Wednesday, October 22, 2008

frust dowh mawi dah nak kawin.. NOT!

lambat sikit hapdate blog hari ni. Boss perempuan menyinga entah apsal. pms agaknya.
inilah yang susahnya bekerja dengan husband and wife yang tak professional. Kat ofis pun boleh scream at each other lagi? tak malu ke dengan aku, walaupun i'm the only staff there?

Mujur aku tak tahu apa yang diorang gaduh kan, kalau tak malu juga dengar cerita dalam kelambu orang.., ekekek

oleh kerana missus dah menyinga, terpaksa lah aku berlakon ala ala Fasha Sandha **yang gerenti tak akan memang award punyalah.. hehe** dengan buat buat sibuk kononnya.

Lagipun dia suruh aku settlekan akaun, dan aku bab nombor ni a bit blur dan pening. Benda mudah dan simple tapi aku cepat confuse. Nilah padahnya kerja dengan small company yang kena tahu buat semua benda.

Tapi tak apalah, slow and steady aje aku buat, boss pun bagi dateline sampai hujung bulan. Tapi in between aku curi curi jugak masuk forum. bosan lah kalau dok mengadap pc nampak nombor aje, nak juga baca gossip pasal Fasha Sandha, tak pun pasal Mawi dan Ekin. **yeah, right, mawi and ekin? are you nuts?**

kadang, walaupun aku memang tak berminat dengan whatever gossip pasal artis tempatan ni, tapi nak taknak aku terpaksa baca jugak, bukan sebab berminat nak ambik tahu, tapi sebab dah terpampang dalam paper, dan aku pulak dah terbeli paper tu, **heck, even dalam The Star pun ada berita pasal wedding of the year-end ni, page 3 oke, page 3 tu** nasib tak front page, ekekeke..

kalau tak baca nanti, orang kata ketinggalan keretapi pulak. Almaklum, persekitaran melayu katakan.., takkan nak menyombong pulak dengan berkata "tak minat ah.."

lagipun aku nak cari bahan untuk bersembang dengan abang.., aku pun dah tak ada idea nak berbual dah ni.., sebab rutin harian aku semua dia dah tahu, pasal memang dia yang plan rutin harian aku. Pergi kerja, balik rumah, tak ada singgah kemana mana, kalau nak menyinggah pun, beritahu dia dulu. Tapi aku tak komplen pun, i dont mind actually.

Dah puas dah hidup tanpa controller ni, tak best pun sebenarnya. Lagi tenang macam ni, rasa macam teratur aje hidup.

2 comments:

dumdum said...

hye..;)
saya baru je lepas perang besar dengan partner.antara salah satu puncanya pasal perenggan terakhir entry akak ni la.bezanya,saya rimas n rasa tak dipercayai bila dia asyikk nak tahu ke mana saya pegi,dengan siapa,etc..saya fikir,ini belum kawen.esok dah kawen ntah2 die kurung sy dalam bilik air hehehe..anyway kak,nice write up..

Just call me ANNE said...

hello..
thanks sbb drop by..
eh, takkan sampai kurung dalam bilik air kot?

tapi memang la, kadang rimas jugak bila selalu kena control ni, tapi apa nak buat, kena banyak2 bersabar ajelah..