'm with him.., makan je..

ada banyak kisah sebenarnya tapi memandangkan bulan puasa, tak ada mood pulak nak bercerita panjang lebar. Malas..

Petang ni tak tahu lagi nak makan apa.., haha..., lebih risaukan nak makan apa? hishh.., puasa lah dulu.., dekat nak berbuka nanti baru fikirkan nak makan apa..