Tuesday, December 30, 2008

happy new year and happy birthday to ME!

rasa macam nak cuti selama seminggu, boleh?

macam malas aje nak update blog, lagipun macam tak ada benda aje nak cerita. lazu pun dah kembali ke puncak perdana untuk menyambung kuliah. mungkin blog ni akan sunyi kembali tanpa komen lepas mulut beliau. haha..

tag lazu pun macam malas aje nak buat. tengoklah esok lusa, kalau nampak dia ada update blog, baru aku akan buat.

esok ada dating dengan buah hati, nak sambut tahun baru sekaligus dengan birthday aku yang ke.., jeng jeng jeng.. 25? salah! 15? pun salah! habis tu? 45 ke? what? hello? am i that OLD?

just cari aje in between yang missing tu.., so itulah angkanya.., kan senang..

tapi bukan 55 oke? mak belum tua lagi.., tau nyah! koserrr..

tapi kalau ada yang nak teka 5 tahun pun, tak kecik hati punyalah.

jadi, untuk diriku sendiri, nah.., ini kek birthdaynya..



kan dah ada tiga batang lilin tu? jadi betullah angka permulaannya adalah 3.., angka belakangnya.., nope.., i'm not telling.

macam open secret gitu.., ekekeke..

malas lah nak buat entry tentang azam baru ke, umur dah bertambah tua ke.., hanya satu yang ada dalam fikiran hanyalah "think positive".

harapan for my birthday? nak kahwin.., simple as that.

tak payah nak putar belit kata kata, just go straight to the point.

Saturday, December 27, 2008

tag again?

akan dibuat bila akak ada masa lapang,

boleh lazu?

ekekekekke

bara api usahlah disimbah minyak...

aku terlepas apa yang orang sedang kecohkan seharian ini. benar benar terlepas dan masih tak dapat gambaran yang sebenar.

tapi bila membaca beberapa ulasan blog mengenainya, aku rasa aku faham serba sedikit. inilah susahnya bila tak ada internet dirumah. hari ni pun kebetulan aku keluar, jadi aku singgah sebentar di cyber cafe, selepas meminta kebenaran. kalau tak dibenarkan, aku pun mungkin tak akan tahu akan cerita yang sedang bertebaran sekitar dunia maya ini.

yang aku faham sebuah blog telah diwujudkan atas nama seorang perempuan melayu, yang mana kandungannya jatuh dalam kategori sensitif bagi umat islam. tadi, waktu singgah di blog lazu, aku cuba klik link yang disertakannya, tapi nampaknya aku terlewat. blog tersebut sudah dipadamkan.

kalau tidak mungkin aku dapat membaca apa yang telah penulis blog tersebut tulis dalam blog kontroversi tu.

dalam banyak banyak perkara dalam dunia ni, kenapalah penulis tersebut memilih untuk menulis perkara yang menaikkan darah orang lain, terutama sekali orang Islam dan bangsa melayu?

bagi aku, ada 3 perkara yang akan menaikkan darah semua orang, yang pertama kalau ada orang mengutuk agama mereka, kedua kalau ada orang mengutuk bangsa mereka, dan ketiga kalau bercerita tentang politik.

kebencian dan kasih sayang hanya dipisahkan oleh satu garis halus, sebaiknya kita jagalah ia..., jangan suka mengguris hati dan perasaan orang lain, dan jangan curah minyak dalam bara, kelak ianya akan menjulang tinggi dan membakar setiap apa yang ada disekelilingnya.

aku berdoa moga negara kita ni kekal dalam keamanan, setiap perbezaan kita cuba selesaikan, dan jangan sekali kali mencetuskan rasa kurang senang dalam hati sesiapapun, walau apa pun bangsa kita, dan agama yang kita anut.

masing masing cuba lihat kedalam diri sendiri, kalau rasa belum sempurna, baik elakkan bercerita tentang agama. kalau hanya untuk peringatan diri sendiri, mungkin tak ada masalah, tapi kalau dah sampai ke tahap mempengaruhi orang lain, itu salah.

Mudah mudahan, selepas ni tak akan ada lagi manusia yang tak bertanggungjawab yang akan mengganggu ketenangan yang kita kecapi selama ni. kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan,

jangan baling batu, sembunyi tangan.

Friday, December 26, 2008

masih perlukah ada Raja Lawak 3?

pada malam christmas eve kelmarin, anak anak buah aku menonton siri audition raja lawak 3. dorang memang suka sangat dengan raja lawak ni, lebih lebih lagi dengan nabil, juara raja lawak musim ke-2 lepas.

aku yang kebosanan tak ada benda nak buat, join sekali tengok cerita yang entah apa apa tu. serius, memang entah apa apa. lelaki lelaki yang datang audition tu semuanya hanya membodohkan diri sendiri. aku tengok tak ada apa yang lawaknya pada jenaka kosong dorang semua tu.

selain daripada yang memalukan diri sendiri, ada juga sesetengahnya boleh berlawak, tapi lawak mereka sangat memualkan. idea tak ada, selain daripada idea recycle zaman tuk kaduk dulu, dan juga copycat nabil. tolonglah.., ingat lawak hanya dengan mencarut dan menjadi kanak kanak saja ke?

paling aku tak tahan, mamat yang buka cerita burung murai dan siput babi tu. duh! idea kampung betul. dia menjadikan tiket berlawak untuk mempopularkan carut "siput babi". mujur masa dia mencarut tu, astro potong "beep", kalau tidak.., satu malaysia dengar apa yang dia sebut agaknya.

aku tak kisah kalau lawak double meaning, sebab ianya tak direct melucah, hanya mereka yang cepat menangkap saja yang tahu apa maksud lawak tersebut, cuma mungkin bagi budak budak, mereka tentu tak akan faham.

satu yang aku agak kurang faham, kenapa untuk menjejak pelawak yang berbakat dan untuk mejadi pelapis pada pelawak yang sedia ada, kena wujudkan sebuah realiti tv untuk itu? ini semua idea kapitalis yang hanya mahu mengikis duit masyarakat, sedangkan bakat sebenar dan terpendam, tak perlu dicari, ianya akan muncul sendiri suatu hari nanti.

Lihat saja Sabri Yunus, Imuda, Khatijah Tan, Zami Ismail, mereka bukan lahir dari realiti tv, tapi lawak mereka memang hebat.

Budak budak melayu yang datang audition tu semuanya nakkan glamour cara mudah. semuanya hanya memburukkan lagi nama masyarakat melayu yang dah memang sedia busuk ni. segala yang buruk dan busuk, hanya terpalit pada nama "melayu".

melayu juga yang paling suka berhibur. Lihat contoh Akademi Fantasia. Lihat Mawi. aku tak tahu apa istimewanya Mawi, sampai semua orang gah sangat dengan dia.

Allahyarham Tan Sri P Ramlee juga seorang pelawak. lihat lawaknya bagaimana, kena sebiji2 dengan kita yang hidup pada zaman sekarang, walhal beliau hidup pada zaman yang sangat berbeza dari kita.

ini menunjukkan lawak Allahyarham adalah lawak yang berisi, dan berilmu. bukan lawak murahan dan picisan yang hanya membuat orang nak termuntah.

Astro, tolonglah, lepas ni tak payahlah ada sambungan Raja Lawak lagi. dah muaklah dengan badut2 kampung tu semua.

tag la pulak..

ahh, aku kena jawab tag pulak.., lazu ni memang takde kerja cari kerja..
tak apalah, jawab ajelah tag tu..

+ + + + + + + +

Nama ‘Timang-timangan’ anda oleh yang tersayang?

* Commercial name : Anne bukan nama sebenar
* Girlfriends / Boyfriends : sayang, kot? (aku panggil dia "abang") **haha, jangan termuntah**
* Kawan Sekolah Rendah : J....
* Kawan Sekolah Menengah: J... jugak
* Kawan Universiti: tak sempat nak jejak kaki ke Uni. **sodehhhh**
* Lecturer / Cikgu: Nor... (nama penuh)
* Anak-anak buah : Indukkkkkkk!!!!!!!!!!!!! **malunya, nama panggilan apakah ini?**
* Mama : J..
* Ayah : J.. jugak

Anda seorang yang...

1. KEKUATAN AKU

*berani hadapi sesuatu masalah, walaupun kadang sampai stress..

2. KELEMAHAN AKU

*banyak.., tapi malas nak beritahu..

Describe apa membuatkan dia terlalu istimewa dimata anda...

hmm.. ada banyak jugak, tapi yang paling istimewa sebab he loves me.. itu dah pasti.. **hehe**

Makanan & Minuman favourite anda

* Food : rasanya roti gardenia ataupun hi-5 kot? sebab tiap2 petang lepas balik kerja mesti beli, sebab nak alas perut
* Drinks : Nescafe ais

Favourite colour

*biru

Favourite song

* banyak, tapi sekarang sedang suka mendengar Hot N Cold - Katy Perry

Siapa yg selalu membuatkan anda tergelak

* abang..

Sikap yg membuatkan anda stress

suka memerintah.., tak sukalah..

3 benda yg mesti ada dlm bag anda


3 saja? mana cukup, beg aku besar bagak la.., letak 10 ke.., baru adil. tapi dah mintak 3 kan, okelah
1- purse
2-handphone
3-beg makeup
4-
5-.. eh. eh.., tak cukup 3 ke? alahai..


Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?

*hmm.., dah lama dah.., dalam 5 bulan lepas rasanya..

Perkara yg paling lucu atau memalukan dlm hidup anda

* jatuh kat tangga KLCC, dalam keadaan ramai orang.., malu betul..

Tag rakan anda

hmm.., nak tag sapa ni ya..

okelah.., nak tag esah.., itupun kalau dia baca entry ni.. hehe

Tuesday, December 23, 2008

cuti krismas.

macam biasa, bila sesuatu sedang mengganggu aku.., segalanya seakan terhenti.
idea tak ada.
perlu bawa bertenang dulu.
mungkin esok atau lusa akan kembali menaip.

mak datang menziarah, hati tenang sedikit.
tapi segalanya dah kembali oke. cuma perlukan masa untuk mencerna idea.

Sunday, December 21, 2008

how should i react when he said this..

"katalah, kalau abang dah tak ada hubungan dengan sayang pun, sayang kena terus buat apa yang sayang dah buat sekarang ni. jangan buat semata mata sebab abang. jangan sebab semata mata nak menjaga hati je, kalau nak berubah kena berubah betul betul."

aku tak nak ulas yang lain lain tu, aku cuma nak ulas, katalah, kalau dah tak ada hubungan.

adakah ini bermakna dia sedang berkira kira mahu memutuskan perhubungan? atau apa?
aku runsing. terganggu. dia mahu putus kah?

sms pun makin kurang. ikatan terhadap aku pun makin longgar sekarang ni. atau ini semua hanya permainan emosi aku saja?

entahlah.

Saturday, December 20, 2008

distant dreamer

ingat lagi entry tentang generasi sekarang yang mempunyai corak pemikiran tersendiri?

ini sambungannya, sekaligus merangkap reply to this

sesiapa pun boleh bagi pendapat dan tak semestinya pendapat tersebut akan dipersetujui oleh khalayak. ini yang dikatakan pro dan kontra. kita tak boleh nak paksa orang untuk bersetuju dengan pendapat yang kita utarakan.

masalahnya dengan orang kita adalah perasaan terlalu sensitif. sensitif dengan teguran dan bantahan orang. kalau tak mahu mendengar bantahan dan teguran orang, pada aku, baca betul betul, ini pada aku oke, baik tak payah tulis blog.

aku perhatikan memang ramai blogger yang sensitif. mereka tulis entry kemudian ada pembaca yang membangkang dan tak setuju, dan blogger ni melenting. sebelum aku teruskan, aku pun nak beritahu juga yang aku ni pun sensitif. mungkin belum kena pada aku jadi aku tak tahu bagaimana rasanya dihanjingkan, jadi bolehlah aku melalak kat sini.., tapi itu yang silapnya. i beg to differ on this.

aku dah ada tindakan yang bakal aku ambil, iaitu dengan berdiam diri. berdiam diri bukan bermakna kita pengecut. anjing yang menyalak bukit, bukit tak runtuh pun, lama lama anjing tu yang akan diam sendiri. faham?

kenapa aku tulis semua ni? sebab aku rasa mahu tulis. kenapa? tak boleh? bagi aku satu alasan kenapa tak boleh?

kalau ada orang nak mancarut ke, nak mencapub ke **tolonglah lazu, perkataan ni berasal dari mana ni?** dalam blog masing masing, itu hak mereka kerana blog tersebut dia yang susah payah create dan dia juga bersusah payah menaipnya.

haih.., aku rasa aku dah lari topik. penat berfikir. benda macam ni pun boleh jadi bahan fikir aku. kenapalah?

aku rasa inilah puncanya kenapa kita asyik berbalah. sebab tak dapat terima teguran orang lain. tengok, bush yang kena baling kasut pun oke aje, tak melenting nak marah tak tentu pasal.., aku beri contoh bush bukan sebab aku sokong dia, aku cuma refer pada sikap tenang dia, masa kena baling kasut tu.

aku suka kalau ada orang tinggalkan komen yang berbau kutukan ke, hinaan ke, cacian ke, aku boleh tulis begini "oke, noted. akan diperbaiki pada masa akan datang"

kan senang? kenapa perlu melawan balik dengan kritikan juga?

layan Duffy pulak hari ni, tajuk dia "Instant Dreamer"

maaf, embedded code tak boleh paste pulak. cari ajelah sendiri lagu ni. best.

http://www.youtube.com/watch?v=f3OCfsSoFao

berhenti sejenak dan fikir..

aku tak tahu nak mula dari mana. tapi aku tetap rasa macam nak berkongsi cerita.

aku ada seorang anak buah yang kurang upaya. gelaran umum untuk mereka ini adalah OKU. tapi anak buah aku ini, namanya indah. maksud aku, namanya memang Indah. Siti Shahindah. Indah bukan cacat anggota badan. dia cuma kekurangan dari segi pendengaran dan percakapan. anggota tubuhnya lengkap dan parasnya sempurna.

dia baru berusia 10 tahun. seorang yang cemerlang di sekolah dan dalam kelas. kat rumah tu ada banyak plak dan medal, hasil dari dia seorang saja. ternyata dia suka dengan ilmu. pelajaran dia pun cemerlang walaupun dia hanya belajar dalam kelas peralihan untuk pelajar bisu dan pekak.

aku tak mahu anggap dia pekak dan bisu sebab dia cerdik. dia seorang yang hyperaktif. dia pernah hampir hilang dekat One Utama sebab kami semua leka dan dia asyik dengan benda yang menarik minatnya. mujur hilang tak lama, kami cari dia mengikut jejak kami sebelum itu dan akhirnya jumpa juga dengan Indah yang sedang duduk tepi lift, tanpa tangisan. ya. dia tak menangis, bila nampak kami, dia masih boleh senyum2 lagi, walaupun nampak juga riak bimbang diwajahnya.

kenapa tiba tiba aku nak bercerita tentang Indah? kerana aku simpati dengan dia. simpati kerana dia menjadi mangsa buli adik beradik dia. hanya kerana dia tak mampu bercakap, hanya kerana dia seorang yang hyperaktif. Indah memang jenis tak tahu duduk diam. melainkan kalau dia sedang khusyuk menonton tv. waktu itu baru dia akan leka dengan tv.

aku faham perangai budak budak. kadang mereka ni memang sengaja cari pasal nak bergaduh. tapi entah kenapa aku tak boleh tengok indah menangis, walaupun memang ternyata itu salah dia.

macam semalam, dia terpecahkan cawan hiasan maknya. memang salah dia sebab dalam gelap, dia nak simpan raket badminaton atas almari, tapi entah macamana terkena cawan tu lalu pecah berderai. kakak sulungnya ni, yang berusia 15 tahun, hilang sabar agaknya lalu bangkit dan menumbuk perut indah. aku terkejut. kuat tangisan indah selepas kena penumbuk sulung kakaknya tu, sambil dia tunduk menahan sakit. aku tak tahu sakitnya macamana, kuat atau tidak tumbukan kakaknya tu, tapi aku pasti.., indah memang kesakitan.

aku kesian kan dia. aku pergi pujuk, dengan ayunan tangan sebab aku tak pandai bahasa isyarat. aku letak jari kat mulut, cakap "syyyy, dah jangan nangis, salah indah, kenapa pergi panjat dalam gelap"

tapi dia tetap menangis. aku masuk bilik, teringat ada roti hi-5 perisa ikan bilis yang baru aku makan separuh, aku hulurkan pada indah, tapi dia geleng, tanda tak mahu.

aku geram dengan kakak sulung indah tu. memang geram tapi aku tak dapat nak marah, sebab memang dari dulu dia tak pandai hormatkan aku dan aku tak pernah tinggikan suara kat dia. anak orang, kan. kalau anak sendiri memang aku tangankan, dah.

kadang, aku selalu terfikir, apa nasib indah di masa hadapan. memang dia cerdik, mungkin dia boleh berjaya kalau ada bimbingan, tapi aku pasti, kesan daripada buli adik beradik ni, mesti dia akan ingat sampai dewasa kelak.

mungkin dia akan mengalami perasaan rendah diri sebab dia ada kekurangan tak boleh bercakap. sebenarnya indah ada suara, cuma tak mampu untuk bertutur macam orang biasa. kalau dengar jeritannya, memang nyaring.

dia boleh menuturkan perkataan "mak", "air", "lampu" dan perkataan lain yang pendek pendek. selebihnya, dia akan berbahasa isyarat.

aku faham dia sunyi, tak ada orang untuk bercerita. aku faham kenapa OKU yang pekak dan bisu ni selesa dengan orang2 seperti mereka juga sebab manusia normal memang tak akan faham apa yang mereka mahukan.

mungkin aku patut belajar bahasa isyarat. supaya aku boleh "berbual" dengan indah.

kita ni, kadang selalu fikir, sebab tak kena kat kita, tak perlulah ambil tahu. sekarang aku nak buang pemikiran macam tu. OKU manusia juga. mereka perlukan teman.

dan aku mahu menjadi teman buat indah. anak buah kesayangan aku.

Friday, December 19, 2008

hari yang biru, kelabu dan segalanya yang sebu..

dua hari ni rasa macam nak makan orang aje. tak pun nak maki orang.

nasib aku ni bukan jenis macam tu. nasib aku ni jenis pendam dan layan emosi seorang diri. jenis orang yang memendam rasa dan sekali dia meletup, rasanya mahu bergegar dunia. banyak benda yang bermain dalam kepala otak aku ni. tentang kerja terutamanya.

rasa macam nak berhenti kerja dan cari kerja baru. dah rasa bosan dan tertekan asyik kena marah aje, padahal benda kecil aje, tapi kalau dah jenis orang yang suka nak pinpoint salah orang, mana nak nampak kalau sendiri ada buat salah. lepas tu tahu nak menjerit jerit kat semua orang.

kadang aku menyampah dengan perempuan bujang yang berumur 30-an ni, baran dorang semacam. **heh, kata orang, diri sendiri tu pun sama**

oke, memanglah, tapi baran aku pun, aku tak menjerit2 kat semua orang. paling tidak pun aku menghempas atau membaling apa saja yang aku nampak, yang ada kat depan mata aku, sebagai tanda protes. menjerit2? heh.., apa kelas.., malulah menjerit2 ni. tak ada moral.

layan bjork lagi best. "Oh! So Quiet"






+ + + + + + +

Nak buat entry serius pun dah tak ada mood.

Thursday, December 18, 2008

Unsent - Alanis Morissette

Unsent - Alanis Morisette

Dear Matthew
I like you a lot
I realize you're in a relationship with someone right now and I
respect that
I would like you to know that if you're ever single in the future
and want to come visit me in California I would be open to spending
time with you
and finding out how old you were when you wrote your first song
Dear Jonathan
I liked you too much
I used to be attracted to boys who would lie to me and think solely
about themselves
and you were plenty self-destructive for my taste at the time
I used to say the more tragic the better the truth is whenever I think
of the early 90's
you face comes up with a vengeance like it was yesterday
Dear Terrance
I love you muchly
you've been nothing but open hearted and emotionally available and
supportive
and
nurturing and consummately there for me I kept drawing you in and
pushing you
away
I remember how beautiful it was to fall asleep on your couch and cry
in front
of you for the first time
you were the best platform from which to jump beyond myself what was
wrong with
me
Dear Marcus
You rocked my world
you had a charismatic way about you with the women and
you got me seriously thinking about spirituality and you wouldn't let
me get
away with kicking me own ass
but I would never really feel relaxed and looked out for around you
though
and that stopped us from going any further than we did
and it's kinda too bad because we could've had much more fun
Dear Lou
We learned so much
I realize we won't be able to talk for some time and I understand that
as I do
you
the long distance thing was the hardest and we did as well as we could
we were together during a very tumultuous time in our lives
I will always have your back and be curious about you about your
career your
whereabouts


+ + + + + + +

lagu untuk bekas bekas kekasih **itupun kalau ada..**

kebetulan semalam, masa tengah godek godek youtube, teringat pulak dengan Alanis. dah lama tak dengar lagu lagu dia kat radio.

aku tak adalah ramai sangat bekas bekas ni. bila difikirkan semula dalam dalam, rasanya memang tak ada langsung. kenapa tak ada? sebab bagi aku, kalau mereka benar benar bekas kekasih, sudah pasti bila teringat, akan hadir rasa rindu ataupun sedih, ataupun mungkin masih ada sisa sisa sayang, tapi ni tak ada langsung. kosong, zero, nil, empty, puchik...

tapi, nak kata dulu dulu tu aku tak pernah intim dengan mana mana lelaki, pun satu penipuan besar jugak rasanya. mereka pernah ada, pernah jugalah buat hari aku ceria, tapi tak seceria hari hari aku bersama yang sekarang ni, yang sekarang ni, he's the best in the world.

sekejap, bagi aku kira berapa bekas yang aku ada. satu, dua, lima, sepuluh.., eh, tak.., 2 sahaja. yang lain lain hanyalah fling, datang dan pergi bagaikan deruan angin yang singgah sebab nak bagi aku dingin saja. tak kekal dan tak pernah menyesal. biar dorang hilang tanpa kesan pun tak apa.



Wednesday, December 17, 2008

welcome note to the visitors...

aku selalu perhatikan yang blog aku ni ada pelawat dari Yamaguchi, Jepun. hello.., siapa anda ya?
adakah anda penulis Lapar Des? kalau benar, tak apalah, sebab kita memang dah saling berkenalan, kan? tapi kalau bukan, hehe.., bersuaralah.., sebab saya suka berkawan. saya baik tau, tak percaya tanya adik yang perasan german tu. **saya tengah sengih ni, jadi percayalah..**

kemudian, aku perasan yang mszeti pun kerap jugak singgah di sini. hai mszeti, saya dah jenguk blog anda.., nanti saya singgah lagi ya.

ini bukan entry perasan konon blog ni ramai pelawat. aku tak kisah ada pelawat ke tak ada, walaupun sebenarnya aku agak teringin juga nak ada komen daripada sesiapa, tipulah kalau aku kata aku tak kisah. kalau aku tak kisah langsung, aku tak akan letak widget feedjit tu.

jadi, kepada sesiapa yang dah pernah ternampak dan terbaca blog yang sangat tak COOL ini.. heh, janganlah segan silu bertegur sapa, ya. saya suka berkawan. sebab kalau ramai kawan ni, banyak idea yang kita boleh kongsikan.

pelawat dari seremban tu, siapa agaknya? sebab kalau yang dari melaka tu, heh.., aku kenal sangat siapa. adakah anda yang berada di seremban tu kenalan yang di melaka? hai.., selamat berkenalan.

owh ya, nak update sikit cerita petang semalam. punyalah teruja dengan kata kata sakti tu, sampai aku sanggup singgah sekejap kat cyber cafe, nak tengok ada respond atau tak. sekali dia memilih untuk berdiam diri pulak. tak apalah en. sakti oiii.., anda berhak.. eh.., sakti ke nama dia? heh..

sebenarnya, selain daripada nak tengok respond dia, aku pun berniat nak meninggalkan note kat blog dia tu, tapi lepas fikir fikir.., tak jadilah pula. sebab risau nampak too eager. memang sebelum ni kami quite close, tapi dah 6 bulan aku senyap sunyi.., mungkin nampak janggal kalau nak buat macam biasa balik. mana tahu kalau dalam fikiran dia ada banyak persoalan yang bermain.

haih.., macam macam.

Tuesday, December 16, 2008

kata kata SAKTI yang menghiburkan.. **senyum**

apa yang membahagiakan aku hari ni?

eh, sekejap. kena tukar.., tak boleh tulis bahagia, sebab bahagia hanya aku rasakan bila dengan abang saja. tapi ni aku rasa perkataan yang sesuai adalah terhibur.

ya, aku rasa terhibur.

baca ini
hi anne.. you remind me of someone. Smiley

daripada siapa aku terima note tersebut? dari satu lagi watak atau karakter rebutan dan terhangat kat sinun. wah.., macam best aje kan? tidak!!

mana ada best. aku rasa terbeban tau. terbeban sebab aku rasa.., terbebanlah. ah.., aku dah mula nak keluarkan ciri ciri komplikated seorang perempuan. nanti aku tak ubah pulak macam karakter wanita yang satu tu, yang pernah aku ceritakan sebelum ni.

to be honest, aku dengan karakter yang menghantarkan note pada aku di atas tu, suatu ketika dulu pernah rapat dan pernah bersembang panjang di ym. ya.., dunia cyber tempat kami berkenalan, dan menjadi sahabat.

tapi disebabkan peristiwa hitam yang mengubah keseluruhan cerita, aku senyap seketika. aku senyap tapi tak hilang. buktinya, blog masih wujud. aku tahu kalau abang tahu cerita ni, mungkin dia akan merasa tak sedap hati, tapi between me and him, kami just kawan baik.

hello, dia pun dah ada girlfriend kat Germany sana. apa kes aku nak sambar pakwe orang? aku lebih sukakan tali persahabatan. itu akan berkekalan. macam aku dengan abang. tapi sekarang kami bukan sahabat dah, kami dah beranjak ke satu level lagi.

bagi aku, aku lebih selesa menerima note dari karakter yang aku mention kat atas ni, daripada menerima note from the other character i've mention in previous entry. kenapa? sebab dengan karakter yang kedua tu, kami dah selalu dan pernah bersembang dan merapu merepek entah apa apa, tapi dengan the 1st one.., ini kali pertama dia cuba menegur.

haih.., apsal aku bercerita pasal lelaki lain ni? owh tidak.., abang.., sayang minta maaf..

Monday, December 15, 2008

generasi yang suka mengkritik..

aku perhatikan sekarang ni, setiap dari kita mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri dalam satu satu isu yang timbul.

ramai yang dah berani menyuarakan pendapat masing masing dan berdiri teguh dengan pendapat yang diluahkan tu. aku perhatikan aliran ni dalam beberapa blog yang aku rajin singgah dan baca, tapi komen tak pernah.., sebab pada aku, tak perlu komen kat blog mereka, kalau rasa nak ulas, ulas saja kat blog sendiri, tapi yang penting jangan ulas secara spesifik, ulas secara umum, jadi senang, tak akan ada konflik yang timbul selepas tu.

this is one thing bagusnya generasi sekarang. mereka ada medium untuk bersuara dan meluahkan pendapat. kalau tak puas hati, just laungkan saja kat blog masing masing, ataupun kalau nak mengkritik sesiapa pun, tak kira lah PM ke, artis ke, family sendiri ke, bf sendiri ke, kawan kawan sendiri ke, ataupun paling pathetic kat life sendiri ke **macam yang aku sedang buat ni**, just create a blog and say anything you want.

heh, kalau nak tulis secret tentang ada orang kononnya menaruh minat kat kau pun, boleh jugak, macam yang aku lakukan kat entry sebelum ni. sekurangnya, bila aku buat macam tu, bebanan perasaan aku tak teruk sangat, walaupun sebenarnya tak ada benda yang serius pun berlaku, tapi kalau dah namanya.., err.. , namanya apa? aku tak tahu.., i can't find the exact word here..

i mean, dah namanya blog tu tempat meluahkan perasaan, jadi aku luahkanlah.., err.. begitu? maybe.., ah.. whateverlah..

aku memang suka lari dari point2 penting yang nak aku sampaikan.

bagusnya bila membaca pendapat mereka ni, aku rasa macam eh, this is something new. sesuatu yang tak pernah aku terfikirkan sebelum ni. maksud aku, bila membaca banyak idea dari corak pemikiran yang berbeza, ianya macam.., err.. apa ya.., haih.., aku fail betul kalau menulis benda serius macam ni..

ianya macam membuka minda aku.., ya.. itu yang sebetulnya. membaca pendapat yang pelbagai boleh membuka minda seseorang tu, biar tak terkongkong hanya pada satu idea saja, tapi banyak idea lain yang mana kalau bagus, guna, tapi kalau tak bagus, abaikan.

yup.., that is my exact point yang nak aku tulis tadi.

pasal tu kalau aku membaca blog orang, aku baca dengan perasaan dan fikiran yang kosong, biar tak terpengaruh dengan idea sendiri sebab aku faham, rambut sama hitam tapi hati lain lain.

atas sebab tu aku jarang nak komen, selain daripada aku pemalu nak komen. **gelakkan diri sendiri**

satu benda aku belajar dari blog ni, ianya membuatkan aku nak belajar tentang banyak benda. ya.., banyak benda. kalau nak kelihatan pandai, kau kena tahu banyak perkara, kan?

ya.., itu satu yang aku pelajari dengan blog. selain daripada mengenali karakter manusia lain yang pelbagai, dengan corak pemikiran yang unik. err.., rasanya aku ni unik ke?

oke.., tak apa, tak perlu jawab.

am i cool? NOT!

entry ini hanya untuk suka suka saja, jangan ada yang ambil serius.

1st, aku diganggu lagi. oleh karakter yang aku ceritakan sebelum ini. di sinun. aku benci kerana aku tak tahu nak respond macamana. tengok.., aku benci dengan rasa ketergangguan ini. haih.. stupid! tapi sebab aku nak nampak cool, who cares, aku tulis aje apa yang aku rasa.

siapa yang tak mahu dipandang cool? tipu lah kalau kata "aku tak cool".

tengok ni:
Cool. Awek yg dengar NIN.

dan aku rasa macam nak tergelak, tapi dalam masa yang sama aku berfikir, apa yang patut aku reply? kejap.., bagi aku gelak. kelakarkan jadi perempuan ni? cepat perasan, cepat merasakan dia mendapat perhatian from someone, dan macam macam lagilah.

aku boleh saja continue berlagak cool. tapi aku gelabahlah. gelabah tak tahu nak jadi cool tu macamana. aku tak expect him to reply my entry kat sinun oke. aku tak expect him to visit my blog pun. haih.., aku benci lah bila ada satu karakter yang agak digilai kat sinun, tiba tiba mengganggu aku. aku tak suka, tau!

kalau nak tau, lagu Nine Inch Nails tu pun aku baru saja dengar kat blog Melayu Minimalis. so happen aku suka pulak dengan melodi melankoliknya. aku post kat blog sana pun saja suka suka, tapi dia pulak yang reply, menambahkan kegelabahan aku.

aku bencilah. oke, lepas ni aku nak buat cool dengan tak hiraukan langsung komen dia kat blog sana. aku curiga ni tau, curiga entah entah ada sesiapa yang suruh dia komen dan ganggu aku, untuk lihat sejauh mana respond aku kat dia. hello? like i care?

urghhh.., apsal la kau ganggu ketenangan aku ni?

Sunday, December 14, 2008

aku suka jaga tepi kain orang dan aku bangga dengan kelebihan itu, TIDAK!!!!!

haih.., nak menaip satu entry pun rasa macam susah sangat. ada beberapa perkara yang bersarang dalam fikiran aku sekarang. dan ianya sangat mengganggu, sebab aku memang jenis yang suka berfikir benda benda remeh temeh yang tak ada kena mengena dengan aku.

pertama, tentang kes perempuan suka mendesak lelaki. hmm.., bagaimana nak aku huraikan kes ni? sebab kes ni tak berlaku pada diri aku, tapi berlaku di sinun, di tempat yang mana ada dua watak yang nampak hebat ini, bertelagah secara bijak dan berhemah, yang mana akhirnya membuatkan rahsia yang mahu mereka simpan selama ini, terbongkar dengan sendirinya.

aku memang sukakan gossip dan memang suka sangat menjaga tepi kain orang. yeah, try me.. tapi aku jenis suka gossip dan simpan sendiri saja, unless kalau ada kaitan dengan orang orang kat sinun, maka aku ulas di sini. haih.., sampai bila aku suka menjaga tepi kain orang ni? buruk betul perangai aku yang satu ni.

aku membaca sehingga habis akan kes tersebut, dan aku juga ada mencari bukti lain dalam blog masing masing, dan kesimpulan yang aku dapat, perempuan tu memang sangat komplikated dan suka menonjolkan diri dia yang konon bijak dan orderly. orderlylah sangat!

yang si lelakinya pula, aku rasa ada banyak karakter dalam satu nick, sebab ada masa aku benci dengan kata-kata yang dilemparkannya, tapi bila dia berubah watak, kata katanya boleh membuatkan perempuan jatuh suka. aku pasti ramai perempuan di sinun yang cair dan jatuh cinta dengan karakternya yang pelbagai tu, tapi bagi aku yang bertindak sebagai pemerhati dan tukang jaga tepi kain orang ni, hmm.. aku rasa dia tak ada beza dengan watak lelaki lain yang ada kat sinun.

aku akui, selama aku aktif di sinun sebelum ini dan sekarang, watak perempuan itu memang aku kagum dan sedikit cemburu, tapi bila selesai membaca kes yang aku sebutkan diatas, aku rasa, haih.. she's just human. tak ada beza. emosi sama, pemikiran sama, cepat melatah jugak. walaupun bijaksana mengalahkan orang lain.

cemburu dan busuk hati aku, ni kan? okelah.., aku mengaku. tapi sekarang tidak lagi. aku dah luahkan di sini, dan aku tak akan ikuti apa apa lagi berkaitan mereka. malas dah. kalau nak cari nama, macam tulah. appear to be a smart people, tapi sebenarnya.., sama je macam orang lain.

and then, watak lelaki yang aku mention kat atas ni, dia meninggalkan komen kat blog aku di sinun. aku pun agak terganggu dengan komen pendeknya tu. aku rasa macam curiga aje. tapi buat masa sekarang, aku just buat tak tahu dan berlagak macam tak ada apa apa. aku benci tau kalau ketenangan aku di ganggu gugat, tak suka. aku suka duduk diam diam aje tanpa gangguan, tapi bila ada gangguan macam ni, aku rasa tak tenang.

kemudian, aku pun sebenarnya berkecil hati dengan satu karakter ni. tapi tak mengapalah, biarkan ianya menjadi rahsia dulu. kat sana tak perlulah untuk ambil serius dengan sesiapa pun. ianya hanya sebuah pentas sandiwara saja, tapi kalau nak melepaskan lelah dan untuk gembirakan hati, masuk aje tanpa sebarang expectation.

oke.., i'm done.

Wednesday, December 10, 2008

kecil kecil cili api
















oke.., faham..

lazu kata aku tikus mondok yang korek lubang sendiri.

dan lagi, lazu kata aku lari dari orang yang nak berkenalan dengan aku. (mungkin, the possibilities is there, walaupun lelaki tu adalah lelaki berbangsa india yang memang gila sex sedang menjelirkan lidahnya ke arah aku, serius, tak tipu, mungkin dia berkenan kat aku)

haih.., tengok, betul tak aku kata lazu ni kecil kecil cili api?

berbisa, pedas dan sangat menyentap rasa, tapi agak bagus untuk kesihatan.

asalkan jangan sampai aku tersentak berlebihan sudah.

ekekeke..

tapi, lazu? nak sentap?

tak payah.

lupakan aje.

dia sentap aku, aku balas balik.

oke?

satu saja aku ni, dengan adik adik bawah umur ni, aku tak simpan hati sangat.., tapi kena dengan yang baya baya aku, susah jugaklah nak jawab.

hehe..

i'm not a leader nor a follower

aku hanya menjadi diri aku.

diri aku yang paranoid dan selalu take things seriously.

separuh orang suka menjadi pengikut. mereka ikut apa saja yang mereka nampak, dan dengar, dan tengok, dan baca..

aku juga bukan leader, yang mencetuskan sesuatu, yang memberikan inspirasi, yang membawa perubahan kepada sesuatu trend semasa.

aku suka gelarkan diri aku pemerhati. aku suka duduk kat tepi, dan observe.

kemudian aku akan simpan setiap apa yang aku nampak, yang aku kutip dan mana mana yang buruk, aku campak balik. aku hanya simpan yang baik dan bagus bagus saja.

kadang menjadi pemerhati ni, memang ada keinginan untuk bersuara, tapi memikirkan none of the leader or the follower yang akan mendengar buah fikiran aku nanti, jadi ada baiknya aku diam.

mungkin akan ada yang kata, rugi saja menjadi pemerhati ni, sebab tak akan ada siapa yang will take notice of you, kemudian maybe ada yang akan kata, pemerhati selalunya akan ketinggalan.

ketinggalan pun tak mengapa, asalkan tahu semua perkembangan terkini.

sebab tu aku tak ramai kawan. salah satu sebabnya, aku ni seorang yang pendiam, dan suka buat hal sendiri. orang yang suka mengikut dan menjadi pemimpin ni, mereka tak gemar dengan orang yang pendiam dan pasif seperti aku.

sebabnya, aku tak menyumbang apa apa untuk kepentingan mereka.

dalam dunia yang mana mat salleh gelarkan "it's a dog eat dog world" ini, tak ada siapa yang mahukan seorang kawan yang pasif dan tak ada kepentingan. kalau ada kepentingan, then i'm one of your friend.

friend with benefit.

am i one of your friend with benefit?

Tuesday, December 9, 2008

alah emak NAK kawinkan aku..

dalam pada taknak balik kampung untuk menyambut hari raya haji, disebabkan kena paksa, aku balik juga pada hari ahad.

aku keluar rumah pun dah lewat, dalam pukul satu baru nak gerak naik bas kat PJ. sampai ke KL dalam pukul 2. 30, mujur bas seremban banyak, jadi tak ada masalah.

akhirnya, dalam pukul 6 lebih, aku dah sampai kat kampung.

haih, dalam kena paksa tu sampai juga ke kampung, ingatkan tak sampai.

memikirkan entah bila aku akan berkesempatan untuk berjumpa dengan abang yang tinggal kat sabah tu, jadi aku paksa juga hati yang berat ni untuk balik. lagipun dah lama tak berjumpa dengan Hazwan Hafiz, Hanis Syahira dan juga Shahbudin Amzar. Dorang bertiga tu anak anak buah aku. dah makin dewasa dah dorang bertiga ni. si Hanis tu dah makin comel pulak aku tengok, yelah sejak dah berusia 14 tahun ni, kan?

haih.., anak anak buah semua dah besar besar. aku ni saja yang belum ada apa apa lagi.

padahal dorang dulu semuanya kecil aje, kalau tiba giliran dorang balik ke semenanjung ni.

mak pun dah mula bersuara. aku naik rimas. kalau sampai mak dah berkata "mak nak bawak kau berubat", aku rasa mak memang serius mahu menikahkan aku dengan siapa siapa saja yang available.

nak bawa aku berubat? bagi aku gelak kejap.., aku sakit apa? sakit jiwa? sakit hati? atau sakit puan? aku cuma belum bersuami saja, tapi adakah belum bersuami tu pun satu penyakit sampai kena bawa aku pergi berubat?

pelik kan, isihati orang orang tua yang bergelar mak ayah ni. selagi anak mereka tak berkahwin selagi tu fikiran mereka akan runsing dan memikirkan apa saja cara yang terbaik untuk nikahkan anak mereka secepat mungkin.

bukan aku tak memahami akan hasrat hati mak, tapi apa daya aku? oke, aku memang dah ada kawan, tapi nak buat macamana kalau kawan aku tu ada masalah sikit?

entahlah. malas nak fikir. kalau fikirkan pun buat pening kepala aku saja.

kemudian, abang pula pergi buka cerita lama. cerita belasan tahun dulu. memanglah sebelum ni ada orang kampung yang berkaitan dengan arwah ayah pernah bertanya tentang aku, tapi mak tak berkenan dengan orang tu, dan aku pun memang tak ambil serius pun. masa tu aku baru je berusia 19 tahun, jadi bila mak menolak, aku tak risau apa apa pun.

cuma tak sedapnya, abang cakap "tulah, kalau mak tak tolak orang tu dulu, dah senang hidup anne ni sekarang, rumah ada, tanah ada, tak payah risau fikir nak kawinkan dia"

dan aku pun, haih.., apahal pulak ni?

bukankah jodoh semuanya ditentukan oleh Allah? maknanya memang bukan jodoh akulah tu.
nak buat macamana kalau perempuan lain yang dapat kesenangan yang mak tolak dulu tu?
not my fault, kan?

aku memang tak pernah ambil serius perkara nak menikahkan aku ni. masa kes yang dulu tu, memang mak ada beritahu, dan respon aku pun, just gelak gelak aje. eh, tak mungkin arwah ayah serius nak kawin aku masa tu? itu yang aku fikirkan.

kemudian bila mak beritahu yang mak pun tak berkenan, fuh aku pun rasa lega lah jugak. kalau tak aku memang tak berani nak melawan ataupun mengikut. silap haribulan kalau aku ikut, mungkin aku akan menyiksa diri sendiri saja.

ah.., sudahlah, itu kisah belasan tahun dulu. dah memang kisah hidup aku macam ni, jadinya.., jangan merungut.

ada jodoh nanti, kawinlah aku. malas nak risau sangat.

umur aku pun belum lanjut sangat. hujung tahun ni genaplah 3++

ah. malas nak fikir.

Saturday, December 6, 2008

gangguan seksual yang membuat aku rasa depressed dan benci dengan diri sendiri..




































aku memang bernasib malang.

selalu mengalami gangguan seksual di jalanan. oleh jantan jantan dan binatang yang bodoh dan tak berakal.

seperti apa yang berlaku petang tadi. dan juga sebelum sebelum ni. tolonglah, jangan fikir aku ini seorang perempuan sexy yang memakai pakaian mendedahkan tubuh. pakaian aku kemas dan sopan.

tengok? kenapa mesti aku fikir diri aku yang bersalah bila sepatutnya binatang tu yang patut dipersalahkan? kenapa mesti aku perlu rasa bersalah dengan cara pemakaian aku yang tak keterlaluan pun sebenarnya.

oke, aku akan ceritakan perlahan lahan apa yang berlaku petang tadi.

aku sedang melintas jalan. dalam genggaman aku ada ice cream walls yang corak kulit lembu tu, yang mana iklannya kalau budak budak makan, selepas tu dia boleh moo sebijik macam lembu. ingat? oke, aku sedang makan ice cream tu dan dalam masa yang sama sedang melintas jalan.

kemudian aku terdengar bunyi "honk", jadi aku pun pandanglah arah bunyi tu. kalau aku tak pandang, nanti mana tahu ada apa apa jadi pada aku ke, kereta tu langgar aku ke, apa ke, jadi kena lah tengok apa bendanya, kan?

nak tahu apa yang aku nampak? binatang ni, yang aku tak tahu macamana dia boleh pandai pulak bawak lori, sedang menjelirkan lidahnya ke arah aku, dengan kepalanya senget senget entah apa yg dia bayangkan.

kau boleh bayangkan tak betapa terbakarnya hati aku? maafkan aku kalau ayat aku selepas ni bunyinya sangat racist, tapi kalau memang dah dasar KELING!!! begitulah, kan?

hello? apa salah aku? aku sedang berbogel dan sedang lick the ice cream dengan gaya yang sangat lucah, kah? tolonglah.., kenapa mesti aku pulak yang tertekan dengan semua ni?

kenapa sexual harrasment ini tak pernah berhenti berlaku pada aku? nak aku jeritkan pada seluruh dunia ke, supaya stop this abuse on me?

nak tahu kenyataan tak? aku memang sejak kecil lagi, tak pernah sunyi daripada gangguan seksual ni. gangguan yang membuatkan aku benci dengan diri aku sendiri, dan benci kenapa aku jadi perempuan hanya untuk melalui benda benda bangang macam ni, tapi ianya sangat meninggalkan kesan, macam kepala kena hantuk kat dinding, sakit.., berbekas, kemudian hilang, kemudian kena hantuk lagi, and the same thing goes on and on.

kadang aku rasa macam nak kejar aje si binatang tu, dan kemudian lempang dia ke, tak pun tendang anu dia, tak pun tarik lidah dia tu, cantas guna gunting ke, biar lepas tu dia tak menjelirkan lidah tu lagi pada orang lain pulak.

sakit jiwa tahu tak? perempuan tak ada fungsi ke selain dari objek seks saja?

aku tension la macam ni. ini yang aku nak keluarkan suit wonder woman aku ni.

tapi pakai suit wonder woman lagi tak guna. lagi teruk aku akan kena harrased lagi.

urghhhh...., apa nak jadi dengan lelaki dalam dunia ni?

Thursday, December 4, 2008

blog ini dibaca sampai ke Germany.., TIDAK!!!!

haih.., tak sempat nak jawab kesemua komen dari en. bernama entah apa apa yang perasan berasal dari Jerman itu..

kawan kawan sekelian, *eh ada kawan kawan ke blog aku ni?**, perkenalkan kenalan cyber aku, en. wie genteng? ekekeke.., apa apa sajalah, yang pasti itupun bukan nama sebenar dia.

kami kawan forum. kenal sejak tahun lepas. dia berpangkat adik, jangan risau. seorang adik yang mulutnya boleh tahan bercili kalah cili api. mungkin lebih pedas dari cili india yang paling pedas dalam dunia tu, apa nama dia? aku dah tak ingat, tapi cili tersebut hanya ada di india saja, agaknyalah.

tapi dia baik. **ekekek, bodek nampak? nak apa ni?**

nak suruh en. wie genteng kita ni selalu komen lah, blog sunyi ni..

hahaha..

see.., boyfriend memang membahagiakan kita, tapi ada kawan yang kelakar pun boleh buat hari kita tak gelap lagi.

welcome aboard.

Wednesday, December 3, 2008

new template for december

yeay.., aku dah pandai dalam menukar template. tahniah untuk diri sendiri.

masih under maintenance. akan link semula all my favorite blog.

human and their odd behaviour

sebenarnya aku agak cuak nak tulis tentang ini, tapi disebabkan perkara ni selalu sangat melintas dalam fikiran, jadi nak taknak aku kena luahkan juga.

bukan pasal apa pun, cuma perkara remeh saja, tapi sometimes mengganggu sangat sampai membawa kepada terlalu memikirkan tentangnya sehingga berhari hari lamanya. tentang gelagat manusia. gelagat manusia yang berforum. atau kat mana mana sajalah. bukan sekadar di ruangan cyber ni saja, rasanya dalam dunia realiti pun sama.

mungkin aku terlalu serius memikirkan tentang itu. mungkin sebenarnya tak ada apa apa pun. cuma kadang daya pemerhatian aku ni, melebih lebih, sehinggakan perkara kecil pun aku simpan dan pahat dalam fikiran.

sebagai contoh, kalau dalam forum, ada sesetengah golongan seperti terlalu mengejar pangkat dan populariti. sedangkan pendapat yang dia utarakan entah apa apa. tapi tak kisahlah, kalau itu yang dia nak. asalkan aku tak terikut cara macam tu, sudah.

memang lumrah, kan? manusia sukakan populariti, sukakan perhatian. kadang ada yang terlalu inginkan perhatian, mereka melakukan sesuatu yang diluar pemikiran. yang bukan bukan aje dia buat untuk tarik perhatian orang.

dan, ada juga golongan yang merasakan mereka dah ada nama, lagak mereka lain macam. layan tak layan aje dengan newbie. samalah jugak kalau kat sekolah ke, kat office ke, kalau ada budak baru masuk, masing masing mulalah nak memasang perangkap. takpun masing masing mulalah nak meninggikan hidung, dalam hati mulalah berbisik, "aku budak lama kat sini, jangan kau nak lebih lebih"

inilah yang dikatakan manusia tu serba tak sempurna. aku pun tak sempurna jugak, sebab suka merungut rungut perihal orang. **gelak**

kalaupun mungkin niat dalam hati manusia tu baik, tapi kita bukan boleh baca isihati mereka, kan?

dan lagi, aku tak boleh nak paksa orang untuk suka dan ada keinginan untuk mengenali aku. dah nama pun tak kenal maka tak cinta, jadi kalau nak orang kenal dan cintakan aku, aku kena lah mulakan dulu, kan?

haih.., tapi aku ni pemalu, habis macamana? tahu pemalu, tapi masih nak merungut rungut, apalah kau ni anne..

Monday, December 1, 2008

rehat seketika..

aku mahu berehat sekejap.., idea tak ada.., cerita menarik pun tak ada...

will come back soon..

Tuesday, November 25, 2008

hidup tak selalunya tenang, ada masanya bergelombang juga, walaupun hanya gelombang kecil..

haih.., panjangnya tajuk.

aku rasa tajuk saja dah merangkumi keseluruhan entry **gelak**

aku pernah tulis kat blog forum, mengatakan yang aku macam tak ada masalah nak difikirkan kebelakangan ni, tapi hari ni, aku nak perbetulkan sikit. Mungkin waktu tu memang tak ada masalah sangat, lagipun sebagai manusia kerdil yang tak tahu akan masa depan bagaimana, walaupun masa depan tu hanya beberapa hari selepas aku taip entry tu, membuatkan aku yakin yang life aku akan baik baik saja.

tapi hari ni..., gelombang kecil melanda. kecil aje.., tak perlu nak sakitkan kepala fikir. tapi cukuplah untuk membuat aku sedar.., kalau rasa macam tak ada masalah pun, tak usahlah fikirkan ianya akan berkekalan.

dugaan datang bila bila masa saja, kan? ya.., aku insaf..

lain kali jangan pandai pandai bergayut di telefon. jangan online internet 8 jam sehari kat ofis. kalau boss ada, tak ada kerja pun buat macam ada kerja.

lumrah bekerja dengan orang, macam nilah. aku dibayar gaji untuk buat kerja, bukan melayari internet dan bergayut di telefon.

sigh.., bilalah aku akan dapat kemerdekaan? penat dah ni..

Monday, November 24, 2008

jalan menuju perubahan

aku rajin juga membaca majalah Anis sekali sekala. selalu layan entertainment aje, tak elok juga. walaupun bukan aku yang beli saban bulan, hanya menumpang majalah yang kakak ipar beli untuk tatapan anak anak dia, tapi bila diorang dah habis baca, aku pinjam sekejap.

dalam keluaran terbarunya, ada banyak cerita tentang ibadah haji. teringat pulak kat abang yang dah pun selamat menjejakkan kaki ke Tanah Suci. walaupun terkilan sikit sebab tak hadir masa kenduri doa selamat hari tu, tapi aku tetap jugalah mendoakan dorang selamat sampai dan selamat kembali. Yalah, ada orang kata pergi haji ni macam perjalanan terakhir juga, kalau dah sampai ajal, meninggal kat sana, tak ke menyesal sebab tak sempat bermaaf-maafan?

tapi aku doakan abang dan kakak ipar selamat, dorang muda lagi, baru awal 40-an, harap umur mereka dipanjangkan Allah, amin.

bila baca cerita pasal ibadah haji ni, tiba tiba macam hadir rasa ingin untuk ke sana. untuk berdiri di depan kaabah yang megah tu, untuk bersolat dalam masjidilharam. bila baca para jemaah yang menangis bila nampak kaabah, aku pun rasa macam sayu juga. itu baru baca, belum pergi sendiri dan tengok sendiri.

bila tengok balik keadaan diri aku yang tak sempurna ni, memang rasa gerun sangat. entah macamana keadaan aku bila dah sampai ke "sana" nanti.

dosa kiri kanan. berat pulak tu. walaupun dalam hati berkeinginan mahu berubah, dan dah aku usahakan pun sikit demi sedikit, tapi masih rasa macam tak cukup.

cuma, sekarang ni memang terasa ada sedikit perubahan kecil pada diri aku. dalam tempoh 5 tahun ni, tak pernah aku rasa tenang macam yang aku rasa sekarang ni. bukan tak ada masalah, alah, small small petty things tu memang lah ada, tapi tak macam life aku yang dulu, sentiasa tak tenang, sentiasa jiwa kacau aje saban waktu.

sekarang ni, aku cuba untuk mendekatkan diri dengan solat. masih tak cukup, tapi aku usahakan juga. aku rasa setiap dari kita memang kena paksa diri, memang kena ada hubungan dengan Tuhan, kalau tak memang hanyut. wallahualam.

mungkin dalam keadaan aku sekarang ni, biarlah aku berangan2 aje dulu nak ke mekah tu. mungkin kalau ada rezeki, dan memang dijemput Allah, insya-Allah sampailah aku nanti.

aku hanya mahu menyaksikan kaabah tersergam indah didepan mata aku.

Saturday, November 22, 2008

gilmore girls


aku suka sangat dengan Gilmore Girls. since the beginning TV3 tayang cerita ni, kalau tak silap sekitar awal 2002 or something (aku dah tak ingat), memang setiap minggu, pada hari yang sama (pun aku dah lupa hari apa, tapi kalau tak silap weekend, ahad maybe), aku akan duduk tercongok depan tv, tunggu cerita ni disiarkan, at 10 pm sharp.

masa tu peti tv kat rumah masih available for me to watch anything i like, tak macam sekarang **sedih**

oke, back to Gilmore Girls. sebenarnya aku suka sangat dengan idea hubungan mom and daughter ala Gilmore Girls ni. macam kawan kawan aje, boleh share secrets, share muzik kegemaran, share your life upside down, drool over any random guys yang kita jumpa on the street.., ahhh.., best kan? stuff yang kita buat hanya dengan kawan kawan, tapi kita buat dengan MAK kita.

yeah, in my dream. My mom tak macam tu. susah nak describe my mom. boleh kata she's a mysterious woman. hubungan aku dengan mak? nak kata rapat, tak.., nak kata renggang pun tak.., cuma mungkin kurang kemesraan. inilah hakikatnya, anak perempuan yang tak rapat langsung dengan mak.

mungkin sebab tu, aku selalu berangan nak ada anak sendiri, kalau boleh sepasang. anak lelaki dan anak perempuan, yang mana bila dorang dah dewasa, aku nak treat them as a friend. aku taknak kontrol anak aku keterlaluan sangat, nanti once dorang dapat freedom, dorang tak tahu nak handle, tu yang jadi mat rempit, bohsia bagai tu.

mak dan arwah ayah dulu, mereka tak terlalu mengongkong aku. aku agak bebas keluar dengan kawan kawan, tapi tak sampai aku tak balik rumah. paling jahat yang aku pernah buat pun, tipu mak konon ikut rombongan sekolah pergi Melaka, padahal rombongan sekolah tak ada pun, cuma kami berdua, iaitu aku dan kawan perempuan, nama dia Aizam, kami balik kampung Aizam di Melaka. Kalau aku beritahu nak ikut kawan balik kampung, mungkin mak tak akan bagi, jadi aku reka cerita konon ada rombongan sekolah.

Jahat aku kan? **gelak**

tapi biasalah. anak mana yang tak pernah menipu parents dorang. cuma aku rasa bersalah juga, sebab buat mak risau. seminggu aku kat kampung Aizam, seminggu tulah mak melilau cari aku kesana ke mari. Haih.., anak apalah aku ni.., buat mak risau **sedih**

aku perhatikan anak buah aku yang baru habis PMR tu, dia macam terkongkong. Mak dan ayah dia tak bagi kebebasan untuk keluar rumah berjumpa dengan kawan kawan. hanya duduk dalam rumah, bermain dengan adik adik dia, kalau tak pun layan Astro.

Aku faham mungkin parents dia risau kalau kalau anak buah aku tu terjebak dalam hal hal yang tak berfaedah, tahu sajalah remaja zaman sekarang ni. Tapi, takkan keluar tengok wayang pun tak boleh?

benda benda remeh macam hang out with friends ke, layan movie ke, aku rasa parents kenalah benarkan. bahan bacaan pun janganlah kontrol sangat. Ini komik tak boleh, majalah hiburan lagilah. anak buah sampai kena menyusup masuk bilik aku kalau dia nak baca komik ke, majalah hiburan ke (mujur aku dah grew tired of entertainment magazine, aku hanya membaca woman magazine aje sekarang).

bila mak abah dia balik rumah, terus dia campak masuk balik dalam bilik aku, dan berlakon macam she dont know anything. Boleh ke macam tu? nak ke anak remaja berpura pura baik depan parents? sure tak nak kan, jadi janganlah terlalu kontrol. bagi kebebasan sikit. jangan bagi banyak sangat, tapi at least sikit. biar mereka rasa seronoknya menjadi remaja.

itulah.., bilalah aku nak ada anak sendiri? kalau aku ada anak, sure dia akan rasa bangga sebab memiliki mak yang cool macam aku. **gelak**

Thursday, November 20, 2008

funny thing called.., errrr..

tak faham, kan? pagi tadi beria aku menangis. petang ni pulak, haih..
baca ni:
syg buat apa tu? sudah2lah tu, bukan abg nak marah tp syg mesti kena tegur. kalau tak tegur kadang syg tak sedar ape yg syg buat. abg harap lepas ni jgnla jadi macam ni
sms ni masuk selepas hampir 6 jam aku mendiamkan diri. tak call dan tak sms langsung. merajuk konon, lagi pun nak cuba mogok sebab selalu sangat perasaan aku terusik. jadi konon macam nak bawa diri la.. **gelak**

aku reply, tapi tone sms aku agak mendatar. masuk sms ke-3, aku kalah. haih.. perempuan.. perempuan.., macam nilah kan? **blush**

tapi cerita ni tak habis lagi, dia akan berulang ulang sampai bila pun aku tak tahu.

for the time being, just terima saja whatever yang mendatang.

everybody hurts

aku dah lama tak menangis sampai meleleh airmata. kalau setakat sebak kemudian hilang, itu selalu. sebak pun bersebab. bukan saja saja nak sebak.

pagi tadi aku menangis, sampai rosak make up. menangis sebab dah tak mampu nak simpan lagi. dah bernanah dan membusung, kena letupkan jugak. lepas menangis, aku rasa lega dan dah boleh berfikir secara rasional.
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

aku terkesan dengan ayat "biar satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah" **sebak**

tapi aku menangis bukan sebab cerita di atas, aku menangis sebab lain.
sebab aku dah tak tahan dengan semua i'm-hurt-you-should-take-care-of-my-feeling game.

we both hurt. deep. painful. and all because of me. **sebak lagi**

aku memang rasa we can't survive this ujian. dia sakit hati, aku sakit hati, tapi masih nak bersama. aku rasa macam masa depan aku bukan dengan dia.

aku nak lepaskan dia bukan sebab aku pentingkan diri sendiri. aku fikir itu untuk kebaikan bersama. mungkin dia boleh ketemu bahagia dengan orang lain. i'm not the same old J...., itu yang dia kata dulu.

dia pun kata "tapi semua tu dah tak ada", pagi tadi. dah tak sama.., dia kata lagi..

bila dengar dia cakap macam tu, tahu apa rasa aku? pedih.., sangat pedih, dan terasa betapa aku bersalah, berdosa.., rasa macam kalau aku ada power aku nak erase all the stupid mistakes yang pernah aku buat dengan budak budak bodoh bangang biul tak guna semua tu...

if only i got the power...

but i dont have them...

i'm a useless person. tak mampu untuk mengubat kekecewaan dia. hanya mampu diam.., dan menahan tangis. aku teruk, kan?

aku tak fikir hubungan ini akan survive.

bila, dan bagaimana ia mati, aku tak tahu.

Wednesday, November 19, 2008

kecil hati..

aku kecil hati dengan abang aku. dengan adik aku jugak. sampai hati diorang sisihkan aku. hanya kerana i'm a so-called bad sister, diorang buat aku macam wujud tak wujud aje.

One of my brother dah nak berangkat mengerjakan haji dalam minggu ni, and then semalam dia ada buat kenduri doa selamat sebelum berangkat, yang sedihnya, tak ada siapa pun yang jemput aku, atau at least inform yang semalam ada kenduri.

kesian kan? adik sendiri ni, kalau adik ipar, tu lain cerita lah.

It's okay, aku tahu selama ni aku banyak buat benda tak betul, mungkin sebab tu diorang macam dah menyampah dengan aku. Tak apalah, asalkan aku tahu sekarang ni, aku dah cuba berubah dan back on track again.

Aku doakan abang dan kakak ipar selamat pergi dan selamat kembali.

Bukan salah dia, mungkin sebab dia fikirkan abang yang seorang lagi tu boleh tolong sampaikan.
ah.., biarlah.., kenduri tu pun dah berlalu. Bukan rezeki aku agaknya, nak buat macamana.

+ + + + + +

Lately, aku banyak spend masa kat forum, sampai tak ingat nak update entry. haih.., dah melekat kat sana pulak dah! **gelak**

Monday, November 17, 2008

i'm bad..

tak sedar pulak yang blog ni dah lama tak di update.

tak sibuk mana pun cuma mungkin tak ada cerita. lagipun terasa macam, entah.., it's okay, forget it.

rasa malu juga bila berkisah tentang hal peribadi ni. oke.., mungkin a bit touched by Sha's comment on previous entry.

Nak cerita kan kesemuanya ke? bak kata orang dulu dulu, buka pekung didada sendiri, supaya orang faham the whole story?

tak.., bukan terasa hati, cuma terfikir.., kalau ceritakan semua, will the perception akan berubah atau remain the same?

memang semua orang ada buat kesilapan, kan? cuma samada kesilapan tu besar ataupun kecil, serius ataupun tak. tapi kalau dah besar tu, tentulah serius, kan?

tapi kesilapan yang aku buat ni, memang kesannya nampak lebih pada dia. the damaged has been done and he's the one who effected the most.. **err, betul ke aku tulis ni?**

one thing for sure, i'm the bad person here, dan dia adalah lelaki yang paling baik pernah aku jumpa. entahlah.., mungkin aku perlu melihat kedalam diri aku semula, cari kat mana salah dan silap aku, keburukan aku, dan kemudian belajar menjadi seseorang yang lebih peka dan tahu untuk menjaga perasaan orang lain.

sigh..**sedih**

Wednesday, November 12, 2008

guilty as charged..

malam semalam, aku berterus terang dengan dia. aku luahkan semuanya. mungkin tak semua, tapi mana mana yang penting, aku luahkan.

aku kesiankan dia. kesian sebab dia terpaksa bersusah payah untuk menjaga aku, mengawal setiap pergerakkan aku, dan di atas kesemuanya, aku tahu dia tak gembira. Apa yang penting bagi aku adalah kegembiraan dia. Aku mahu dia lupakan peristiwa sedih dulu. aku dah lupakan kesemuanya. aku dah mengakui akan kesilapan aku. dan aku dah sedaya upaya menjaga diri dan menjaga perhubungan kami, biar tak ada sesiapa pun yang mengganggu lagi.

aku tahu, di pihak dia memang susah. aku boleh lupa tapi dia tak. aku yang buat salah tapi kesannya lebih pada dia. kesian dia.., kenapa aku jahat sangat?

malam tadi, masa aku beritahu dia aku nak putuskan hubungan, dia rileks je. macam tak ada apa apa, tapi sempat dia bertanya, aku okey ke kalau tak berkawan dengan dia lagi? aku boleh ke jalani hidup bersendirian tanpa berteman lelaki? aku nak kata boleh, tapi kadang kadang rasa macam tak boleh.

aku sayang kat dia. sayang sangat. tapi aku kesian dengan derita yang ditanggungnya. aku membebankan dan aku melukakan hati dia. kalau aku dilukai sebegitu rupa pun, tak mungkin aku mampu bertahan. tapi sebab dia lelaki, jadi dia nampak tabah dan kuat.

memang dia baik sangat. aku minta putuskan hubungan pun, mungkin sebab aku lebih pentingkan diri aku. memang aku pentingkan diri sendiri. tak sanggup untuk berubah. memang jodoh dan kematian semuanya Allah yang tentukan, tapi kalau tak ada masalah, kenapa nak menjauhkan diri?

Dia kata dia masih boleh dan berusaha untuk melupakan semua kisah sedih dulu, jadi aku pun kena lah sama sama berusaha untuk berubah dan buktikan pada dia juga.

Monday, November 10, 2008

tak ada avatar

aku nak buang gambar America Ferrera tu. Mungkin ada yang tersalah anggap memikirkan itu gambar sebenar aku. Aku tak secantik America Ferrera, cuma size badan mungkin ada persamaan.. **gelak**

tapi pelik juga, takkan artis terkenal antarabangsa pun tak kenal? hmm.., mungkin bukan jenis yang suka tengok tv kot?

Lagipun buah hati dah agak kurang senang. Tak mahu orang dapat mengagak identiti sebenar. yelah.., sebagai pesalah yang dah pernah menyalah gunakan internet, aku terpaksa akur.

buat masa sekarang, tak terfikir lagi nak ganti avatar apa, dan siapa. mungkin tak payah letak avatar, kot? biar sajalah kosong.., senang, mungkin tak akan ada komen yang tak diingini lagi lepas ni..

Saturday, November 8, 2008

Terima Kasih Cinta



lagu ini aku tujukan khas buat dia...

hanya ucapan terima kasih saja yang mampu aku ucapkan...

atas segala yang pernah dia lakukan untuk aku selama ini....

**sedih**

sebagai peringatan

saya menulis blog ini bukan untuk mencari pasangan atau apa.., saya berharap agar ada yang faham. ini adalah platform saya meluahkan perasaan dan segala tekanan, bukan bila saja memberitahu nak tengok wayang tapi tak ada siapa pun nak teman, bermakna saya sudi menerima pelawaan sesiapa saja.

harap maklum.

sekian.

+ + + + +

Dan lagi, biar saya berterus terang. bila tengok nama pun dah lain macam, memang saya tak akan reply atau apa apa pun. life saya dah cukup complicated, jadi saya tak mahu tambah serabut lagi. Maaf.

bukan sombong, bukan bajet cun, bukan apa apa. sekadar memberitahu yang niat dalam hati saya adalah semata mata blog saja. bukan mencari teman. kalau saya nak teman macam tu, saya tak akan delete facebook saya dan juga myspace saya.

dan saya harap, tindakan saya ini benar.

Semoga Allah melindungi saya. Amin.

Friday, November 7, 2008

quantum of solace II

Dah tengok? Saya belum. Tapi bukan nak cerita pasal Daniel Craig yang kacak dan sexy tu **tak tahu kenapa dalam filem Bond yang terbaru ni, saya tiba tiba jatuh suka dengan renungan mata dia yang.., ahh.. sukar untuk diterangkan** Tongue

Bukan juga tentang Olga Kurylenko yang secara kebetulan juga memiliki renungan sepasang mata bundar yang bisa mencairkan jiwa dan raga. **bukan saya, tapi lelaki lah**

Saya nak bercerita tentang boss saya. Eh, tak.., dia tak sekacak Daniel Craig, lah.., dia buruk.. Cheesy Grin **sorry boss!**

Entah kenapa semalam secara tiba tiba dia bertanya "Anne, do you know what is the meaning of SOLACE?"

Waktu boss bertanya tu, saya sedang mengadap komputer, konon buat buat sibuk, padahal sedang galak melayan gossip Norman Hakim-Abby-Memey. Bila get caught off guard tiba tiba macam tu, saya pun jadi blur. Tergagap juga lah nak menjawab.

"err, i'm not sure la", dengan muka kelat kelat masam.

Boss ulang tanya lagi, dan kali ni saya jawab "is it something to do with COMFORT?"

Tapi jawapan yang boss saya bagi agak berlainan, dan saya pun dah lupa apa jawapan dia.

Lepas tu ingatkan dah tentu tak akan ditanya yang bukan bukan lagi, rupanya ada jugak, kali ni boss tanyakan maksud QUANTUM pula. Kali ni memang saya blur. Biasa dengar perkataan quantum, macam Quantum Leap ke, Quantum produk yang selalu keluar kat tv tu, tapi maknanya tak pernah pulak saya selidik.. Cheesy Grin

Sekali lagi jawapannya "i'm not sure la boss, i have to check dictionary first"

Wah! Terus berubah wajah boss saya. Nampak macam reaksi "apsal staff aku ni bodoh sangat? Quantum pun tak tahu ke? macamana aku boleh ambik dia bekerja kat sini ni?"

Saya pun tak tahu nak buat macamana, terus konon menyibukkan diri dengan mencapai file, malas nak layan boss saya yang kadang kadang memang suka bertanyakan soalan cepumas.., pernah sekali dulu dia bertanya soalan tentang golf. Haih, mana lah saya tahu pasal golf.

Selepas tu, dia terus sibuk dengan agenda meetingnya. Fuh! Selamat.

Malam tadi, sambil berehat dan mendengar radio, tiba tiba teringat akan cerita siang tadi. cari cari dictionary dalam beg, hah! tu dia dictionary HarpersCollins saya.

Selak page Q dan S, dan kat bawah ni adalah maknanya:

SOLACE {SOL-ISS} - comfort in distress

QUANTUM - desired or required amount, esp. a very small one

yeay! jawapan saya hampir tepat, memang solace is comfort. Cheesy Grin

oh, saya teringat, boss ada beritahu yang quantum tu something like a portion. jadi sekarang saya dah tahu apa maksud "QUANTUM OF SOLACE"

jom teman saya tengok. **kenyit mata**

* * * *

copy paste blog di forum.

quantum of solace



aku suka DANIEL CRAIG.., bukan sebab dia kacak sangat atau apa, tapi sebab dia ada aura tersendiri dan aku suka men in suits..

nampak sexy.

eh, aku pun suka dengan the new mr. president of the united state.., sebab dia pun suka pakai suits..

nampak ada gaya dan tersendiri. karismatik. bijak. gaya. mutu. keunggulan. **gelak**

teringin jugak nak menonton aksi daniel craig. tapi sigh..., siapa la yang nak bawak ni...
tak tercapai la hajatku yang satu ini...

maxis friend finder punya pasal..

Memang abang pandang serong, tak percaya kat sayang, benda yang sayang buat tu teruk sangat, sayang dah bukan macam J..... yang abang kenal dulu.

* * * * * *

Perit yang aku rasa.., mungkin sebenarnya perit lagi dia yang menanggung. Mungkin aku hanya mahu menjaga perasaan sendiri.., mungkin aku tak pernah nak faham perasaan dia. aku insaf..

memang semua ni salah aku. beratus kali atau beribu kali aku cakap salah aku pun, memang tak akan dapat memulihkan hubungan kami. jalan ceritanya dah berubah sekarang..., maafkan sayang, abang.. **sebak**

* * * * * *

semalam sekali lagi aku hampir hilang sabar. Hanya kerana dia lebih percayakan maxis friend finder yang mengatakan aku berada di Taman Sea, Petaling Jaya, padahal aku sedang dalam bas on the way ke Damansara Utama. Memang sepanjang LDP tu, akan melalui Taman Sea, SS2, Kelana Jaya, tapi tak bermakna aku singgah kat mana mana dan buat perkara yang entah apa apa.

kami berbalas sms dan aku malas nak menafikan apa apa, sebab kalau menafikan pun tetap akan disalah anggap, jadi aku benarkan saja setiap tuduhan dia. Sehingga ke satu tahap, dia mengugut, "lantak sayang la, jangan call @ sms abang lagi, abang serius ni".

Adakah aku memujuk? tak.., tak pujuk langsung, aku hanya balas "suka hati.." dan ada lagilah yang tak boleh aku kongsikan di sini. kemudian aku suruh dia check balik friend finder dan tengok kat mana aku berada.., tahu lah pulak nak cool down, kalau tak tu asyik nak benarkan cakap dia aje.

memang aku sedih dengan semua ni. aku dah buat yang terbaik, tak ada lagi dah tengok wayang sorang sorang ke, tak ada dah window shopping sorang sorang, life aku very dull, pegi kerja dan balik kerja aje. Itu pun susah dia nak percaya.

tapi nak buat macamana, kan? pasrah sajalah.

it's too complicated..

Thursday, November 6, 2008

somewhere over the rainbow..

pagi tadi aku nampak pelangi. tiba tiba saja bila nampak pelangi yang indah di pagi hari tu, lahir sekelumit perasaan gembira dalam hati.

semalaman hujan di sekitar PJ. patutlah enak saja tidur aku semalam. tapi mujur tak terlajak. kalau terlajak, harus aku akan marah marah dan merungut sepanjang perjalanan sehinggalah punggung aku ni akhirnya terhempas kat atas kerusi pejabat.

sehari dua ni memang tak ada idea nak menaip. asal taip aje, lepas tu biarkan saja. kering agaknya ilham.

cuma semalam, tak tahu kenapa aku terasa sayu, dan terganggu.

mungkin aku yang tersalah cakap. mungkin aku yang gelabah semacam sampai info yang aku berikan bercanggah. aku perasan dia macam nak tanya balik, tapi kemudian dia kata "tak apalah".

sukar rupanya untuk aku kembalikan kepercayaan dia terhadap aku. dan aku makin tertekan.., walaupun cuba untuk merasa tenang, dan aman.., tapi bila memikirkan hal aku dengan dia, it's not always happy in our small paradise. **tak tahulah paradise atau hell**

kadang nak saja aku marahkan maxis, atau celcom.., kerana selalu mendatangkan masalah pada aku. atau mungkin handphone buruk aku tu memang dah patut aku campakkan saja ke dalam longkang.

aku sendiri tak tahu apa masalahnya call selalu saja tak masuk. bila aku on off handphone, baru lah berpusu pusu sms masuk. bila tengok sms, ada 4 missed call dari dia. ada 2 sms dari dia. ini yang aku nak cuba explain kat dia, tapi dia tak percaya.

dia menuduh aku ada bermain sms dengan orang lain.

adoiiiii..., aku dah penat melayan curiga dia..., penat dah, sampai tak larat nak sediakan jawapan.

kadang sampai aku terfikir, "elok aku tak buat, kau tuduh aku buat, nanti aku buat betul betul, baru padan muka aku"

**kenapa padan muka aku? sebab mengiyakan tuduhan dia, baik jangan, tahan dan sabar saja**

kadang aku sedih dengan semua ni. aku tak ada tempat mengadu. jadi kadang2 tu, habis solat, aku bercakap dalam hati "Ya Allah, aku tak tahu apa lagi yang patut aku lakukan, aku tak tahu nak buat macamana supaya dia percaya kat aku semula, aku dah buntu, Ya Allah.."

Pada aku, biar Tuhan saja yang tahu kebenaran aku, biarlah kalau dia dah tak percaya.

Lagipun semua ni berpunca dari aku. jadi aku kena bertahan dan sabar mengharunginya.

malas dah nak menangis dan merintih. hati aku dah terlalu beku untuk menangis dan merintih.

sebab tu bila nampak pelangi pagi tadi, aku rasa happy. hidup ini umpama pelangi. berbagai warna.., dan sekejap muncul, sekejap hilang....

dan aku tak ada pelangi pun.. **sedih**

Tuesday, November 4, 2008

lamunan terhenti

ada ketikanya.., ilham seakan terhenti..
fikiran seakan beku..
apa yang aku nak tuliskan/taipkan hari ni?
jari jemari dah gatal gatal mahu menaip..

tak apa, taipkan apa saja yang terlintas dalam fikiran.., tentang apa saja..

sekarang terasa mahu ke tandas.., tapi tahan..

sekarang sudah tengahari, sepatutnya waktu makan..
tapi tahan tak mahu keluar..

punggung berat sangat mahu bangkit dari kerusi..,

sudah pukul 1.42 pm, zohor pun belum.

tahan diri dari buang air, tahan diri dari makan, malas mahu bertemu Yang Esa..

haih.., lalu apa yang aku mahu buat sekarang?

aku hanya mahu ilham datang mencurah curah, basahilah otak aku yang beku ini..

entah.. mungkin selepas bertemu yang Esa, ilham akan hadir?

err.., aku runsing sebenarnya...

Monday, November 3, 2008

marah!!

tolonglah sabarkan aku..

rasa macam nak baling aje telefon kat kepala bos aku yang bodoh bangang tu..
dia senang lah, just bagi je instruction kemudian nak everything go smooth follow what he want.., aku yang kat tengah tengah ni tersepit antara nak get the things done and deal with unresponsive people out there yang macam bangang jugak.

tak tahu kenapa seminggu dua ni berangin ribut taufan aje. Rasa nak tsunami pun ada ni.

Cool down.., cool down..

kalau boleh nak sepak kepala orang, boleh?

Saturday, November 1, 2008

true love and happily ever after, adakah sekadar mitos?

aku sedang cuba meletakkan diri aku dalam situasi Abby Abadi sekarang ni. Ya, Abby Abadi pelakon drama tempatan yang popular tu, yang sedang melalui kemelut rumahtangga bersegi segi tu, yang sedang hangat diperkatakan tu..

note: aku bukan peminat fanatik dunia seni tempatan, aku lebih suka memerhati, dan kadang mengutuk, dan cuba memahami, walaupun dunia artis ni penuh dengan kepalsuan.

my sympathy goes to Abby. Dan, as an outsider.., yang tak tahu apa apa, hanya sekadar memandang penuh belas, dan hanya mendapat maklumat melalui akhbar yang kebenarannya diragui, aku hanya mampu berkata, bersabarlah menempuh dugaan ini.

Aku meletakkan diri aku sebagai perempuan, yang bersuamikan lelaki seperti Norman Hakim yang pandai berdolak dalik, dan sedang berdepan pula dengan gadis cilik yang sangat licik dalam schemenya untuk meruntuhkan rumahtangga orang ini. **mungkin pelakon yang bernama memey ini ada alasan tersendiri mengapa dia berteman rapat dengan suami orang, dan apa pun alasan dia, aku tetap merasakan, apa rasionalnya berteman rapat dengan suami orang?**

inilah puncanya yang membuatkan sebahagian dari perempuan sekarang seakan takut @ fobia @ was was untuk mendirikan rumahtangga. takut jika terkena dengan lelaki yang salah, atau takut jika bahagia hanya ketika awal perkahwinan tapi bila dipertengahan jalan, bosan mula meracuni jiwa dan fikiran. takut jika bila segalanya sudah hampir sempurna, datang insan ketiga yang tak diundang merosakkan kebahagiaan yang dibina.

dan segala 1001 kemungkinan sekali. sigh.. bunyi macam susah aje menjadi perempuan ni..

yang macam best dan having all the fun in the world is LELAKI.., be it a single or married guy, they tend to have their cake and eat it too, as the old saying goes..

it's the same with Norman Hakim case, he wanted the cake and eat it too, meaning he want Abby to stay as his legal wife but at the same time he also wish to keep Memey as his pastime.. **i hope this is just my tuduhan tak berasas saja..**

Menjadi perempuan pada penghujung zaman ini, memang kita perlu memasang perisai yang kukuh serta semangat juang yang kental, supaya bila kita berdepan dengan dugaan dan cabaran sebegini **rumahtangga kacau bilau, diceraikan, suami bermain kayu tiga**, kita dapat melaluinya tanpa perlu mengharapkan belas simpati dari orang lain.

haih.., gila feminist aku ni.. ekekekek..

aku memang benci bila melihat wanita diperolokkan dan lelaki lepas begitu saja. dunia ini bukan taman permainan lelaki, dan bukan juga medan perempuan menabur racun dalam kehidupan orang lain.

do you believe in TRUE LOVE? aku yakin cinta sejati memang wujud, cuma aku belum berjumpa dengan buktinya dalam zaman yang semakin menuju hari akhirnya ini.., bagi aku, takkan "happily ever after" hanya dongengan semata? takkan hanya cinderella, snow white, dan kesemua watak dalam fairy tales aje menemui "happily ever after?"

orang kebanyakan seperti aku ni, tak layakkah untuk merasa "happily ever after?"

atau aku harus masuk dalam dunia fairy tales, baru aku akan merasai semua itu? haiihhhh...

Friday, October 31, 2008

twit.., twit.., it's twitter..

entry pendek..

dalam the star semalam, dalam kolum tulisan Oon Yeoh, Wikimedia, ada bercerita tentang Twitter. ya, twitter yang aku letak kat sebelah kiri blog tu..

according to him, twitter is slowly but surely become popular with local bloggers. It's already huge in the US, it's something like fast updates on what you are doing. The best thing is, you can post updates using your cell phone.

hehe, aku pantang kalau paper yang beritahu pasal latest trend ni. Laju je aku nak tengok apa bendanya. sebenarnya aku dah nampak twitter ni melalui blog sue anna joe, tapi biasalah, aku ni konon malas nak ikut orang, so buat tak tahu je, tapi bila dah keluar kat paper.., baru aku nak ikut.

aku tak mahu dikatakan meniru orang, pasal tu aku buat tak tahu. maybe aku a bit late tapi it;s okay.., asalkan aku dah dapat confirmation on what is the latest trend melalui akhbar..

so.., ada sapa sapa yang sudi ber twitter dengan aku?

feminist? atau idealist?

aku sedang tak ada mood ketika ini, tapi aku paksakan diri juga untuk menaip blog.
sedang tertekan kerana pendapatan untuk bulan ini, belum masuk lagi. bukan setakat belum masuk, malah belum di issue hatta sekeping cheque pun. runsing aku..., haihhhhh **aku tahu mengeluh tak elok, tapi aku sedang runsing**

draft dah separuh jalan aku taip, bercerita mengenai kemelut sosial yang terkini. Tentang gadis yang lari ke Lombok kemudian dijemput pulang dan sekarang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di Kolej Segi **dekat sangat dengan tempat aku, maybe aku boleh cari dia and asked for autograph?**

kemudian tentang bayi malang yang ketika proses pembuatannya sehinggalah ke hari dia dilahirkan ke dunia fana ini, kedua ibu bapa haramnya hidup dalam kebodohan yang melampau dan tak ada secuit pun rasa kasih pada bayi malang yang tak minta pun dilahirkan kedunia.

dan kemudian lagi, tentang anak gadis yang kerasukan cinta suami orang sehingga tergamak menidurkan ibu sendiri dengan air yang dah digaul dengan ubat tidur.

Aku kalut memikirkan kesongsangan sosial ini. kalut dan gerun, dan runsing **banyak perkara yang aku runsingkan, haihhh**

memang bukan masalah aku, tapi aku part of the community, i'm one of malaysian citizen. apa saja yang buruk, aku harus ambil tahu, dan fikirkan, dan persoalkan.., kenapa? mengapa? apa sumbangan aku untuk memperbaiki keadaan, kalau tak dapat baiki pun, mungkin ada benda lain yang boleh aku sumbangkan..

no.., bukan.., aku tak bercita cita langsung nak jadi ahli politik, not in my wildest dream, oke. tidak juga aku nak sertai mana mana NGO untuk wanita bermasalah.., aku cuma mahu tunjukkan, aku peduli, aku bukan macam yang orang katakan "kau kau, aku aku.."

kalau ikutkan amarah yang membara dalam hati aku ni setiap kali usai membaca paper, mahu aku cari setiap perempuan yang buta mata buta hati dek kerana cinta ini. mahu saja aku ceramah kat mereka dari A sampai Z. tapi memikirkan diri aku juga ada kekurangan, baik aku simpan saja hajat tu.

aku percaya, as time goes by and when they grow up.., banyak hikmah yang mereka pelajari daripada kesilapan dan kekhilafan mereka yang mungkin disebabkan oleh akal yang pendek. manusia memang perlukan kesilapan untuk masa depan yang gemilang. siapa yang tak pernah buat kesilapan, please stand up!!

falling from grace does'nt mean you are finished.., you can climb back one step at a time **ah.., BI pun hancur.., ada hati nak ceramah orang, ekekek**

bila aku fikirkan semula, semua yang menerima akibatnya adalah perempuan. adilkah ini? bukankah masa mereka bersedap-sedapan dulu **dalam kes buang bayi** mereka berdua? tapi kenapa bila tiba the end result, perempuan saja yang terpaksa menanggung derita?

aku bersimpati dengan nasib budak perempuan Terengganu yang dihukum penjara kerana membuang bayinya sendiri tu.., tertanya juga, kemana hilangnya si lelaki durjana yang menanam benih haram dalam rahim budak perempuan tu sehingga dia hamil dan terpaksa melalui kesulitan seorang diri?

wahai lelaki, bukankah kamu ada 9 akal? tolonglah kasihani kami yang cuma dikurniakan satu akal saja ni.., memang pintu nafsu kami ada 9, tapi itu tak bermakna kamu boleh pergunakan kami sewenangnya.

mahu tahu? golongan kami inilah yang dikatakan penghuni neraka paling ramai.., jadi tolonglah.., jangan tambah lagi isi neraka itu..

dan perempuan semua.., kembalilah ke fitrah asal. kita bukan sekadar pemuas nafsu lelaki saja. kita adalah perhiasan hidup mereka. dan sebolehnya, jadilah perhiasan yang indah dan dikagumi, bukan perhiasan yang bila sudah jemu, mereka campak ke tepi.

baik aku berhenti dulu. kalau tidak aku tak akan berhenti. banyak yang ingin aku luahkan. tapi aku faham.., tak ada manusia yang sempurna. Hanya ALLAH saja yang MAHA sempurna..

Thursday, October 30, 2008

new look for the month of november..

yeay, new look.., untuk bulan november...

as usual.., i will always looking for blue background.., as i love blue colour so much..

and the website for this template? it's suckmylolly.com

thanks to blog lapar des, sebab aku jumpa alamat tu kat blog dia. cute tau template dorang. nasib aku tak tiru template lapar des.., kalau tak sia sia aku digelar "peniru" **ekekeke**

anyway, akan put back all the link to my favorite blog. sekarang malas dah nak meng"ejas" blog ni, dari tadi menyusahkan aku aje download winzip la, unzip la, compress la.., pening aku.., tapi nasib baik berkat kesungguhan, dapat juga aku menyiapkan template baru blog aku yang comel ini.. ekekeke..

untuk bulan december nanti.., biru is still my background.., nanti aku survey template lain pulak..

Wednesday, October 29, 2008

kenapa saya berblogging?

**Berblogging? is there such a word?**

ya.., kenapa saya berblogging? kenapa tidak saya teruskan saja minat saya menulis diary yang dah lama saya mulakan, sejak dari saya dalam tingkatan 5 lagi? buku diary saya pun dah bertimbun, ada yang dah hilang juga, dan yang paling saya sayang is my first diary, yang covernya berwarna kuning/cream cair, yang saya beli dengan duit belanja sekolah yang saya kumpul selama 2 minggu, di kedai buku Creative Enterprise, Bangsar Utama.

Dalam diary tu ada banyak cerita about my first crush, about school life, about my friends, about budak perempuan yang popular kat sekolah yang berlagak macam bagus konon dialah yang paling lawa tu.., dan macam macam lagi **err, fantasi about Jordan Knight pun ada jugak**

Memang diary is like my close friend all this while, and why suddenly, bila blog became popular sometimes ago, saya tinggalkan diary kesayangan saya itu?

Owh, kesian kamu wahai diary.., kerana rupanya saya ni pun nak jump into the bandwagon.., tak mahu ketinggalan dan di cop "kampung" sebab tak ada blog. Diary is like, so yesterday.., so not relevant anymore..**pasal tu pasaran untuk diary kian merudum kot?**

my first blog after the transition is with myspace. Yup.., the overrated myspace and now they are like, what? 2nd class social network? the network where all the mat rempits, all the bohsia and all the desperate ladies looking for some fun? yeay, thank God now i'm done with myspace..

tapi, sayang blog saya tu, jumlah pembacanya dah mencecah 4000 plus since the last time i checked about 5 months ago. yelah, bermula dari tahun 2005 sehingga bulan May 2008, dan 3 tahun saya setia dengan Myspace.., tapi akhirnya terpaksa saya ucapkan selamat tinggal pada blog saya tu, atas sebab sebab peribadi yang susah untuk diceritakan..**duh! apsal tiba tiba santun sangat bahasa aku ni?**

Blog yang ini bukan blog kedua, tapi blog yang entah keberapa puluh agaknya. Saya bukan gila buka blog, tapi sebab saya gilakan publisiti.., saya mahu mencipta nama sebagai penulis blog yang popular, yang boleh buat duit, yang kononnya blog dia ribuan orang datang membaca, sebab excited blog myspace saya mencapai sehingga 4000 plus orang datang baca, sepanjang tempoh 3 tahun.. **pathetic sungguh!**

tapi sekarang, saya dah lupakan angan angan kosong tu, saya tak mahu lagi dah mengejar publisiti, saya sukakan blog saya yang sunyi sepi ini, sebab kan tadi saya dah cakap, saya suka menulis diary, jadi saya tak mahu orang baca diary saya, diary saya personal, sama jugak dengan blog, kalau boleh saya nak letak "only selected people can read my blog" tapi masalahnya, saya pun tak ada selected people tu, so.., letak public ajelah.. **ekekekek**

saya cuba juga tulis diary balik, tapi feelnya tak sama macam dulu. feel blog lebih hebat dari feel tulis diary. sekarang ni, bila menulis diary rasa macam buat kerja sekolah yang dah lama pending, rasa malas aje nak siapkan..

pasal tu, kalau sehari tak taip blog, tak stalk blog orang, rasa macam tak best. rasa macam tak minum nescafe waktu pagi. rasa macam kehilangan kekasih hati. mungkin selepas abang, blog adalah kekasih kedua saya. yup.., saya sukar melupakan blog.., owh blog.., i love you...

nasib baik blog ini bukan berjantina lelaki, kalau tidak tentu saya akan kena marah dengan abang kerana mengucapkan i love you pada blog saya ni..**abang saya tu dia memang kuat jeles.. ekekekeke**

kalau diary diary lama saya tu, saya boleh simpan sehingga ke hari tua saya, dan boleh mengulang baca, blog ni macamana pula? hmm.., kena beli pen drive la kot? untuk save semua entry.., tak pun terbitkan saja. Hmm.., idea yang bernas. ada sesiapa nak terbitkan blog saya?
**muka berharap**

Tuesday, October 28, 2008

mungkin yang aku perlukan hanyalah gurau senda?

Pernah tak dalam perhubungan kalian, ada masanya seolah semua cerita telah habis diberitahu?
Bila tiba tiba perbualan menjadi terlalu rutin dengan pertanyaan "dah makan?", "dah mandi?", tadi bangun pukul berapa?" and so on stupid question yang budak tadika pun boleh jawab.

Conversation menjadi boring dan tak menerbitkan rasa teruja langsung dalam jiwa.

Kalau sebelum ni, melihat nombor dia terbersit di skrin handphone pun dah cukup untuk membuatkan kita excited, tapi bila datang masa masa terkebawah **read: DOWN, very DOWN!** rasanya mahu saja delete nombor tu. Rasanya mahu saja berteriak "eh, tak payahlah call, aku tengah down ni.., tak ada mood nak cakap"

Tiada lagi senyum tersipu sipu kala melihat nama dia di skrin, kononnya "abang", atau "yayang", atau "B", atau apa apa sajalah nama yang entah apa apa, kononnya sweet dan manja, atau romantik..., **haih..**

atau kadang kadang, bila handphone berdering tengah tengah malam buta, dengan mata yang mengantuk, capai hp, dalam hati nak saja berkata "what?", tapi tak sampai hati, jadi paksakan juga diri untuk bangun dan layan.., **haihhh.. lagi**

Kenapa kadang kadang susah untuk maintain sesuatu perhubungan tu daripada menjadi dull, stagnant ataupun mendatar.., tiada kejutan, tiada rasa ghairah, **bukan dari segi seksual, oke**, i mean.., for the first few months memang la rasa macam berbunga bunga, rasa macam dalam mimpi, rasa macam "kamulah yang bawa ku terbang, ke bla bla bla" **rujukan: Lagu Bawaku Terbang - Fabulous Cat"**

Ini baru berhubungan setakat boyfriend-girlfriend, belum lagi suami-isteri. Macamana agaknya mereka melalui fasa sebegini? Bosan, boring, mendatar.., oh tapi husband and wife ada cara lain.., kerana bagi mereka cara tu memang halal, tapi kalau bf-gf ni? macamana? **sighh**

No.., bukanlah aku dah boring dengan abang, aku masih "gila bayang" kat dia oke.., cuma kadang tu, aku tak dapat lari dari rasa kebosanan.., aku mengharapkan sesuatu.., to excite me.., lagi sekali i have to say "NO, it's not sexual".., banyak lagi perkara lain yang boleh buat aku excited..

macam, bawak aku pergi Penang ke, atau bawak aku pusing Taman Tasik Taiping ke, atau bawak aku tengok wayang ke, atau just sit there, together.., talking about nothing.., and laughing, and .., entah..., apa saja asalkan aku tak bosan..

**sighh** susahnya menjadi perempuan., banyak kerenah, dan banyak mahunya..

oh, lupa.., pagi tadi abang buat aku gelak besar.., dan tak aku nafikan.., ya.., aku terhibur.., benar benar terhibur.., mungkin itu yang aku mahukan?

Friday, October 24, 2008

chipsmore and crush.., ada kaitan ke?

I


kesian abang pagi pagi buta lagi dah kena marah dengan aku. Bukan salah dia pun sebenarnya, tapi salah public transport yang makin lama makin macam hampas, kejap ada, kejap tak ada. macam biskut chipsmore..

dah dua-tiga hari aku asyik terlewat sampai ofis, disebabkan oleh bas yang tak muncul muncul langsung. Kalau aku yang terlewat bangun, maybe aku boleh marah diri sendiri, tapi ni aku dah on time, kalau bukan 5.36 am, mesti 5.37 am, lewat seminit aje pun. dahlah bas U88 pun selalu lewat, bas U43 pun sama?

bila aku tengah tension tu, ada pulak beberapa makhluk yang jenis tak menggunakan akal, main potong queue dengan muka selamba dayak dia. dayak pun tak selamba macam dia..

orang lain kat belakang tu sikit punya lama berdiri, yang dia baru sampai terus potong line? orang lain mungkin tak hangin tapi aku berangin satu badan. Ada budi bahasa ke tak? kau dah lambat, jadi pergi la beratur kat belakang. kau tau tak, seat yang kau dapat kat dalam bas tu supposed orang lain yang duduk tau!


II

i had a crush. with someone else husband. ekekek.., jangan risau.., it's just a crush. tak ada makna pun.

lagipun aku tak akan berpeluang bertentang secara 4 mata dengan dia tu, sebab he's a celebrity husband, tahu? ekekekek.., celebrity crush rupanya..

but no, it's not Datuk K, oke? hello? ingat my taste kat orang tua yang bermisai lebat ke? puhleeeezee..., so not my cuppa tea, oke.. ** in my case, not my cuppa coffee.., remember i'm a coffee addict?**

this celeb's husband is still young, and good looking too, that;s why la aku rasa macam berminat sikit kat husband dia ni. Masa first time diorang declared engagement pun aku dah rasa macam this guy is really something.., tak tahu apa yang buat aku minat dengan dia.

maybe his looks, maybe his charisma, or maybe the way he wear the spec.. hehe..**dah dapat clue ke siapa?**

Masa diorang bertunang dulu pun, dia tak pakai baju melayu, he wear smart casual, terserlah charisma dia as one of the corporate figure..

selain dari dia ni, dulu pun aku pernah develop temporary crush dengan husband Amy Mastura. First time gambar Alvin Tham Suffian keluar kat majalah, dalam hati aku dah terdetik "eh, hensemnya husband Amy". Seingat aku masa tu dia still wear a beard, nipis je, and then dengan rambut panjang yang di ikat ke belakang.

Siap aku tulis dalam diary lagi about my crush for him.., **masa tu belum pandai berblog lagi, tapi tahun 1998 blog dah wujud ke?**

I think i have a thing with long haired guy. This celeb's husband pun sama jugak, rambut panjang paras bahu, tapi still nampak kemas. Abang pun berambut panjang juga, cuma rambut abang terlalu kemas, sebab dia menggunakan gel rambut. Aku suka long and free hair.., nampak cool and err.., apa ya.., entah.., semacam ada aura menarik kat lelaki macam tu..

But, dont worry, aku tak pernah bercita cita nak jadi "home wrecker", apatah lagi perampas, tak layak pun.., skill menggoda tu tak ada. Lagipun, bila masanya aku nak bertentang mata dengan this young corporate figure yang happens to wed one of our celebrity? Lainlah kalau aku sengaja cari dia, dan try my best to goda dia.., ekekekek.., but that one is out of question.., tak mungkin akan berlaku.., sebab his wife is 100 times more beautiful than me..,

lagipun, inikan sekadar crush saja, why so serious one? furthermore, i'm happy with the one i have now. **wink wink**